Syukur Alhamdulillah Rezeki Penambahan Cawangan Kilang Ke-4 GIM Cosmetics Industries

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum w.b.t.. Sekejap je kat sini. KL cuma nak simpan rasa kesyukuran yang tak terhingga atas rezeki yang sangat-sangat manis dalam hidup KL. Alhamdulillah…. Setelah 8 tahun, hari ini menyaksikan kilang kosmetik HALAL & GMP yang diusahakan oleh KL dan suami kini memiliki sebanyak 4 buah cawangan.

Lama juga KL bertahan dan struggle dengan demand dari founder-founder yang asyik merungut sebab lambat sangat tunggu turn production.. Maafkan KL yang dah cuba sehabis baik. Terima kasih sebab masih jugak setia dengan KL sebab memang takkan jumpa kualiti produk yang setanding kualiti dari kilang GIM Cosmetics.

Alhamdulillah, alhamdulillah syukur ya Allah.

Sebenarnya KL ada objektif yang LEBIH BESAR pada tahun 2022 untuk KL support semua founder di bawah kilang KL mendapat produk berkualiti antarabangsa dan Halal. #kosabajap

KL seorang yang sangat ber objective dalam perkara yang KL buat.
Tips dia ialah, anda kena rajin, konsisten, istiqomah dan yakin pada rezeki Allah. Yakin se yakin yakinnya.😬

eiyma jalil kilang kosmetik halal
kilang kosmetik ke-4

Real Business

KL nak kongsikan pada semua berkenaan REAL BUSINESS. Business ni ialah “ is all about risk @ risiko”. Kalau anda seorang yang takut nak ambil risiko, KL nasihatkan jangan buat business. Risiko pertama dalam business ni ialah kita kena melabur ( invest) dan of course kena ada pelaburan duit modal kan?

Ada ke business FREE tak payah modal satu sen pun? Ingat pesan KL, kita bukan duduk dalam syurga lagi tau!🤪

Dulu mula-mula KL setup business, duit sekangkang kera KL ni, KL habiskan setup kilang sebab KL nak pastikan pelanggan KL dapat produk berkualiti dengan KL dapat tengok depan mata sendiri setiap production produk.

Bila KL keluarkan brand Haus Cosmetics pulak, baru setahun masa tu dan sale Haus tak adalah juta pun, tapi KL ambil risiko tambah lagi satu kilang sebab KL nak pastikan founder produk bawah kilang KL dan produk Haus bole hasilkan produk yang lebih banyak tanpa perlu berebut kilang.

Yang terbaru, KL belum lagi dapat close projek mega ni, tapi 90% hampir close la, KL dah tambah lagi satu kilang baru dengan investment beli machine canggih semua mencecah hampir jutaan ringgit.

eiyma jalil haus cosmetics blood orange algae
gambar hanya hiasan hehe

Tips Dapat Pulangan Modal yang Besar

Nak tahu tak apa yang KL selalu pikir? KL selalu percaya, bila kita invest jumlah yang besar, kita akan berusaha bermati matian untuk pastikan projek itu berjaya pulang modal yang besar juga.

Sebab apa? Sebab investment tu dah ada depan mata kita dan orang tak perlu paksa kita pun untuk bergerak, badan kita tahu macam mana nak cari sale dan tahu nak bergerak dengan pantas macam kilat. Automatic beb! Automatic badan dan otak akan cergas bekerja! Ini benar dan benar belaka.

Bila kita tak berani nak invest, kita janganlah mengharapkan sale kita menggunung tinggi. Jangan… Bab pepatah kata seorang insan ni “ ibarat menabur gula, lagi banyak gula yang ditabur, lagi banyak semut yang akan datang pada gula tersebut”

Cuba bayangkan, kita beli gula sejemput je, semut yang datang 2 ekor je, maka jangan lah kita nak mengeluh kenapa rm20 je sale aku ni, kenapa tak rm20juta? Dapat sesuatu tak?😬

Penutup

@eiyma.jalil

#tiktokguru #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #skincareguru #PepsiMYxBLACKPINK #kilangkosmetik #hauscosmetics #eiymajalil #kilanghalal

♬ Umbrella Remix – tasya here

Kalau nak banyak lagi tips bisnes, jemputlah follow KL di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. Insyal-Allah bolehlah kalau nak tengok macam mana proses buat kosmetik yang u all pakai kat muka setiap hari tu…

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article