7 Kandungan Bahan Aktif WAJIB ADA dalam Skincare untuk Kulit Jenis Sensitif

bahan aktif untuk kulit sensitif
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Siapa kat sini kulit jenis sensitif macam KL? KL ada eczema, memang memilih sangat nak pakai skincare sebab kalau salah pilih, habislah breakout satu muka! Dari situ, KL start tudy bahan aktif yang sesuai untuk kulit jenis sensitif. Harini KL nak share dengan u all, baca sampai habis yer!

Sebelum tu, jom study balik pasal kulit.

Apa itu kulit?

Korang nak tahu satu fakta tak? Kulit kita ni sebenarnya termasuk dalam kategori organ dan ia merupakan organ terbesar pada tubuh manusia dimana ia meliputi seluruh permukaan luaran badan.

Peranannya pula adalah untuk melindungi otot dan organ manusia dengan bertindak sebagai pemisah antara persekitaran luar dan dalam badan. Yang lebih menarik lagi, kulit terbahagi kepada tiga lapisan epidermis, dermis dan hypodermis.

Macam sandwich. Dermis adalah lapisan tengah yang diapit oleh epidermis dan hypodermis. Ketiga-tiga lapisan ini mempunyai fungsi-fungsi mereka yang tersendiri iaitu:

bahan aktif untuk kulit sensitif
Lapisan Kulit

# 1 Epidermis (lapisan pertama)

Epidermis (lapisan kulit paling luar) berfungsi memberikan penghalang kalis air dan mencipta warna kepada kulit kita. Melanocytes yang ada di dalam epidermis akan menghasilkan melanin yang bertanggungjawab untuk pigmen kulit.

Di dalam lapisan ini , sel kulit baru terhasil. Sel-sel baru akan menolak sel-sel kulit yang lebih tua naik ke permukaan kulit di mana sel-sel ini akan mati dan tertanggal. Pada lapisan inilah terhasilnya keratinocytes.

Fungsi utama keratinocytes adalah menghalang kerosakan daripada persekitaran seperti panas, radiasi UV, kehilangan air, bakteria patogen, kulat, parasit, dan virus

# 2 Dermis (lapisan kedua/tengah)

Dermis adalah lapisan kedua kulit dan merupakan lapisan kulit yang paling tebal. Di dalam lapisan inilah terdapat collagen, fibroblast dan elastin di mana ia memberi kekuatan dan fleksibiliti kepada kulit.

Fibroblast menghasilkan protein kolagen yang digunakan untuk mengekalkan kerangka struktur untuk banyak tisu. Lapisan kedua ini berperanan dalam menghasilkan peluh dan mengawal suhu badan, penghasilan minyak, pertumbuhan rambut, pengaliran darah, memberi struktur kepada kulit dan melindungi seluruh badan.

# 3 Hypodermis (lapisan terdalam)

Terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues. Lapisan ini memberikan sokongan struktur utama untuk kulit, serta melindungi tubuh dari sejuk dan membantu penyerapan kejutan. Ia saling berkaitan dengan saluran darah dan saraf.

Penting ke menjaga kulit ni? 

bahan aktif untuk kulit sensitif
Pentingnya penjagaan kulit

Iyer, of courselah penting dik terutama sekali kulit wajah. Muka adalah bahagian yang paling menjadi tumpuan orang berbanding bahagian-bahagian yang lain. Tipu kalau ada yang taknak kulit wajah yang sihat dan berseri tanpa cela.

Kulit yang sihat ni sebenarnya dapat membantu untuk seseorang tampil dengan lebih berkeyakinan di khalayak ramai. Tapi, kulit wajah setiap orang adalah berbeza dan ia juga berubah seiring dengan penambahan usia kita.

Jenis kulit kita dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya adalah faktor genetik, penyakit, dan faktor persekitaran seperti terdedah kepada sinaran UV, debu dan pencemaran yang berterusan. Jom kenali jenis-jenis kulit yang ada!

Jenis – Jenis Kulit

#1. Kulit Normal

Kulit jenis ini kebiasaannya jarang menghadapi masalah. Kelenjar minyak menghasilkan sebum (minyak) pada kadar yang normal dan permukaan kulit tidak berminyak dan kering. Pori pori di permukaan kulit juga tidak begitu ketara.

#2. Kulit Kering

Kulit kering biasanya mempunyai kelembapan kulit bahagian paling luar yang rendah disebabkan oleh penghasilan sebum yang kurang dan menjadikan kulit kurang hidrasi. Ini mendorong terjadinya kulit kering.

Kulit kering biasanya mempunyai pori-pori yang hampir tak terlihat, permukaan luar kulit terlihat kasar dan kusam, serta kulit kurang elastik. Jenis kulit ini juga lebih mudah memerah, gatal, bersisik, dan meradang.

bahan aktif untuk kulit sensitif
Kulit jenis kering

#3. Kulit Berminyak

Jenis kulit wajah berminyak lebih cenderung memiliki pori-pori besar dan mudah untuk mengalami jerawat. Sebum berfungsi untuk melindungi dan melembapkan kulit, namun sekiranya penghasilannya berlebihan boleh menyebabkan kulit wajah menjadi berminyak, pori-pori tersumbat, dan membuat kulit berjerawat.

#4. Kulit Kombinasi

Kulit dalam kategori ini kebiasaannya akan kelihatan lebih berminyak di kawasan  Zon-T dan pada bahagian pipi akan kelihatan lebih kering.

#5. Kulit Sensitif

Inilah jenis kulit KL. Kulit jenis sensitif adalah kulit yang alah dengan sesetengah makanan, kandungan produk dan juga persekitaran. Kulit ini lebih cenderung kepada kering, kemerahan, gatal dan juga pedih.

bahan aktif untuk kulit sensitif
papulopustular rosacea, close-up of the patient’s cheek

Cara Penjagaan Mengikut Jenis Kulit

Jadi, bagaimana kita nak menjaga kulit mengikut jenis kulit ni? Apa bahan yang perlu ada untuk memenuhi keperluan kulit? Mesti u all pernah dengar tagline-tagline popular yang sentiasa menari di iklan TV suatu ketika dahulu seperti Shurah-Menyerlahkan Kejelitaanmu, Safi-Selamat dan Suci, Fair and Lovely-Penuhi Impian Anda dan Syahirah-Suci dan Bersih.

Penyampaian tagline-tagline ini jelas memberitahu betapa pentingnya produk skincare dalam rutin penjagaan kulit wajah. Oleh kerana jenis kulit kita berbeza, jadi keperluan kulit juga turut berbeza.

Disebabkan itu, rangkaian skincare di pasaran telah banyak dikategorikan mengikut keperluan kulit setiap individu. Bahan-bahan yang digunakan juga dipilih mengikut fokus produk tersebut. 

Penjagaan Kulit Berjerawat
bahan aktif untuk kulit jenis sensitif
Kulit berjerawat

Bagi kulit yang berjerawat, produk yang mempunyai bahan-bahan seperti salicylic acid dan niacinamide adalah pilihan yang terbaik. Salicylic acid mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif.

Manakala niacinamide pula menjalankan peranannya dengan mengawal pengeluaran sebum seterusnya dapat mengurangkan kulit berminyak.

Penjagaan Kulit Sensitif

Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, apa pula bahan-bahan yang dapat membantu? Menurut satu kumpulan di dalam International Forum for the Study of Itch (IFSI), mereka mendefinisikan kulit sensitif sebagai satu sindrom terjadinya situasi yang tidak menyenangkan seperti menyengat, terbakar, sakit, merengsa, dan kebas kepada kulit.

Situasi yang tidak menyenangkan ini tidak dapat dijelaskan oleh luka yang disebabkan oleh penyakit kulit. Sebab, kulit boleh kelihatan normal atau disertai ruam. Kulit sensitif boleh mempengaruhi semua lokasi badan, terutama wajah. 

Disebabkan kulit KL sendiri jenis sensitif, dan KL tak boleh pakai sebarangan produk. KL dah study bahan-bahan yang paling bagus dan sesuai untuk kulit jenis sensitif. Semoga membantu okey!

7 Bahan Aktif untuk Kulit Sensitif

1. Campuran Spent Grain Wax, Argan oil, dan Shea Butter
Argan Oil

Bahan aktif yang berkualiti tinggi ini dihasilkan daripada sumber tumbuhan. Berfungsi untuk mengurangkan keradangan kulit dan mengimbangi semula histamine (sebahagian sistem imun yang menyebabkan semua gejala berkaitan alahan), bahan aktif ini dapat member kelegaan dalam masa 5 minit.

2. Shea Butter
Shea Butter

Shea butter yang juga merupakan bahan yang terhasil daripada sumber tumbuhan memberi manfaat dalam penjagaan kulit kerana ia mampu melembapkan kulit serta mengurangkan keradangan pada kulit dan melegakan kulit yang gatal.

3. Avocado Oil
Avocado Oil

Avocado Oil kaya dengan omega-3 dan vitamin A,D dan E yang dapat memberi banyak manfaat kepada kulit. Antioksidan dan vitamin dalam minyak ini dapat membantu menyembuhkan kulit kering, keradangan, dan masalah berkaitan dengan eczema. Ia juga dapat menghidratkan kulit dan melembapkan kulit. Menarik bukan!

4. Tea Tree Oil
bahan aktif untuk kulit sensitif
Tea Tree Oil

Mempunyai sifat anti-radang dan antimicrobial, minyak ini adalah antara minyak yang popular untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan  kemerahan, bengkak, dan keradangan malah juga dapat membantu mencegah dan mengurangkan bekas jerawat, menjadikan kulit licin dan bersih.

5. Sodium Hyaluronate
Sodium Hyaluronate

Sodium Hyaluronate berfungsi untuk melembapkan kulit. Bahan ini bersifat hydrophilic atau dalam bahasa mudahnya ‘suka air’. Ia dapat menarik kelembapan pada sel kulit dan secara tak langsung mengurangkan kekeringan dan pengelupasan.

Jadi, kulit akan kekal terhidrasi. Sodium hyaluronate juga menyokong elastin dan kolagen di dalam kulit dan memberi nutrisi kepada sel kulit. Dengan manfaat-manfaat ini, kulit akan kekal anjal dan licin!

6. Saccharide Isomerate
Saccharide Isomerate

Bahan aktif yang mempunyai komposisi yang unik ini dapat memberi 72 jam hidrasi bagi memastikan kulit kekal lembap dan anjal. Ia juga berperanan dalam menguatkan fungsi ‘skin barrier’ seterusnya dapat meningkatkan rasa kulit yang selesa dan sihat.

7. Gabungan 7 Ekstrak Tumbuhan Herba

Bahan ini berfungsi untuk melegakan masalah kulit seperti eczema. Terdiri daripada ekstrak seperti Centella Asiatica atau pegaga, Japanese Knotweed, Skullcap, Green Tea, Licorice, Chamomile dan Rosemary adalah bahan-bahan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah antioksidan, anti-radang dan antimicrobial.

Formulasi Untuk Kulit Sensitif

KL hasilkan formulasi HAUS Skin dalam beberapa rangkaian produk yang sesuai dengan keperluan kesemua jenis kulit. Untuk kulit jenis sensitif, KL hasillkan produk khas, iaitu HAUS Sensitive Beauty Soap dan Haus Sensitive Beauty Lotion.

bahan aktif untuk kulit sensitif
Produk untuk kulit sensitif

2 produk ni KL dah siap formulate menggunakan bahan aktif yang memang ada study untuk kulit sensitif macam yang KL kongsikan di atas. KL sendiri kaji, KL sendiri dah cuba on my own skin. 

Takpe KL jadi tikut makmal untuk u all! Insya-Allah, dijamin berkesan. KL dah dapat kulit yang jauh lebih sihat dan berseri. Alhamdulillah..

Kesimpulan

Apa yang KL nak advise kat sini, setiap jenis kulit memerlukan penjagaan yang tersendiri. Sekiranya u all dalam kategori kulit sensitif, elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia.

Adalah disarankan untuk melakukan ‘patch test’ bagi memastikan kesesuaian sesuatu produk dengan kulit terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

KL nampak bias kepada kulit sensitif kan? Memang pon, sebab kulit sensitif ni sangat fragile. Kena pakai produk yang elok-elok je. Maintenance tinggi sikit. Hehheheh. So, sebenarnya kalau u kulit normal nak pakai produk kulit sensitif pun boleh dik! Premium care untuk kulit u..

Ok lah, sampai sini dulu setakat ni. Jangan lupa follow sosial media Eiyma Jalil. Dan oh yaa, KL baru je buka channel Telegram baru sebab ramai pulak yang duk request.  Macam best juga sebab senang KL nak update live apa yang KL tengah buat, tengah baca ke, senang share dengan u all. KL suka lah. Jemput follow yer!

Sekian, assalamualaikum w.b.t..

 

 

RUJUKAN

  1. Tzu-Kai Lin, Lily Zhong, and Juan Luis Santiago. Anti-Inflammatory and Skin Barrier Repair Effects of Topical Application of Some Plant Oils. doi10.3390/ijms19010070

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5796020/

  1. Dermatologists Love Avocado Oil for Skin—Here’s Why

https://www.byrdie.com/avocado-oil-for-skin-4846442

  1. Basal Cell Carcinoma

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/basal-cell-carcinoma/symptoms-causes/syc-20354187

  1. Skin 1: the structure and functions of the skin

https://www.nursingtimes.net/clinical-archive/dermatology/skin-1-the-structure-and-functions-of-the-skin-25-11-2019/

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article