• English
  • Malaysia(MYR RM)

8 Kebaikan Birdnest Untuk Kecantikan Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Adakah anda pernah mengetahui tentang kebaikan Birdnest ataupun sarang burung? Adakah anda tahu bahawa Birdnest mempunyai pelbagai kebaikan dari segi kecantikan kulit?

Jadi, jom ketahui rahsia mengenai kebaikan Birdnest untuk kecantikan kulit anda supaya anda boleh tampil cantik secara semulajadi. Antara manfaat utama Birdnest ini adalah ia sangat berguna untuk melambatkan penuaan dan menjaga penampilan awet muda selamanya. Hal ini disebabkan Birdnest dikenali dengan kekayaan bahan nutrien organik seperti glycoprotein, asid amino, dan juga bahan mineral penting seperti zat besi, magnesium, kalium, natrium serta kalsium.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Birdnest ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kepada kecantikan kulit kita, tapi malangnya ramai di antara kita yang kurang sedar mengenai perkara ini. Sarang burung atau Birdnest terkenal dengan kelebihannya sebagai ciri ‘anti-aging’ kerana ia mempunyai faktor pertumbuhan epidermis yang dapat merangsang pertumbuhan semula kulit.

Oleh sebab itu, Birdnest banyak digunakan dalam pelbagai produk kecantikan terutamanya produk yang bertujuan untuk memelihara penampilan awet muda kulit, seperti face mask dan krim. Bukan itu sahaja, kini anda boleh menikmati kebaikan Birdnest ini dalam bentuk spray iaitu HAUS Birdnest Beauty Elixir Spray


KENAPA BIRDNEST MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK KECANTIKAN WANITA?

Adakah anda tahu bahawa Birdnest adalah salah satu produk semula jadi yang paling sukar untuk didapatkan dan sebab itu juga ia merupakan salah satu bahan yang paling mahal yang diamalkan oleh manusia? Birdnest sebenarnya mempunyai permintaan tinggi dan menjadi rebutan dalam kalangan kaum wanita disebabkan kebaikannya yang pelbagai khususnya dari segi kecantikan.

Birdnest terbukti sangat berguna dari segi;

  • Memastikan Kelembapan Kulit 

Birdnest mengandungi protein khas dengan struktur yang sama dengan Epidermal Growth Factor (EGF), yang membantu mewujudkan sel kulit baru untuk menggantikan sel kulit yang lama dan rosak. Birdnest memastikan kelembapan kulit dengan membantu memperbaiki sel kulit yang rosak, mencerahkan kulit sekaligus memberikan kulit penampilan yang sihat dan muda. Apabila digabungkan dengan kolagen, Birdnest dapat mengubah kulit kusam dan berkerut menjadi lebih berseri dan nampak awet muda.

  • Keupayaan Anti-penuaan

Sebilangan wanita yang mengamalkan Birdnest dengan memakannya secara berkala (iaitu dalam kadar 3 hingga 4 kali seminggu) dilihat kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar mereka. Hal Ini disebabkan oleh gabungan mineral dan vitamin penting yang terdapat di dalam Birdnest yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menjaga kesihatan kulit, tisu, rambut dan otot anda. Dalam erti kata yang ringkas, Birdnest mempunyai nutrien penting yang dapat menjamin kesihatan kulit anda secara menyeluruh. 

  • Penampilan Kulit Muka (complexion)

Birdnest didapati mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) seperti yang disebut di atas dan di mana kandungan EGF dalam Birdnest ini membantu dari segi pertumbuhan dan pembaikan sel kulit. Hal ini kerana Epidermal Growth Factor dapat meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit yang bertanggungjawab untuk membuat kulit dan raut wajah anda kelihatan awet muda.

Penggunaan Birdnest yang paling biasa yang kita dapat lihat hari ini adalah sup sarang burung (birdnest). Sarang burung di Malaysia juga digunakan sebagai komponen hidangan lain tetapi jarang sekali. Birdnest ini juga dijadikan sebagai minuman berkhasiat yang diminum oleh orang ramai pada masa ini.

Selain kebaikan Birdnest seperti yang disebut di atas, sarang burung juga mempunyai keupayaan sebagai antioksidan dan dapat membantu wajah anda bebas dari radikal bebas. Di samping itu, sarang burung juga dapat membantu menyembuhkan kedutan wajah dengan membantu mempercepat pemulihan tisu kulit anda.


KEBAIKAN SARANG BURUNG DALAM HAUS BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY

Haus Birdnest Beauty Elixir Spray adalah penyembur elixir sejuk yang menyegarkan. Spray ini kaya dengan bahan semula jadi yang memberi manfaat kepada wanita untuk mereka yang ingin mengutamakan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir ini diformulasikan dengan molekul yang lebih kecil supaya ianya mudah untuk meresap ke dalam kulit anda dengan mendalam.

  • Ekstrak Burung Walit yang diimport khas dari Republik Korea, memberikan tenaga penting untuk pembaharuan sel kulit di mana ia membantu untuk memberikan kesan kulit awet muda. Di samping itu, ekstrak ini juga penting dalam penghasilan kolagen untuk memperbaiki warna kulit baru, memperbaiki penampilan kulit kusam, menghidrat kulit, dan memperbaiki tekstur kulit. Hal ini telah dibuktikan secara saintifik oleh kajian yang dilakukan oleh para saintis.
  • Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum adalah bahan semula jadi yang kuat untuk memperbaiki kekasaran kulit dengan memperbaiki pori sekaligus mengurangkan saiz liang. Mengurangkan saiz liang pori membantu untuk membersihkan dan menghilangkan bintik hitam dan whitehead sehingga menyebabkan kesan tidak comedogenik. Ia juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum. Berikutan itu, menghilangkan kilauan kulit yang tidak diingini dan menghaluskan kulit dengan cantik.
  • Saccharide Isomerate diklasifikasikan sebagai versi Hyaluronic Acid yang dipertingkatkan. Berasal dari biji jagung, ia telah terbukti secara saintifik dapat memberikan kesan penghidratan kepada kulit selama 72 jam. Melalui penghidratan yang mendalam melalui bahan ini, kesan peningkatan tekstur kulit yang ketara dan kulit yang lebih sihat dapat dilihat.
  • Air Buah Anggur kaya dengan asid organik semulajadi dari Alpha Hydroxy Acids (AHAs) dan polisakarida pelembap semula jadi yang terbukti mempunyai keupayaan kuat untuk mengekalkan hidrasi. Sebagai hasilnya, penyuburan kulit seakan baru dapat dilihat di samping membantu memperbaiki kulit sensitif.
  • Air Buah Lemon adalah sumber Vitamin C semula jadi yang kaya untuk melawan radikal bebas dengan sifat anti-oksidannya. Oleh itu, ini membantu dalam menghasilkan kulit yang lebih cerah, bebas dari bintik-bintik gelap dan warna kulit yang tidak rata.

Seperti yang anda lihat di atas, ini adalah antara kandungan bahan utama dalam Birdnest Beauty Elixir Spray

  1. Birdnest Extract
  2. Pistacia Lentiscus
  3. Organic Vitis Vinifera (Grape) Fruit Water
  4. Organic Citrus Limon (Lemon) Fruit Water

Kesemua bahan kandungan yang tersenarai di sini adalah bahan organik dan tidak mempunyai kimia. Elixir spray ini ialah sejenis mist bagi tujuan mengecilkan pori-pori, mengurangkan kulit berkilat, untuk bagi mekap anda tahan lama, dan menjadikan wajah lebih berseri (glowing).


KENAPA BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY (BBE) INI BAGUS?

Kalau anda nak tahu kenapa BBE Spray ini bagus, maka anda haruslah ketahui ciri-ciri Birdnest Beauty Elixir Spray:

  • Tidak melekit
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Mengandungi ekstrak organik anggur dan lemon
  • Memberikan hidrasi kepada kulit

Langkah penggunaannya pun sangat mudah: 

  • Cuma perlu gunakannya sebelum dan selepas bersiap untuk memberi ketahanan yang lama kepada mekap anda.


NIKMATI KULIT AWET MUDA DENGAN HAUS BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY

Anda mahukan pilihan kecantikan cara semulajadi? Maka inilah jawapannya untuk anda – HAUS Birdnest Beauty Elixir Spray. Birdnest mungkin satu bahan yang sukar untuk dicari, tetapi bukannya Birdnest Beauty Elixir Spray ini. Mudah sahaja, anda kini boleh mendapatkannya dengan klik di sini!

Comment

Name
Email
Comment