Jom Jalan-Jalan Dalam Kilang Kosmetik GMP dan HALAL. Jemput Masuk

kilang kosmetik gmp halal
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Haiii assalamualaikum… Seperti yang dijanjikan, ok sabar sabar…… KL tahu ramai yang tunggu nak tengok kilang kosmetik GMP dan HALAL yang KL usahakan sejak 8 tahun lepas kan… Maaflah dik, KL busy dengan production sekarang… Mana nak curi masa buat TikTok lagi, nak update Facebook, Instagram, YouTube, blog lagi…

Mulalah nak bebel sikit.. Hehehhe. 2 minit yer!

Dulu adalah suara-suara sumbang yang tak menyokong KL masuk TikTok, katanya platform menari-nari, platform lagha je… KL pun macam, ermmm siapa yang nak menari? KL nak sampaikan education je.. Sebab audience di Facebook dan TikTok tak sama..

@eiyma.jalil

Reply to @atiqah.rayshaa jom jadi peniaga kosmetik yang berilmu.#tiktokguru #skincareguru #kilanghalal #hauscosmetics #eiymajalil

♬ Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Kalau KL sampaikan ilmu kosmetik di Facebook, Instagram, kenapa KL tak sampaikan juga di TikTok? Semua orang layak dapat tahu ilmu fakta kosmetik dan halal sebab semua orang guna produk kecantikan dan kesihatan kan? Jadi atas rasa tanggungjawab itulah KL beranikan diri ke depan dan melawan arus.

Syukur alhamdulillah! Berkat kesabaran KL slowly educate dan buat content setiap hari.. semakin ramai yang nampak, percaya, dan dapat kesedaran kepentingan kosmetik halal dan berkualiti di TikTok… Setakat hari ini, setiap hari KL dapat lebih 100+ orang follower baru secara consistent yang mana KL percaya mereka adalah orang-orang yang suka belajar dan ingin tahu lebih lagi mengenai kosmetik halal.

kilang kosmetik gmp halal

Jadi, nak cakap kat sini.. Have an objective and just do it! Insyaallah, tak kira apa pun, kalau matlamatnya baik dan memberi manfaat, Allah akan bantu jayakan dengan lancar.. Yang penting, kita kena rajin dan consistent.. Ok? Next…….

Kilang Kosmetik GMP dan HALAL GIM Cosmetic Industries

So dah ready nak tengok kilang kosmetik KL? Jommm!

#1. Proses buat lipstick with sunscreen

#2. Proses buat compact powder

Tapi ini video lama tau masa KL tengah comel-comel lagi, belum dapat hidayah nak exercise hehhehe!

#3. Proses bancuh liquid foundation

Part I

Part II

#4. Proses bancuh serum jerawat

#5. Proses buat eyeshadow palette

#6. Proses buat blusher palette

#7. Proses buat lipstik palette

#8. Mesin mixing warna lipstik

#9. Mesin mixing warna foundation

#10. Proses filing cream moisturiser

BONUS: Kisah Proses R&D Formulasi Blood Orange + Algae dari HAUS Skin

Haaa… cukup tak? Kalau tak cukup, jomlah datang Cheras. KL bawak jalan-jalan dalam kilang KL. U all boleh tengok sendiri semua bahan mentah, proses pembuatan, mesin-mesin yang ada, sampailah ke warehouse semua. Nak tolong packing pun boleh!

Semoga wabak pandemik sekarang cepat-cepat reda, bolehlah KL buat hari terbuka di kilang KL. Mesti best kan.. Semua orang boleh tengok proses pembuatan kosmetik HALAL bertaraf GMP. Dan paling penting dimiliki dan dioperasikan oleh 100% muslim bumiputera. Alhamdulillah..

Follow KL di Sosial Media

Kalau u all tak puas tengok kilang KL kat atas ni, jemputlah follow platform sosial media KL di Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube. Insya-Allah KL selalu update kat sana juga. Kadang-kadang KL buka camera, rekod, terus post. Senang sekarang semua di hujung jari kan.

Oklah, KL harap penulisan kali ni memberi sedikit jentikan semangat dalam hati sesiapa sahaja yang sedang membaca ni. Apa yang KL ada harini adalah dari kosong. KL bermula kosong dik. Takda apa-apa. So jangan putus asa dan just buat je apa yang u all nak buat. Konsisten!

Sekian, semoga bermanfaat. Jumpa lagi di next entry. Assalamualaikum.

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article