KL Nak Ajar 3 Cara Mudah untuk Kenal Kilang OEM yang Selamat, Berkualiti, dan Trusted

kilang oem trusted
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai assalamualaikum.. KL bangun tidur pagi ni terkejut dapat banyak notifications dari TikTok! Rupa-rupanya video KL pasal kilang oem trusted masuk fyp.. Hehehhe..

Sebelum tu, kalau u all terlepas.. Haritu KL ada bawak pusing satu kilang oem KL tau. Ada 3 buah bangunan kesemuanya. Boleh tengok kat sini.

Ok jom tengok video mana yang masuk fyp tu:

@eiyma.jalil

#photomix #skincareguru #tiktokguru #kilanghalal #hauscosmetics #eiymajalil

♬ original sound – The Forgotten Songs

Rupanya ramai yang berminat dengan kilang oem trusted ni ya.. cuba tengok komen-komen ni.

kilang oem trusted eiyma jalil kilang oem trusted eiyma jalil kilang oem trusted eiyma jalil

Lepastu, ada lagi satu video KL menjawab komen seorang follower ni. Terkejut KL tiba-tiba masuk fyp sampai beratus komen!

@eiyma.jalil

Reply to @yourfutureehek ramai yang tak sangka saya adalah pemilik kilang kosmetik😬#tiktokguru #skincareguru #hauscosmetics #eiymajalil

♬ Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Berbunga-bunga hati KL membaca komen u all..

kilang oem trusted kilang oem trusted kilang oem trusted

3 Tips Cari Kilang OEM Trusted

Jadi harini, KL terpanggil untuk berkongsi tips macam mana u all potential founder di luar sana nak kenal sama ada sesebuah kilang tu trusted ke tidak? Yelah, semua orang boleh sembang apa dia nak. Claim macam-macam. Tapi sejauh mana kebenarannya, u kena study sendiri.

Kat sini KL bagi 3 tips mudah nak check kilang trusted.

#1. Mempunyai Perakuan GMP oleh KKM

kilang oem trusted
Logo GMP

GMP ni apa? Orang duk sebut GMP, u pun mengiyakan jer padahal tak faham pun apa dia GMP tu! Jangan macam tu yer dik, jadi founder kena berilmu, baru bisnes maju.

GMP ni sebenarnya shortform kepada “Good Manufacturing Practice” atau bahasa melayunya adalah “Amalan Perkilangan Baik”. Ia adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk make sure penghasilan kosmetik adalah selamat dan tidak memudaratkan pengguna.

Pentingnya GMP ni adalah membezakan produk timbang kilo dengan produk yang dikeluarkan mengikut garis panduan kosmetik selamat oleh KKM. Produk yang dikeluarkan oleh kilang GMP tentunya selamat, dan berkualiti insya-Allah..

Macam Mana Nak Check Kilang GMP?

Senang je. U all pergi ke www.npra.gov.my,

kilang oem trusted
Pergi ke bahagian Information dan List of Cosmetic Manufacturer
kilang oem trusted
Search nama kilang yang u nak semak. Contohnya “GIM Cosmetic”

kilang oem halal trusted kilang oem halal trusted

Kalau kilang tu tiada dalam senarai NPRA ni…. emmm hati-hatilah dik!

#2. Mempunyai Perakuan HALAL oleh JAKIM

kilang oem trusted
Logo HALAL

Seterusnya, ok tips ni bukan sahaja untuk orang Islam tau. Sebagai pengguna, lebih-lebih lagi kalau u nak jadi founder. Satu perkara u all kena tau adalah non-muslim pun dah cari produk HALAL tau. Produk HALAL memang ada permintaan yang tinggi di seluruh dunia.

Kenapa orang mencari produk HALAL? Sebab…. Pembuatan HALAL menjamin kepada produk yang bersih, suci dan selamat. Inilah perkara yang sangat-sangat KL titik beratkan sejak dari awal KL tubuhkan makmal R&D KL sendiri, kemudian pada hari ini dah ada 3 buah bangunan kilang pembuatan kosmetik HALAL.. Alhamdulillah..

Kalau u all nak tahu, KL setup kilang kosmetik sendiri sebab KL geram. Masa tu KL tak jumpa satu pun kilang kosmetik HALAL yang boleh formula kosmetik mengikut benchmark formula international yang KL nak. Masa tu KL tengah gilakan foundation NARS.

Tak sangka, harini setelah 8 tahun kemudian semakin ramai yang mendapat kesedaran mengenai kepentingan produk yang HALAL sebab apabila sesuatu produk tu disahkan HALAL, automatik kita yakin bahawa ianya adalah bersih, suci dan selamat. Insya-Allah..

Macam Mana Nak Check Kilang HALAL?

Senang je. U all pergi ke www.halal.gov.my,

kilang oem trusted
Pergi ke bahagian Semak Status Halal dan masukkan nama kilang contohnya “GIM Cosmetic”
kilang oem trusted halal
Kilang pembuatan GIM Cosmetic berada di dalam senarai syarikat yang diperakui HALAL oleh JAKIM – sah sehingga 31 Ogos 2021.

kilang oem trusted halal

Ok bercakap tentang tempoh sah ni, pihak NPRA(KKM) dan JAKIM akan sentiasa membuat pemeriksaan atau kita panggil sebagai audit secara berkala iaitu dalam tempoh 2 -3 tahun sekali untuk pastikan kilang mematuhi garis panduan GMP dan HALAL yang ditetapkan.

Selepas audit, kilang akan terima satu sijil dengan tempoh masa yang baru pula. Kalau kilang tu ok takda masalah, mereka akan bagi tempoh masa sah yang maksimum iaitu sehingga 2-3 tahun bergantung kepada penilaian.

Tapi…. Kalau kilang tu tak ok, atau gagal mematuhi garis panduan dengan cemerlang, maka pihak KKM dan JAKIM terpaksa membuat audit dengan lebih kerap, mungkin dia bagi tempoh sah 6 bulan ke 1 tahun je sebelum next audit. Maksudnya kilang tu berada di bawah pemantauan ketatlah sebab tak follow guideline betul-betul.

U ingat proses audit ni senang ke? Tak dik….. Lebih-lebih lagi audit HALAL, sangat sangat sangat teliti, rumit, satu persatu se-detail-detail yang boleh dia akan semak dan siasat. Sebab tu, nilai produk HALAL tu mahal dan insya-Allah terjamin bersih, suci dan selamat..

#3. Kenalpasti Latar Belakang Pemilik Kilang

Tips last ni KL nak u all pegang betul-betul. Bayangkan situasi ni ek, dalam dewan exam. Ada 100 orang pelajar. 40% pelajar meniru. Bila result keluar, 100% pelajar lulus dengan cemerlang termasuk 40% pelajar yang meniru tadi.

Habis belajar, pergi interview kerja. Alhamdulillah, semua orang dapat kerja termasuklah yang meniru dalam exam tadi pun. Tapi…… Bila dah mula bekerja, 40% orang tak dapat perform pun! Sebab apa?

Pertama, mereka hanya pandai sembang semasa sesi interview. Kedua, mereka tiada ilmu, sebab tu mereka meniru di dalam exam. Ketiga, orang yang meniru adalah orang tidak jujur dengan diri sendiri dan semua orang. Akhirnya, mereka tidak akan berjaya.

@eiyma.jalil

Jom belajar ilmu yang betul dari pemilik kilang kosmetik Halal dan GMP ini#skincareguru #tiktokguru #kilanghalal #hauscosmetics #eiymajalil

♬ original sound – Amer gamer 🎮😌🔥

Pentingnya Mencari Kilang yang Jujur

Kenapa KL cerita situasi ni pada u all, sebab KL nak u all sentiasa berhati-hati walaupun kilang tu dah ada GMP dan HALAL. Disinilah pentingnya sifat jujur dan amanah seorang pemilik kilang itu sendiri.

Macam mana u nak kenal kilang tu jujur dan amanah?

  1. Lantang memperjuangkan formulasi berkualiti dan halal
  2. Lantang berkongsi ilmu berguna dan bermanfaat
  3. Tak takut untuk berkongsi maklumat produk
  4. Terbuka memaparkan situasi dalam kilang seperti proses pembuatan produk, mesin yang digunakan, dan ujian-ujian yang dijalankan ke atas produk

Pendek kata, carilah pemilik kilang yang berilmu, telus dan jujur kepada u all. Barulah senang nak berurusan dan proses perniagaan akan menjadi lebih mudah dan lancar.

@eiyma.jalil

#fyp #buatduit #PepsiMYxBLACKPINK #tiktokguru #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #skincareguru #kilangkosmetik #hauscosmetics #eiymajalil

♬ original sound – Deny – Deny

Kesimpulan

Sebagai salah seorang pemilik kilang yang dioperasikan oleh 100% muslim bumiputera, KL sangat-sangat menyokong usahawan muslim mahupun non-muslim untuk bersama membangunkan industri kosmetik tempatan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

KL faham situasi mencabar sekarang, apapun kita tetap kena positif. Ingat pesan KL. Insya-Allah yang positif akan datang berbalik pada kita semula.. Yang penting, kita teruskan usaha untuk berjaya.

KL harap penulisan kali ni bermanfaat kepada para pengguna dan sesiapa yang berminat nak jadi founder. KL tahu ada sebahagian pengguna yang pandang rendah pada founder kosmetik di Malaysia. Hehhehe, kalau ada yang gelak kat u, biarkan mereka. Mana tau one day, yang gelak tu datang cari kerja kat company u!!

Jangan putus asa, just buat jer apa u nak buat dan yakin berjaya. Cari ilmu dan usaha. Kalau nak tengok macam mana KL jawab soalan-soalan sarkastik pengguna, follow TikTok KL @eiyma.jalil.

Malaysia boleh!! Assalamualaikum.

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article