• English
  • Malaysia(MYR RM)

5 Tips Pilih Skincare untuk Kulit Sensitif

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Ke mana sahaja anda pergi pun, tidak kira sama ada pusat membeli-belah atau pusat farmasi, selalunya apabila anda hendak memilih produk untuk skincare kulit sensitif anda boleh runsing jadinya. Dengan pilihan produk yang terlalu banyak ke mana sahaja anda pergi, memang susah untuk anda pilih produk yang sesuai untuk kulit anda. Hal ini boleh menjadi rumit jika anda tidak tahu apa yang anda perlukan. Nak jadi cantik pun kena berilmu!

Membuat pilihan yang tepat boleh memberi kesan yang besar terhadap kesihatan dan penampilan kulit anda, tetapi sebaliknya, menggunakan produk yang salah boleh mengakibatkan pelbagai keadaan kulit yang tidak diingini. Oleh itu, di sini adalah 5 tips untuk anda pilih skincare yang sesuai untuk kulit sensitif dan moga anda gunakan panduan ini untuk membantu anda memilih produk penjagaan kulit yang bersesuaian.

Yang pertamanya,

  1. Ketahui Jenis Kulit Anda

Sebelum anda memilih produk atau menggunakan mana-mana produk penjagaan kulit, sila ketahui dan fahami jenis kulit anda. Sekiranya anda tidak mengetahui, terdapat lima jenis kulit utama iaitu kulit kering, berminyak, kombinasi, sensitif dan normal. Untuk penilaian kulit anda secara lebih lanjut dan terperinci, mungkin anda boleh dapatkan nasihat daripada pakar dermatologi anda.

  1. Pilih Kandungan Bahan Dengan Berhati-hati

Setelah anda mengetahui jenis kulit anda, pilih bahan perawatan kulit yang tidak akan memburukkan keadaan yang kulit anda yang sedia ada. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kulit kering, sebaiknya anda elak daripada menggunakan produk yang mempunyai bahan pengeringan seperti alkohol, natrium atau ammonium lauryl sulfate.

  1. Cari Produk Yang Mempunyai Bahan Kandungan Yang Tidak Berlebihan

Ini tidak bermaksud bahawa produk yang mengandungi senarai bahan kandungan yang panjang tidak mengandungi formula berkualiti tinggi, sebaliknya apabila anda memilih produk yang mempunyai senarai bahan kandungan yang pendek akan memastikan bahawa anda mengetahui dan memahami fungsi setiap bahan-bahan yang terkandung dalam produk. Oleh itu, sekiranya boleh, pilih produk dengan senarai bahan kandungan yang agak pendek. Selain itu, jumlah bahan kandungan yang sedikit juga boleh mengelakkan anda daripada reaksi alergi terhadap bahan-bahan tertentu.

  1. Lakukan Ujian Patch

Ini merupakan tips yang paling penting ramai yang lupa ataupun tidak tahu untuk amalkan. Sebenarnya sebelum anda menggunakan produk baru, sebaiknya lakukan ujian patch ataupun ‘patch test’ terlebih dahulu. Uji produk pada bahagian kulit yang kecil misalnya di bahagian lengkuk lengan anda. Sekiranya anda mendapati berlaku reaksi buruk daripada ujian patch tersebut, adalah wajar untuk anda elakkan daripada menggunakan produk tersebut. 

  1. Rujuk Pakar

Sekiranya anda masih tidak yakin dengan produk, anda boleh sahaja dapatkan nasihat pakar dari pakar dermatologi anda. Pakar tersebut boleh mencadangkan anda langkah yang sesuai untuk memilih produk terbaik untuk kulit anda.

Anda telah mengikuti tips-tips ini dan masih lagi tidak menjumpai apa yang anda mahukan? Usah risau, sebab kami mempunyai satu tips terbaik untuk (pasti anda tidak pernah terbaca di mana-mana) penjagaan kulit anda khususnya sekiranya anda mempunyai kulit sensitif. 

Adakah anda pernah mencuba atau terdengar mengenai Special Set Sensitive Skin? Kalau belum, inilah peluang anda! Jom..


TIPS TERBAIK UNTUK PENJAGAAN KULIT SENSITIF – SPECIAL SET SENSITIVE SKIN

Bagi anda yang mencari formulasi skincare kulit sensitif yang sesuai untuk anda, Special Set Sensitive Skin akan menjadi penawar mujarab untuk masalah anda. Special Set Sensitive Skin akan menawarkan anda kesan perubahan yang ketara dalam masa yang singkat. 

Dalam Special Set Sensitive Skin ini, anda akan mendapat kombo:

  • Super Sensitive Beauty Lotion (100g)
  • Super Sensitive Beauty Soap (50g)

Gabungan dua produk super best ini iaitu Sensitive Beauty Soap (SSBS) dan Super Sensitive Beauty Lotion (SSBL) boleh dapat buatkan anda mendapat tidur malam yang nyenyak dan selesa. Hal ini kerana set ini akan membantu anda mencapai kulit kembali lembab dan terhidrat untuk tempoh 72 jam. Kombinasi produk dalam set ini juga berfungsi mengukuhkan sistem “skin barrier” ataupun sistem pertahanan kult anda di mana pastinya keanjalan kulit anda makin terserlah bila digunakan secara konsisten.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda kulit sensitif seperti berikut, pilihan Special Set Sensitive Skin sememangnya untuk anda:

  • kulit kemerahan dan pedih
  • kulit kering dan gatal
  • kulit mudah bertindak balas (kulit sensitif) dan mengelupas 

Jadi, jom cuba set Sensitive Skin ini khas keluaran HAUS Cosmetics yang merupakan peneraju jenama kecantikan dan juga produk penjagaan kulit yang memberikan perlindungan holistik. Anda mungkin ingin mengetahui lebih mengenai produk-produk yang ada dalam Special Set Sensitive Skin ini. 

Jom teruskan membaca!


BAGAIMANA SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP DAPAT BANTU ANDA?

Sepertimana yang anda ketahui, Set Sensitive Skin HAUS boleh membantu anda yang ada mengalami kulit sensitif. 

Jadi, apa fungsi utama Haus Skin Super Sensitive Beauty Soap? Antaranya termasuk:

  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Menghilangkan bau badan
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Mengurangkan kulit gatal 
  • Mengeringkan luka
  • Dijadikan pencuci muka
  • Sesuai dijadikan syampu untuk rawatan kulit kepala

Dengan penggunaan secara konsisten Super Sensitivity Beauty Soap ini anda boleh membantu melegakan kegatalan, bengkak, kemerahan & kekeringan pada kulit anda dengan mudah terutamanya secara semulajadi. 

Langkah penggunaan: Basahkan muka sebelum menggunakan. Basahkan sabun dan gosok sehingga berbuih. Gunakan buih untuk mencuci wajah dengan teliti. Bilas dengan bersih. Gunakan tuala mikrofiber yang bersih untuk keringkan.


BAGAIMANA SUPER SENSITIVE BEAUTY LOTION DAPAT BANTU ANDA?

Anda perlu guna Super Sensitive Beauty Lotion khas daripada HAUS ni sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, gatal, kemerahan dan masalah kulit lain yang berkaitan. Super Sensitive Beauty Lotion yang bertekstur pekat, berkrim dan ‘rich’ dengan moisturising ini sesuai digunakan di seluruh badan (untuk semua bahagian kulit). 

Keunikan ciri-ciri Super Sensitive Beauty Lotion

  • Tekstur losyen putih pekat berwarna putih
  • Tiada pewangi sintetik
  • Ada 3 jenis essential oil – Sunflower Seed Oil, Argan Oil dan Lemon Peel Oil
  • Tekstur tidak melekit, tidak berminyak dan cepat meresap pada kulit.

Paling penting, Super Sensitive Beauty Lotion ini direka khas untuk merawat masalah kulit seperti :

  • Ekzema 
  • Psoriasis  
  • Dermatitis  
  • Kulit gatal-gatal 
  • Ruam baby  
  • Kudis & Kurap 
  • Kulit kering 
  • Panau 
  • Scabies

Manfaat terutama Super Sensitivity Beauty Lotion adalah untuk memberi kelembapan dan hidrasi sehingga 72 jam serta membaiki dan mengukuhkan sistem skin barrier di samping membantu menganjalkan kulit anda. 

Mesti anda tertanya-tanya, “Eh boleh ke begitu banyak manfaat dalam satu produk saja?”. Boleh, dengan set eksklusif daripada HAUS Cosmetics pasti boleh. 

Selain itu, terdapat juga manfaat-manfaat lain dalam Super Sensitive Beauty Lotion ini, termasuk:

  • Memberikan hidrasi selama 72 jam bagi memastikan kulit kekal lembap dan anjal dan menguatkan “skin barrier”
  • Mengurangkan kemerahan dan inflamasi kulit dan memudarkan kesan parut
  • Memudarkan kesan hiperpigmentasi dan bintik hitam
  • Mengembalikan kesan awet muda kulit
  • Membantu menyelesaikan masalah tona kulit tidak sekata

Langkah Penggunaan: Paling baik digunakan selepas Super Sensitive Beauty Soap. Ambil sejumlah kuantiti yang secukupnya dengan hujung jari yang bersih. Ratakan ke bahagian yang diingini dalam gerakan secara membulat untuk penyerapan terbaik ke dalam kulit. Sesuai untuk kegunaan wajah dan anggota tubuh.


BERIKAN PERLINDUNGAN KULIT TERBAIK DENGAN SET SPECIAL SENSITIVE SKIN

Anda nak dapatkan kulit yang sihat secara semulajadi mestilah kena pakai Set Special Sensitive Skin ni! Bagi yang mencari skincare kulit sensitif yang bukan hanya efektif malah memberikan anda penyelesaian secara semulajadi, anda boleh dapatkannya di sini. Cepat-cepat dapatkan sebelum terhabis ye!

Comment

Name
Email
Comment