• English
  • Malaysia(MYR RM)

Tips Beli Produk Hilangkan Jeragat di Watson? Ini Alternatif Berkesan

Jul 06,2023 | Eiyma Jalil

Dengan begitu banyak produk penjagaan kulit khususnya produk hilangkan jeragat yang sering anda lihat di Watson (contohnya) dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik perhatian anda (dan juga wang anda), bagaimana anda tahu produk hilangkan jeragat yang manakah sesuai untuk anda? Ingat, produk yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik. Seringkali kita dengar dan lihat di pasaran produk dengan label “miracle products” yang semestinya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan kepada kita.

Perkara yang paling penting untuk diingat semasa meneliti produk hilangkan jeragat/produk penjagaan kulit yang anda lihat di Watson atau mana-mana sahaja adalah untuk mempercayai kehendak anda sendiri. Hal ini kerana tidak siapa yang mengenali kulit anda lebih baik daripada diri sendiri. Terdapat banyak produk penjagaan kulit di pasaran dan ia boleh menjadi mudah untuk anda membazir wang dan masa anda untuk mencari penyelesaian terbaik. Oleh itu, tidak salah untuk anda luangkan masa dengan mendidik diri anda sebelum membeli mana-mana produk penjagaan kulit.


KENALI JENIS KULIT ANDA

Jenis kulit adalah faktor yang paling penting dalam menentukan produk penjagaan kulit yang paling sesuai untuk anda. Tidak semestinya tidak ada produk buruk, tetapi kadang-kadang individu dengan jenis kulit yang tertentu boleh menggunakan produk yang salah untuk jenis kulitnya.

Anda mungkin sudah mengetahuinya sendiri, tetapi mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan sensitif perlu lebih peka dan berhati-hati dengan ramuan yang berbeza dalam produk penjagaan kulit mereka. Jika anda tidak tahu sebelum ini, kulit berminyak dapat menangani pelbagai jenis bahan yang kadang-kadang boleh mencetuskan jerawat atau keradangan pada jenis kulit yang lain.

Antara bahan kandungan yang sesuai untuk jenis kulit yang tertentu adalah:

  • Untuk kulit berminyak: Cari produk yang mengandungi asid hidroksi alfa (asid glikolik atau asid salisilik), benzoil peroksida, dan asid hyaluronik. Bahan-bahan ini berkesan untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan sementara asid hyaluronik akan menghasilkan hidrasi hanya di kawasan yang diperlukan.
  • Untuk kulit kering: Cari produk yang mengandungi shea butter dan asid laktik. Bahan-bahan ini memberikan penghidratan yang secukupnya dan pengelupasan ringan agar kulit kering tetap kelihatan berseri.
  • Untuk kulit sensitif: Cari produk yang mengandungi lidah buaya (aloe vera), oatmeal, dan shea butter. Bahan-bahan ini merupakan pelembap yang baik dan biasanya tidak mengakibatkan sebarang ‘breakout’ pada kulit anda..

Sekiranya anda tidak 100 peratus pasti mengenai jenis kulit yang anda miliki, ada baiknya anda merujuk kepada pakar dermatologi anda untuk mendapatkan bantuan. Sebaik sahaja anda memahami jenis kulit anda, anda boleh mula memilih produk yang anda rasa sesuai untuk permasalahan kulit anda, misalnya kulit berjeragat. 


COMBO SET ZERO JERAGAT SKIN REPAIR HAUS COSMETICS BOLEH HILANGKAN JERAGAT?

HAUS Cosmetics sangat mementingkan produk penjagaan kulit yang memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada kulit. Jadi, terhasilnya set khas yang dikenali dengan Combo Set Zero Jeragat Skin Repair di mana combo tersebut mengandungi barisan produk-produk yang menerapkan teknologi Epigenetik. Ia adalah satu teknologi yang terbukti berkesan untuk “petik suis” DNA anda dan mengawal sistem sel dalam kulit untuk berfungsi dengan lebih efektif, secara tak langsung menguatkan sistem pertahanan kulit (skin barrier) untuk melawan dan pulih dari segala permasalahan kulit khususnya jerawat dan juga jeragat. Gabungan Epigenetic Technology dan Super Potent menjadikan Haus Cosmetics antara peneraju terawal di Malaysia.

Teknologi Epigenetik dalam Formulasi Superpotent dalam Haus Super Potent di mana anda boleh dapati dalam Combo Set Zero Jeragat Skin Repair ni merupakan pilihan terbaik bagi anda yang mencari penjagaan kulit yang berkualiti dan menyeluruh. Gabungan kedua-dua perkara hebat ini iaitu Teknologi Epigenetik ke dalam formulasi Superpotent bagi produk penjagaan kulit adalah sebab utama kenapa Combo Set Zero Jeragat Skin Repair adalah penyelesaian yang efektif untuk masalah kulit jeragat anda.


ANTARA PRODUK YANG BOLEH ANDA DAPATI DALAM COMBO SET ZERO JERAGAT SKIN REPAIR HAUS

  1. Super Intense Cream Cleanser (60ml)  

Bahan aktif utama dalam Super Intense Cream Cleanser iaitu Salicylic Acid adalah Beta Hydroxy Acid (BHA) yang larut minyak, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif. Niacinamide dengan ciri pengawalan sebum yang hebat dapat mengurangkan masalah kulit berminyak melalui regulasi penghasilan sebum. 

Di samping itu, Super Intense Cream Cleanser ini juga mempunyai fungsi-fungsi lain termasuk:

  • Pulihkan jerawat
  • Kawal penghasilan sebum
  • Haluskan liang pori
  • Bersihkan sel kulit mati
  • Cerahkan tona kulit 
  • Bersih dan melembap
  • Kurangkan tanda penuaan
  • Redakan keradangan

Ciri-ciri Super Intense Cream Cleanser

  • Teknologi Epigenetik
  • Teknologi Algae dari Perancis
  • 60ml
  • Texture gel + cream
  • Lembut pada kulit

Bahan Kandungan Super Intense Cream Cleanser

  • Laminaria Digitata (Algae) Extract dari Perancis
  • Salicylic Acid
  • Niacinamide
  • Sodium Hyaluronate
  • Yam Bean Root Extract
  1. Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion (50ml)  

Rangkaian siri Superpotent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, dan Aloe Vera. Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpotent.

Antara fungsinya adalah:

  • Bersihkan sel kulit mati
  • Rangsang penghasilan sel kulit baharu
  • Haluskan liang pori
  • Kawal penghasilan sebum
  • Pulihkan jerawat
  • Cerahkan tona kulit
  • Kuatkan sistem skin barrier
  • Baiki tanda penuaan
  • Bekalkan kelembapan
  1. Silky Intense Oil Serum Calendula/Lavender (10ml)

Kenapa anda perlu memilih HAUS Silky Intense Oil Serum berbanding serum serum lain?

  • Tidak berminyak
  • Tiada pewangi tambahan
  • Keupayaan merawat yang tinggi
  • Boleh guna terus pada kulit
  • Boleh dicampur dengan produk lain
  1. Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream (30ml) 

‘Krim barrier’ dengan gabungan Ceramide NP dan Ekstrak Pegaga atau Centella Asiatica (CICA) adalah bahan aktif utama produk. Ia bertindak untuk memulihkan kembali penghadang kulit (skin barrier) yang telah rosak. Selain itu, ia juga membantu membina kembali dan mengekalkan skin barrier yang lebih sihat dan kuat.

Antara manfaat penggunaan Super Potent Ceramide + Cica Barrier Cream adalah:

  • Formulasi yang sesuai untuk semua jenis kulit. 
  • Memulih kerosakan penghadang kulit (skin barrier). 
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan. 
  • Memberikan kesan ‘glass skin look’. 
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. 
  • Mengurangkan kesan kulit sensitif. 
  • Mengembalikan keremajaan kulit. 

Ciri-ciri produk HAUS Super Potent Ceramide

  • Kandungan 30ml. 
  • Tekstur krim yang ringan. 
  • Tidak melekit dan mudah meresap  
  • ke dalam kulit. 
  • Tanpa bahan pewangi. 
  • Tanpa Paraben


NAK HILANGKAN JERAGAT? JOM DAPATKAN KESAN EFEKTIF DENGAN COMBO SET ZERO JERAGAT SKIN REPAIR

Ada special promo Merdeka, bolehlah grab dalam harga murah. Sementara peluang masih ada! Tempoh terhad sahaja untuk dapatkan 4 produk ini dalam satu combo dalam harga mur-murr sahaja. Jadi, jom grab Combo Set Zero Jeragat Skin Repair di sini!

Comment

Name
Email
Comment