• English
  • Malaysia(MYR RM)

Apa Nak Buat Bila Kulit Sensitif Gatal? Founder Ini Kongsi Rahsia

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Kulit sensitif, kering dan gatal sudah tentunya tidak menyenangkan. Sebenarnya, keadaan itu boleh menjadi sangat menjengkelkan bagi orang yang mengalami masalah tersebut. Hal ini sebab apabila kulit anda rasa gatal, anda akan menggaru. Semakin anda menggaru, kegatalan pada kulit akan semakin meningkat dan ini akan menyebabkan satu kitaran yang berulang. Sekiranya ini adalah salah satu situasi yang anda hadapi, sudah pasti anda mahu dibebaskan daripada kitaran ini dan merindukan kelegaan.

Sebenarnya, sebilangan besar kes kegatalan kulit hanyalah kes biasa dan kegatalannnya boleh hilang dengan atau tanpa rawatan. Tetapi apabila kegatalan kulit anda berterusan selama lebih dari beberapa minggu, apa yang patut anda buat untuk melegakan kegatalan kulit yang melampau ini? Sekiranya situasi membuat anda terjaga pada waktu malam, anda harus mengambil langkah penjagaan yang sesuai untuk membendung masalah ini terutamanya apabila kulit anda cenderung menjadi sensitif.

Cara yang paling biasa untuk melegakan kulit kering adalah dengan menggunakan pelembap, yang boleh anda dapati dalam bentuk krim dan losyen. Ianya dapat membantu mengembalikan kelembapan ke dalam kulit. Pelembap yang bertekstur tebal sesuai dan lebih berkesan untuk kulit gatal, kering.

Antara rawatan di rumah yang dapat membantu mengatasi kulit sensitif yang kering dan gatal serta memulihkan kelembapan, termasuk:

  • Elakkan mandi dengan air panas; gunakan air suam
  • Hadkan tempoh mandi anda kepada 10 minit atau kurang
  • Gunakan sabun pelembap
  • Sapukan pelembap sejurus selepas mandi
  • Lap kulit anda dengan lembut, elakkan menggosok kulit basah dengan kasar 
  • Elakkan menggaru pada ‘patches’ kulit kering
  • Gunakan ‘humidifier’ di rumah dan juga di bilik tidur anda

Tapi, ada juga rahsia selain daripada tips rawatan di atas yang patut anda ketahui untuk mengatasi kulit sensitif gatal dengan lebih berkesan. Adakah anda tahu rahsianya? Jom..


RAHSIA HILANG KEGATALAN KULIT SENSITIF – HAUS SPECIAL SET SENSITIVE SKIN 

Bagi anda yang mencari penyelesaian kepada masalah kulit sensitif anda yang asyik gatal, Special Set Sensitive Skin akan menjadi penawar mujarab untuk masalah anda. Special Set Sensitive Skin akan menawarkan anda kesan perubahan yang ketara dalam masa yang singkat. 

Dalam Special Set Sensitive Skin ini, anda akan mendapat kombo:

  • Super Sensitive Beauty Lotion (100g)
  • Super Sensitive Beauty Soap (50g)

Set ini dihasilkan dengan kombinasi produk yang sangat berkesan untuk bukan hanya masalah jerawat kronik malah masalah kulit lain seperti kulit kering, gatal, ekzema dan lain-lain. Untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, kombo set Sensitive Skin ini adalah sangat sesuai terutamanya dari segi penjagaan kulit secara semulajadi dan organik.


KENAPA ANDA WAJIB GUNA SUPER SENSITIVE BEAUTY LOTION UNTUK KULIT SENSITIF GATAL?

Losyen kecantikan ini bukan sahaja melembapkan kulit malah formulasi uniknya ini juga merangkumi 7 jenis ekstrak tumbuhan herba yang terbaik untuk kulit! Centella Asiatica Extract atau pegaga adalah bahan terbaik untuk sistem pertahanan kulit. Sistem pertahanan kulit atau skin barrier yang sihat bermaksud memiliki kulit dalaman dan luaran yang jauh lebih sihat. 

Terbukti mengandungi kandungan Stimutex-AS iaitu nama saintifik dengan gabungan 3 bahan penting yang pastinya dapat merawat dan melegakan kegatalan seawal 5-10 minit. Tiga gabungan bahan utama adalah seperti :

  1. Shea Butter : Anti Radang, Anti-Aging, Anti-Oksidan dan melembapkan kulit.
  2. Argan Oil : Melembapkan kulit terutama masalah ekzema
  3. Spent Grain Wax : Menenangkan kulit kering dan melembapkan permukaan kulit

Super Sensitive Beauty Lotion ini sangat sesuai dan berkesan untuk merawat masalah kegatalan kulit anda akibat kulit sensitif. Hal ini sememangnya kerana kandungan bahan serta ciri-ciri produk ini dirumus khas untuk melegakan kegatalan, mengurangkan kerengsaan atau kemerahan hanya dalam tempoh 5 minit selepas penggunaan. Antara keunikan ciri-ciri Super Sensitive Beauty Lotion wajib anda perlu tahu termasuk:

  • Tekstur losyen putih pekat berwarna putih
  • Tiada pewangi sintetik
  • Ada 3 jenis essential oil – Sunflower Seed Oil, Argan Oil dan Lemon Peel Oil
  • Tekstur tidak melekit, tidak berminyak dan cepat meresap pada kulit.

Di samping itu, penggunaan Super Sensitive Beauty Lotion ini sesuai untuk semua yang memerlukan penjagaan kulit yang secara menyeluruh dan berupaya membuat perawatan yang mendalam. Antara fungsi utama Super Sensitive Beauty Lotion kepada kulit kering anda:

  • Memberi kelembapan selama 3 hari pada kulit
  • Membaiki dan mengukuhkan “skin barrier”
  • Melegakan kegatalan, keradangan dan kemerahan kulit
  • Mengembalikan keanjalan kulit

Jadi, apabila anda mahukan melegakan kegatalan kulit anda dengan pantas, anda cuma perlu ambil sejumlah kuantiti losyen yang secukupnya dengan hujung jari yang bersih. Ratakan ke bahagian yang diingini dalam gerakan secara membulat untuk penyerapan terbaik ke dalam kulit. Sesuai untuk kegunaan wajah dan anggota tubuh dan anda boleh lihat kesan penggunaan paling optimum apabila digunakan bersama Super Sensitive Beauty Soap. 


APA YANG MEMBEZAKAN SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP DENGAN SABUN MANDIAN YANG LAIN?

Di dalam formulasi Super Sensitive Beauty Soap (SSB) mengandungi kombinasi 3 bahan mentah utama iaitu Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Spent Grain Wax dan cold-processed Argania Spinosa Kernel (Argan) Oil. Ketiga-tiga bahan ini yang terkandung dalam penghasilan Super Sensitive Beauty Soap mempunyai peratusan % yang paling tinggi.

Mengapa tiga bahan utama ini mempunyai kandungan peratusan yang paling tinggi dalam Super Sensitive Beauty Soap? Hal ini kerana mengikut kajian, kombinasi tiga bahan utama seperti yang dinamakan di atas terbukti mempunyai kesan hasil yang sangat bagus dan powerful untuk soothing (menenangkan) dan mampu mengurangkan kegatalan kulit dengan hanya sepantas 5 minit sahaja.

Selain daripada itu, Puan Eiyma selaku founder HAUS Cosmetics dan juga berperanan untuk R&D barisan produk kosmetik dan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, telah menerapkan bahan semulajadi seperti St John’s Wort Oil dan Tea Tree Oil sebagai bahan booster untuk kelembapan kulit.

Sebab itu, Super Sensitive Beauty Soap ini juga digelar sebagai sabun ajaib! Anda mungkin tak percaya, tapi selepas 5 minit penggunaan sahaja keberkesanan produk boleh dirasai. Anda perlu cuba sendiri untuk mempercayainya!

Bercakap pula tentang kandungan bahan natural dan organik dalam Super Sensitive Beauty Soap, antara bahan semulajadi mewah yang terkandung dalam sabun ajaib dan fungsinya adalah:

  1. Shea Butter : Anti-radang, anti-aging, anti-oksidan dan melembapkan kulit.
  2. Argan oil : Melembapkan kulit terutamanya bagi yang mempunyai masalah kulit ekzema
  3. Tea Tree Oil : Anti-radang, anti-oksidan, anti-bakteria dan anti-fungal
  4. Spent Grain Wax : Menenangkan kulit kering dan melembapkan permukaan kulit
  5. St John’s Oil : Anti-radang
  6. Avocado Oil : Melembapkan kulit

Bar sabun Super Sensitive Beauty ini bertekstur sangat halus dari bahan-bahan yang dipilih dengan teliti yang dirumus khas untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, kulit berminyak, dan kulit berjerawat. Yang paling penting, Sabun Super Sensitive Beauty ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana sifat pelembabnya yang sangat tinggi.

Kulit sensitif gatal? Anda cuma perlu tahu langkah penggunaannya dan dengan sekelip mata, kegatalan kulit anda akan beransur hilang! 

Langkah penggunaan: Basahkan muka sebelum menggunakan. Basahkan sabun dan gosok sehingga berbuih. Gunakan buih untuk mencuci wajah dengan teliti. Bilas dengan bersih. Gunakan tuala mikrofiber yang bersih untuk keringkan.


KULIT TIDAK AKAN GATAL LAGI DENGAN HAUS SPECIAL SET SENSITIVE SKIN 

Anda boleh menikmati hidup dengan yakin tanpa masalah jerawat yang kronik. Tanpa perlu resah tentang kegatalan kulit atau apa jua masalah kulit yang lain. Khas untuk semua jenis kulit yang merangkumi kulit kering, sensitif, berjerawat dan lain-lain, jom dapatkan Special Set Sensitive Skin anda yang tersendiri di sini! Memang berbaloi untuk anda capai kulit impian anda – kuilt lembap, bersih dan sihat.

Comment

Name
Email
Comment