6 Manfaat Ceramide Untuk Skin Barrier yang Sihat. Rugi Tak Pakai dalam Skincare

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Pssttt, kalau u ada masalah kulit macam jerawat, jeragat, atau senang breakout, silalah baca manfaat ceramide untuk skin barrier ni sampai habis!

Assalamualaikum para pembaca yang KL kasihi. Terima kasih sudi menjengah blog KL untuk info fakta kosmetik direct kilang. Haa bukan produk je ada direct kilang tau. Biasanya orang suka produk direct kilang ni kenapa? Sebab dijamin original dan bekualiti kan?

Samalah macam mencari ilmu. Pastikan kita belajar ilmu yang berkualiti dari sumber yang original. Contohnya macam sekarang, u all sebenarnya tengah baca fakta kosmetik dari kilang yang buat kosmetik tu sendiri. Ilmu direct dari pakar saintis, pakar formulasi dan pasukan R&D kilang kosmetik halal GIM Cosmetic. Alhamdulillah…

manfaat ceramide untuk skin barrier
Inilah kilang pertama KL yang mana didalamnya mempunyai makmal dan juga mendapat sijil GMP dari KKM dan sijil HALAL dari JAKIM

Apa Itu Skin Barrier?

Pernah terfikir tak kenapa jerawat dan jeragat susah sangat nak baik? Simple. Jawapannya adalah sebab skin barrier u dah rosak.

Sebelum nak faham apa dia skin barrier, u all kena faham dulu struktur lapisan kulit kita macam mana. KL cuba untuk explain dengan yang paling simple untuk u all mudah nak faham ya.

Struktur kulit kita ada 3 bahagian utama iaitu epidermis(bahagian atas), dermis(bahagian tengah) dan subcutaneous tissue (bahagian bawah ).

manfaat ceramide untuk skin barrier
Lapisan kulit manusia

Sebenarnya yang u all panggil skin barrier, skin barrier tu… Ia bukannya terdiri dari satu komponen jer tapi skin barrier terdiri daripada gabungan beberapa komponen yang bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan keadaan yang paling optimum kepada kulit anda.

Skin barrier yang kuat adalah hasil kerjasama teamwork yang baik.

Antara komponen yang paling penting dalam konsep skin barrier ni adalah lapisan paling luar kulit iaitu stratum corneum. Stratum corneum boleh diibaratkan macam batu-bata (Corneocyte) yang disusun untuk membentuk satu lapisan barrier kepada kulit kita. Kemudian di antara batu-bata ini pula, ada lapisan lipid iaitu ceramide yang berfungsi sebagai simen yang melekatkan mereka.

Skin barrier yang sihat akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit, dan menghalang bendasing dari masuk ke dalam sel kulit kita. Jadi kadar ceramide yang optimum sangatlah penting untuk menghasilkan skin barrier yang sihat.

Bila skin barrier sihat, u akan dapat banyak manfaat pada kulit seperti kulit yang lembap, cerah dan licin ala-ala glass skin yang sering didambakan warga korea gitu. Hehehe.

Apa Itu Ceramide?

Ceramide pula adalah sejenis asid lemak (fatty acid) yang dipanggil lipid yang sememangnya wujud secara semulajadi di dalam lapisan kulit manusia. Hampir 50% lapisan luar kulit kita juga terdiri daripada ceramide yang melekatkan sel sel kulit membentuk skin barrier ini.

Akan tetapi, kadar ceramide semulajadi ni akan berkurangan secara terus mengikut umur seseorang. Sama macam kolagen jugalah. Sebagai contoh, seseorang yang berumur 45 tahun akan mempunyai kadar ceramide sehingga 67% lagi rendah berbanding ketika individu tersebut berumur 25 tahun. Haa, sangat rendah kan?

manfaat ceramide untuk skin barrier
Kadar ceramide mengikut umur

Dengan kadar ceramide yang sangat rendah di dalam kulit, skin barrier akan jadi makin lemah, bendasing pun akan lebih mudah masuk kedalam kulit dan kelembapan akan mudah hilang dari kulit. So? Kenalah bekalkan lebih banyak ceramide dari sumber luar kepada kulit mengekalkan kadar ceramide yang optimum.

6 Manfaat Ceramide untuk Skin Barrier yang Sihat

#1. Mengekalkan Kulit dalam Keadaan Optimum

Keadaan kulit yang optimum sangat penting supaya komponen penting kulit kita seperti komuniti mikrobiome dan acid mantle dapat berfungsi dengan baik. Komponen-komponen ni semua ada tugas masing masing untuk bersama-sama menjaga persekitaran kulit yang bebas jerawat melalui sistem pertahanan kulit yang sihat.

Tapi kalau kadar ceramide di dalam kulit tak cukup, skin barrier akan terjejas lepastu habislah bendasing dari persekitaran boleh tembus masuk ke dalam kulit kita. Ini seterusnya boleh menjejaskan komponen komponen ini untuk berfungsi seperti biasa.

Model Korea ini berumur 39 tahun akan tetapi masih kelihatan muda remaja. KL boleh guide u all dapat kulit macam ni.

KL nak cakap macam mana ek, cuba u all bayangkan keadaan di medan perang. Skin barrier ni ibarat benteng pertahanan. Kemudian dibantu oleh pasukan-pasukan tentera yang ada fungsi masing-masing contohnya ada pasukan bawa pedang, ada yang bawa pisau, ada yang bawa kereta kebal, ada yang jaga dari udara. Tapi objektifnya adalah sama iaitu perlindungan dan pertahanan dari ancaman luar.

#2. Mencegah Transepidermal Water Loss (TEWL)

Transepidermal water loss(TEWL) ialah kehilangan air dari kulit ke persekitaran melalui epidermis. Apabila skin barrier telah rosak akibat kadar ceramide yang rendah, air lebih mudah hilang ke persekitaran. Ini kerana tiada lapisan yang sekata dapat dibentuk oleh ceramide bersama komponen lipid yang lain.

manfaat ceramide untuk skin barrier
Skin barrier yang sihat mengekalkan kelembapan kulit

#3. Mencegah Kulit Breakout

Kulit breakout merupakan keadaan di mana kulit mengalami iritasi dan berjerawat. Kajian yang telah diterbitkan oleh Journal of the American Academy of Dermatology(Collier et al.) melibatkan 1000 peserta berumur 20 tahun keatas menunjukkan bahawa hampir 73% mengalami masalah jerawat.

Masalah breakout dan jerawat ni pulak boleh membawa kepada banyak masalah lain seperti kurang keyakinan diri dan depresi. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan keadaan breakout ini tetapi skin barrier yang lemah merupakan salah satu puncanya.

Skin barrier yang lemah tak mampu melindungi kulit dari ancaman kuman dan bakteria jerawat!

Selalunya kadar ceramide yang rendah di bahagian kulit muka menyebabkan skin barrier tidak dapat berfungsi dengan baik. Apabila pertahanan kulit sudah lemah, kulit lebih mudah menjadi kering dan di jangkiti bakteria penyebab jerawat seperti P.acnes.

Jadi, kita perlu membekalkan ceramide yang cukup kepada kulit kita supaya skin barrier kita lebih kuat!

#4. Melindungi pertahanan kulit yang lain

Macam yang KL ceritakan awal-awal tadi, kulit kita ada beberapa lapisan pertahanan yang bekerjasama untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Contohnya, komuniti microbiome dan juga acid mantle (lapisan asid)  yang mana setiap satunya mempunyai fungsi penting untuk melindungi kulit.

Tapi, kalau kadar ceramide pada kulit tidak mencukupi kerana faktor umur yang semakin meningkat, komponen pertahanan kulit yang lain juga tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan terjejas. Ini kerana mereka berada pada lapisan kulit yang sama dan saling memerlukan satu sama lain untuk mengekalkan skin barrier yang sihat.

skin microbiome eiyma jalil

Lagi satu, bukan sebab faktor umur je.. Emmm penggunaan produk kosmetik yang terlarang pun akan merosakkan skin barrier. Contohnya merkuri, hidrokuinon. Bahan-bahan ni akan merosakkan skin barrier dan menyebabkan damage yang sangat teruk. Kesannya jerawat yang bernanah, kemerahan, dan tompokan jeragat yang tebal dan hitam.

#5. Menghalang Berlakunya Keradangan Kulit

KL tekankan, ceramide membantu melembapkan kulit dan menghalang kelembapan keluar daripada dalam kulit. Keradangan boleh berlaku berpunca dari kulit yang kering akibat lapisan paling atas kulit tidak mendapat kelembapan dan hidrasi yang optimum. Perkara ini akan menyebabkan kulit mula merekah, menggelupas dan akhirnya menyebabkan keradangan. Keradangan pastinya akan menyebabkan pelbagai masalah yang akan melemahkan lagi skin barrier kulit anda.

#6. Menghalang Kemasukan Bendasing dari Persekitaran

Sebagai salah satu komponen penting dalam sistem pertahanan kulit, kadar ceramide yang optimum juga dapat melindungi kulit dari pencemaran udara dan persekitaran. Kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Cosmetic Science(Lefebvre et al.) menunjukkan bahawa keadaan kulit akan menjadi sangat teruk jika didedahkan dengan kawasan yang tinggi pencemaran udara.

Antaranya, kulit akan menghasilkan lebih banyak sebum, kadar vitamin E pada kulit berkurangan, dan kulit menjadi kusam. Ini seterusnya boleh menyebabkan wajah muka anda lebih tua daripada usia dek garis garis halus dan kedutan yang muncul kerana sistem skin barrier yang lemah!

Baik u all cepat-cepat cari produk yang mengandungi ceramide untuk menguatkan lagi skin barrier. Sekarang pergi mana-mana pun ada pencemaran udara yang semakin hari semakin teruk….

Tips Memilih Produk yang Mengandungi Ceramide

Walaupun kesedaran tentang pentingnya produk penjagaan kulit yang mengandungi ceramide masih rendah di Malaysia, tapi dah banyak produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan ceramide ini terdapat di pasaran. Jadi bagaimana cara kita nak pilih produk ceramide yang paling okay untuk kulit kita?

#1. Cari Produk yang Mengandungi Ceramide NP
manfaat ceramide untuk skin barrier
Jenis-jenis ceramide

Terdapat banyak jenis ceramide yang digunakan dalam produk penjagaan wajah yang berada di pasaran seperti Ceramide EOS (1), Ceramide NP (3), Ceramide EOP dan berbagai lagi. Semua ceramide ini merupakan gabungan ceramide yang boleh dijumpai dalam kulit kita.

Tapi tahukah anda, Ceramide NP atau Ceramide 3 merupakan ceramide yang paling banyak di jumpai di dalam kulit dengan peratusan hampir 22.1% dari keseluruhan jumlah ceramide tersebut. Pemilihan produk yang mengandungi Ceramide NP ini amat digalakkan kerana kandungannya yang hampir sama dengan kulit kita. Sila check label dahulu ya sebelum beli!

#2. Pilih Produk Ceramide yang Menggunakan Teknologi Water in Oil
manfaat ceramide untuk skin barrier
Formula water in oil memerangkap air (hidrasi) ke dalam kulit, manakala minyak melindungi kehilangan air dari kulit.

Produk yang di hasilkan melalui teknologi ini akan menghasilkan krim dengan tekstur yang mewah, dan dapat memberikan kelembapan yang maksimum sebab titisan-titisan air yang berada di dalam krim tersebut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, skin barrier yang sihat merupakan komponen yang amat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat, cerah dan bermaya. Jangan terlalu asyik mendapatkan produk yang boleh menghilangkan jerawat dan putihkan kulit semata mata sedangkan skin barrier kulit wajah kita masih belum kuat.

Jerawat yang hilang akan tumbuh berulang kali kalau sistem pertahanan kulit u masih lemah. Kuatkan skin barrier u all, insya-Allah masalah yang lain juga akan selesai.

Produk ceramide air tangan KL masih dalam promosi sampai hujung bulan ni jer tau, boleh tengok kat sini.

Jemputan Skin Talk Bersama KL

manfaat ceramide untuk skin barrier
Jemputan Skin Talk Bersama KL

KL ada jemputan istimewa untuk u all ni. Nak kulit glass skin tak? Tahu tak yang kita pun boleh dapat kulit glass skin macam wanita Korea dengan penggunaan skincare yang betul? KL nak buka slot bersama 500 orang sahaja yang berminat nak dapat ilmu skincare yang mahal ni. Ilmu mahal tapi KL nak share FREE jer. Siapa cepat dia dapat!

Kalau nak hadiah setiap minggu, jangan lupa follow KL di platform sosial media Facebook, TikTok, Instagram, dan YouTube untuk latest update berkenaan teknologi kosmetik, proses pembuatan kosmetik dari kilang, dan juga tips bisnes!

Baiklah, cukup setakat ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada u all. Bagi yang berminat nak tahu lebih mendalam secara saintifik dan teknikal, KL akan kongsikan dalam program Skin Talk nanti. Jemput datang semua yer!

Love, KL.

 

 

 

 

 

Rujukan:

Collier, C. N., Harper Jc Fau – Cafardi, J. A., Cafardi Ja Fau – Cantrell, W. C., Cantrell Wc Fau – Wang, W., Wang W Fau – Foster, K. W., Foster Kw Fau – Elewski, B. E., & Elewski, B. E. The prevalence of acne in adults 20 years and older. (1097-6787 (Electronic)).

Lefebvre, M. A., Pham Dm Fau – Boussouira, B., Boussouira B Fau – Bernard, D., Bernard D Fau – Camus, C., Camus C Fau – Nguyen, Q. L., & Nguyen, Q. L. Evaluation of the impact of urban pollution on the quality of skin: a multicentre study in Mexico. (1468-2494 (Electronic)).

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article