• English
  • Malaysia(MYR RM)

Bibir Kering dan Hitam Diselesaikan Dengan Lipstick with SPF Ini

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Sama seperti kulit, warna bibir boleh nampak berlainan mengikut individu. Sesungguhnya, bibir yang berwarna merah jambu dan sihat pastinya akan menjadikan anda kelihatan lebih menarik dan menjadikan warna gincu anda kelihatan lebih segar.

Malangnya, tidak semua orang bernasib baik untuk memiliki bibir merah bak buah delima. Sebilangan besar daripada wanita mengalami masalah bibir kering dan hitam. Bibir gelap boleh terjadi akibat hiperpigmentasi atau melanin yang berlebihan.

Hiperpigmentasi bibir biasanya disebabkan oleh pendedahan yang melampau kepada cahaya matahari. Bukan sahaja ia boleh merosakkan kulit wajah anda, malah pendedahan cahaya matahari juga boleh menjadi salah satu penyebab utama bibir menjadi kering dan menghitam. Kulit, termasuk bibir yang terkena cahaya matahari dapat mendorong tubuh untuk menghasilkan lebih banyak melanin. Kesannya, kulit dan bibir boleh menjadi lebih gelap dan menghitam.

Maka, untuk itu, anda boleh mengelakkan perubahan warna bibir ini dengan berkesan melalui penggunaan lip balm atau produk bibir yang mengandungi SPF untuk menjaga bibir agar ia sentiasa terlindung daripada selaran matahari.


JADI, APA YANG ANDA BOLEH BUAT JIKA ANDA HADAPI MASALAH BIBIR KERING DAN HITAM?

Di sini anda boleh ketahui beberapa petua berguna yang akan membantu anda dalam rawatan penjagaan bibir dan menyelesaikan masalah bibir kering dan gelap.

  1. Kekal Terhidrat

Pastikan minum banyak air dan kekal terhidrat. Di samping itu, tingkatkan juga pengambilan minuman sihat yang lain. Apabila anda mempunyai pengambilan cecair yang mencukupi, kulit anda akan terhidrat sepenuhnya dan kelihatan segar. Jadi pastikan anda kekal terhidrat untuk masalah kulit anda termasuk bibir kering dan gelap.

  1. Jangan Lupa Untuk Melembapkan Bibir Anda

Amalan yang sama juga harus diterapkan pada bibir anda sama seperti kulit anda. Lembapkan bibir anda dengan kerap. Lembapkan bibir anda dengan menggunakan madu, gliserin, balsem bibir buatan rumah untuk memastikan kelembapan bibir anda.

  1. Elakkan ‘Chemical Peels’

Pengelupasan kimia ataupun ‘chemical peels’ untuk bibir anda mungkin berkesan dalam jangka masa pendek tetapi untuk faedah jangka panjang, pencegahan selalu lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, mulailah merawat bibir anda dengan mengambil langkah kecil seperti yang disebutkan di atas.

  1. Gunakan Produk Kosmetik Berkualiti Tinggi

Kosmetik bermutu rendah boleh membahayakan kulit bibir anda. Oleh itu, tidak salah untuk membelanjakan sejumlah wang untuk membeli produk kosmetik yang berkualiti. Juga, jangan lupa menanggalkan solekan sebelum tidur supaya bibir anda dapat mempunyai pengudaraan yang baik sama seperti kulit anda. Gunakan lipstik polimer dan warna bibir.

  1. Cuba Gunakan Produk Bibir Yang Mengandungi SPF

Kulit anda memerlukan formula perlindungan cahaya matahari untuk mengelakkan berlakunya pigmentasi. Dengan cara yang sama, bibir anda juga memerlukan produk SPF. Gunakan pelembap bibir dan lipstik dengan formula pelindung cahaya matahari. Sekiranya anda berjemur di bawah cahaya matahari, jangan lupa melindungi bibir anda dari sinaran UV yang berbahaya dengan produk SPF.

Maka, penyelesaian yang terbaik untuk masalah bibir kering dan hitam adalah dengan Matte Velvet Lipstick daripada Haus Cosmetics.


BAGAIMANA MATTE VELVET LIPSTICK DAPAT SELESAIKAN MASALAH BIBIR HITAM DAN KERING?

Formulasi baharu dengan Organic Sunscreen SPF 35 PA++++ bagi perlindungan bibir dari sinaran UV. Bibir akan menjadi lebih cantik dan sihat dengan menggunakan Matte Velvet Lipstick dari HAUS Cosmetics.

Matte Velvet Lipstick dari HAUS ini diformulasi agar bersesuaian untuk semua bibir. Ini dilakukan melalui kandungan bahan wax vegan dari sumber semulajadi iaitu tumbuhan Carnauba dan buah Bayberry. Wax vegan adalah alternatif terbaik yang tepat untuk Beeswax yang berasaskan haiwan. Ianya selamat dan sesuai untuk bibir yang mudah sensitif. Tidak dilupakan, teknologi HAUS iaitu ‘anti-dry’, ‘anti-cracked’, dan ‘anti-dull’ juga disertakan.

Secara ringkasnya, anda boleh ketahui antara manfaat Matte Velvet Lipstick kepada bibir anda seperti berikut:

  • Mengandungi organic sunscreen SPF35 PA++++
  • Teknologi Anti-Dry, Anti-Crack, Anti-Dull dari bahan Palmitoyl Hexapeptide-12
  • Formulasi menggunakan wax tumbuhan semulajadi iaitu Carnauba dan Bayberry
  • Khasiat kandungan Jojoba Seed Oil dan Vitamin E
  • Formulasi yang tahan lama di bibir sehingga 8 jam. Tidak mudah comot (smudge)

Keunggulan Matte Velvet Lipstick mampu memberikan fungsi anti-kedut, anti-gelap dan anti-kering serta merawat bibir merekah dan berdarah dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.


KELAINAN MATTE VELVET LIPSTICK DENGAN LIPSTICK LAIN

Adakah anda tahu sebab betul kenapa bibir anda memerlukan perlindungan SPF? 

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak sebab kenapa bibir kita perlukan SPF. Antara yang terutamanya adalah

  • Untuk elakkan penuaan bibir
  • Untuk bibir jadi gelap kerana terdedah terlalu lama dengan sinaran UV

Selain itu, terdapat juga banyak ciri lain Matte Velvet Lipstick ini yang boleh anda ketahui seperti:

  • Lipstick tidak mudah patah
  • Kemasan matte baldu yang lembut
  • Tekstur ringan di bibir
  • 6 pilihan warna yang sesuai kulit wanita Asia
  • Berpigmen tinggi dan tidak mudah tanggal
  • Haruman yang menyenangkan

Di samping itu, adakah anda tahu pigment colour dalam Matte Velvet Lipstick ini diimport dari Jepun? Betul. Tapi, kenapa Jepun jadi pilihan HAUS? Ini kerana pigment colour dari Jepun sudah diproses dan ada dokumentasi yang membuktikan ianya tak menggelapkan bibir. 

Dengan Matte Velvet Lipstick boleh didapati dalam 6 pilihan warna yang berlainan.

  • Daisy
  • Peony
  • Salvia
  • Poppy
  • Lily
  • Rosa


BAHAN KANDUNGAN MATTE VELVET LIPSTICK PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK BIBIR KERING DAN HITAM

Anda kini tidak perlu risau jika anda mempunyai bibir bermasalah kerana Palmitoyl Hexapeptide-12 adalah merupakan rangkaian asid amino yang merangsang pembentukan kolagen untuk bibir yang sihat, tegang dan anjal. Peptida ini telah dibuktikan secara saintifik dapat menghilangkan kedutan di bibir, dan memudarkan gelap di bibir dengan ciri anti- oksidanya.

Penyelidikan membuktikan selepas 10 hari penggunaan secara konsisten 2 kali sehari, bibir anda yang berkedut, hitam dan pecah akan menjadi pulih dan cantik.

Oleh kerana ada sesetengah wanita yang mempunyai bibir sensitif terhadap bahan seperti lilin lebah / beeswax (berasaskan haiwan), Haus Cosmetics telah menggantikan lilin tersebut ke satu bahan yang berasaskan tumbuhan iaitu Lilin Vegan dari pokok Carnauba & buah Bayberry. Bahan-bahan ini terbukti amat sesuai untuk bibir sensitif.

Vitamin E dalam Matte Velvet Lipstick (MVL) mempunyai kesan efektif untuk mencerahkan bibir yang gelap dan mengekalkan kelembapan bibir. Antioksidan yang terbaik juga terkandung dalam MVL untuk melindungi bibir anda dari radikal bebas. Vitamin B-Kompleks di dalam minyak biji Jojoba memastikan bibir anda yang kering, sentiasa kekal lembap dan terhidrat dengan mendalam. Ia juga membantu membaiki sel-sel kulit yang rosak pada bibir anda.


DAPATKAN PERLINDUNGAN BIBIR TERBAIK DENGAN HAUS MATTE VELVET LIPSTICK BERSPF

Nak pakai lipstick yang berkualiti dan padu untuk bibir anda? Maka Matte Velvet Lipstick ini untuk anda! Matte Velvet Lipstick dengan formulasinya yang vegan dan moisturizing untuk bibir sensitif boleh anda dapatkan di sini. Pilih HAUS pasti berbaloi.

Comment

Name
Email
Comment