Bermula Dengan Sembang Santai Terhasil Sunscreen Lipstick Dengan SPF35, Dr Ain Teruja Lihat Sendiri Produksinya

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai semua. Jumpa lagi dalam entri terkini blog KL.

Hari ini KL nak cerita semula tentang pengalaman Dr Nurul Ain Abdullah atau mesra dipanggil Dr Ain ke kilang KL iaitu GIM Cosmetic. Korang mesti dah kenal dengan Dr Ain kan? Beliau ialah pemilik Alainn Clinic iaitu sebuah klinik estetik yang menjaga kecantikan kulit wajah. Dr. Ain ni lah yang jaga skin family Neelofa. Flawless habis.

HAUS Cosmetics pun berbesar hati dengan kolaborasi mantap bersama Alainn Clinic. Bukan calang-calang tau. Alainn Clinic adalah klinik estetik yang pakar dengan kesihatan dan kecantikan kulit sehingga klinik ini mendapat perhatian selebriti tanah air yang mementingkan penampilan kulit berseri dengan cara yang betul.

KL pun pernah guna facial Neelofa di klinik Dr. Ain, hehehe.

KL sendiri berasa bangga apabila dapat berkolaborasi dengan Dr Ain. Kepakaran beliau dalam bidang kecantikan kulit bukan calang-calang yer uolls.. Kami sama-sama percaya kolaborasi antara HAUS Cosmetics dan Alainn Clinic boleh memberikan manfaat yang bukan sedikit pada seluruh peminat kosmetik.

Selepas dilancarkan baru-baru ini, KL dengan kecik tapak tangan menjemput Dr. Ain datang ke kilang GIM Cosmetic untuk melihat sendiri cara pembuatan Matte Velvet Lipstick. Kolaborasi buat julung kali ini menampilkan penghasilan Matte Velvet Lipstick. Apa menariknya produk lipstik kali ini? Jom KL ceritakan lebih lanjut bersempena dengan sesi lawatan Dr Ain ke kilang GIM Cosmetic untuk melihat cara penghasilan lipstik dengan formulasi hebat keluaran HAUS Cosmetics.

TINGKATKAN KESEDARAN

Dr Ain sangat excited dengan penghasilan produk bibir yang ada pelindungan SPF. Sekian lama mencari, akhirnya impian Dr Ain dapat direalisasikan. Selama ini memang kita kurang peka dengan keperluan melindungi bibir daripada faktor utama bibir bertambah gelap iaitu sinaran matahari. Kan? Kolaborasi antara Haus Cosmetics dan Alainn Clinic ini salah satunya adalah untuk tingkatkan kesedaran wanita bahawa SPF bukan untuk kulit muka sahaja tapi bibir pun kena juga.

Kehadiran Dr Ain ke kilang telah KL aturkan dengan membuat pilot test. Biasanya pilot test kita buat untuk 200 unit lipstik. KL tunjukkan pada Dr Ain bahan mentah yang digunakan untuk membancuh rumusan membuat Matte Velvet Lipstick.

Antaranya, Minyak Jojoba yang semua orang tahu boleh membantu melembapkan bibir. KL masukkan juga Hexapeptide-12 yang dibeli dari Korea Selatan. Inilah rahsia kulit bibir kembali remaja. Sebabnya Hexapeptide-12 ini boleh bantu kurangkan kedutan dan garis halus. KL juga tunjukkan pada Dr Ain vitamin E yang boleh bantu elak bibir alami masalah kering. Manfaat melembapkan kulit bibir memang sangat bagus pada vitamin E.

Yang terakhir, KL tunjukkan pada Dr Ain Raw UV Filter. Inilah dia perbezaan paling besar produk yang kami hasilkan bersama-sama dengan produk lain yang ada di pasaran. Chemical UV Filter kami gunakan untuk realisasikan manfaat terbesar iaitu bantu elak bibir semakin gelap apabila terdedah dengan faktor-faktor yang boleh menggelapkan bibir.

KL juga terangkan pada Dr Ain mengenai pigment colour yang KL import dari Jepun. Kenapa Jepun jadi pilihan? KL ada alasan tersendiri. Ini kerana pigment colour dari Jepun sudah diproses dan ada dokumentasi yang membuktikan ianya tak menggelapkan bibir.

Sebagaimana yang ramai telah tahu, kilang GIM Cosmetic adalah berstatus GMP (Good Manufacturing Practice). Suka KL nak jelaskan di sini, kami amalkan proses produksi dan kawalan mengikut standard piawaian yang ditetapkan. Sebarang risiko produksi farmaseutikal dapat diminimumkan.

Nak masuk ke kilang GMP ada peraturannya. Inilah yang Dr Ain kena buat sebelum masuk ke dalam kilang untuk lihat sendiri penghasilan Matte Velvet Lipstic.

Apa peraturan nak masuk kilang GMP?

  1. Pakai kot makmal (lab coat)
  2. Tutup mulut
  3. Tutup rambut
  4. Pakai sarung tangan

TURUT DISERTAI MASTER STOCKIST

Kehadiran Dr Ain ke kilang turut disertai tiga orang master stockist. Kehadiran mereka sangat bermakna kerana turut dapat ilmu secara langsung daripada pakar kecantikan seperti Dr Ain.

Menjawab soalan Master Stockist Hazarina Ishak, Dr Ain menerangkan faktor utama bibir menjadi gelap.

“Faktor utama bibir jadi gelap adalah kerana kesan sinaran matahari. Kita selalunya pakai pelindung tabir suria (SPF) pada bahagian kulit muka sahaja. Tapi kita abaikan SPF pada bahagian bibir. Sebenarnya sama saja muka atau bibir. Dua-dua bahagian ini perlukan SPF. Tanpa pakai SPF, penghasilan melanin pada bahagian bibir akan berlebihan. Akhirnya menyebabkan Hyper Pigmentation,” terang Dr Ain.

KL yakin, dengan kolaborasi hebat antara HAUS Cosmetics dan Alainn Clinic, ramai yang akan dapat manfaat bibir semakin sihat dan cantik. Produk Matte Velvet Lipstick ini adalah paraben free. Malah ada cetakan logo halal kerana produk ini mempunyai sijil halal sah daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KL sendiri secara peribadi sangat teruja dengan kolaborasi ini. Sama seperti apa yang telah dikatakan oleh Dr Ain, kolaborasi kami bermula dengan sesi sembang santai. Akhirnya kata sepakat telah kami capai untuk menghasilkan lipstik dengan rumusan istimewa iaitu lipstik yang boleh bantu bibir cantik secara semula jadi kerana bebas daripada ancaman yang menggelapkan bibir.

KL tinggalkan u all dengan swatches Matte Velvet Lipstick khas dari KL sendiri. Senanglah u all nak pilih warna nanti kan.. Oh ya, jangan lupa, promo BUY 1 FREE 1 masih berlangsung sekarang. U all boleh dapat 2 lipstick dengan suncreen ni pada hanya RM79 sahaja.. Jimat RM79 tau!

Dapatkan dari Shopee HAUS Cosmetics (klik sini) atau HAUS Guardian dari seluruh Malaysia. Pilih je mana-mana yang berhampiran u all. Jumpa lagi dalam entri seterusnya!

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article