• English
  • Malaysia(MYR RM)

(Tech Super Potent ) Pencuci Muka Untuk Jeragat Tebal Akibat Merkuri

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Walaupun ada sesetengah individu yang bebas cacat cela dan berwajah segar, tetapi majoriti yang lain pula menghadapi masalah kulit yang berbagai. Ada juga yang mengalami kerosakan kulit wajah yang teruk akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan merkuri. Sama ada anda terdedah kepada masalah kulit jeragat, jerawat atau menderita dengan keadaan masalah kulit seperti ekzema dan kerosakan kulit akibat merkuri, sememangnya tidak dinafikan yang kulit sensitif sememangnya sukar untuk diuruskan. 

Sekiranya sebelum ini anda tidak pernah menggunakan pencuci muka untuk jeragat di muka anda, maka ini masanya untuk anda mencari pencuci muka untuk jeragat anda yang sesuai. Sebenarnya, apa yang anda gunakan untuk membersihkan pori-pori di wajah anda dapat membuat perbezaan yang ketara untuk wajah dan keadaan kulit anda. Hal ini menjadikan penting untuk anda memilih pencuci muka untuk jeragat yang menepati kesesuaian kulit anda.

 

APA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG TANDA-TANDA PADA KULIT WAJAH ANDA?

‘Blemishes’ adalah istilah untuk sebarang tanda atau cela pada kulit. Terdapat pelbagai jenis cela. Sebilangan besar ‘blemishes’ ini tidak berbahaya, tetapi sebilangan orang mungkin ingin merawatnya atas alasan untuk kecantikan.

Cela ataupun ‘blemishes’ tertentu mungkin menunjukkan keadaan ‘overlying’ seperti barah kulit, yang memerlukan rawatan perubatan segera. Jadi, jangan ingat tanda-tanda di muka itu hanya bintik biasa saja. 


PERAWATAN YANG SESUAI UNTUK MASALAH KULIT JERAGAT ANDA

Untuk mengatasi masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan lain-lain, produk krim topikal yang mengandungi kandungan bahan misalnya benzoil peroksida sangat berkesan untuk perawatan masalah tersebut. 

Produk yang mengandungi bahan ini dapat membantu mengeringkan kulit dan menyingkirkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan jeragat di muka.

Mencuci muka dua kali sehari dengan pencuci muka untuk jeragat yang berkualiti khususnya yang mengandungi benzoil peroksida atau salicylic acid dapat membantu merawat jenis masalah kulit yang tertentu. Selain itu, ubat-ubatan yang disebut retinoid dapat membantu membersihkan liang pori anda.

Perawatan jeragat pada umumnya memerlukan tempoh masa yang tertentu untuk menunjukkan hasil kesan yang ketara. Ini bergantung kepada keberkesanan produk tertentu dan juga kulit setiap individu. Kebiasaannya, hasilnya mungkin mengambil 6-8 minggu untuk dilihat.

Selain itu, untuk atasi masalah jeragat, boleh juga anda cari produk penjagaan kulit yang terbukti organik dan natural (mempunyai sijil dari badan Ecocert). Antara produk penjagaan kulit yang ada sijil Ecocert ini (organik & natural) adalah Set Skincare dari Haus Cosmetics di mana mereka mempunyai set combo yang terbaru khas untuk yang menghadapi masalah jeragat, Combo Set Zero Jeragat Skin Repair.


COMBO SET ZERO JERAGAT SKIN REPAIR PENCUCI MUKA UNTUK JERAGAT 

Kekangan masa membuatkan kita tidak sempat untuk merawat masalah kulit kering, kusam, jeragat ni menggunakan bahan-bahan dari dapur. Sekarang majoriti daripada kita mahukan semuanya cepat dan berkesan, betul tak?

Maka, Combo Set Zero Jeragat Skin Repair ini amat sesuai bagi yang berjeragat kerana ia berfungsi untuk mempercepatkan proses nyah-jeragat seawal 2 minggu.

HAUS Cosmetics terkenal dengan penampilan rangkaian produk penjagaan kulit istimewa mereka yang menerapkan Skin Microbiome Technology. Teknologi ini memfokuskan kepada pemeliharaan pemuliharaan persekitaran mikroflora di permukaan kulit.

Teknologi Skin Microbiome ini merupakan satu penemuan yang mampu membawa industri kecantikan kini ke tahap yang lebih jauh. Melihat kepada potensi teknologi ini sebagai penyelesai 1001 masalah kulit wanita Asia khususnya di Malaysia, HAUS Cosmetics telah mengambil inisiatif terbaik untuk membawa revolusi terbaru dunia kecantikan masa kini terus kepada anda melalui penghasilan Combo Set Zero Jeragat Skin Repair.


ANTARA PRODUK YANG BOLEH ANDA DAPATI DALAM COMBO SET ZERO JERAGAT SKIN REPAIR HAUS

Super Intense Cream Cleanser (60ml)  

Bahan aktif utama dalam Super Intense Cream Cleanser iaitu Salicylic Acid adalah Beta Hydroxy Acid (BHA) yang larut minyak, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif. Niacinamide dengan ciri pengawalan sebum yang hebat dapat mengurangkan masalah kulit berminyak melalui regulasi penghasilan sebum. 

Di samping itu, Super Intense Cream Cleanser ini juga mempunyai fungsi-fungsi lain termasuk:

  • Pulihkan jerawat
  • Kawal penghasilan sebum
  • Haluskan liang pori

Comment

Name
Email
Comment