Rawat Masalah Bibir Kering dan Gelap dengan Berkesan Menggunakan 3 Bahan Ini

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai Assalamualaikum para pembaca yang sudi menjengah blog KL. Terima kasih KL ucapkan kepada u all yang setia menanti penulisan terbaru dari KL setiap minggu. KL selalu sibuk di production sepanjang hari tau. Kalau u all nak tengok kilang kosmetik KL bolehlah ke TikTok atau YouTube KL.

Harini KL nak cerita tentang penjagaan bibir. Dalam musim pandemik sekarang dengan cuaca yang tak menentu, ramai yang ada masalah bibir kering kan? Kalau u all nak tahu macam mana nak dapatkan bibir yang cantik dan sihat, kenalah baca sampai habis, ada tips senang KL nak bagi!

Fakta Tentang Bibir

Bibir mampu memberikan sebuah impak yang besar kepada penampilan keseluruhan sesorang tak kisahlah lelaki atau perempuan. Bibir yang penuh, kemerah-merahan dan terbentuk cantik buatkan kita nampak sihat, awet muda dan menjadi daya penarik kepada orang sekeliling.

Kebanyakan wanita pun lebih mementingkan penampilan bibir mereka berbanding bahagian wajah yang lain dengan hanya  mengoles gincu pada bibir mereka apabila ingin kelihatan lebih berseri terutamanya di masa-masa genting yang memerlukan mereka untuk tampil cantik.

Macam KL lah, tak makeup takpe tapi lipstick WAJIB……. Hehhehe, tak bolehlah takda lipstik, rasa macam too pale, tak semangat.. Paling takut nampak berusia!

@eiyma.jalil

#fyp #jombuatduit #buatduit #tiktokguru #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #skincareguru #kilanghalal #kilangkosmetik #hauscosmetics #eiymajalil

♬ original sound – Harmie – Harmie

Kenapa KL cakap penjagaan bibir ni sangat penting?

Bibir kita ni tak macam bahagian anggota yang lain yang ada banyak lapisan tau.. Bibir ni cuma ada 3 – 5 lapisan sel tisu kulit je. So dia sangat-sangat nipis dan halus. Itu sebab u all nampak bibir warna pink sebab warna saluran darah yang mengalir kat kawasan bibir tu terus nampak.

Tapi ingat, warna kulit semulajadi pun menentukan warna bibir juga. Jangan pula marah kenapa bibir tak sama merah macam bibir kawan tu, nak merah sama macam tu jugak lepastu pakai produk bukan-bukan. JANGAN YER.

Semakin cerah warna kulit u all, semakin cerah warna bibir, dan semakin jelas boleh nampak saluran darah di kawasan bibir.

Automatik bibir nampak lebih merah berbanding orang berkulit lebih gelap. Disebabkan hanya mempunyai lapisan yang nipis, bibir lebih mudah terdedah kepada panas haba matahari dan sinaran UV. Perkara ini boleh menjejaskan penghasilan kolagen pada bibir dan kalau u all tak protect bibir dalam jangka masa yang panjang, akan menyebabkan masalah yang lebih teruk seperti lip hyperpigmentation atau masalah bibir hitam dan kanser kulit.

Selain itu, bibir juga memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia kekal sihat. Bahagian bibir tidak mengeluarkan sebarang peluh dan tidak berjerawat kerana bibir tidak mempunyai kelenjar peluh atau sebaceous gland seperti kulit pada bahagian tubuh badan yang lain.

Kelenjar peluh ini berfungsi untuk merembeskan sebum dalam memastikan kulit kekal lembut dan lembab. Disebabkan itu, bibir memerlukan penjagaan yang ekstra padanya untuk mengelak ia daripada menjadi kering dan mengelupas.

Sama seperti bahagian wajah lain yang mengalami proses penuaan, bibir juga begitu. Bibir yang semakin berusia akan kelihatan kurang menarik, menjadi semakin nipis dan rata. Ini adalah disebabkan penghasilan kolagen yang semakin berkurang apabila kita melalui proses penuaan.

Bibir Hitam (Lip Hyperpigmentation) dan Bibir Kering

#1. Terdedah kepada sinaran UV

Masalah bibir hitam atau lip hyperpigmentation, berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari dan sinaran UV. Seperti yang kita tahu, melanin adalah pigmen yang dihasilkan oleh kulit bertujuan melindungi kulit dari sinar UV, tetapi penghasilan melanin yang lebih dari biasa boleh membawa kepada masalah hyperpigmentation seperti jeragat. Bibir juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini. Tambahan lagi, bibir juga boleh menjadi kering apabila terdedah pada haba panas matahari.

#2. Tabiat menjilat bibir

Selain itu, tabiat seperti menjilat bibir berulangkali boleh menjadi salah satu punca berlakunya lip hyperpigmentation ini.

Tidak, tabiat ini tidak akan menghilangkan masalah bibir kering anda.

Bahkan, lidah dan bibir yang bergeser antara satu sama lain akan menghasilkan haba lalu menyebabkan bibir menjadi hitam.

#3. Perbuatan menggigit bibir

Perbuatan menggigit bibir seterusnya pula boleh  menyebabkan bibir menjadi kering. Tambahan pula enzyme yang terdapat dalam air liur boleh merosakkan lapisan mucous bibir, lalu menjadikan ia lebih nipis seterusnya memudahkan cahaya matahari untuk menembusi dan melakukan kerosakan yang lebih teruk.

#4. Tabiat merokok yang tidak sihat

Tabiat merokok juga boleh menyumbang kepada masalah bibir hitam kerana nicotine yang terkandung dalam asap tembakau akan mendorong pengeluaran melanin pada kulit sejurus menjadikan bibir lebih gelap secara beransur-ansur bergantung kepada kekerapan dan jumlah rokok yang diambil.

Cara Mengatasi dan Merawat

Masalah penuaan pada bibir secara amnya adalah disebabkan oleh kekurangan penghasilan kolagen yang penting dalam memastikan bibir tampil sihat, penuh dan mungil (plump).

#1. Palmitoyl Hexapeptide-12

Ia adalah bahan aktif dari gabungan beberapa unit asid amino yang boleh membantu menghilangkan kedutan dan garis halus pada bibir. Selain daripada masalah lip pigmentation, bibir juga cenderung untuk untuk berkedut apabila terdedah kepada cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan sepenuhnya.

Palmitoyl Hexapeptide-12 dapat membantu mengurangkan kedutan dengan penggunaan yang optimum dan juga membantu memberi perlindungan tambahan kepada bibir. Hal ini disokong dengan ujian klinikal yang telah dijalankan apabila bahan ini didapati mempunyai kesan penyembuhan pada luka kerana bahan ini mampu merangsang fibroblast bermigrasi seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Selain itu, Palmitoyl Hexapeptide-12 juga terbukti melalui kajian boleh mengurangkan rekahan pada bibir (lip crest). Bahan ini membantu dalam menjana penghasilan kolagen dalam memastikan bibir tampil lembap dan mungil dan pada masa yang sama membantu membentuk semula bibir menjadi lebih anjal (firm).

Kita biasa dengar dengan keberhasilan minyak tumbuhan seperti jojoba, almond, olive dan sebagainya dalam menyelesaikan masalah bibir kering, merekah dan lain-lain. Hal ini demikian kerana emolien-emolien tersebut mempunyai mekanisme yang lebih kurang sama dalam merawat masalah tersebut.

Ia memberi kelembapan dengan cara mewujudkan lapisan yang menghalang kehilangan air dari dalam kulit dan mempunyai kandungan seperti Vitamin E, asid lemak dan antioksidan yang boleh membekalkan khasiat kepada kulit.

#2. Fermented Oil (Saccharomyces/Lithospermum Erythrorizon Root Oil Ferment Filtrate)

Penggunaan minyak tumbuhan yang telah difermentasi (fermented oil) semakin mendapat tempat dalam formulasi kosmetik. Dengan menggunakan fermentasi, minyak sayuran dapat diubah secara biologi untuk meningkatkan kadar resapan, ketersediaan bio (bioavailability) dan mempunyai aktiviti unik pada kulit dan mikrobiome sekitarnya.

Lithospermum Erythrorizon Root

Oleh itu, penggunaan fermented oil dalam formulasi produk bibir dapat memberikan kebaikan dua dalam satu iaitu memelihara dan memulihara bibir. Saccharomyces/Lithospermum Erythrorizon Root Oil Ferment Filtrate adalah fermented oil yang diguna dalam produk HAUS Cosmetics.

Apabila dibandingkan antara fermented oil dan minyak yang diekstrak biasa, ternyata minyak yang telah melalui proses penapaian ini menunjukkan keberkesanan yang lebih baik dari segi melembapkan, sifat antioksidanya serta  mampu menguatkan skin barrier. Saccharomyces/Lithospermum Erythrorizon Root Oil Ferment Filtrate juga telah terbukti dapat meningkatkan kelembapan pada bibir, seterusnya menghilangkan kesan kedutan dan garis halus pada bibir (lip wrinkles and lip crest).

#3. Organic Sunscreen

Jika kita lihat dan perhati, kesilapan paling utama dalam penjagaan bibir adalah ramai yang tidak sedar akan kepentingan untuk melindungi bibir daripada pancaran matahari dan sinaran UV. Disebabkan keadaan bibir yang sangat sensitif, penggunaan produk bibir dengan SPF adalah sangat digalakkan. Hal ini adalah untuk melindungi bibir daripada tanda-tanda penuaan, mencegah daripada berlaku sunburn,  mengelakkan masalah bibir gelap dan kering serta menghalang daripada berlakunya kanser kulit.

The American Academy of Dermatology (AAD) mengesyorkan penggunaan produk bibir yang mengandungi penghadang UV dengan SPF 30 atau lebih. Manakala US Food & Drugs Administration (FDA) pula meletakkan standard sekurang-kurangnya SPF 15 untuk mendapatkan perlindungan paling maksima daripada sinaran UV.

Penjagaan bibir yang sempurna penting dalam memastikan kesempurnaan penampilan seseorang. Dalam masa yang sama, ianya dapat membantu menghindari berlakunya masalah kesihatan yang tidak diingini. Oleh itu, orang ramai tidak boleh mengambil mudah dengan penjagaan bibir kerana rutinnya lebih ringkas berbanding rutin penjagaan wajah yang lebih kompleks dan pelbagai.

Kesimpulan

Dapat sesuatu tak u all? Mulai sekarang, KL harap semakin ramailah yang sedar akan kepentingan penjagaan bibir ni. Sedar, dan praktiskan tau. Kalau sedar tapi tak buat apa-apa tak jadi jugak! :p

P/S: Sila semak ingredients produk bibir yang u pakai, ada tak bahan-bahan yang KL senaraikan kat atas ni? Komen sikit KL nak tengok.

Kalau takda, sila pergi ke www.hauscosmetics.com.my dan cari produk untuk perlindungan bibir u sekarang!!!

Oklah, KL nak sambung buat kerja pulak ni. Nak jenguk production, nak fikir idea TikTok lagi. Jangan lupa follow semua platform sosial media KL, Eiyma Jalil di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube ya!

Semoga bermanfaat, Assalamualaikum…

Love, KL.

 

 

 

Rujukan

 

  1. Piccinin MA, Zito PM. Anatomy, Head and Neck, Lips. [Updated 2020 Aug 10]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2021 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK507900/
  2. Multani S. (2013). Interrelationship of smoking, lip and gingival melanin pigmentation, and periodontal status. Addiction & health5(1-2), 57–65.
  3. Ciardiello, T., Pinto, D., Marotta, L., Giuliani, G., & Rinaldi, F. (2020). Effects of Fermented Oils on Alpha-Biodiversity and Relative Abundance of Cheek Resident Skin Microbiota. Cosmetics7(2), 34. doi:10.3390/cosmetics7020034
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article