4 Produk Sunscreen Bibir Terbukti Berkesan dan Terbaik Melindungi Bibir Dari Masalah Bibir Hitam dan Cancer Bibir

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Ramai orang memandang remeh kepada perlindungan UV kepada kulit bibir, sedangkan kulit bibir manusia adalah bahagian kulit yang paling nipis sekali dan paling sensitif.

Sekiranya ia tidak di jaga dan dilindungi dengan menggunakan produk yang betul, bibir mudah menjadi rosak seperti kehitaman, merekah, berkedut, pecah dan berdarah. Lebih teruk lagi, sekiranya tidak dijaga, ia akan mengundang cancer bibir.

Hari ini, KL nak kongsikan ilmu KL hasil dari kajian KL di makmal kilang kosmetik KL bersama dengan chemist dan scientist luar negara berkenaan dengan bahan mentah terbaik dan di iktiraf dunia ini.

KL sangat teruja nak berkongsi. Jom kita tambah ilmu kosmetik lagi.

Sekiranya anda ingin tahu apa itu SPF, sila baca entry KL yang sebelum ini di sini yer!

Pentingnya memilih bahan pelindung bibir yang betul

Pelindungan kulit dan bibir dari bahaya radiasi UV matahari sebenarnya adalah sesuatu yang amat penting, dan mesti digunakan setiap hari. Kebanyakan pengguna merasakan penggunaan pelindung matahari sebagai sesuatu yang ‘optional’, cuma perlu digunakan apabila terdedah pada matahari dalam jangkamasa yang lama, atau di kawasan tertentu seperti ketika berada di pantai.

Walhal sebenarnya, radiasi UV menyebabkan pelbagai kesan buruk, termasuk kulit kusam berjeragat, penuaan serta bibir gelap dan merekah. Ironik, kerana kesemua inilah juga penyelesaian yang pengguna di Malaysia mahukan di dalam produk kosmetik yang mereka beli.

Bahan aktif penyaring matahari, atau dikenali sebagai UV Filter, bertindak melindungi kulit dari kesemua kerosakan akibat radiasi UVA dan UVB.

Terdapat 2 kategori UV Filter: Organik dan Inorganik.

Kedua-duanya menghalang radiasi UV daripada menembusi lapisan kulit, dengan cara menyerap dan menukarkan tenaga radiasi tadi kepada tenaga haba sebelum ianya sempat melakukan apa-apa kerosakan kepada sel kulit. Dengan cara inilah kulit akan diperlihara, serta mengekang dan mengurangkan kesemua masalah kulit dan bibir.

Radiasi UVB menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit, manakala UVA pula mampu melepasi lapisan kulit dalam dermis, merosakkan kolagen serta menyebabkan pigmentasi.

Penyaring UV Filter Organik

Organik UV Filter adalah sekumpulan bahan bersifat organik (mempunyai asas molekul Carbon) yang mempunyai struktur yang sangat unik dan spesifik.

Ia mampu menyerap gelombang UV yang aktif, dan kemudiannya zarah-zarah tenaga tersebut dineutralkan keaktifannya apabila ianya bertindak balas dengan molekul penyaring UV organik itu tadi. (1)

Proses penukaran tenaga aktif UV ini hanya dapat dilakukan oleh molekul UV Filter yang diolah supaya ianya sepadan untuk ‘menangkap’ gelombang UV matahari.

Oleh sebab itulah, penyaring UV organik dihasilkan di dalam makmal, dan bukannya dari mana-mana sumber asli semulajadi. Disebabkan itu juga, UV Filter Organik turut dikenali sebagai Chemical Sunscreen.

Sebagai contoh, ini adalah molekul penyaring UV organik yang dinamakan ‘Uvinul A Plus’, dengan nama INCI Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, atau DHHB.

Ia dihasilkan oleh BASF Germany, salah satu pengeluar bahan kimia terulung dunia. Perlu diingatkan, untuk menghasilkan sejenis bahan yang terbukti dapat meneutralkan gelombang UV matahari bukanlah sesuatu yang mudah.

Proses R&D telah dilaksanakan berpuluh tahun lamanya, dan pelbagai ujian dijalankan bagi memastikan keberkesanan bahan ini.

Struktur molekul penyaring UV DHHB yang panjang dan tapak aktif yang besar membolehkan ianya mencerap radiasi UVA dengan efektif. UVA menyebabkan kerosakan dalaman kulit, termasuk menyebabkan bibir gelap, berkedut, kering dan hilang keupayaan melembap.

Penyaring DHHB adalah penyaring UV Generasi Baharu, iaitu dihasilkan dengan teknologi terkini dalam industri sunscreen. Ianya adalah penyaring UV versi ditambah baik, setelah meneliti pelbagai isu penyaring UV tradisional seperti Benzophenone.

Ianya jauh lebih stabil dan serasi apabila digabungkan dengan bahan penyaring UV yang lain, seterusnya dapat menghasilkan nilai pelindungan yang tinggi.

Penggunaanya diluluskan oleh European Union, Amerika Selatan, Mexico, Jepun, Taiwan dan seluruh ASEAN. Ia juga diluluskan penggunaan sebagai bahan tambahan pelindung di Amerika.(2) Ianya selamat digunakan pada kulit dan bibir tanpa kesan sampingan phototoksik.

DHHB digunakan di dalam Haus X Alainn Matte Velvet Lipstick with SPF sebagai penyaring UVA, untuk:
  1. Menghalang kesan carcinogenic.
  2. Melindungi dari kerosakan kolagen pada bibir.
  3. Menghalang kehilangan kelembapan bibir.
  4. Menghalang bibir menjadi gelap dan berkedut.

Ia turut digabungkan dengan penyaring UVB untuk menghasilkan kesan pelindungan menyeluruh (broad spectrum), serta menghalang kerosakan bibir akibat selaran matahari (sunburn), kekeringan dan bibir merekah.

Octinoxate adalah penyaring UV yang diluluskan serata dunia termasuk US FDA.

Penyaring UV Inorganik

Turut dikenali sebagai Physical UV Filter, ianya merupakan bahan mineral yang boleh didapati dari sumber galian bumi. Penyaring UV Inorganik terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Titanium Dioxide dan Zinc Oxide.

Kedua-duanya mengekang radiasi UV dengan cara memantul dan menukar tenaga UV itu kepada tenaga haba, supaya ianya tidak meresap ke dalam kulit dan merosakkan sel.

Kelebihan menggunakan penyaring inorganic adalah ianya lebih sesuai bagi pengguna berkulit sensitive, namun ianya perlu diproses dengan teliti. Seperti bahan galian yang lain, Titanium Dioxide dan Zinc Oxide mempunyai banyak kekotoran (impurities) yang perlu melalui proses purifikasi sebelum boleh digunakan.

Tanpa proses-proses ini, ianya tidak dapat berfungsi penuh sebagai penyaring UV. Oleh kerana pelbagai proses purifikasi kimia perlu dilakukan, sebenarnya penyaring fizikal yang digunakan di dalam produk bukanlah 100% sumber asli.

Titanium Dioxide merupakan pigmen putih yang seringkali diguna sebagai pewarna di dalam produk solekan termasuk foundation dan lipstick, untuk memberi tona cerah.

Apabila diformulasi ke dalam produk sunscreen, ia memberi kesan putih ‘white cast’ yang menyebabkan pengguna bertona kulit sederhana dan gelap kelihatan bercapuk.

Selain itu, ia juga mempunyai pelindungan terhad pada gelombang UVA. Tanpa gabungan dengan bahan lain, kesan pelindungan menyeluruh tidak dapat tercapai.

Formulasi Haus Velvet Matte Lipstick sedia ada turut mengandungi Titanium Dioxide sebagai pelindung dan pewarna lipstick.

Kini, dengan tambahan kedua-dua penyaring UVB & UVA generasi baharu ini, terhasil lah Haus Velvet Matte Lipstick with SPF35/PA+++, satu-satunya ‘functional lipstick’ jenama tempatan yang diiktiraf Halal oleh JAKIM.

Kilang Haus Cosmetics iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd adalah kilang yang berstatus Halal dari Jakim

Bukan sahaja tekstur menawan pada bibir, setiap kali anda oleskan lipstick ini, anda turut menjadikan bibir anda muda remaja, anjal, mugil dan sihat!

Di antara produk jenama antarabangsa dan tempatan( Local) yang menggunakan penyaring UV organic ialah:
Brand : SUPERGOOP LIP BALM UV SPF 30 ( No color) Filter: Octocrylene, Avobenzone, Homosalate, Octisalate Harga: rm40/15ml
Brand : FRESH Lip Treatment Spf 15 ( No Color), UV Filter: Octinoxate, Harga: RM99/4.25g
Brand: KHIELS Lip Treatment SPF 30 ( No Color) , UV Filter: Avobenzone, Cinoxate, Octocrylene. Harga: RM99/4g

 

Brand: Haus Cosmetics Matte Velvet Lipstick SPF 35 PA++++, Di hadirkan dengan 6 warna yang menarik, Promosi Harga: RM39.50 . Mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM ( Selamat, suci dan bersih). boleh rujuk warna di www.hauscosmetics.com.my

Bagaimana Haus Cosmetics Memilih Penyaring UV Terbaik untuk Bibir?

Pertamanya, memastikan penyaring UV yang digunakan boleh melindungi dari kedua-dua UVA & UVB dengan baik, berkesan dan berpanjangan.
  • Haus Velvet Matte Lipstick menggunakan penyaring UV dari pengeluar antarabangsa, dengan bahan berpurifikasi tinggi dan kekal kestabilannya.
  • Penyaring UV konvensional seringkali mempunyai masalah kestabilan, iaitu bahan tersebut mudah terurai apabila terkena radiasi UV berpanjangan, yang menyebabkan ianya perlu kerap disapu semula.
  • Dengan teknologi penyaring UV yang diguna Haus Cosmetic, pelindungan UV ini berkekalan lebih lama, dan bibir anda akan terpelihara walaupun tanpa sapuan semula.
Sangat penting untuk memakai lipstick yang mempunyai perlindungan UVA dan UVB
Keduanya, memastikan penyaring UV yang digunakan mempunyai kelulusan antarabangsa untuk penggunaan pada bibir.
  • Kesemua penyaring UV yang digunakan telah mendapat penarafan sebagai bahan pelindung dari seluruh dunia, dan ianya sesuai digunakan pada kulit serta bibir sebagai bahan aktif pelindung UV. (3).
  • Kesemuanya tidak menyebabkan kesan toksik apabila digunakan dengan kadar yang dibenarkan.
Ketiga, memastikan ianya mempunyai profil keselamatan penyaring UV yang baik.
  • Kesemua penyaring UV yang digunakan mematuhi tahap keselamatan yang digariskan oleh US FDA & European Commission. DHHB dan Titanium Dioxide didapati tidak meresap memasuki lapisan kulit.
  • OMC didapati memasuki lapisan kulit mati Stratum Corneum dan 90% kekal di situ. Hanya sebahagian kecil boleh diserap ke dalam kulit, namun jumlahnya amat sedikit, dan ianya dikumuhkan oleh badan melalui air kencing. (4)
Keempat, memastikan penyaring UV yang digunakan sesuai dan efektif di dalam formulasi.
  • Kesemua penyaring UV yang dipilih dapat bergabung dengan baik di dalam formulasi Haus Matte Velvet Lipstick, serta menghasilkan tekstur yang kuat namun mudah dioles.
  • Dengan gabungan bahan kalis air, ia menjadikan Haus Lipstick lebih tahan lama pada bibir, memberi pelindungan berkekalan dan tidak terjejas, serta mengurangkan kehilangan kelembapan pada bibir.
  • Tambahan lagi, dengan konsentrasi pigmen warna yang tinggi, kesemua ini memberi ‘boosting effect’ pada pelindungan UVA&UVB ‘functional lipstick’ ini.
Kelima, memastikan penyaring UV yang digunakan sesuai dipakai oleh semua pengguna tanpa rasa tidak selesa.
  • Gabungan kedua-dua penyaring organic dan inorganic membolehkan formula Haus Velvet Matte Lipstick serasi dengan semua jenis bibir.
  • Ia menggabungkan penyaring organic berasaskan minyak, yang turut dapat memberi kesan melembap, dan penyaring mineral yang mengurangkan sebarang iritasi penyaring organic pada bibir.

Mengapa Haus Matte Velvet Lipstick Menggunakan Gabungan Penyaring UV Organic dan Inorganic?

  1. Haus memilih penyaring organic sebagai penyaring utama kerana penyaring generasi baru yang digunakan ini jauh lebih stabil, tidak mudah terurai apabila terkena UV berpanjangan, serta kelebihannya berada di lapisan kulit mati menghasilkan pelindungan maksima disebabkan penyaring UV ini tidak bergerak.
  2. Jika sapuan pelindung UV boleh bergerak pada bibir, ia menyebabkan lompongan pada bibir di mana tiada lagi pelindungan.
  3. Apabila digabungkan penyaring organic dengan penyaring inorganic, pelindungan maksimum dan menyeluruh (broad spectrum) dapat dihasilkan, terutamanya pelindungan dari UVA yang boleh menggelapkan bibir.
  4. Memberi tekstur lebih melembap, mudah disapu, dengan warna ‘highly pigmented’ yang eksklusif.
Hargai lah kulit kita dik! Setiap sen yang kita bayar, berhak mendapat formula kosmetik yang terbaik untuk diri kita dan yang paling penting Halal.

Falsafah Haus Cosmetic, semua produk yang dihasilkan mestilah dapat memberi nilai ‘value’ maksimum kepada pengguna. Bukan hanya menggunakan penyaring UV dengan konsentrasi tinggi, keselamatan, keselesaan, tekstur dan rupa aestetik setiap produk perlu menyamai penanda aras kualiti antarabangsa.

Jaminan kami, setiap formulasi yang dihasilkan pastinya adalah yang terbaik!

Anda nak shopping produk kualiti antarabangsa dan dijamin Halal, suci dan bersih ini? Sila pergi ke website rasmi iaitu www.hauscosmetics.com.my

 

Rujukan:

  1. https://labmuffin.com/how-do-sunscreens-work-the-science-with-video/
  2. https://web.archive.org/web/20110721044206/http://www2.basf.us/corporate/news2004/02272004b.htm
  3. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Octinoxate#section=Drug-and-Medication-Information
  4. Cutaneous Permeation and Penetration of Sunscreens: Formulation Strategies and In Vitro Methods, 2017. https://www.mdpi.com/2079-9284/5/1/1/pdf
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article