Kalau Kulit Breakout Kena Baiki Skin Barrier atau Rawat Jerawat Dahulu?

baiki skin barrier atau rawat jerawat
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

KL terima banyak sangat soalan ni iaitu situasi di mana, jerawat sekejap naik, sekejap surut, tak lama lepas tu naik balik, dan macam tu jelah cerita dia berulang-ulang. Lepas KL keluarkan formula Superpotent Ceramide+Cica Barrier Cream, ramai yang tanya KL kalau kulit breakout kena baiki skin barrier atau rawat jerawat dulu. Kalau nak tau jawapan KL, baca sampai habis yer!

Sebelum tu, make sure u all dah study kebaikan Ceramide dan Cica untuk kulit. Klik je link yang KL dah attach tu.

Breakout!

Satu situasi yang sangat ngeri bila kita dengar, apatah lagi bila diri sendiri yang alami. Kulit rasa berminyak 24 jam, jerawat tumbuh bagaikan tak berpenghujung, sakit pula tu. Belum ditambah lagi bila orang sekeliling mula pandang tak berkelip, dengan pakej soalan-soalan cepumas; ‘eh kenapa kulit kau makin teruk ni? ‘, ‘kau tak basuh muka ke gayah?’.

Stressnya! Semua orang tak faham, kita dah guna bermacam-macam jenis produk. Produk jenama A lah, B lah, sikit lagi nak sampai Z, tapi muka tetap tak surut dari breakout. Baik lelaki atau perempuan, semua orang berpotensi untuk alami breakout, dan yang membezakannya adalah punca dan cara seseorang mengatasinya.

KL bercakap berdasarkan pengalaman diri sendiri tau…

Kenalpasti Skin Breakout

Untuk yang tak tahu, kurang pasti atau tak tahu langsung nak kenal pasti macam mana sebenarnya keadaan skin breakout ni, KL tolong jelaskan. Antara tanda-tanda atau ciri-ciri skin breakout ni adalah bila mana jerawat ataupun bintik-bintik merah tumbuh dan mula memenuhi sekitar kawasan muka. Bila bintik-bintik merah ni dah muncul, itu bermaksud kulit kita sebenarnya dah mula mengalami inflamasi atau keradangan disebabkan jangkitan bakteria.

Jangkitan ini bermula bilamana liang-liang pori yang ada pada kulit muka tersumbat disebabkan penghasilan sebum muka yang berlebihan, ditambah pula dengan sisa kotoran yang melekat kat muka macam debu asap kenderaan, serta sel-sel kulit mati yang cenderung untuk berkumpul dan menyumbatkan lagi liang pori. Keadaaan pori begini adalah sangat sesuai dan kondusif untuk P.acnes hidup dan membiak dengan jayanya.

Keseimbangan Mikrobiome di Permukaan Kulit

Eh, bakteria apa pulak KL ni, muka saya basuh, paling-paling pun dua kali sehari, mai mana pulak kuman bakteria ni. Ha, ramai yang masih kurang tahu mengenai mikroorganisma yang mendiami kulit kita, bukan satu, bukan sepuluh, tapi lebih 1000 jenis, dan bakteria penyebab jerawat, P.acnes adalah salah satu spesies mikrorganisma yang turut ada sama pada permukaan kulit.

Ingat tak KL selalu sebut-sebut mengenai Skin Microbiome Technology yang ada dalam rangkaian Blood Orange Algae Brightening dan Melty Glam Aqua Foundation?

haus blood orange skin microbiome skin barrier
Blood Orange Series
haus foundation skin microbiome skin barrier rawat jerawat
Melty Glam Aqua Foundation

Ya, ketidakseimbangan skin microbiome boleh menjadi salah satu punca kepada masalah breakout u all.

Selain itu, antara faktor-faktor lain yang juga menyumbang kepada masalah breakout ni adalah seperti rutin skincare yang salah, stress, hormone dan termasuklah rutin pemakanan u all tau. Pernah dengar tak, we are what we eat? 

Tapi KL bukan pakar pemakanan nak sentuh bahagian yang bukan kepakaran KL. Apa yang KL nak share adalah apa yang KL dan team R&D sendiri study dan research. Semua ok setakat ni?

Siapa Suka Picit Jerawat?

Okay, KL nak tanya, bila jerawat tumbuh, apa perkara pertama yang u all buat?

  1. Picit lah KL, geramlah tengok jerawat besar-besar merah menyala kat pipi ni’
  2. ‘Saya guna spot treatment, yang ada kandungan tea tree oil tu, cepat je reda’.
  3. ‘Saya biar je, sebab lama-lama saya tahu nanti dia akan surut’.

Macam-macam cara u all akan buat untuk redakan jerawat breakout ni, tapi bila masalah yang sama berlaku berulang kali, lepas satu, satu pulak yang naik, tak pelik ke? Kita tak bercerita pasal jerawat satu dua butir ya, kita bercerita pasal jerawat pelbagai jenis yang muncul pada kulit anda bila breakout.

Skin barrier

Kepentingan Skin Barrier

Secara semulajadinya, kulit kita ni Tuhan cipta dengan struktur yang sangat sempurna, bersesuaian dengan fungsinya sebagai barisan pertama pertahanan tubuh badan. Tambahan lagi, komponen-komponen yang membentuk lapisan kulit kita juga sangat melengkapi antara satu sama lain.

Jadi, untuk pastikan barisan pertama pertahanan badan kita ni sihat dan berfungsi dengan normal, wujud satu lapisan penghalang di atas kulit kita yang dikenali sebagai skin barrier. Fungsi skin barrier ini tersangat penting sampai KL sentiasa sebutkan dalam entri-entri sebelum ini dan yang akan datang.

Struktur skin barrier secara ringkasnya ibarat batu bata dalam binaan rumah, di mana sel-sel kulit dilekatkan bersama oleh komponen lemak sebagaimana simen berfungsi untuk melekatkan batu bata antara satu sama lain. Jadi, untuk kita pastikan kulit kita berfungsi dalam keadaan yang terbaik, penjagaan skin barrier sangat penting ya. Skin barrier yang kukuh akan melindungi kulit kita daripada ancaman patogen dan alergen dari luar, dan dalam masa yang sama memelihara kelembapan kulit.

Kesan Skin Barrier yang Lemah

Apabila skin barrier mula rosak, ikatan antara sel-sel kulit turut sama akan hilang dan hal ini seterusnya akan menyebabkan kulit lebih terdedah kepada pelbagai ancaman. Bukan itu je, kulit akan hilang kelembapan disebabkan ikatan antara sel yang semakin longgar. Jadi, bila skin barrier dah rosak, perlindungan kulit juga menjadi semakin lemah.

Jerawat Datang Kemudian

Maka bertambah senang lah kuman dan bahan kimia untuk masuk kedalam kulit, dan melakukan lebih banyak kerosakan. Ha bila dah rosak, apa akan jadi? Ya, kulit jadi lebih sensitif, kering, bersisik, kemerah-merahan, rasa tegang dan kulit sentiasa rasa berminyak. Bila kulit dah berminyak, maka bermulalah kitaran jerawat pada kulit u all yang tak berpenghujung tu.

baiki skin barrier atau rawat jerawat dahulu
Kuman Jerawat P.acnes

Penjagaan Skin Barrier

Kat sini KL nak tekankan betapa pentingnya penjagaan skin barrier sebagai pencegahan kepada masalah kulit yang lebih serius, macam breakout yang u all semua hadapi ni.So KL, nak buat macam mana untuk baiki balik skin barrier yang dah rosak ni?’

First thing first, kenal pasti punca yang buat skin barrier u rosak dan dari situ perlahan-perlahan kita cari cara rawatan yang berkesan untuk meredakan dan membaik pulih kerosakan yang telah berlaku. Antara rawatan terawal yang u boleh start adalah dengan menggunakan skin barrier cream.

Krim jenis ni dihasilkan khusus untuk membantu membaik pulih skin barrier yang dah rosak sebab formulasinya ada bahan-bahan yang menyamai komponen skin barrier seperti ceramide, asid lemak, dan kolesterol. Dan ada antara produk seperti ini turut hadir bersama dengan bahan anti radang untuk menenangkan keadaan kulit yang sedang terinflamasi.

baiki skin barrier atau rawat jerawat dahulu
Barrier cream untuk skin barrier yang sihat dan glass skin goal!

Kehebatan Skin Barrier Menghalang Jerawat

Kalau u all rasa kewujudan skin barrier ini dah sangat wow! Jom KL tambah lagi sikit ilmu dan terangkan secara ringkas mengenai apa yang berlaku pada skin barrier itu sendiri. Pada skin barrier, terdapat satu selaput yang dipanggil sebagai acid mantle (mantel asid).

Acid mantle ini terdiri daripada rembesan kelenjar minyak dan kelenjar peluh kulit kita, serta berfungsi untuk mengekalkan apa yang baik untuk kulit (seperti kelembapan) dan menyingkirkan apa yang buruk (seperti bakteria). Sebagaimana namanya, kondisi yang ideal bagi selaput ini adalah pada persekitaran yang berasid iaitu pH 4.5-5.5.

Sekiranya pH kulit menjadi beralkali lebih daripada julat tersebut, ia boleh mengganggu kemampuan acid mantle ini untuk berfungsi secara optimum. Macam mana skin barrier membantu melindungi kulit, macam tu juga acid mantle ini berfungsi, iaitu untuk melindungi skin barrier.

Oleh itu, nak jaga skin barrier, u all perlu menimbang tara faktor pH kulit, dan mula menggunakan pencuci muka dengan pH yang rendah. Penggunaan pencuci muka yang tidak kasar, ber-pH rendah dan lembut pada kulit bukan sahaja membantu membersih kulit dari kekotoran bahkan membantu memelihara skin barrier.

Skin Microbiome di dalam Skin Barrier

Tak cukup dengan acid mantle sahaja, ada satu lagi komponen penting yang turut melindungi dan skin barrier daripada rosak dan ya, KL ada sebutkan awal tadi, komponen tersebut adakah SKIN MICROBIOME.

Bila KL katakan acid mantle ni berfungsi untuk menyingkirkan apa yang buruk untuk kulit seperti bakteria, situasinya macam ni, pH acid mantle yang berasid akan membantu menghalang pertumbuhan anasir luar seperti bakteria, kulat, dan patogen dan pada masa yang sama, ia memastikan keseimbangan skin microbiome pada kulit kita.

Skin microbiome ni merujuk kepada kewujudan sekumpulan mikrob hidup ataupun bakteria pada kulit kita. Bila mana wujud persekitaran yang ideal untuk bakteria baik dan buruk hidup bersama-sama, skin microbiome akan berada pada tahap yang optimum dan seimbang seterusnya membantu menguatkan lagi skin barrier kulit.

Jadi untuk kita terus pastikan keadaan dan persekitaran bakteria ni sihat dan seimbang, ia memerlukan penjagaan dan pembekalan nutrisi yang tepat, oleh itu KL tampilkan Skin Microbiome Technology dalam rangkaian produk HAUS untuk membantu membekalkan nutrisi penting yang membantu mengekalkan keseimbangan skin microbiome.

Nak tahu apa akan jadi bila skin microbiome tak seimbang? Paling senang nak kesan bila mana masalah jerawat pada kulit timbul tanpa henti, dan mula muncul tanda-tanda penuaan walaupun umur masih muda remaja dik.

Kesimpulan

Fuh, panjang jugak KL cerita pasal skin barrier ni, rasanya u all dah boleh faham dan hadam mengenai kepentingan lapisan yang satu ni.

KL nak seru semua untuk pentingkan penjagaan skin barrier terlebih dahulu walau apa pun masalah kulit yang anda hadapi.

Kalau tak, 18 langkah rutin penjagaan kulit orang Korea pun tak akan bagi apa-apa kesan pada kulit. Bila kita tengok balik, skin barrier sahaja dah ada bermacam-macam lapisan perlindungan, bukti Tuhan ciptakan semua makhluknya penuh dengan keajaiban.

Lagi KL belajar dan kaji sistem kulit kita ni, makin tinggi rasa kesyukuran dan makin meronta-ronta KL nak hasilkan pelbagai produk untuk bantu anda di luar sana. KL bersyukur dikurniakan organisasi yang bekerja dalam pasukan dan sangat-sangat menyokong perjuangan KL. Semoga perjuangan KL bersama GIM Cosmetic dan HAUS dapat memberi manfaat kepada ramai pengguna di luar sana, InshaAllah. 

Follow sosial media Eiyma Jalil untuk latest update. Kalau nak berbual dengan KL pun boleh, KL suka live di Facebook, tapi sekarang slow down sikit sebab jadual terlalu padat. Selalunya KL cuba jugak curi-curi masa kat dapur untuk buat live. Sambil masak, sambil berborak dengan u all!

Oklah, sampai sini dulu untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk semua. Sekian, assalamualaikum w.b.t..

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article