• English
  • Malaysia(MYR RM)

Kebaikan Exfoliation untuk Kulit Berjerawat

Aug 09,2023 | Eiyma Jalil

Kebaikan Exfoliation Untuk Kulit Berjerawat

Haiii Assalamualaikum pembaca yang dikasihi. Harini KL ada topik special untuk kulit acne prone. 

Siapa tak penat melayan kulit berjerawat kan? Dah cuba macam-macam produk, penyudahnya kecewa juga. Apa kata cuba chemical exfoliation?

What is the Best Acne Treatment for Sensitive Skin? 4 Best Acne-Fighting  Skincare Ingredients For Sensitive Skin - My Cozy Room

Sebelum tu, u all kena check top 10 ingredients untuk kulit jenis berjerawat yang KL bincangkan sebelum ni. Klik sini untuk baca. 

Dalam artikel kali ni, KL akan kongsikan manfaat kebaikan dan cara-cara macam mana nak gunakan chemical exfoliation dalam routine untuk kulit berjerawat.

Apa Itu Chemical Exfoliation?

Chemical exfoliation melibatkan penggunaan acid semulajadi dalam kulit iaitu alpha-hydroxy acids (AHAs) dan beta-hydroxy acids (BHAs). Tugas acid-acid ni adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang berada di atas permukaan kulit.

Physical exfoliation menggunakan skrub yang lebih kasar secara fizikal, macam yang kita nampak biji-biji halus tu. Fungsinya sama juga untuk menanggalkan sel kulit mati.

Chemical exfoliation bertindak dengan meleraikan ikatan "bonding" antara kulit supaya sel kulit yang dah mati tu mudah gugur.

chemical exfoliant - Online Discount Shop for Electronics, Apparel, Toys,  Books, Games, Computers, Shoes, Jewelry, Watches, Baby Products, Sports &  Outdoors, Office Products, Bed & Bath, Furniture, Tools, Hardware,  Automotive Parts, Accessories

Kelebihan Chemical Exfoliation Untuk Kulit Berjerawat

#1. Membersihkan Liang Pori

Salah satu sebab jerawat mudah terbentuk adalah daripada sel-sel kulit mati yang terkumpul di dalam liang pori. Ia terkumpul bersama dengan minyak, bakteria dan kotoran habuk dari persekitaran. Jadi, chemical exfoliation boleh bantu: 

  • Bersihkan liang pori yang tersumbat dengan cara melarutkan minyak, meleraikan sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran.
  • Menghalang pembentukan blackheads dan whiteheads yang boleh menjurus kepada pembentukan jerawat yang lebih teruk.

#2. Mengurangkan Keradangan

Kulit berjerawat memang tak boleh lari dari keadaan kulit yang meradang dan kemerah-merahan. Chemical exfoliation sangat membantu untuk mengurangkan keradangan dengan cara: 

  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati
  • Mengurangkan pengumpulan bakteria jerawat di dalam liang pori 

Kaedah ini membantu menenangkan kulit, mengurangkan keradangan dan kemerahan. 

10 Body Scrubs To Get Rid Of Dry Winter Skin - Boldsky.com

#3. Memperbaiki Tekstur kulit

Chemical exfoliation membantu memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan dengan menyingkirkan sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit yang baru. 

Cara ini terbukti menghasilkan kulit yang lebih lembut, tekstur yang lebih halus, dan tona cerah sekata.

Dengan tektur kulit yang lebih baik, chemical exfoliation turut membantu mengurangkan kesan parut jerawat dan hiperpigmentasi.

#4.Meningkatkan Kadar Serapan Produk

Dengan menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit, chemical exfoliation dapat membantu meningkatkan kadar serapan skincare ke dalam kulit. 

Ini bermaksud, u all punya pelembap, serum, ampoule, toner, emulsion dan segala step skincare tu boleh meresap masuk jauh ke dalam kulit sebab dah tiada halangan dari sel kulit mati lagi. 

Barulah betul pakai skincare dapat kesan!

Cara Menggunakan Chemical Exfoliation

Sekarang dah tahu kenapa penting untuk kulit berjerawat menggunakan chemical exfoliator kan. Ok jom KL share macam mana nak guna chemical exfoliator pula. Sebab ramai sangat yang takut ak guna, takut makin breakout la, makin teruk la, jerawat beranak pinak la. 

Teruskan baca kat bawah yer. 

a) Mula Perlahan-lahan

Kalau u first time nak pakai chemical exfoliator, pastikan pakai sikit-sikit dulu. Mulakan dengan dua kali seminggu dulu. Pakai satu kali waktu malam sahaja. Kemudian, bila kulit dah rasa selesa, barulah tambah kekerapan tu kepada dua hari sekali.

Ingat, penggunaan yang berlebihan akan membawa kepada iritasi dan kulit kering. Jadi cuba perhatikan dan lebih cakna dengan respond yang kulit kita tunjukkan setiap kali mula pakai produk baru dalam rutin. 

b) Pilih Exfoliant yang Betul

Macam yang KL cakap kat atas, penting untuk pilih jenis exfoliant yang bersesuaian dengan jenis kulit mengikut keperluan dan masalah kulit masing-masing. 

Kalau u ada kulit yang jenis berminyak dan masalah jerawat (acne prone), exfoliant jenis BHA seperti Salicylic Acid (SA). SA adalah exfoliant terbaik yang boleh bertindak sehingga ke dalam liang pori. Ia membantu membersihkan pori dan menghalang pembentukan jerawat. 

Selain tu, exfoliant jenis AHA seperti Glycolic Acid pula sangat lembut dan bertindak membersihkan sel kulit mati yang berada di sekitar permukaan kulit. 

Hasil penggunaan kedua-dua jenis chemical exfoliator ni sangat membantu kulit berjerawat untuk sembuh dengan lebih pantas tanpa menyebabkan breakout/purging. 

ENCAPSULATED SALICYLIC ACID

Paling penting! Kulit berjerawat kena cari SA jenis encapsulated sebab:

  1. Lebih mesra dan "gentle" pada kulit berjerawat
  2. Bertindak secara perlahan-lahan selama 8 jam
  3. Elak risiko purging / breakout

c) Pakai Pelembap Selepas Exfoliate

Lepas guna chemical exfoliator, KL katakan wajib yer, WAJIB untuk sentiasa pakai produk-produk yang melembapkan kulit macam toner, moisturiser, face mist ke.. Yang penting boleh bagi kelembapan pada kulit. 

Carilah pelembap yang ada bahan aktif Ceramide, atau Saccharide Isomerate yang lebih powerful dari Hyaluronic Acid yang berfungsi untuk bagi moisture dan hydration pada kulit. 

d) Jangan Lupa Sunscreen

Penggunaan chemical exfoliant seperti Retinol juga, akan menyebabkan kulit jadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Jadi, kena pastikan jangan lupa pakai sunscreen setiap hari. 

Kalau u pakai chemical exfoliator dalam rutin malam, pastikan esok paginya kena pakai sunscreen. Tak kiralah u keluar rumah ke tak. Asalkan waktu siang je kena pakai sunscreen. 

Sunscreen sangat penting untuk elak kulit terkena radikal bebas yang akan menyebabkan kulit jadi breakout / purging. Tambahan lagi kulit yang jenis berjerawat. 

Carilah sunscreen yang jenis broad spectrum bermula dari SPF30/PA++++ atau lebih tinggi, lebih baik. 

Kaedah ini akan bantu lindungi kulit secara keseluruhan dan menghalang kerosakan kulit akibat UV serta tanda-tanda penuaan sebelum usia. 

e) Jangan Guna Berlebihan

Walaupun seronok guna chemical exfoliator sebab bantu perbaiki masalah kulit berjerawat, tapi jangan sampai guna berlebihan. Penggunaan chemical exfoliator yang berlebihan boleh membawa kepada: 

  • Iritasi
  • Kulit kering
  • Kerosakan skin barrier

Hasil Penggunaan

Menurut seorang ahli dermatologi, hasil penggunaan chemical exfoliation terhadap kulit wajah bergantung kepada beberapa faktor. 

Dr. Hadley King, ahli dermatologi ada berkongsi "Tempoh masa untuk nampak hasil penggunaan chemical exfoliator bergantung kepada jenis bahan aktif yang digunakan, kepekatan bahan aktif, dan kekerapan penggunaan"

Beliau turut menyatakan "Secara amnya, perubahan baik dapat dilihat dari segi tekstur kulit, tona sekata dan wajah lebih bersih selepas beberapa minggu penggunaan yang konsisten"

Dr. Joshua Zeichner, juga ahli dermatologi juga menyatakan bahawa "Dengan penggunaan yang konsisten, chemical exfoliator membantu membersihkan liang pori, mengurangkan keradangan, dan membaiki penampilan kulit secara keseluruhan dalam masa satu ke dua minggu"

How To Get Glowing Skin, According To Dermatologists – SkinKraft

Kedua-dua doktor ini juga memberi peringatan tentang bahayanya over-exfoliation yang boleh membawa kepada iritasi kulit dan kesan sampingan yang tidak diingini. Jadi, berhati-hati dan gunalah dengan cara yang KL dah kongsikan di atas tadi yer. 

Kesimpulan

Chemical exfoliation boleh jadi game-changer atau penyelamat kepada kulit jenis acne prone jika u all pakai dengan cara yang betul. 

Jerawat pasti akan sembuh dengan cepat sekiranya tiada lagi liang pori yang tersumbat dengan sel kulit mati, minyak dan bakteria, tiada lagi kulit yang meradang, dan penyerapan skincare ke dalam kulit lebih berkesan. Semuanya boleh dibantu dengan chemical exfoliation. 

Mulakan dengan sedikit demi sedikit, pilih exfoliant yang betul, gunakan pelembap selepas exfoliate, pastikan pakai sunscreen setiap hari, dan jangan guna exfoliator secara berlebihan!

Dengan penggunaan yang konsisten, u akan nampak hasil perubahan kulit yang lebih bersih, lebih lembut, dan lebih sihat. 

Kalau tak pasti di mana nak cari exfoliator yang sesuai untuk kulit berjerawat, of course la kilang kosmetik KL ada hasilkan produk-produk exfoliation yang pastinya mesra untuk kulit berjerawat dan sensitif.

Salah satunya adalah brand HAUS. KL gunakan Encapsulated Salicylic Acid yang sangat berkesan bantu singkirkan sel kulit mati, bertindak sikit demi sikit dalam masa 8 jam. Dijamin takkan purging atau breakout. 

Sekian untuk entry kali ni. Jangan lupa follow KL di TikTok Eiyma Jalil untuk update beauty knowlegde dalam bentuk video pula. 

Jumpa lagi, assalamualaikum w.b.t..

Love 💜

Comment

Name
Email
Comment