Jangan Buang!! Ini 5 Kegunaan Exfoliator Selain di Wajah – In Case Muka U All Tak Ngam

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t.. Rindunya KL nak menulis kat sini. Lama KL cari masa untuk berkongsi ilmu kecantikan dan penjagaan kulit untuk u all. Syukur dalam kesibukan dan kepenatan KL, ada rezeki yang kita boleh kongsi bersama. ūü•į

So harini, KL nak menjawab persoalan mengenai kegunaan exfoliator. KL happy bila makin ramai dah sedar kepentingan exfoliate untuk buang sel kulit mati dan bantu boost penghasilan sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik. Tapi, dalam pada tu ramai juga yang tersilap langkah hingga kulit jadi tak ngam dengan exfoliator.

Apa itu Exfoliator?

Sebelum tu, jemput baca penulisan KL yang menjawab persoalan kalau kulit breakout, nak rawat jerawat dahulu atau baiki skin barrier dahulu? Klik sini ya.

Ok jom kita kenal dahulu apa itu exfoliator. Kenapa KL pentingkan sangat rutin exfoliate dalam regim skincare? Exfoliator adalah bahan yang digunakan untuk melakukan proses exfoliation. Bahan tu maksudnya termasuklah sebarang peralatan, bahan atau jenis scrub yang digunakan dalam suatu produk.

kelembapan dan hidrasi
Kulit mati perlu dibuang untuk penghasilan kulit baharu yang lebih muda dan sihat

KL akan ceritakan dengan lebih lanjut untuk kategori exfoliator yang ada. Mesti ramai yang pernah dengar tentang exfoliator tapi tak tahu cara penggunaan dan juga jenis exfoliator yang sesuai.. Betul tak?..

Jadi kat sini sebelum kita mulakan apa-apa rutin skin care pada kulit wajah, kita perlu tahu dahulu apa yang sesuai supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah yang tidak sepatutnya.

Ada ke yang nak kulit kusam? jerawat? pori tersumbat? Kedutan?

Mesti semua tak nak kan… Tapi ramai juga yang complain exfoliator ni buatkan kulit mereka lebih teruk. Apa nak buat kalau tiba-tiba kulit breakout lepas guna exfoliator? Nak buang tapi sayang dah beli mahal tak boleh guna dekat muka. Ada cara lain tak untuk selamatkan exfoliator yang dibeli ni?

Ya… jangan risau sebab tak semestinya guna dekat muka je ye benda ni. Selain dari muka kita boleh gunakan dekat tempat lain juga, jadi tak ada la berlaku pembaziran. Jadi jom kita belajar apa yang boleh dilakukan oleh exfoliator ni!

Apa Pula Exfoliation?

Sebelum itu u all kena tahu apa yang dimaksudkan dengan exfoliation, kenapa kita kena exfoliate dan apa jenis exfoliator yang ada. Exfoliation ni adalah proses untuk membuang sel kulit mati pada kulit sama ada pada kulit muka ataupun badan. Untuk pengetahuan semua, penting sebenarnya untuk kita exfoliate kulit kita supaya sel kulit mati dapat dihilangkan.

Kegunaan exfoliator adalah untuk capai glass skin!

Kulit kita sebenarnya boleh menyingkirkan sel kulit mati secara semula jadi tapi ada masanya proses kitaran sel kulit ini menjadi lambat disebabkan faktor usia, pemakanan, dan sebagainya yang menyebabkan sel kulit mati akan menjadi lebih tebal sekiranya tidak dibuang!

Haaa dari situlah munculnya kulit berjerawat, kusam, pori tersumbat, kedutan dan juga kulit nampak tidak bermaya (dullness). Kegunaan exfoliator dapat membantu penyingkiran sel kulit mati untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah, glowing dan lebih bermaya.

Kategori Exfoliator

Ada dua jenis exfoliator iaitu Physical dan Chemical exfoliator.

#1. Physical exfoliator

Menggunakan sesuatu yang lebih fizikal seperti skrub pencuci, berus badan, loofah dan sebagainya. Scrubbing grains seperti Apricot Kernel, Nuts dan lain-lain juga merupakan Physical exfoliator. Perlu diingatkan bahawa penggunaan Physical exfoliator dengan cara yang salah kadangkala boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

kegunaan exfoliator
Bath ball scrubber
kegunaan exfoliator
Biji skrub
kegunaan exfoliator
Pilihan physical exfoliator

Sesetengah Physical exfoliator tidak sesuai digunakan pada kulit muka dan hanya sesuai digunakan pada badan. 

#2. Chemical exfoliator

Menggunakan bahan kimia yang berbeza-beza seperti Hydroxy Acids, retinol dan enzyme untuk memperbaharui kulit. Tak bahaya ke guna bahan kimia nie??.. jawapannya adalah tidak semua bahan kimia adalah bahaya terutamanya yang digunakan pada kulit.

Setiap produk telah diformulasikan mengikut piawaian dan pastikan penggunaan yang betul diaplikasikan. Mesti semua pernah dengar kan tentang AHAs, BHAs, dan retinol kan, ini antara contoh chemical exfoliator yang popular dalam kalangan peminat skincare. Exfoliator jenis ini memberi kesan yang lebih mendalam berbanding dengan Physical Exfoliator.

kegunaan exfoliator eiyma jalil
AHA – Glycolic Acid
kegunaan exfoliator eiyma jalil
BHA – Salicylic Acid

HAUS Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion

HAUS Super Potent AHA-BHA Exfoliating Lotion merupakan chemical exfoliator  yang mengandungi Acids iaitu AHA (Glycolic Acid) dan BHA (Salicylic Acid) yang dapat membantu mengembalikan kulit kusam kepada kulit yang lebih sihat.

KL formulate produk ni dengan bahan-bahan yang terbaik dan juga mengandungi bahan untuk soothing yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Dalam kata lain, KL hasilkan formulasi exfoliator yang singkirkan sel kulit dengan sangat lembut dan tak menyakitkan.

kegunaan exfoliator
Chemical exfoliator dari HAUS. Klik gambar untuk info lanjut.

5 Kegunaan Exfoliator Selain Penggunaan di Wajah

Ok, ada pengguna yang walaupun berkulit normal tapi dia tak sesuai menggunakan exfoliator pada kulit wajah. Muka dia mungkin berlaku iritasi, breakout dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu jenis kulit, jenis exfoliator yang digunakan, kandungan bahan di dalam exfoliator dan sebagainya.

Bila produk dah tak sesuai dengan kulit, mesti kena buang la kan.. tapi tunggu dulu! Jangan tergesa-gesa untuk buang kerana ia boleh digunakan di tempat lain juga tau selain dari kulit muka. Nak tau dekat mana lagi kita boleh guna??. Jom kita lihat satu persatu apa kegunaan lain exfoliator selain pada wajah. Sayang tau, fungsi kandungan bahan dalam exfoliator sebenarnya bagus dan tidak hanya fokus untuk kulit wajah sahaja.

#1. Gunakan di bahagian lengan

Pertama, bahagian badan yang boleh exfoliate adalah lengan dan kaki dengan menggunakan berus, span atau sarung tangan scrub yang merupakan peralatan yang dikenali sebagai physical exfoliator. Dengan melakukan exfoliation, sel kulit mati dapat disingkirkan serta peredaran darah di kawasan tersebut akan menjadi lebih lancar.

Hal ini kerana, exfoliation dapat merangsang bahagian tersebut yang mana secara tidak langsung proses urutan turut dilakukan. Kita lihat pula kepentingan menjaga kesihatan kulit tangan. Bahagian tangan senang terdedah kepada sinaran UV yang merbahaya dan juga penggunaan sabun pencuci yang menyebabkan lapisan perlindungan kulit  rosak.

Lengan dengan kesan sunburn

Kulit tangan cenderung untuk menjadi lebih kering dan juga terdedah kepada penuaan kulit. Penggunaan SPF seperti sunscreen yang membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan sunburn dan kulit kusam.

Chemical exfoliator seperti krim atau losyen yang mengandungi retinol  ataupun derivative Vitamin A boleh digunakan dalam proses exfoliation. Produk yang mengandungi derivative Vitamin A atau retinol dapat membantu memperbaharui kulit dengan melakukan proses exfoliation dengan effective dan menghasil sel kulit yang baru. 

Produk yang mengandungi AHA atau BHA antara yang juga boleh digunakan kerana ia bertindak dengan lebih mendalam serta penyingkiran sel kulit mati boleh dilakukan dengan lebih lembut. 

#2. Gunakan di bahagian tapak kaki, tumit, lutut

Kedua adalah pada bahagian tapak kaki. Banyak kelebihan apabila sentiasa melakukan exfoliation pada bahagian ini antaranya untuk mengekalkan kesihatan kaki yang lebih bersih, lembut, kelihatan lebih menarik dan juga mengelakkan dari masalah seperti  calluses dan jangkitan yang disebabkan liang pori yang tersumbat.

Apa Calluses tu ye?.. Calluses merupakan suatu keadaan kaki yang mana kulit menjadi tebal dan keras yang disebabkan oleh geseran, tekanan atau iritasi. Exfoliation juga dikira sebagai  satu jenis urutan yang mana boleh melegakan sakit kaki dan lebih rilek.

Kalau tak ngam kat muka, sapu je exfoliator tu di bahagian tumit. Confirm cantik!

Untuk tapak kaki kita boleh menggunakan Pomice Stone iaitu sejenis Physical Exfoliator  yang boleh menghauskan Calluses yang tebal dan keras supaya tapak kaki menjadi lebih lembut. Selain daripada itu, kita boleh juga hasilkan scrub secara DIY dengan menggunakan garam Epsom yang boleh menyingkirkan kulit mati di samping membantu melegakan sakit dan inflamasi.

kegunaan exfoliator
Pomice Stone
#3. Gunakan di bahagian bawah lengan

Ketiga, exfoliator juga boleh digunakan pada bahagian bawah lengan atau lebih dikenali sebagai ketiak. Hehehe. Mesti ramai yang tertanya-tnya perlu ke kita exfoliate pada bahagian tersebut?.. bunyi macam pelik je kan. Haa.. Sebenarnya kita perlu exfoliate terutamanya jika selalu mencukur pada bahagian ketiak. Sel kulit mati boleh disingkirkan dan menyingkirkan bakteria.

Pada masa yang sama ia boleh menghasilkan kulit ketiak yang lebih lembut. Loofah juga boleh digunakan untuk skrub dengan lembut pada bahagian tersebut. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, boleh gunakan pencuci muka atau pencuci lain yang mengandungi exfoliator yang halus dan tidak kasar. Lakukan dua kali dalam seminggu dan kesan lembut boleh dilihat. Penggunaan Chemical exfoliator seperti Produk yang mengandungi AHA juga boleh dilakukan seminggu sekali.

#4. Gunakan di bahagian siku

Keempat adalah bahagian siku. Masalah kulit siku yang kering menjadi suatu keadaan yang biasa dan KL yakin ramai yang tengah mengalami masalah ini. Tidak seperti bahagian kulit wajah yang mana semua orang menjaga dan ambil berat tapi mengabaikan kesihatan kulit siku. 

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kulit siku kering seperti  bahan-bahan yang ada dalam krim mandian seperti SLES  iaitu sejenis ejen pencuci yang menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya kepada individu yang mempunyai kulit yang sensitif .

Nak siku bersih dan cantik, letak je exfoliator.

Selain itu, masalah kulit siku gelap juga banyak berlaku dalam kalangan kita. Salah satu penyebab yang menghasilkan kulit gelap pada bahagian siku adalah disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati yang menjadi semakin tebal. sebab itulah kita perlu membuang sel kulit mati dengan menggunakan exfoliator bagi menghalang pengumpulan sel tersebut. 

#5. Gunakan di bahagian leher dan punggung

Kelima, bahagian yang boleh kita exfoliate adalah bahagian leher dan punggung. Bahagian leher dan punggung termasuk dalam bahagian badan meskipun tidak perlu dilihat cantik seperti kulit wajah. Ramai yang tidak menjaga kebersihan kulit leher yang lama-kelamaan boleh menyebabkan kehitaman pada kawasan tersebut jika dibiarkan sel kulit mati berkumpul.

Begitu juga dengan bahagian punggung. Bahagian ini boleh menjadi sensitif dan boleh menghasilkan jerawat sekiranya terdedah kepada permukaan yang kotor seperti penggunaan tandas. Penggunaan Chemical exfoliator adalah terbaik untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati kerana ia mengeluarkan setiap lapisan kulit mati  dengan satu sentuhan lembut dan menghasilkan permukaan kulit yang lebih cerah, bersih, lembut dan glowing.

Penggunaan krim, losyen atau lain product yang mengandungi acid lembut seperti AHAs, BHAs boleh digunakan untuk singkirkan lapisan kulit mati tanpa perlu menggunakan agen scrub yang kasar memandangkan bahagian leher agak sensitif. 

kegunaan exfoliator kegunaan exfoliator

Kesimpulan

Jadi apa yang KL boleh rumuskan di sini adalah, kegunaan exfoliator bukanlah hanya terhad kepada muka jer sebab bahan-bahan yang terdapat dalam produk tersebut sesuai untuk kegunaan pada bahagian badan yang lain juga. Chemical Exfoliator seperti AHA dan BHA adalah yang terbaik kerana ia telah diformulasikan dengan bahan yang bagus serta bertindak dengan lembut menyingkirkan sel kulit mati.

Untuk kulit yang kering dan rosak akibat pendedahan cahaya matahari, AHA adalah yang terbaik yang mana dapat menghasilkan kulit yang lebih anjal dan merangsang kebolehan kulit  menahan hidrasi. Produk yang mengandungi BHA pula oleh digunakan untuk yang mengalami pori-pori tersumbat, kemerahan, kasar dan ruam-ruam kerana ia mengandungi salicylic acid.

Setiap produk yang dihasilkan tidak hanya tertumpu kepada satu bahagian sahaja. Segala informasi yang KL kongsikan diharap dapat membantu menyelesaikan masalah pembaziran produk dan membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit u all.

U all dah tak perlu takut untuk terus menggunakan exfoliator terutamanya kategori Chemical walaupun ia tak ngam dengan kulit wajah. Guna pada bahagian lain juga akan memberi kesan yang baik.

U all boleh dapatkan chemical exfoliator yang dijamin HALAL dan berkualiti formula KL melalui website atau Shopee HAUS  dengan hanya RM39 sahaja. Insya-Allah, semoga bermanfaat.

Jumpa di next entry! Assalamualaikum..

Psstt: Follow channel Telegram L.O.V.E. Eiyma Jalil untuk rahsia kejayaan KL!¬† Link kat bawah. ūü•į

Love, KL.

 

 

 

Rujukan:

What Does It Mean To Exfoliate? Why You Should and How To Start https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/meaning-of-exfoliating#physical-exfoliation

How To Exfoliate: All About Physical Exfoliants

https://labmuffin.com/how-to-exfoliate-1-all-about-physical-exfoliants/#other

How To exfoliate 2: All about Chemical Exfoliants

https://labmuffin.com/how-to-exfoliate-2-all-about-chemical-exfoliants/

Everything you need to know about exfoliating your skin safely https://www.healthline.com/health/remove-dead-skin-from-face#chemical-exfoliation

Exfoliate your feet for Amazing Foot Health

https://www.orthoticshop.com/blog/exfoliate-your-feet-for-amazing-foot-health

How to give your underarms the best care

https://www.shield.co.za/sweat-zone/how-to-give-your-underarms-the-best-care.html

Should I exfoliate My Neck Area

https://www.adorebeauty.com.au/skin-care/neck-care/guide/exfoliate-neck

The anti-ageing skincare step we all forget about

https://www.goodhousekeeping.com/uk/beauty/skincare/a568700/hand-anti-ageing-skincare-wrinkles-exfoliate-spf/

How To Use A Pomice Stone for Beautiful Feet:The best Techniques and benefit

https://swirlster.ndtv.com/beauty/how-to-use-a-pumice-stone-for-beautiful-feet-best-techniques-and-benefits-2403153

How to Exfoliate Dry Skin

https://dryskinadvice.com/how-to-exfoliate-dry-skin/

Why you should exfoliate tour bum. Seriously.

https://futuremethod.com/blogs/the-future-edition/why-you-should-exfoliate-your-bum-seriously

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article