• English
  • Malaysia(MYR RM)

Boleh Ke Picit Jerawat Batu? Baca 8 Cara Menghilangkan Tanpa Sakit

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Siapa yang pernah alami jerawat batu ni pasti tahu kesannya yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang termasuk perempuan dan juga lelaki. Kesan akibat jerawat batu ini amatlah besar sehingga ada yang sampai tak nak jumpa orang, lari dari group photo, tak suka selfie gara-gara malu dengan penampilan sendiri. 

Sebelum kita pergi lanjut kepada cara-cara nak hilangkan jerawat batu ni, kita kena kenal dulu musuh utama kita. Dah tahu punca baru boleh atasi dengan efektif!


JERAWAT BATU: APA ITU DAN PUNCANYA?

Jerawat batu ataupun ‘cystic acne’ adalah jenis jerawat yang paling serius. Saiznya pula lebih besar dari jerawat biasa dan terasa keras seperti terdapat batu di dalamnya apabila disentuh. Ini boleh disebabkan oleh gabungan bakteria, minyak, dan sel kulit kering yang terperangkap di dalam liang roma anda.

Walaupun siapa saja boleh alami masalah kulit berjerawat, jerawat batu cenderung terjadi pada orang yang mempunyai kulit berminyak. Ia juga lebih biasa dalam golongan remaja, wanita, dan orang dewasa yang lebih tua dengan masalah ketidakseimbangan hormon.

Biasanya, jerawat batu boleh beransur baik seiring dengan usia. Walau bagaimanapun, lebam yang keras dan menyakitkan ini tidak akan hilang dengan sendirinya.


BAGAIMANA UNTUK MENGENAL PASTI JERAWAT BATU?

Selain terkenal sebagai bentuk jerawat yang paling serius, jerawat batu juga cenderung membesar menjadi ukuran terbesar. Jerawat jenis ini berciri lebih dalam pada kulit. Sebaliknya, jerawat jenis lain pada umumnya kelihatan berada di atas permukaan kulit sahaja.

Jerawat batu sering kelihatan seperti bisul pada kulit. Ciri-ciri pengenalpastian lain termasuk:

  • Jerawat batu berisi nanah besar
  • lebam putih besar
  • kemerahan
  • sensitif atau menyakitkan apabila disentuh

Jerawat batu mungkin paling ketara di wajah seseorang. Tetapi ianya juga biasa ditemui di bahagian dada, leher, belakang, dan lengan. Jerawat batu bahkan boleh timbul di bahu dan belakang telinga.


ADAKAH JERAWAT BATU AKAN AKIBATKAN PARUT DI WAJAH?

Daripada semua jenis jerawat, jerawat batu adalah jenis jerawat yang mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menyebabkan parut. Anda boleh mengurangkan risiko parut dengan membiarkan jerawat batu untuk pulih dengan sendirinya. Hal ini bermakna anda tidak boleh memicit atau mengeluarkan nanah. Perlakuan memicit jenis jerawat ini juga boleh menyebarkan jangkitan.

Walaupun cara yang terbaik adalah dengan mencegah bekas luka jerawat, terdapat juga beberapa rawatan yang boleh anda cuba untuk mengurangkan penampilan bekas jerawat. Walau bagaimanapun, penting untuk anda merawat jerawat aktif terlebih dahulu dan mengatasi bekas luka setelah jerawat berada dalam keadaan terkawal.


KETAHUI 8 CARA HILANGKAN JERAWAT BATU TANPA SAKIT

Jerawat batu ini biasanya berada di bawah kulit anda – tidak kira kaedah apa pun, ‘batunya’ tidak akan naik ke permukaan kulit. Jadi apa perubahan kecil yang boleh kita lakukan untuk hilangkan jerawat batu tanpa rasa sakit?

  1. Berhentilah Menyentuh Muka Dan Dagu Anda

Anda mungkin sudah mengetahui kepentingan membersihkan kulit untuk menghilangkan penyebab bakteria jerawat, tetapi anda mungkin tidak menyedari bahawa meminimumkan frekuensi anda menyentuh wajah anda setiap hari juga sangat penting. Selain itu, elakkan memicit kulit anda. Malah perlakuan picit jerawat yang biasa juga boleh menyebabkan penumpukan ‘cystic’.

  1. Pilih Produk Yang Sesuai Dan Betul

Pilih produk solekan atau penjagaan kulit yang berlabel “bukan komedogenik” dan “bebas minyak.” Hal Ini kerana produk berlabel ini tidak mungkin menyumbat liang anda. Misalnya, HAUS Combo Set Zero Jerawat Skin Repair.

  1. Amalkan Makanan Berserat Tinggi

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi kandungan antioxidant yang tinggi boleh bantu mencegah dan merawat jerawat. Contohnya, bayam merah, buah oren.

  1. Jangan Berlebihan Dengan ‘Masks’ Dan Rawatan Mendalam

Semasa anda menghadapi masalah jerawat, mudah untuk memikirkan bahawa kaedah terbaik adalah rawatan yang paling banyak atau ‘heavy-duty’ tetapi ini sebenarnya akan mengeringkan jerawat anda. Menggunakan rawatan mendalam setiap hari boleh menyebabkan kulit terhakis secara melebih dan ini sebaliknya menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak dan, oleh itu, lebih banyak jerawat.

  1. Pastikan Muka Anda Bersih Sebelum Tidur

Biarkan kulit anda bernafas dan berehat pada malam hari. Jika anda seorang “makeup junkies”, pastikan kulit anda betul-betul bersih daripada kosmetik. Penggunaan toner juga amat membantu untuk membersihkan sisa kotoran selepas cuci dengan pencuci muka. Contohnya dengan Super Intense Cream Cleanser dan Super Intense Acne Serum yang dihasilkan khusus bagi kulit dengan masalah jerawat. 

HAUS Combo Set Zero Jerawat Skin Repair mempunyai gabungan produk yang dikhususkan bagi perlindungan kulit dan mempercepatkan proses baikpulih sel tisu kulit melalui regulasi epigenetik. Combo ini mempunyai kandungan bahan terbaik untuk rawatan jerawat di samping membantu mengembalikan sistem pertahanan yang lebih kuat untuk melawan permasalahan kulit.

  1. Cuba Aktiviti Menghilangkan Tekanan – Dan Dapatkan Tidur Dan Rehat Yang Secukupnya

Tekanan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan hormon seperti kortisol, yang mendorong kelenjar di kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak. Gaya hidup yang tidak sihat boleh mengganggu hormon dan proses dalam badan.

  1. Pastikan Telefon Bimbit Anda Sentiasa Bersih

Satu lagi perubahan kecil yang dapat memberikan perubahan besar adalah dengan memastikan permukaan telefon bimbit anda bersih. Seperti perlakuan menyentuh wajah anda, telefon bimbit bukan penyebab jerawat, tetapi berpotensi dapat memburukkan lagi jerawat kerana kehadiran bakteria pada peranti mudah alih anda.

Pastikan untuk membersihkan permukaan telefon anda setiap hari untuk mengelakkan bakteria daripada kulit anda dan menyumbang kepada jerawat batu.

  1. Amalkan Pelembap Kulit

Selepas cuci muka, muka akan menjadi kering (bergantung pada jenis pencuci muka). Ini akan menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan sebum/minyak secara berlebihan bagi mengatasi kulit kering tadi. Oleh itu, dengan menggunakan pelembap muka akan mengawal pengeluaran sebum tersebut.


TAK PERLU PICIT JERAWAT BATU – HANYA PERLU COMBO SET ZERO JERAWAT SKIN REPAIR

Set ini hanya mengandungi 3 langkah rutin untuk mengecutkan jerawat seawal 2 hari sahaja. Formulasi setiap 3 item ini dihasilkan khas untuk kegunaan bersama di dalam Set #HAUSZeroJerawat untuk kesan yang terbaik. 

  • Super Intense Cream Cleanser 60ml 
  • Super Intense Acne Serum 20ml 
  • Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion 50ml 
  • Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream 30ml

Teknologi Epigenetik di gabungan kombo ini dihasilkan khusus bagi kulit dengan masalah jerawat. Epigenetik adalah kajian mengenai “suis” modifikasi DNA melalui ciri anti-inflamasi, percambahan sel kulit baharu, dan penstrukturan semula sistem sel kulit.

Rangkaian siri Superpotent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, dan Aloe Vera. Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpotent.

Jadi, anda tak perlu tunggu lama untuk nampak hasilnya. Tidak ada masa terbaik daripada sekarang untuk buat pilihan anda. Bukan hanya paling menjimatkan, malah paling berkesan untuk kulit wajah anda! Beminat? Dapatkan Combo Set Zero Jerawat Skin Repair anda di sini.

Comment

Name
Email
Comment