Kaum Lelaki Kalau Nak Flawless Ikut 4 Tips Basic Skincare Ni Jer

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai assalamualaikum w.b.t… Macam biasa, KL dahului dengan ucapan terima kasih sudi menimba ilmu kecantikan dan kesihatan di blog KL ni. U all sihat ke? KL risaulah tengok kes positif harian kita masih macam tu juga walaupun semua orang duduk di rumah sekarang. Hmm…. Tolong hati-hati ya semua, jangan tinggalkan sanitizer dan disinfectant spray bila keluar rumah, even dalam rumah pun kena kerapkan basuh tangan sebab kita tak nampak bakteria kuman yang halus tu.

Bila duduk kat rumah ni, ramai yang tiba-tiba berdepan masalah breakout kan.. Tak kira perempuan ke lelaki. Tau kenapa? Sebab kulit kita juga sensitif pada environment. Mungkin u all selalu  keluar pegi kerja kat office dalam aircond, pakai makeup kan.. Tiba-tiba kena duduk rumah je, skincare pun tak jaga sebab ingat duduk rumah dah selamat lah.

Korang jangan lupa cadar, sarung bantal, remote tv, remote kipas, tombol pintu yang korang pegang kat rumah tu bersih ke tak? Korang dah pegang situ pastu pegang muka pulak. Mana tak breakout dik? KL tak marah…..

Orang Lelaki Memang Susah Jaga Muka Ke?

@eiyma.jalil

#PepsiMYxBLACKPINK #fyp #tiktokguru #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #skincareguru #kilangkosmetik #hauscosmetics #eiymajalil

♬ original sound – musikstory_ – musikstory_

Bila bercakap tentang skincare routine, mesti akan jadi topik yang agak hangat dalam kalangan kaum wanita. Fitrah wanita sukakan kecantikan kan? KL punya obses pada kecantikan tu sampai buka kilang kosmetik sendiri semata-mata nak tengok orang lain cantik dengan produk yang berkualiti dan halal.

Orang lelaki macam mana pulak? Eh u all yang lelaki ni, ada skincare routine ke?  Sebenarnya KL tak payah tengok tempat lain pun, tengok sendirilah suami KL dan 3 orang adik lelaki bawah KL ni hah…… Yang diorang tahu cuci muka je.. Paling hebat dah tu kalau diorang pakai cream cleanser dari HAUS. Hehehhe.

KL ni berbuih mulut dalam live kat Facebook, kat TikTok, merata-rata KL canang pentingnya jaga kulit sebab kulit kita mahal kan? Tepuk dahi jelah bila kita dah sediakan produk-produk skincare untuk diorang tapi tak dipakai pon! Sabar jelah….

Lelaki Pun Kena Jaga Kulit

Sebenarnya, lelaki dan perempuan sama jer..  Kena jaga baik-baik kulit yang Allah anugerahkan kepada kita ni. Macam mana kita jaga kesihatan, taknak jatuh sakit, macam tulah juga kita kena jaga kulit jangan biar kulit rosak. Elakkan dari kanser kulit dan jangan tua sebelum usia!

Ok takpe, walaupun masih ada segelintir kaum lelaki  yang masih tak ambil port pasal kesihatan kulit ni kan.. KL perlu ucap tahniah jugalah kepada mereka-mereka yang sudah mula mengambil cakna tentang kepentingan penjagaan kulit yang sihat. Untuk itu, jom KL kongsikan tips kulit flawless untuk kaum lelaki ni dengan 4 step basic jer!

4 Basic Skincare Untuk Kulit Flawless

#1. Cleanser

Produk pertama merupakan sesuatu yang agak “common” dikalangan semua orang tidak kira lelaki atau perempuan iaitu cleanser. Mana tak commonnya kalau sampai ada orang yang sabun badan pun habis dibuatnya cuci muka??? Tepuk dahi KL……

U all tau tak, pemilihan cleanser yang betul adalah sangat-sangat penting dalam rutin skincare. Kalau u tersalah pilih celanser, kulit u tidak akan ready untuk the next step of skincare. KL bagi contoh ya, kalau u guna cleanser yang mengandungi SLS atau SLES, bahan ini akan menyebabkan kulit u jadi sangat kering. Bila kulit kita kering, kulit buat apa? Kulit tak boleh keluarkan air tau. Tetapi kulit hanya boleh mmenghasilkan minyak iaitu sebum lah.

Untuk kaum lelaki, u all punya kelenjar sebum jauh lebih aktif berbanding kaum wanita. Apa jadi? Semakin banyaklah penghasilan minyak di wajah u dik! Sebab tu lelaki lebih ramai yang mempunyai masalah kulit berminyak berbanding perempuan.

Cleanser Yang Baik

Tips kalau u nak pilih cleanser yang baik adalah pertama sekali mesti kena tengok bahan-bahan dia.

  1. AHA (Glycolic Acid) – Membantu membersihkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati di permukaan wajah
  2. BHA (Salicylic Acid) – Membantu membersihkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati sehingga ke dalam liang pori
  3. Niacinamide – Mengawal penghasilan sebum untuk mengurangkan kulit berminyak dan menghaluskan liang pori
  4. Nilai pH sekitar 4.5 – 5.5 iaitu pH yang seimbang dengan pH semulajadi kulit wajah

Lapisan kulit wajah kita ni sebenarnya ada satu lapisan berasid yang dipanggil “acid mantle”. Haa lapisan nilah yang ada pH antara 5-6 macam tu. Dalam lapisan ni jugalah ada macam-macam hidupan mikrobiome yang kita tak nampak dengan mata kasar.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah dan menghalang bakteria penyebab jerawat. Itulah pentingnya cari cleanser yang betul sebab ia bukan sahaja boleh cuci muka u all dengan bersih, malah mengekalkan keseimbangan kulit wajah.

#2. Moisturiser

Produk yang seterusnya ialah mosituriser atau pelembap. Perlu ke kaum lelaki menggunakan moisturiser? Cuci muka sahaja tak cukup? Iyer dik! Sekiranya kulit kering dan tak dapat kelembapan yang cukup, ini akan menyebabkan masalah yang lebih besar iaitu breakout dan jerawat.

Sebagai contoh, apabila kulit muka anda tidak cukup kelembapan, kelenjar sebum akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk membekalkan kelembapan pada kulit anda, jika perkara ini berterusan, lebihan sebum ini akan terperangkap bersama dengan kotoran kotoran di dalam pori pori kulit menyebabkan terhasilnya whitehead, blackhead dan jerawat.

Moisturiser Yang Baik

Di sini KL kongsikan tips kalau u nak pilih moisturiser yang baik. Macam biasa, first thing first, mesti kena tengok bahan-bahan dia!

  1. Hyaluronic Acid & Saccharide Isomerate – Gabungan 2 bahan ni memang cukup cukup menghidratkan kulit sehingga lebih 72 jam.
  2. Ekstrak Algae – Melembapkan kulit, ejen anti-penuaan. Awet muda!
  3. Ekstrak Pegaga (Centella Asiatica) – Melembapkan kulit, menarik partikel air dari persekitaran seterusnya mengunci kelembapan di dalam kulit.
  4. Niacinamide & Salicylic Acid – Haaa, 2 bahan ni bukan sahaja dapat mengawal masalah jerawat, tetapi juga melembapkan kulit tau! Sambil menyelam minum air gituu…

Biasanya kaum lelaki tidak gemar menghabiskan masa yang lama untuk ‘skincare routine’ mereka, jadi mereka boleh ‘skip’ bahagian serum kerana bahan bahan aktif yang selalunya ada di dalam serum sudah terdapat didalam moisturiser. Haa, cuba lah cari moisturiser yang mengandungi bahan bahan ini!

#3. Sunscreen

Sunscreen merupakan salah satu produk yang penting namun jarang disertakan dalam routine skincare kaum lelaki. Satu kajian di united states menunjukkan bahawa hampir 2 kali ganda jumlah lelaki yang tidak memakai produk pelindung matahari berbanding perempuan. Tidak kira lelaki atau perempuan, sunscreen merupakan produk yang paling penting  setiap hari apabila keluar dari rumah.

Kenapa kena pakai sunscreen?
  1. Sunscreen membantu untuk mengurangkan risiko kanser kulit. Salah satu punca berlakunya kanser kulit ialah pendedahan yang lama pada sinaran UV matahari. Jenis kanser yang sering berlaku pada permukaan kulit ini di panggil melanoma di mana menyebabkan penghasilan melanin yang tidak terkawal di dalam sel kulit anda. Ini disebabkan oleh pendedahan berterusan kepada cahaya UV.
  2. Sunscreen dapat menghalang berlakunya hiperpigmentasi pada kulit. Hiperpigmentasi yang juga dikenali sebagai jeragat merupakan tompok tompok hitam yang muncul di permukaan kulit anda setelah beberapa ketika pendedahan kepada sinaran UV. Perkara ini akan menjadi lebih teruk kepada orang yang mempunyai kulit yang lebih cerah.
  3. Sunscreen juga mengelakkan berlakunya penuaan pramatang. Penuaan pramatang atau dalam bahasa mudahnya muka anda kelihatan lebih tua berbanding umur anda. Kedutan dan tompok tompok hitam muncul di muka dek kerana sinaran UV.

Antara ciri sunscreen yang bagus ialah mempunyai ‘broad spectrum’ di mana sunscreen ini mampu melindungi kulit kita dari sinaran UVA dan UVB. Haa, pastikan juga mempunyai nilai SPF sekurangnya 30 yang mana ia mampu untuk menghalang sekurang kurangya 97 peratus sinaran UVB. Macam mana nak tahu? Baca label pada produk, make sure ada SPF dan PA++++ yer..

#4. Lipbalm with SPF

Seperti mana mana bahagian kulit di badan u all, bibir juga merupakan bahagian kulit yang sensitif terhadap cahaya matahari. Kulit di bahagian bibir juga agak nipis berbanding kulit muka kita menyebabkan ia lebih mudah rosak dan meningkatkan risiko kanser kulit akibat pendedahan sinaran UV.

Cahaya matahari juga akan merosakkan kolagen di dalam sel kulit bibir kita, menyebabkan bibir kita kelihatan kusam dan kurang anjal. Jadi takkan kita nak sapu sunscreen pada bibir kita juga? Untuk kaum perempuan misalnya, mereka akan mengenakan lipmatte atau lipstick yang mempunyai spf untuk melindungi bibir mereka.

Untuk alternatif bagi kaum lelaki, mereka boleh menggunakan lipbalm yang mempunyai nilai spf untuk melindungi bibir mereka. Sunscreen badan tidak sesuai untuk di gunakan pada bibir kerana kulit bibir kita agak sensitif terhadap bahan bahan yang digunakan di dalam sunscreen. Lipbalm dengan spf selalunya diformulasikan dengan rapi untuk kesesuaian penggunaan di bibir dengan perlindungan optimum dari sinar UV.

Kesimpulan

So, macam mana? Boleh ke kaum lelaki menggunakan produk produk skincare di pasaran yang selalunya dipasarkan untuk golongan wanita? Jawapannya boleh dik.

Selalunya, formulasi sesuatu produk mengandungi bahan aktif yang sama untuk produk lelaki dan perempuan. Yang membezakan formulasi produk ini kebiasaannya adalah jenis fragrance yang digunakan. Untuk produk lelaki selalunya KL akan gunakan bau yang lebih bersesuaian seperti mint, citrus and herbal. Jadi kaum lelaki tidak perlu membeli produk skincare yang dikhususkan kepada lelaki kerana kebanyakan produk wanita juga mempunyai keberkesanan yang tinggi kepada mereka.

@eiyma.jalil

#fyp #tiktokguru #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #skincareguru #kilanghalal #hauscosmetics

♬ Kanan Kiri Remix – elysia✨

Dengan ini, KL harap lebih ramai kaum lelaki yang ambil berat untuk skincare routine u all ya.. 4 steps je KL bagi ni tu pun termasuk lipbalm! Tak susah pun nak kulit flawless ni, janji u all rajin dan konsisten..

Nak tengok macam mana KL buat produk kosmetik dalam kilang? Follow akaun TikTok dan YouTube KL, “Eiyma Jalil” insyaallah ada perkongsian setiap hari kat sana. Sekian dulu untuk kali ni, semoga bermanfaat. Insyaallah…

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article