• English
  • Malaysia(MYR RM)

(100% Berkesan) Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Pegaga Je

Jul 05,2023 | Eiyma Jalil

Parut jerawat di muka, dada dan bahagian belakang badan adalah sangat biasa. Sebanyak 80% orang yang berusia antara 11 dan 30 tahun akan mendapat jerawat, dan sekurang-kurangnya satu daripada lima orang akan mengalami parut jerawat. Pada kebiasaannya, cara untuk hilangkan parut jerawat memerlukan rawatan sama ada perubatan atau prosedur rawatan kulit yang dilakukan oleh pakar dermatologi.

 

Siapa Yang Berisiko Mendapat Parut Jerawat?

Terdapat sebilangan orang yang cenderung untuk mendapat bekas luka ketika jerawat di muka beransur hilang. Risikonya meningkat apabila seseorang:

  • Mempunyai jerawat yang meradang (bengkak, kemerahan, dan menyakitkan)

Ini sering merangkumi ‘cyst’ lalu merosakkan kulit.

  • Melambatkan atau tidak merawat jerawat yang meradang

Semakin lama seseorang mempunyai jerawat yang meradang, semakin besar risiko parut.

  • Memicit atau menggaru jerawat

Ini akan meningkatkan keradangan yang boleh meningkatkan risiko parut.

Walaupun kita mungkin tahu apa yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat parut jerawat, tetapi tidak mungkin untuk meramalkan golongan mana yang akan mengalami bekas parut jerawat. Malah tidak dapat juga dinafikan bahawa orang yang mempunyai semua faktor risiko mungkin tidak akan mempunyai parut.

Walau bagaimanapun, tidak mustahil untuk menghilangkan parut jerawat dengan rawatan parut jerawat yang berkesan. Menunggu atau menangguh untuk merawat jerawat sehingga menjadi parah boleh menyebabkan keadaan parut jerawat yang lebih teruk.

 

Bagaimana Jerawat Menyebabkan Parut?

Kulit anda adalah organ terbesar anda. Ia mempunyai tiga lapisan utama. Antaranya adalah, bermula dengan bahagian paling luar, epidermis, dermis dan hipodermis. Lapisan-lapisan ini melindungi bahagian dalam kulit yang rapuh dari unsur-unsur, seperti sinar UV dan bakteria, dan ia juga membantu menghasilkan vitamin D hasil daripada cahaya matahari. Mana-mana bahagian kulit dengan kelenjar sebum terdedah kepada jerawat – terutamanya muka, belakang badan dan dada.

Parut jerawat adalah hasil daripada keradangan jerawat. Keradangan jerawat adalah di man apabila pori jerawat membengkak dan kerosakan berlaku di dinding pori. Kadang-kadang kandungan dalam jerawat (blemishes) boleh tersebar ke tisu sekitarnya dan menyebabkan parut yang lebih mendalam. Untuk situasi sebegini, kulit akan bertindak balas dengan memperbaiki parut dengan membentuk serat kolagen baru. Hal inilah yang menyebabkan parut di muka disebabkan jerawat.

Parut jerawat mempunyai dua jenis yang utama: keadaan di mana apabila jerawat ‘pecah’ apabila terdapat kehilangan tisu, mengakibatkan lekukan di permukaan kulit; atau, parut timbul di permukaan kulit. Parut jerawat jenis ini, sebenarnya, adalah tanda bahawa kulit anda menjalankan tugasnya – tetapi, mungkin, dengan terlalu baik. Kulit anda menghasilkan kolagen (“memperbaiki tisu”) untuk membantu menyembuhkan luka iaitu jerawat. Tetapi, jika kulit menghasilkan terlalu banyak kolagen, bekas luka timbul akan terbentuk.

 

Apakah Jenis Parut Jerawat Dan Bagaimana Bentuknya?

Sekiranya anda mempunyai parut jerawat, anda mungkin mempunyai lebih daripada satu jenis seperti berikut. Jarang seseorang hanya mempunyai parut jerawat jenis ‘boxcar’, atau hanya bekas luka keloid, dan lain-lain. Yang pentingnya, masing-masing boleh dirawat dengan pelbagai tahap/cara rawatan yang berbeza.

Parut Atropik atau Parut ‘Depressed’:

  • Ice Pick’: Alat ‘ice pick’ mempunyai batang lebar yang menyempit hingga ke hujung. Jenis parut jerawat ini menyerupai alat ini kerana ia adalah lubang yang lebar di bahagian atas dan menyempit ke bentuk titik semakin ianya mendalami kulit. Lekukan seperti itu biasa dan juga salah satu bekas luka yang paling mencabar untuk sembuh. Pada umumnya, parut jerawat jenis ini boleh ditemui di bahagian dahi dan pipi atas, di mana kulit anda lebih nipis.
  • Rolling: Parut ini biasanya terdapat di bahagian pipi bawah dan rahang, di mana kulit anda lebih tebal. Lekuk-lekuk pada parut jenis ‘rolling’ ini yang menjadikan kulit kelihatan tidak rata dan bergelombang.
  • Boxcar: Parut ‘boxcar’ adalah lekukan yang mempunyai bahagian tepi yang lebih tajam. Bahagian tepi parut itu masuk jauh ke dalam kulit. Parut ini biasa terjadi pada bahagian rahang.

Parut hipertrofik atau keloid: Luka tisu parut ini timbul dari kulit. Ia disebabkan apabila tisu berserat, kolagen, di kawasan kulit tumbuh dengan berlebihan. Parut ini biasanya terdapat di bahagian dada, punggung dan bahu serta garis rahang dan boleh gatal, lembut atau sakit.

 

Cara Terbaik Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Pegaga Sahaja

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.

Apakah antara khasiat daun pegaga untuk kulit wajah? 

  • Meredakan keradangan kulit
  • Menyembuhkan jerawat
  • Menghasilkan sel kulit baru
  • Menghasilkan kolagen secara semulajadi

Yang terpentingnya, ekstrak tumbuhan ini terkandung dalam set produk #HAUSZeroJerawat yang merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan Teknologi Epigenetic yang bukan hanya mempercepatkan proses rawatan masalah kulit jerawat malah dapat membantu menghilangkan parut jerawat dengan berkesan dalam masa yang singkat. 

Dengan penggunaan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair dapat mengecutkan jerawat seawal 2 hari dengan Teknologi Epigenetic yang bertindak menjadi suis dan booster kepada DNA bagi memberi rawatan yang pantas dan optimum kepada masalah kulit berjerawat.

Pencuci muka untuk jerawat dalam Combo Set Zero Jerawat Skin Repair mengandungi bahan kandungan asli ekstrak Brown Algae 99.4% yang berasal dari Perancis akan memberi kulit anda kelembapan yang terhidrat.

 

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair

Best ke best sangat? Haruslah guna Combo Set Zero Jerawat Skin Repair kalau nak kulit kekal cantik dan hilangkan parut jerawat yang merosakkan kulit wajah. Yang paling penting, untuk yang dah berumur, kulit akan jadi awet muda! 

Apa rahsianya? Bahan utama dalam produk Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream adalah ekstrak pegaga! Yang suka makan ulam-ulaman tu mesti muka cantik dan kulit cepat sembuh dari luka. Betul tak?

Jadi, dalam Combo Set Zero Jerawat Skin Repair anda akan dapat nikmati keberkesanan produk seperti berikut:

1. Super Intense Cream Cleanser

  • Memulihkan jerawat
  • Mengawal penghasilan sebum
  • Menghaluskan liang pori
  • Membersihkan sel kulit mati
  • Mencerahkan tona kulit
  • Membersih dan melembap
  • Mengurangkan tanda penuaan
  • Meredakan keradangan

2. Super Intense Acne Serum

  • Memulihkan jerawat
  • Mengawal penghasilan sebum
  • Menghaluskan liang pori
  • Menguatkan system skin barrier
  • Mencerahkan tona kulit
  • Meredakan keradangan
  • Membekal hidrasi sehingga 72 jam
  • Merangsang penghasilan sel baharu
  • Mengembalikan keremajaan kulit
  • Membaiki tanda penuaan

3. Super Potent Ceramide + Cica Barrier

  • Formulasi yang sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memulih kerosakan penghadang kulit (skin barrier) 
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan
  • Memberikan kesan ‘glass skin look’
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah
  • Mengurangkan kesan kulit sensitif 
  • Mengembalikan keremajaan kulit 

4. Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion

Formulasi penjagaan kulit Superpotent adalah terma yang digunakan untuk penjagaan kulit dengan hasil keberkesanan yang berintensif tinggi dalam mengembalikan kekuatan sistem pertahanan kulit. Formulasi Superpotent boleh terdiri daripada pelbagai bahan aktif yang telah diuji secara saintifik dan klinikal oleh para pengkaji yang pakar di dalam bidangnya.

Rangkaian siri Superpotent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, dan Aloe Vera. Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpotent.

Tidak ada masa terbaik daripada sekarang untuk buat pilihan anda. Bukan hanya paling menjimatkan, malah paling berkesan untuk kulit wajah anda! Beminat? Dapatkan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair anda di sini.

Comment

Name
Email
Comment