• English
  • Malaysia(MYR RM)

Birdnest Beauty Elixir Terbukti Bertindak Makeup Base Yang Tahan Lama

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Pastinya ada di antara kita yang pernah melalui situasi di mana ketika anda berada di luar dan terlihat diri anda di cermin, anda tersedar bahawa mekap yang anda pakai pada waktu pagi sebelum keluar rumah tidak sama dengan apa yang anda lihat di cermin. Hal ini mengungkitkan persoalan dalam diri anda seperti, “Adakah ini cermin terburuk atau adakah saya kelihatan buruk sepanjang hari?”. Kenapa anda rasa ianya begitu sukar untuk memastikan ‘makeup base’ anda untuk tahan lama? 

Apabila anda lihat mekap sesetengah wanita yang dan mendapati mereka mempunyai makeup base yang tahan lama, anda mungkin tertanya-tanya apa yang dipakai atau digunakan oleh mereka. Anda harus tahu bahawa tidak kira apa langkah yang anda ambil untuk membolehkan makeup base anda tahan lama, sekiranya kulit dapat penjagaan kulit yang baik dan sempurna anda, maka mekap anda tidak akan kelihatan ‘terletak’ atau tahan lama.

Tapi, untuk menjawab persoalan anda iaitu bagaimana untuk membolehkan makeup base anda tahan lama, ada satu cara yang berkesan untuknya – HAUS Birdnest Beauty Elixir Spray.


BIRDNEST BEAUTY ELIXIR BOLEH BERI ANDA KESAN MEKAP TAHAN LAMA YANG BERKESAN

Selain bertindak sebagai ‘make up base’ dan ‘setting spray’, Spray Elixir Birdnest Beauty dapat mencantikkan kulit dengan kandungan bahan berkualiti tinggi seperti Ekstrak Sarang Burung, AHA semulajadi dari Lemon Water dan Grape Water dan Rose Flower Oil. Melembapkan kulit dengan 72 jam hidrasi.

  • Sesuai untuk kulit kering, berminyak, kusam, pori terbuka, jeragat dan jerawat
  • Boleh digunakan sebagai mekap booster
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita
  • Untuk wanita ‘On-The-Go

Spray Elixir Birdnest Beauty yang sejuk menyegarkan, kaya dengan kebaikan bahan-bahan semula jadi untuk wanita ‘on-the-go’ yang tetap ingin mengutamakan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir seringkali menjadi kekeliruan antara essence dan serum. 

Birdnest Beauty Elixir ini berlainan sama sekali. Sebab itu, anda perlu ketahui ciri-ciri Elixir Spray ini: 

  • Tidak melekit
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Mengandungi ekstrak organik anggur dan lemon
  • Memberikan hidrasi kepada kulit

Kepentingan utama Spray Elixir Birdnest Beauty bertindak sebagai ‘makeup base’ dan ‘setting spray’ adalah bagi memberi ketahanan mekap untuk tempoh masa yang lama. Sementara serum merupakan formula dengan kepekatan yang tinggi dengan menyasarkan masalah kulit yang spesifik manakala essence pula bersifat lebih ringan dengan kepekatan yang lebih rendah dan bertindak sebagai lapisan tambahan bagi penghidratan.


ADAKAH BIRDNEST BEAUTY ELIXIR BAGUS UNTUK PENJAGAAN KULIT? INILAH BAHAN KANDUNGANNYA

Di samping memberikan kesan ketahanan mekap untuk tempoh yang berpanjangan, bahan kandungan dalam Birdnest Beauty Elixir Spray juga dapat membantu dari segi penjagaan kulit anda. Hal ini disebabkan bahan-bahan natural dan organik yang terkandung di dalamnya. Yalah, siapa yang tak mahu produk yang ada kesan ‘ALL-IN-ONE’? Antara bahan dan manfaatnya adalah seperti berikut:

  1. Swiftlet Nest Extract membantu membekalkan tenaga yang penting untuk pembaharuan sel bagi membolehkan kulit nampak awet muda. Dengan itu, ia merangsang penghasilan kolagen untuk menambah baik tona kulit yang baru, menyerikan penampilan kulit yang kusam, melembapkan kulit, dan membaik pulih tekstur kulit supaya menjadi lebih anjal dan sihat berseri. 
  1. Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum merupakan bahan semulajadi yang berkuasa untuk membaiki kulit yang kasar dengan menghaluskan liang pori sekaligus mengecilkan saiz pori. Dengan mengurangkan pori-pori, bahan ini berupaya untuk membersih ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ serta memberikan kesan ‘non-comedogenic’. Ia juga dapat mengurangkan penghasilan sebum. Dengan itu menyingkirkan kilatan berlebihan di wajah dan memberi kesan ‘matte’ yang cantik. Bahan ini diimport khas dari Switzerland hanya untuk HAUS.
  1. Saccharide Isomerate merupakan bahan yang diperolehi dari bertih jagung, ia telah terbukti secara saintifik memberikan kelembapan mendalam selama 72 jam. Hasilnya boleh dilihat dari segi penambahbaikan yang ketara dalam tekstur kulit dan kulit tampak jauh lebih sihat hasil dari kelembapan yang mendalam.
  1. Bacillus Ferment yang diimport khas dari Sepanyol adalah teknologi mikrobiotik yang berfungsi sebagai enzim semulajadi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan proses pengelupasan lembut sekaligus membaiki dan menguatkan ‘skin barrier’. Dengan itu, terhasillah penampilan kulit yang lembut, terhidrasi dengan baik, dan kulit lebih muda yang sihat.
  1. Lemon Fruit Water merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin C semulajadi yang berfungsi untuk melawan radikal bebas dengan ciri anti-oksidanya. Dengan itu menghasilkan kulit yang lebih cerah, bersih dari bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.
  1. Hydrolyzed Royal Jelly Protein adalah sejenis rangkaian peptide untuk penghasilan kolagen. Penjanaan semula sel kulit dapat membaiki ‘irritation’ dan keradangan kulit.
  2. Grape Fruit Water kaya dengan asid organik semulajadi dari Alpha Hydroxy Acids (AHAs) dan polisakarida semulajadi yang mempunyai keupayaan yang tinggi untuk memberikan dan mengekalkan kelembapan yang sempurna untuk kulit. Justeru, dapat menyuburkan kulit menjadi kulit baru yang berseri dan menenangkan kulit sensitif.


KEBAIKAN SPRAY ELIXIR BIRDNEST UNTUK ANDA

Birdnest Beauty Elixir Spray ini bukan produk kosmetik yang biasa-biasa. Produk Spray Elixir ini adalah khas daripada HAUS Cosmetics di mana mereka terkenal dengan rangkaian produk kosmetik yang memberikan penjagaan yang sepenuhnya kepada kulit. Produk-produk hasilan mereka bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah kulit dari akar umbinya supaya pengguna dapat menikmati kesan baiknya untuk tempoh berpanjangan.

Jadi apakah kebaikannya?

  • Menegangkan kulit muka supaya sentiasa nampak berseri dan tidak kusam
  • Mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit
  • Menyembuhkan masalah kulit jerawat
  • Merawat kulit muka berjeragat
  • Mengecilkan liang pori
  • Merawat masalah kulit kering dan berminyak
  • Memberikan kelembapan 72 jam hidrasi
  • Meningkatkan ketahanan skin barrier
  • Memberikan nutrisi penting kepada sel kulit
  • Membaikpulih tona dan tekstur kulit

Manfaat terutama Elixir ini terletak pada kandungan Birdnest Extract yang hanya boleh ditemui dalam Elixir Spray ini:

  • Sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda. 
  • Kajian moden menunjukkan sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis “Epidermal Growth Factor”(EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu yang rosak dengan pantas.
  • Sarang burung kaya dengan glycoproteins yang membawa sel dan kolagen bersama dan mampu menggalakkan pembiakan dan penjanaan semula sel-sel baru.
  • Melembutkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Awet Muda

Pasti anda boleh lihat dan rasai perubahan yang akan anda alami dengan spray ini. 

Langkah Penggunaan: 

  • Gunakan Birdnest Beauty Elixir Spray sebelum dan selepas bersiap untuk memberi ketahanan yang lama kepada mekap anda sekaligus memelihara kelembapan kulit.


JOM DAPATKAN BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY SEKARANG! 

Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada jerawat, jeragat, kulit berminyak dan lain-lain. Pastinya, anda mahukan kulit yang sihat dan lembap berpanjangan, maka anda patut pilih Birdnest Beauty Elixir Spray. Peroleh kulit yang boleh kekal ‘intact’ dan memberikan penampilan semulajadi walaupun bermekap dengan Spray Elixir Birdnest Beauty. Mudah sahaja, anda boleh dapatkannya di sini!

Comment

Name
Email
Comment