• English
  • Malaysia(MYR RM)

Pantang Larang Untuk Kulit Sensitif Merawat Jerawat Kronik dan Degil

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Adakah anda merasakan yang anda telah mencuba hampir semua cara untuk menghilangkan jerawat anda tetapi lagi tidak boleh untuk mengurangkannya? Sekiranya kulit anda sensitif, sememangnya merawat jerawat boleh menjadi satu perkara yang rumit. Rawatan jerawat terutamanya untuk kulit sensitif memerlukan tempoh masa yang lama.

 Sekadar mengubah produk setiap kali anda tidak dapat mencapai hasil yang anda mahukan cuma akan merengsakan kulit anda dan menambah pertumbuhan jerawat di muka. Walaubagaimanapun, jangan putus asa. Untuk merawat kulit sensitif, anda mungkin hanya perlu membuat beberapa perubahan yang bersesuaian dengan kulit anda.


PILIHAN TERBAIK UNTUK RAWAT JERAWAT KRONIK DAN DEGIL – SPECIAL SET SENSITIVE SKIN 

Bagi anda yang mencari penyelesaian kepada masalah jerawat anda yang kronik dan degil, Special Set Sensitive Skin akan menjadi penawar mujarab untuk masalah anda. Special Set Sensitive Skin akan menawarkan anda kesan perubahan yang ketara dalam masa yang singkat. 

Dalam Special Set Sensitive Skin ini, anda akan mendapat kombo:

  • Super Sensitive Beauty Lotion (100g)
  • Super Sensitive Beauty Soap (50g)

Set ini dihasilkan dengan kombinasi produk yang sangat berkesan untuk bukan hanya masalah jerawat kronik malah masalah kulit lain seperti kulit kering, gatal, ekzema dan lain-lain. Untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, kombo set Sensitive Skin ini adalah sangat sesuai terutamanya dari segi penjagaan kulit secara semulajadi dan organik.


MENGENAI SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP (50g)

Bar sabun Super Sensitive Beauty ini bertekstur sangat halus dari bahan-bahan yang dipilih dengan teliti yang dirumus khas untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, kulit berminyak, dan kulit berjerawat. Uniknya, Sabun Super Sensitive Beauty ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana sifat pelembabnya yang sangat tinggi.

Berikutan dengan sifat pelembabnya yang tinggi (high moisturising factor) sabun Super Sensitive khususnya telah banyak membantu merawat orang yang ada masalah ekzema. Sabun ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.


APA YANG ADA DI DALAM SABUN SENSITIVE BEAUTY NI?

Sabun ini diformulasikan dengan hanya berasaskan bahan semula jadi, tanpa wangian, tanpa bahan pengawet dengan surfaktan ringan di mana ciri sabun ini bermaksud ianya sabun mandian yang hanya hasilkan buih yang sedikit untuk semua jenis kulit.

Antara bahan semulajadi yang terkandung adalah:

  1. Shea Butter : Anti-radang, anti-aging, anti-oksidan dan melembapkan kulit.
  2. Argan oil : Melembapkan kulit terutamanya bagi yang mempunyai masalah kulit ekzema
  3. Tea Tree Oil : Anti-radang, anti-oksidan, anti-bakteria dan anti-fungal
  4. Spent Grain Wax : Menenangkan kulit kering dan melembapkan permukaan kulit
  5. St John’s Oil : Anti-radang
  6. Avocado Oil : Melembapkan kulit

Penerangan lebih lanjut mengenai kefungsian bahan utama yang terkandung dalam sabun Super Sensitive Beauty supaya anda dapat lebih memahami manfaat penggunaannya kepada kulit anda. 

  • Shea butter terkenal dengan kemampuannya melembapkan kulit selain mengurangkan keradangan kulit dan melegakan kulit yang gatal. Minyak Alpukat (Avocado) yang jarang dilihat di mana-mana produk sabun kerana harganya yang sangat tinggi. Namun, HAUS Cosmetics tekad untuk menjanjikan kualiti dan memastikan anda mendapat apa yang anda bayar. Buah avocado mengandungi multivitamin yang sangat baik seperti Vitamin A, D dan E untuk membantu melembapkan dan melindungi kulit anda dari kerosakan sinar UV. Ia juga merupakan antioksidan dan anti-radang yang hebat untuk memastikan keanjalan kulit.
  • Minyak Argan selalu menjadi pilihan kegemaran orang ramai sebagai bahan semulajadi untuk memelihara kulit dengan kumpulan Vitamin E.
  • Minyak Kulit Lemon adalah sumber Vitamin C semula jadi yang berfungsi untuk melawan radikal bebas dengan sifat anti-oksidannya. Sehubungan dengan itu, ia membantu anda menghasilkan kulit yang lebih cerah, bebas dari bintik-bintik gelap dan warna kulit yang tidak rata.
  • Tea Tree Oil juga banyak digunakan untuk merawat jerawat kerana sifat anti-radang yang hebat.

Langkah penggunaan: Basahkan muka sebelum menggunakan. Basahkan sabun dan gosok sehingga berbuih. Gunakan buih untuk mencuci wajah dengan teliti. Bilas dengan bersih. Gunakan tuala mikrofiber yang bersih untuk keringkan.


MENGENAI SUPER SENSITIVE BEAUTY LOTION (100g)

Anda perlu guna Super Sensitive Beauty Lotion khas daripada HAUS ni sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, gatal, kemerahan dan masalah kulit lain yang berkaitan. Super Sensitive Beauty Lotion yang bertekstur pekat, berkrim dan ‘rich’ dengan moisturising ini sesuai digunakan di seluruh badan (untuk semua bahagian kulit). Terutamanya individu yang mempunyai masalah kulit ekzema memerlukan pelembap yang tinggi misalnya Super Sensitive Beauty Lotion ini. 

Super Sensitive Beauty Lotion ini direka khas untuk merawat masalah kulit seperti :

  • Ekzema 
  • Psoriasis  
  • Dermatitis  
  • Kulit gatal-gatal 
  • Ruam baby  
  • Kudis & Kurap 
  • Kulit kering 
  • Panau 
  • Scabies

Bahan aktif yang terkandung dalam losyen ini dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit anda hanya dalam tempoh 5 minit selepas penggunaan. Ia berupaya melegakan kegatalan, mengurangkan kerengsaan atau kemerahan dalam tempoh yang singkat. Begitu cepat anda dapat lihat keberkesanannya! 

Super Sensitive Beauty Soap sesuai untuk anda sekiranya anda mengalami masalah seperti berikut:

  • Kulit wajah anda berbintik kemerahan dengan jerawat yang banyak
  • Kulit berminyak sedangkan anda adalah seorang yang sentiasa mencuci wajah anda
  • Kesan jerawat yang tebal, hingga tak mampu disorok dengan mekap
  • Blackhead tak hilang-hilang disebabkan liang pori anda yang besar


KEISTIMEWAAN SUPER SENSITIVE BEAUTY LOTION

Keistimewaan paling ketara yang boleh anda lihat adalah pada ciri-ciri Super Sensitive Beauty Lotion iaitu:

  • Tekstur losyen putih pekat berwarna putih
  • Tiada pewangi sintetik
  • Ada 3 jenis essential oil – Sunflower Seed Oil, Argan Oil dan Lemon Peel Oil
  • Tekstur tidak melekit, tidak berminyak dan cepat meresap pada kulit.

Di samping itu, kebaikan yang paling best pasal Super Sensitive Beauty Lotion adalah ia dapat:

  • Memberi kelembapan selama 3 hari pada kulit
  • Membaiki dan mengukuhkan “skin barrier”
  • Melegakan kegatalan, keradangan dan kemerahan kulit
  • Mengembalikan keanjalan kulit

Penggunaan Super Sensitive Beauty Lotion ini sesuai untuk semua yang memerlukan penjagaan kulit yang secara menyeluruh dan berupaya membuat perawatan yang mendalam. Anda juga boleh menggunakan lotion ini untuk bayi anda juga yang mempunyai kulit sensitif. Kedua-dua losyen dan sabun dalam Set Sensitive Skin ini bebas daripada bahan steroid. Bahan-bahan kandungan dalam losyen ini kesemuanya natural dan organik.


ANTARA BAHAN KANDUNGAN NATURAL DAN ORGANIK SENSITIVE SKIN BEAUTY LOTION

Terbukti mengandungi kandungan Stimutex-AS iaitu nama saintifik dengan gabungan 3 bahan penting yang pastinya dapat merawat dan melegakan kegatalan seawal 5-10 minit. Tiga gabungan bahan utama adalah seperti :

  1. Shea Butter : Anti Radang, Anti-Aging, Anti-Oksidan dan melembapkan kulit.
  2. Argan Oil : Melembapkan kulit terutama masalah ekzema
  3. Spent Grain Wax : Menenangkan kulit kering dan melembapkan permukaan kulit
  • Losyen kecantikan ini bukan sahaja melembapkan kulit malah formulasi uniknya ini juga merangkumi 7 jenis ekstrak tumbuhan herba yang terbaik untuk kulit! Centella Asiatica Extract atau pegaga adalah bahan terbaik untuk sistem pertahanan kulit. Sistem pertahanan kulit atau skin barrier yang sihat bermaksud memiliki kulit dalaman dan luaran yang jauh lebih sihat.
  • Green Tea Leaf Extract adalah antioksidan yang baik untuk kulit sehalus bayi dengan mengembalikan keremajaan kulit.
  • Rosemary Leaf Extract sangat membantu dalam mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit dengan menenangkan kulit melalui ciri anti-radangnya.
  • Bahan kandungan Chamomile Flower Extract yang terkandung dalam Sensitive Skin Beauty Lotion selalunya digunakan dalam produk “hypoallergenic” kerana kemampuannya dalam menenangkan kulit.
  • Sementara Licorice Root Extract membantu memudarkan hiperpigmentasi, bintik hitam, malah kesan parut di kulit. Dengan itu, tiada lagi masalah tona kulit tidak sekata!

Tidak dilupakan, antara bahan terbaik yang digunakan tentulah Shea Butter, Spent Grain Wax, dan Saccharide Isomerate untuk hidrasi selama 72 jam bagi memastikan kulit kekal lembap dan anjal.

Langkah Penggunaan: Paling baik digunakan selepas Super Sensitive Beauty Soap. Ambil sejumlah kuantiti yang secukupnya dengan hujung jari yang bersih. Ratakan ke bahagian yang diingini dalam gerakan secara membulat untuk penyerapan terbaik ke dalam kulit. Sesuai untuk kegunaan wajah dan anggota tubuh.


JOM GUNAKAN SPECIAL SET SENSITIVE SKIN SEBAGAI PERAWATAN UNTUK JERAWAT

Anda serius ingin sembut dan mendapatkan kulit yang sihat, bebas dari jerawat kronik dan degil? Jom dapatkan penyelesaian berkesan kepada masalah anda di sini! 

Comment

Name
Email
Comment