10 Kebaikan Utama CICA dalam Skincare. Kulit Jerawat WAJIB Baca!

khasiat pegaga - centella asiatica - khasiat kebaikan manfaat untuk kulit
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum apa khabar semua.. Harini KL baru je lepas buat swab test untuk untuk semua staff di kilang KL. Boleh tahan ngeri jugak ek! Semoga semua staff KL sihat dan selamat, insya-Allah..

KL faham situasi sekarang di mana semua orang sedang struggle untuk survive. KL doakan semoga kita sentiasa sihat dan dilindungi dari perkara yang tak diingini. Bagi anak-anak muda yang masih sihat dan kuat, manfaatkan masa di rumah ini untuk rebut peluang berniaga. Insya-Allah jaminan masa hadapan..

Mungkin boleh start dengan dropship atau affiliate yang tak perlu simpan stok. Kalau boleh buka gerai, bukalah. Ikut minat dan keselesaan masing-masing.

Panjang pulak ceramahnya. Sebenarnya KL nak share tentang ulam-ulaman tradisional harini. Siapa peminat Pegaga kat sini? Komen sikit KL nak tengok.

Apa itu CICA?

Kalau u all familiar dan u all penggemar bahan kosmetik dari Korea Selatan, u all mesti perasan kan penggunaan bahan CICA ini dalam kebanyakan rangkaian produk kecantikan dari negara republik tersebut.

CICA ialah singkatan daripada nama saintifik: Centella Asiatica.

Macam nama KL laa, EIYMA ialah singkatan daripada nama Norazimah. Macam tu… Hehehe

Pegaga tu apa pulak? Pegaga ialah nama tempatan atau nama tradisional bagi Centella Asiatica. Kita panggil nama kampung lah macam tu.. KL pun ada nama kampung tau, nak tau ke? KL share kat sini je tau. Kawan-kawan kampung KL panggil “Ola”. Hehehhehe……..

Ini adalah antara produk berasaskan Cica dari Korea:

  • Purito Centella Green Level Buffet Serum
Purito Centella Green Level Buffet Serum
  • Dr. Jart Cicapair Tiger Grass Re.Pair Serum
Dr. Jart Cicapair Tiger Grass Re.Pair Serum
  • COSRX Centella Blemish Ampoule
COSRX Centella Blemish Ampoule
  • Iunik Centella Bubble Cleansing Foam
Iunik Centella Bubble Cleansing Foam
  • INNISFREE Bija Cica Balm
INNISFREE Bija Cica Balm
  • LANEIGE Cica Sleeping Mask
LANEIGE Cica Sleeping Mask

Cica merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional dan Ayurvedic sejak ribuan tahun dahulu. Selain itu, ia juga turut dikenali dengan nama tiger grass yang menjadi titik tolak kepada penggunaan Centella Asiatica secara meluas pada kulit. Hal ini kerana dipercayai bahawa harimau akan menggulingkan tubuh mereka sekitar tumbuhan ini untuk menyembuhkan luka pada badan mereka dan merawat kulit.

Kebolehan untuk melembap, menyembuhkan luka dan sifat anti-radang yang terdapat pada tumbuhan ini boleh mendatangkan 1001 kebaikan pada kulit. Malah, pakar dermatologi turut mengesyorkan penggunaannya sebagai rawatan kulit berbanding ubatan lain.

Di China, masyarakat tempatan mengenalinya sebagai Gotu Kola, dan digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan luka, serta merawat masalah kulit seperti kusta dan psoriasis. Di Malaysia pula, Centella Asiatica  dikenali sebagai Pegaga dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat kerana khasiatnya dalam merawat tekanan darah tinggi dan rahsia awet muda. Lazimnya masyarakat di Malaysia lebih gemar untuk menjadikan pegaga ini sebagai ulam-ulaman atau dijadikan kerabu pegaga, dan sebagainya.

Manfaat CICA

Antara manfaat Centella Asiatica pada kulit adalah:

  • Meredakan keradangan
  • Menggalakkan pengeluaran kolagen
  • Bertindak sebagai ejen antioksida dan mampu meningkatkan penghidratan kulit.
  • Menenangkan kemerahan kulit
  • Mengurangkan masalah jerawat
  • Menguatkan sistem pertahanan kulit (skin barrier)
  • Menghaluskan liang pori
  • Mengawal penghasilan sebum
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Membaiki tanda penuaan

Kajian mendapati manfaat yang pelbagai ini adalah disebabkan kehadiran sebatian aktif dalam tumbuhan ini seperti Asiaticoside, Madecassoside, Asiatic acid and Madecassic acid.

Asiaticoside
Asiaticoside
Madecassoside | 34540-22-2
Madecassoside
Asiatic acid | 464-92-6
Asiatic acid
Madecassic acid (CAS 18449-41-7) | Glentham Life Sciences
Madecassic acid

Sebatian ini memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan Centella Asiatica dalam merawat pelbagai jenis luka. Jurnal terbitan BMC Complementary and Alternative Medicine mendapati bahawa semua ekstrak Centella Asiatica dalam pelbagai larutan dapat membantu menyembuhkan luka kelar dan luka kesan terbakar. Asiactic acid merupakan komponen paling aktif yang membantu proses penyembuhan luka. 

Kesemua sebatian aktif yang terdapat dalam Centella Asiatica mempunyai manfaat yang berbeza sehinggakan setiap satunya di ekstrak dan dijadikan produk yang berlainan mengikut fungsi masing-masing yang tersendiri.

Di Perancis, misalnya, produk yang berasaskan Centella Asiatica ini lebih dipasarkan sebagai krim Madécassol, yang dinamakan daripada sebatian madecassoside yang diekstrak keluar daripada tumbuhan ini. Korea juga tak ketinggalan, contohnya dari Jenama A’pieu:

  • A’pieu Madecassoside Cream
A'PIEU Madecassoside Cream 50ml | Korean Skincare | StyleKorean.com
A’pieu Madecassoside Cream

CICA dan Jerawat

Sebuah kajian pada tahun 2016 telah menunjukkan bahawa Centella Asiatica secara semulajadi mempamerkan sifat anti-radang dan anti-mikrob dimana ia boleh membantu menenangkan kulit yang terinflamasi. Centella Asiatica juga dapat membantu kalau u all ada masalah breakouts dengan mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kesan parut jerawat ataupun Post-Inflammatory Erythema (PIE).

What can clear severe acne?
Jerawat yang kritikal

Ekstrak Centella Asiatica dengan kandungan sebatian triterpenes seperti Asiaticoside dan Madecassoside mempunyai aktiviti anti-bakteria terhadap bakteria penyebab jerawat iaitu P.acnes. Sebuah kajian in-vivo terhadap sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada 23 orang individu lelaki dan perempuan berumur 18 hingga 60 tahun yang mempunyai kulit jenis berminyak telah membuktikan bahawa ekstrak Centella Asiatica berkesan mengurangkan penampakan pori pada wajah, mengawal jumlah sebum sekaligus meredakan masalah jerawat. 

Centella Asiatica juga terkenal dengan kebolehannya untuk menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit yang dapat membantu pertumbuhan semula tisu kulit, dan juga mempercepatkan baik pulih luka jerawat.

CICA dan Skin Barrier

Kebolehan ekstrak Centella Asiatica ini dalam membantu pemulihan serta pembaikan luka dan parut pada kulit terbukti turut dapat membantu membaik pulih skin barrier yang terjejas. Kulit manusia merupakan sistem pertahanan badan yang penting dan mempunyai struktur yang rumit. Ia terdiri daripada pelbagai lapisan bertujuan melindungi badan daripada faktor luaran seperti pencemaran dan sinar UV  yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Kini, dengan kemajuan pembangunan yang dialami masyarakat global, kita akan sentiasa berhadapan dengan pencemaran, stress dan sinaran UV berbahaya yang semakin hari semakin mencabar. Berikutan ini, krim biasa tidak lagi mencukupi untuk melindungi kulit kita daripada faktor-faktor tersebut. Jadi, alternatif lain diperlukan dunia kosmetik untuk membantu menangani masalah skin barrier rosak yang semakin meruncing.

Anti-pollution in skin care - IMPAG

Skin barrier secara ringkasnya adalah penghadang kepada kulit, bersikap kedap air, dan bertanggungjawab memastikan lapisan kulit paling luar (stratum corneum) berada pada tahap yang optimum dan berfungsi secara baik. Skin barrier dikatakan terdiri daripada beberapa komponen utama seperti ceramides, fatty acids, dan cholesterols. Komponen-komponen ini membantu menjaga sel-sel kulit untuk kekal utuh dan menghalang kelembapan hilang daripada kulit.

How to repair a damaged skin barrier | Skin Library UK
lapisan kulit

Skin barrier yang sihat mempunyai ciri-ciri seperti kulit terasa lembut, anjal dan bersinar. Manakala apabila skin barrier rosak, kulit akan kelihatan kusam, kering dan terasa kasar. Skin barrier yang rosak tidak dapat memelihara kelembapan di dalam kulit, dan ketahanan kulit juga akan terganggu lalu menyebabkan kulit menjadi lebih terdedah kepada bahan kimia, bakteria dan patogen dari luar. Tidak hairan jika bermula daripada skin barrier yang rosak ini, kulit akan lebih sukar untuk dibaik pulih daripada masalah parut breakouts dan tanda-tanda penuaan. 

HAUS Superpotent Ceramides + CICA Barrier Cream

Apabila skin barrier rosak, dan kulit lebih senang terdedah kepada bahan-bahan kimia, komponen-komponen seperti ceramides, fatty acids dan cholesterols akan hilang dan menyebabkan ikatan antara sel-sel kulit menjadi lebih lemah. Jadi salah satu cara untuk memulihara kembali skin barrier adalah dengan menggunakan produk skincare yang mempunyai kandungan bahan berunsurkan komponen-komponen tersebut. 

HAUS Superpotent Ceramides + CICA Barrier Cream diformulasi dengan kehadiran dua bahan terpenting dalam menyelesaikan masalah skin barrier iaitu Ceramides dan Centella Asiatica. Ceramides + CICA Barrier Cream dengan kehadiran 3000ppm Ceramides NP akan membekalkan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit dengan mekanisma lock and seal dimana ia mampu untuk mengunci kelembapan jauh ke lapisan kulit dalam. 

Ekstrak Centella Asiatica dalam Ceramides + CICA Barrier Cream ini dapat mengurangkan kesan radangan dan iritasi pada kulit berikutan sifat anti-mikrob dan anti-radang yang terkandung didalamnya. Jika kita lihat pada produk penjagaan kulit Korea yang mengandungi Centella Asiatica atau lebih dikenali sebagai CICA Cream, ia digunakan secara meluas dan bertujuan untuk melegakan kulit yang teriritasi secara khusus. Barrier Cream ini juga diformulasi dengan tesktur krim yang ringan dan tidak berminyak, sesuai untuk semua jenis kulit. 

Kebaikan Centella Asiatica sebagai ejen anti jerawat terbukti sangat berkesan secara klinikal dan pemilihannya dalam produk ini dilihat secara menyeluruh dengan menilai prestasinya sebagai bahan aktif yang berkualiti tinggi dengan sistem penyerapan yang berteknologi tinggi. Oleh itu, HAUS Superpotent Ceramides + CICA Barrier Cream ini adalah salah satu produk wajib sebagai usaha anda kearah glowing glass skin.

Kesimpulan

KL hasilkan formulasi HAUS Superpotent Ceramide+Cica Barrier Cream ni khusus untuk membantu sesiapa sahaja yang dah cuba macam-macam produk tapi kulit masih takda perubahan. Dah pakai macam-macam serum jerawatlah, ubat jerawatlah, baik sekejap je lepastu naik balik……. Nak tahu kenapa? Sebab u all tak settlekan dari punca. Kalau skin barrier u sihat, insya-Allah, memang takkan timbul masalah-masalah yang lain tu.

Kalau u all nak dapatkan hasil formulasi air tangan KL ni, boleh dapatkan melalui website www.hauscosmetics.com.my atau ejen HAUS Guardian berdekatan u all. Sekarang masih harga pengenalan RM59 sahaja. Nanti akan balik ke harga normal RM79. Siapa cepat dia dapat!

Semoga bermanfaat, sekian.. Assalamualaikum..

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article