13 Manfaat Kebaikan Bahan Aktif Allantoin dalam Formulasi Skincare Untuk Kulit Sensitif

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua, KL sedang menulis artikel ni dalam keadaan good mood sangat. Heheheh. Bukan apa, KL sebenarnya penat seminggu dua ni. Kerja tak pernah habis. Tapi kenapa nak mengeluh? Kerja ni kan rezeki.. Kenapa banyak kerja? Sebab banyak rezeki. Jangan lupa, dalam rezeki kita ada juga terselit rezeki orang lain yang lebih memerlukan.

Macam KL sendiri, ada hampir 100 staff yang perlu dijaga kebajikan mereka dengan baik dan ada berjuta pengguna kosmetik yang KL perlu jaga kesihatan dan kecantikan mereka dengan formulasi kosmetik dan supplemen HALAL dari kilang KL.. Bila fikir macam tu, automatik jadi semangat semula. U all doakanlah KL terus kuat dan sihat berjuang untuk produk HALAL ni yer! Insya-Allah….

Berceramah pulak dah kan….. adeh. Jom jom semalam KL dapat soalan dari sorang follower ni. Dia tanya apa kegunaan dan kebaikan bahan Allantoin dalam produk kosmetik. Nama bahan Allantoin ni KL jamin mesti korang selalu jumpa, bagi yang rajin baca ingredients la. Hehe..

Pengenalan

Dalam produk kosmetik, selalunya bahan aktif yang menjadi tumpuan utama atau highlight kepada sesuatu produk tu mesti samada bahan baru dengan teknologi terkini, atau ekstrak tumbuhan eksotik, atau bahan aktif yang sukar didapati dan berharga mahal.

Tahukah anda…… sebenarnya ada macam-macam lagi bahan aktif yang para formulator gunakan sejak sekian lama, dan terbukti amat berkesan tapi malangnya kurang popular. Haaa, jom kita kaji salah satu bahan unik dalam kes yang “kurang bernasib baik” macam ni, iaitu Allantoin. KL personally suka je guna Allantoin dalam formulation sebab dia senang cope dengan banyak bahan lain,  senang dapat, dan kos rendah.

Apa Itu Allantoin?

Allantoin adalah bahan aktif yang boleh di dapati secara semulajadi dari dalam tumbuhan seperti Chamomile dan Comfrey.

Chammomile
Red Comfrey
Blue Comfrey
Purple Comfrey

2 jenis tumbuhan ini seringkali digunakan secara tradisional sejak tahun 1830-an lagi, untuk menyembuhkan luka dan parut, kerana ia meredakan rasa pedih serta melembapkan kulit. Ini yang kita panggil “soothing”, “calming”, dan “moisturizing”. U all memang selalu cari function-function ni kan?

Zaman moden sekarang, Allantoin dihasilkan dari dalam makmal untuk maintain dia punya kadar ketulenan (purity) yang tinggi supaya dapat hasilkan kesan manfaat yang maksima. Antara kebaikan Allantoin, termasuk yang disenaraikan oleh US FDA (Food & Drug Administration) [rujuk sini]

  1. Melembap, melembut dan menghaluskan tekstur kulit
  2. Meredakan kulit pedih, kemerahan dan sensitif
  3. Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat secara menyeluruh
  4. Merawat luka, kulit melecur dan selaran matahari (sunburn). Turut digunakan untuk tujuan farmaseutikal
  5. Meningkatkan pertumbuhan sel kulit baharu (cell renewal)
  6. Mempunyai kesan anti-penuaan
  7. Mengurangkan kesan pedih dari bahan aktif lain di dalam produk kosmetik
  8. Merawat dan mengawal kulit dan bibir yang kering
  9. Memulihkan dan melindungi dari ruam lampin
  10. Mengurangkan kekeringan dan merawat lepuhan pada bibir (blister)
  11. Mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat radiasi UV
  12. Membantu meleraikan sel kulit mati (desquamation)
  13. Mengurangkan kehilangan kelembapan kulit (TEWL = Trans-Epidermal Water Loss)

Yang lebih menakjubkan? Kesemua kesan ini bermula dengan penggunaan hanya 0.1% sahaja!!

Sifat Kimia Allantoin

Allantoin berbentuk serbuk berhablur seperti kristal dan berwarna putih. Ia mempunyai nilai pH di antara 4.5 – 6, setara dengan pH semulajadi kulit. Ia larut air dengan keterlarutan maksima 0.45%.

Struktur molekul Allantoin

Allantoin mula dikaji sejak awal tahun 1900, dan penggunaannya di dalam perubatan dan farmaseutikal telah menyelamatkan ramai pesakit. Satu kajian dari Le Van et. al. dijalankan terhadap suri rumah yang banyak membuat kerja-kerja rumah sehingga menyebabkan kerosakan kulit kritikal. Mereka kemudian diberi losyen dengan bahan aktif Allantoin. Hasilnya, 90% dari mereka pulih sepenuhnya dari masalah kulit rosak, dan baki 10% turut mempunyai kesan pemulihan kulit yang ketara.

Allantoin boleh digunakan untuk semua, termasuk bayi yang mempunyai ruam lampin, lelaki yang mengalami masalah kulit kering atau luka akibat bercukur, termasuk digunakan pada bibir dan dalam mulut untuk masalah ulser. Ia juga berfungsi mengurangkan lambakan kelemumur pada kulit kepala.

Kajian Mengenai Allantoin

Dalam satu kajian oleh Derma Consult GmbH, Germany pada tahun 1998, para penyelidik mendapati Allantoin dapat mempercepatkan penghasilan sel kulit baharu, melegakan kulit yang radang, serta meningkatkan kelembapan kulit.

Allantoin mempercepatkan pertukaran sel baharu dari 22 hari kepada 19 hari

Dengan pelbagai kelebihan Allantoin, tak peliklah kita selalu jumpa bahan ni di dalam produk kosmetik. Tapi, selain kurang popular, Allantoin juga mempunyai sifat yang unik iaitu membentuk hablur kristal pada beberapa keadaan seperti pada suhu yang rendah atau kandungan air yang sedikit. Keadaan ini seringkali memberi rupa luaran yang tidak menarik, keruh, terutama di dalam produk cecair yang lutsinar, seperti HAUS Super Potent AHA + BHA Exfoliating Lotion.

Dua rupa luaran Haus Superpotent AHA+BHA Exfoliating Lotion pada suhu berbeza

Allantoin dalam AHA+BHA Exfoliating Lotion berkemungkinan menjadi bentuk kristal semula (recrystallization) pada suhu rendah, atau jika terdapat perubahan suhu mendadak (panas kepada sejuk yang cepat). Apabila ini berlaku, struktur hablur kristal Allantoin memantulkan sebilangan cahaya matahari, menyebabkan ianya kelihatan keruh atau ‘blurring’.

Walau bagaimanapun, ianya berfungsi seperti biasa dalam kedua-dua rupa bentuk ini, kerana ianya telahpun larut dan sebati di dalam formula, cuma sifatnya yang mudah kristal memberi rupa luaran keruh.

Nota Penting!

Jadi, KL nak ambil kesempatan disini untuk advise u all cara penyimpanan HAUS Superpotent AHA+BHA Exfoliating Lotion adalah pada suhu bilik normal iaitu 25℃ – 28℃. Elakkan meletak produk ini di dalam peti sejuk. Jika dalam bilik yang berhawa dingin, berlakunya penghabluran semula Allantoin, cuma goncangkan produk sebelum digunakan ok?

Formulasi HAUS Superpotent AHA+BHA Exfoliating Lotion KL designkan untuk kesan exfoliate kulit yang effective dengan keseluruhan formula yang mudah diserap, dan yang paling penting tak merengsakan kulit sebab ada Allantoin, Witch Hazel, Aloe Vera, dan bahan-bahan soothing yang lain.

Dijamin sel kulit mati tertanggal tanpa rasa pedih dan sakit, kulit jadi lebih bersih, berseri, glowing, cerah, dan anjal! Boleh dapatkan dari Website, Shopee, atau HAUS Guardian yang berhampiran u all.

Penutup

Sekian untuk kali ini, KL harap dapat sampaikan manfaat kebaikan bahan Allantoin ni dengan baik kepada u all. Macam biasa, kalau ada sebarang persoalan bolehlah masuk ke Facebook KL, Eiyma Jalil. Boleh tanya kat live atau komen je posting KL, insyaAllah KL cuba jawab. Soalan menarik yang terpilih KL akan buat artikel. Hehe.

Terima kasih, assalamualaikum.

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article