• English
  • Malaysia(MYR RM)

Formulasi Lipstick yang Vegan dan Moisturizing untuk Bibir Sensitif

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan besar jenama dalam industri kecantikan dan kosmetik adalah produk bukan vegan. Sebenarnya, terdapat beberapa produk solek yang anda dapati di kedai mungkin mengandungi bahan-bahan yang asalnya dari haiwan. Hal ini tidak banyak disedari oleh kebanyakan orang. Walaupun produk kosmetik yang bukan vegan ini kemungkinan mempunyai permintaan tinggi di kedai-kedai mewah sekarang, tetapi lambat-laun pastinya produk kosmetik vegan berasaskan tumbuhan akan menjadi permintaan orang ramai. 


CARA UNTUK KENALPASTI PRODUK MEKAP VEGAN

Mekap vegan seperti dengan namanya adalah produk yang bebas dari sebarang jenis produk kandungan haiwan. Label seperti ‘cruelty-free,’ ‘natural’ dan ‘organik’ tidak sahaja menjadikan sesuatu produk itu menjadi vegan secara automatik. Walaupun faktor-faktor ini menggambarkan sifat veganisme sesuatu produk tersebut, namun terdapat lebih banyak standard dan piawaian yang harus dipenuhi agar produk tersebut seratus peratus vegan.


SEMAK LABEL: PERBEZAAN ANTARA VEGAN, NATURAL, ORGANIK, DAN CRUELTY FREE

Adakah produk kosmetik natural dan organik boleh diklasifikasi sebagai produk vegan?

Apabila sesuatu produk memberitahu anda bahawa ia dibuat dengan bahan semula jadi/natural, secara teknikalnya tidak bermaksud setiap bahannya berasal dari alam semula jadi. Mekap semula jadi masih mempunyai kesan minimum bahan sintetik lain. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan ketara di antara produk organik dan produk natural yang boleh kita kenalpasti jika tahu mengenainya. 

Produk organik sebenarnya mengandungi lebih banyak bahan yang berasal dari alam semula jadi yang bukan GMO, tidak disembur dengan racun perosak, dan bebas dari baja yang dihasilkan secara kimia. Produk mekap vegan boleh dikelaskan sebagai solekan organik, walaubagaimanapun tidak semestinya produk organik boleh menjadi produk vegan. Contohnya, beberapa jenama organik mengandungi madu murni atau lilin lebah yang tidak memenuhi standard etika vegan.


PRODUK MEKAP DAN KOSMETIK ‘CRUELTY-FREE’

Produk yang ‘cruelty-free’ pada dasarnya bermaksud bahawa produk tersebut diperakui untuk tidak melakukan sebarang ujian haiwan dalam proses pembuatannya. Hal ini serupa juga untuk produk solekan vegan. Walaupun produk kosmetik ‘cruelty-free’ serupa dengan produk solekan organik, tetapi produk ‘cruelty-free’ masih tidak menjamin yang bahan kandungannya tidak berasal dari turunan haiwan.

Oleh kerana label-label sebegini ini mempunyai keterangan dan ciri yang menjadikannya serupa antara satu sama lain, kekeliruan boleh timbul jika anda tidak berhati-hati ketika membeli sesuatu produk kosmetik. 


MATTE VELVET LIPSTICK HAUS ADALAH MOISTURIZING VEGAN LIPSTICK?

Keunggulan Matte Velvet Lipstick mampu memberikan fungsi anti-kedut, anti-gelap dan anti-kering serta merawat bibir merekah dan berdarah dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Diformulasi agar bersesuaian semua bibir dengan wax vegan dari sumber semulajadi iaitu tumbuhan Carnauba dan buah Bayberry. Wax vegan adalah alternatif terbaik yang tepat untuk Beeswax yang berasaskan haiwan. Ianya selamat dan sesuai untuk bibir yang mudah sensitif. Tidak dilupakan, teknologi HAUS iaitu ‘anti-dry’, ‘anti-cracked’, dan ‘anti-dull’ juga disertakan. Tekstur warna yang kaya dengan pigmen dalam satu sapuan, amat ringan, melembapkan, dan kekal di bibir sehingga 8 jam lamanya.

Formulasi baharu dengan Organic Sunscreen SPF 35 PA++++ bagi perlindungan bibir dari sinaran UV. Bibir akan menjadi lebih lebih cantik dan sihat dengan menggunakan Matte Velvet Lipstick dari HAUS Cosmetics.


APAKAH BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM MATTE VELVET LIPSTICK HAUS?

Oleh kerana ada sesetengah wanita yang mempunyai bibir sensitif terhadap bahan seperti lilin lebah / beeswax (berasaskan haiwan), Haus Cosmetics telah menggantikan lilin tersebut ke 1 bahan yang berasaskan tumbuhan. Lilin Vegan dari pokok Carnauba & buah Bayberry. Ia amat sesuai untuk bibir sensitif.

Anda kini tidak perlu risau jika anda mempunyai bibir bermasalah kerana Palmitoyl Hexapeptide-12 adalah merupakan rangkaian asid amino yang merangsang pembentukan kolagen untuk bibir yang sihat, tegang dan anjal. Peptida ini telah dibuktikan secara saintifik dapat menghilangkan kedutan di bibir, dan memudarkan gelap di bibir dengan ciri anti- oksidanya.

Penyelidikan membuktikan selepas 10 hari penggunaan secara konsisten 2 kali sehari, bibir anda yang berkedut, hitam dan pecah akan menjadi pulih dan cantik.

Vitamin E dalam Matte Velvet Lipstick (MVL) mempunyai kesan efektif untuk mencerahkan bibir yang gelap dan mengekalkan kelembapan bibir. Antioksidan yang terbaik juga terkandung dalam MVL untuk melindungi bibir anda dari radikal bebas. Vitamin B-Kompleks di dalam minyak biji Jojoba memastikan bibir anda yang kering, sentiasa kekal lembap dan terhidrat dengan mendalam. Ia juga membantu membaiki sel-sel kulit yang rosak pada bibir anda.


APA LAGI YANG BOLEH ANDA KETAHUI MENGENAI MATTE VELVET LIPSTICK?

Tak pernah kenal HAUS Matte Velvet Lipstick sebelum ini? Inilah antara ciri MVL special dari HAUS ni.

  • Kemasan semi-matte
  • Sunscreen SPF 35 PA++++
  • Super ringan
  • Pelembap yang sangat berpigmen
  • Tahan lama hingga 8 jam
  • Sarung 4D eksklusif
  • 6 warna kod semula jadi yang sesuai dengan warna kulit Asia
  • Dengan satu sapuan yang lancar, kemasannya yang berkilauan memberikan bibir anda kelihatan penuh, cantik dan segar berseri

Kelebihan Matte Velvet Lipstick dari HAUS Cosmetics 

  • Ada 6 Kod Warna Yang Cantik Untuk Orang Asia 
  • Ada Organic Sunscreen Spf 35 Pa++++ Perlindungan Bibir Dari Sinaran UV
  • Anti Dry+ Anti Cracked + Anti Dull+ Anti Aging
  • Tahan Lama Sehingga 8 Jam & Melembabkan Bibir 
  • Selamat Untuk Bibir Sensitif
  • Bersifat Lightweight & Tak Melekit 
  • Tekstur Sangat Lembut Yang Sangat Ringan Seperti Tidak Pakai Lipstick
  • Merawat Bibir Kering / Bibir Gelap / Bibir Kering / Bibir Merekah 
  • Mengurangkan Garis Halus Pada Permukaan Bibir
  • Boleh Jadi Blusher & Eyeshadow
  • Tiada Bahan Kimia & Bebas Paraben
  • Bahan-bahan Dari Sumber Semulajadi

WOW BANYAK PILIHAN WARNA MATTE VELVET LIPSTICK HAUS COSMETICS 

Lipstick-to-go, lebih mudah untuk digayakan! Kini Matte Velvet Lipstick boleh didapati dalam 6 pilihan warna untuk bermain dengan mood anda dalam sebarang acara.

  • Daisy
  • Peony
  • Salvia
  • Poppy
  • Lily
  • Rosa

BANTU BIBIR ANDA BERIKAN PERLINDUNGAN TERBAIK DENGAN MATTE VELVET LIPSTICK

Bersedia untuk mengisi beg mekap anda dengan produk kosmetik vegan berkualiti tinggi? Nak pakai lipstick yang berkualiti dan padu untuk bibir anda? Maka Matte Velvet Lipstick ini untuk anda! Matte Velvet Lipstick dengan formulasinya yang vegan dan moisturizing untuk bibir sensitif boleh anda dapatkan di sini. Pilih HAUS pasti berbaloi.

Comment

Name
Email
Comment