4 Tips Rutin Penjagaan Untuk Bibir Kering dan Merekah. Confirm Menjadi!

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum w.b.t., KL harap semua sihat dan jaga diri baik-baik. Ok harini KL nak mejawab kepada persoalan yang selalu sangat KL terima. KL percaya memang ramai yang mengalami masalah ni tak kira lelaki ke perempuan. Masalah apa tu? Tak lain tak bukan, masalah bibir kering….. Haa masalah bibir kering memang glemer sangat kat ruangan komen media sosial KL.

Ramai yang tanya macam mana KL jaga bibir sebab KL kan shoot  sendiri gambar dan video produk bibir KL. Dengan lipstick, lipmatte, cleansing balm kat bibir pun semua KL sendiri je yang jadi modelnya dik! Kalau tak jaga bibir dengan elok, habislah rosak bibir KL ni…

Shoot sendiri jelah dik, tak mampu nak hire model international. Baik KL simpan duit banyak-banyak bukak kilang baru, tambah output production, stok tak putus, sales lancar, naikkan income, dapatlah bantu lebih ramai yang memerlukan insya-Allah aamiin…. Kena fikir jauh dan bermanfaat kepada orang lain, doakan KL yer..

Nah KL belanja video-video swatches bibir KL:

Kalau nak tahu macam mana KL jaga bibir supaya kekal cantik dan sihat, baca sampai habis. Senang jer!

Kenali Bibir

Tekstur bibir sebenarnya adalah berbeza dan lebih menarik daripada kulit biasa. Secara amnya lapisan atas kulit korneum teratas mempunyai 15 hingga 16 lapisan terutama untuk tujuan perlindungan. Tetapi, lapisan korneum atas bibir mengandungi sekitar 3 hingga 4 lapisan sahaja dan sangat tipis berbanding kulit wajah yang biasa.

Kulit bibir mengandungi sedikit sel melanin. Sebab tu, saluran darah kelihatan lebih jelas melalui kulit bibir yang memberikan warna merah jambu pada bibir. Pernah tak u all terfikir kenapa bibir boleh mengelupas dan pecah walaupun kulit anda berminyak? Haaa, sebab…

Kulit bibir tiada folikel rambut dan tiada kelenjar peluh.

Oleh itu ia tidak mempunyai peluh dan minyak untuk melindungi bibir dari persekitaran luar. Disebabkan itu jugalah, ia membuatkan bibir mudah kering, menggelupas dan pecah. Bibir juga boleh menjadi kering disebabkan oleh banyak faktor.

Faktor Bibir Kering

  1. Faktor pertama adalah tabiat menjilat bibir. u all mesti ingat menjilat bibir akan membuatkan bibir kekal terhidrasi dan lembap. Tetapi tabiat tersebut sebenarnya akan membuatkan bibir menjadi lebih kering. Please elakkan!
  2. Faktor kedua adalah dehidrasi. Malas minum air! Kekurangan pengambilan air dalam sehari akan membuatkan bibir menjadi kering dan luka.  Kalau KL, botol air 2L tu wajib bawak pergi mana-mana pun.
  3. Haa ni. U all yang kerja dalam aircond tu jangan ingat selamat sangat. Kelembapan udara yang rendah dan sejuk pun boleh menyebabkan masalah bibir pecah. So kena follow rutin lip care kat bawah ni.
  4. Semua orang tahu sinaran UV bahaya untuk kulit kan? Tapi tahu tak ia bahaya untuk bibir juga? Bibir pun exposed pada sinaran UV juga sama dengan kulit wajah. Dahlah kena cahaya matahari, dalam cuaca panas pulak, makin memburukkan keadaan bibir yang kering.

Tapi jangan risau.. Penjagaan bibir yang betul boleh bantu bibir kita jadi sihat, cantik dan mungil walaupun dalam cuaca panas, kurang minum air, atau sebagainya. Yang penting u all rajin je ikut tips KL kat bawah ni ok? Dan…. Konsisten!

Rutin Penjagaan Bibir yang Betul

1) Lip Scrub

Seperti scrub badan, scrub bibir ada biji-biji skrub halus yang dapat menanggalkan kepingan kering dan mengelupas seterusnya meninggalkan kulit halus di belakang. Scrub bibir adalah sejenis pengelupasan mekanikal yang bermaksud ia menghilangkan sel kulit mati secara fizikal.

Ia membantu meningkatkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mencerahkan bibir yang kusam dan tidak bermaya dan memberi mereka warna yang lebih merah jambu secara semula jadi.

Kulit bibir berbeza dengan kulit wajah dan memerlukan penjagaan yang lebih. Tips penting adalah dengan membuatnya lembap dan kekal terhidrasi. Adalah disarankan untuk memakai apa-apa produk yang boleh melembapkan bibir seperti lip balm sebelum menggunakan lip scrub. Ini kerana, menggosok pada bibir yang kering dan menggelupas akan membuatkan ia menjadi bertambah kering disebabkan oleh peradangan pada kulit bibir.

Sugar Scrub untuk Bibir
Sugar Scrub (Kiri) dan Magic Lipstick (Kanan)

Namun, Sugar Scrub Lipbalm keluaran Haus Cosmetics berfungsi 2 dalam 1 di mana ia mempunyai ingredient seperti Shea Butter yang membantu melembutkan atau menghaluskan kulit kering manakala gula pula digunakan sebagai scrub untuk menanggalkan kulit-kulit mati pada bibir.

 

2) Lip Balm + Treatment

Lip balm adalah produk yang digunakan pada bibir untuk mencegah bibir daripada kering dan melindungi daripada faktor persekitaran yang buruk. Kebanyakkan lip balm yang berada di pasaran hadir dalam bentuk yang sama seperti bentuk lipstick.

Haus Crystal Shine Magic Lipstick selain tampil istimewa dengan konsep yang lain daripada brand-brand yang sedia ada di pasaran dan mempunyai packaging yang menarik, ia juga berfungsi untuk melembapkan bibir sekaligus merawat rekahan pada bibir selain memberi impak natural kepada si pemakai.

Crystal Shine Magic Lipstick

Mempunyai emollient yang dapat mengekalkan kelembapan pada bibir, Magic Lipstick ini mampu membantu merawat bibir yang kering. Dengan adanya Vitamin E dan Vitamin C sebagai antioxidant dapat melambatkan penuaan kulit dan membuatkan bibir kelihatan sihat. Selain itu, peptide juga digunakan bagi memperbaiki garis – garis rekahan pada bibir.

3) Lip Color + Sunscreen

KL suka pakai lipstick, lipmatte, lip cream atau apa-apalah produk bibir dengan pigment untuk bagi sentuhan glamor pada solekan wajah. Gituuuuu. Bukan apa, KL tak suka nampak lemau, tak bermaya, tak berseri. Kalau pakai lipstick, terus boost confident dan semangat nak buat kerja. Barulah senang nak closing client! :p

Haus Cosmetic mengeluarkan dua jenis produk lip color iaitu Matte Creamy Lips SPF20 PA+++ yang terdiri daripada 12 warna dan Matte Velvet Lipstick SPF35 PA++++ yang terdiri daripada 6 warna di mana warna-warna yang menarik ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Bibir juga sama seperti kulit di mana ia lebih cenderung untuk terdedah kepada kerosakan matahari. Disebabkan itu, ia juga memerlukan perlindungan UVA atau UVB setiap hari sama seperti kulit. Seperti yang kita tahu, pendedahan yang lama terhadap sinaran UV boleh menyebabkan kesan buruk seperti sunburn, pigmentasi, penuaan, kanser kulit dan lain-lain.

Organic Sunscreen untuk Bibir

Matte Creamy Lips SPF20 PA+++ dan Matte Velvet Lipstick SPF35 PA++++ memenuhi syarat perlindungan broad spectrum UV kerana kedua- dua jenis produk bibir ini dapat melindungi daripada sinar UVA dan UVB. Dua jenis UV filter yang digunakan di dalam kedua-dua jenis produk ini ialah Ethylhexyl Methoxycinnamate (EHMC) dan Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate (DHHB). Kedua-dua EHMC dan DHHB adalah Penapis UV Organik untuk perlindungan daripada sinaran UVB dan UVA.

Ditambah pula gabungan Vitamin C, Vitamin E, pertide dan Argan Oil untuk produk Matte Creamy Lips SPF20 PA+++ dan gabungan Jojoba Oil, vitamin E dan peptide untuk produk Matte Velvet Lipstick SPF35 PA++++ telah menghasilkan satu formulasi yang dapat mengekalkan kelembapan pada bibir dan mengurangkan rekahan pada bibir.

4)  Lip Gloss + treatment

Berbeza dengan lipstick dan lip color yang lain, lip gloss memberi kesan berkilau pada bibir. Kebiasaanya lip gloss digunakan sebagai lip topper iaitu dipakai selepas mengaplikasikan sebarang lip color yang lain seperti lipstick dan lip cream. Kesan ‘glossy’ akan membuatkan bibir seseorang individu tampak lebih memukau.

Ia adalah produk yang sangat sesuai digunakan bagi sesiapa yang ingin tampil dengan bibir yang plumpy. Oleh kerana kesan ‘glossy’ yang terhasil, bibir akan kelihatan lebih penuh. High Treatment Lip Gloss daripada Haus Cosmetics dapat menghasilkan kesemua kesan – kesan seperti disebut di atas.

Gabungan formulasi bahan aktif seperti Jojoba Oil untuk memberi kelembapan pada bibir, Vitamin E sebagai antioxidant, peptide yang kajiannya terbukti dapat mengurangkan rekahan pada bibir dan juga Saccharomyces/Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate yang secara kajiannya dapat membantu merawat bibir seawal2 minggu.

Kesimpulan

@eiyma.jalil

#tiktokguru #tiktokmalaysia #PepsiMYxBLACKPINK #tiktokindonesia #skincareguru #kilangkosmetik #hauscosmetics #eiymajalil

♬ Can’ Remember To Forget You Remix – 𝐀lrevann !! <3

Itulah dia rutin penjagaan bibir KL setiap hari.. Simple sahaja. Sebab KL bukan jenis yang complicated. KL tak suka benda-benda yang lambat dan leceh. Sebab tu KL hasilkan produk-produk dalam HAUS yang memudahkan semua pengguna. Yang penting berkualiti, praktikal, dan wallet-friendly. Hehehhe.

Sekian untuk kali ni, semoga bermanfaat. Jumpa lagi di entry akan datang, insya-Allah…. Jaga diri, assalamualaikum.

Love, KL.

 

 

 

 

 

Reference

  1. https://hellodoktor.com/kesihatan-mulut/mulut-lain/bibir-dan-penjagaannya/
  2. https://circcell.com/blogs/journal/keep-lips-moisturized-soft-even-winter
  3. https://www.researchgate.net/publication/301204451_Review_on_Natural_Lip_Balm

 

 

 

 

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article