Jangan Terkejut Bibir Juga Perlukan Pelindung UV SPF

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum w.b.t pembaca blog KL yang dikasihi. Terima kasih sudi menjengah ke sini. KL harap u all semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Yang mana single, cepat-cepatlah berkeluarga yer! Hehhehe. Gurau je. Minggu-minggu dekat raya ni kan jomlah kita study tentang makeup. Topik harini adalah LIPSTIK.

Perempuan dengan lipstik memang tak boleh dipisahkan. Satu lipstik tak pernah cukup. Dalam koleksi mesti ada sekurangnya 10 batang, 20 batang… Biarpun bibir ada satu je. Paling tak tahan, warna lebih kurang sama je dik! Betul tak??

Harini KL nak u all fikir betul-betul berbaloi tak u all beli lipstik banyak-banyak dan mahal-mahal tu, dengan kualiti dan kesihatan bibir u all. Jom baca sampai habis!

Kepentingan SPF Kepada Bibir

Penggunaan pelindung UV semakin meningkat dalam kalangan pengguna kosmetik sebab ramai yang telah mendapat kesedaran betapa pentingnya penggunaan pelindung UV untuk penjagaan kulit. Pendedahan kulit secara terus kepada sinaran cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan sunburn, pigmentasi kulit, kanser kulit dan lain-lain.

Penggunaan pelindung UV bukan sahaja tertumpu kepada bahagian muka sahaja, bahagian badan yang terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) juga perlu dilindungi. Pelindung UV berfungsi untuk menghalang sinaran UV menembusi kulit dan mengakibatkan kerosakan kepada kulit.

Jom Kenali Sinaran UV

Radiasi Ultraviolet adalah yang perlu dilindungi dari kulit apabila terdedah secara berterusan kepada cahaya matahari. Terdapat tiga jenis Radiasi Ultraviolet (UV) iaitu UVC, UVA dan UVB. UVC tidak perlu dirisaukan kerana sinarannya telah dihalang oleh lapisan ozon dan tidak mencapai ke permukaan bumi. Photoprotection dari UVA dan UVB adalah yang perlu dirisaukan kerana kedua-dua radiasi ini menyebabkan kesan negatif kepada kulit.

UVA mempunyai gelombang yang lebih panjang berbanding yang lain iaitu 320-400nm yang mana boleh menembusi lebih dalam melalui dermis dan epidermis yang boleh mengakibatkan penuaan kulit pramatang. UVB pula mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek iaitu 290-320nm yang boleh menyebabkan sunburn (kulit terbakar).

Oleh demikian, penggunaan bahan perlindungan matahari secara menyeluruh penting bagi memastikan perlindungan dari kedua-dua radiasi UV secara optimum dapat dilakukan.

Pelindung Matahari (Sunscreen) Dengan SPF

Sun Protection Factor (SPF) mengukur pelindung cahaya matahari dari sinaran UVB yang menyebabkan sunburn dan juga kanser kulit. Dermatologist mengesyorkan untuk menggunakan pelindung matahari dari SPF15 atau SPF30. Sekiranya kulit terbakar (burn) selepas 10 minit terdedah kepada cahaya matahari, pemakaian pelindung matahari SPF 15 boleh membenarkan berada di bawah cahaya matahri tanpa terbakar lebih kurang dalam 150 minit iaitu 15 kali lebih lama.

SPF mengukur perlindungan dari UVB dan ia tidak bermakna kita boleh menentukan masa pendedahan dan ini adalah anggaran secara kasar bergantung kepada intensiti cahaya matahari, jenis kulit serta jumlah pelindung matahari yang digunakan. Untuk perlindungan yang terbaik, penggunaan yang direkomendasi adalah menggunakan  pelindung matahari dengan SPF15 iaitu yang paling minimum, dengan amaun yang betul iaitu 2mg/cm2 pada kulit dan perlu diulang semula pemakaiannya setiap dua jam.

Broad Spectrum Sunscreen (UVA & UVB)

uv filter zinc oxide - eiyma jalil

Bagi memastikan perlindungan daripada dua radiasi iaitu UVA dan UVB dapat dicapai, penggunaan pelindung matahari yang menyeluruh (broad spectrum) perlu digunakan. Pelindung matahari yang menyeluruh (broad spectrum) membantu pengguna memahami risiko penggunaan SPF yang rendah dari 15 dan menerangkan secara lebih tepat tempoh SPF bertahan dalam perlindungan. Peraturan FDA yang baharu mengesyorkan penggunaan pelindung matahari yang menyeluruh dengan nilai SPF yang paling minimum iaitu 15.

Kepentingan SPF Kepada Bibir

Terdapat satu bahagian pada wajah yang akan diulas lebih lanjut di dalam artikel ini yang memerlukan penjagaan yang rapi kerana paling senang terdedah kepada sinaran UV dan juga paling kurang diambil berat oleh setiap individu. Iyer, bahagian tersebut adalah BIBIR yang mana kebanyakan hanya bergantung kepada penggunaan lipstik, pelembap bibir dan sebagainya.

Bahagian bibir merupakan bahagian yang sensitif kerana kulit di bahagian bibir sangat nipis dan menyebabkan menjadi cepat kering dan merekah, malah senang terdedah kepada kerosakan sekiranya terdedah kepada cahaya matahari. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kelenjar peluh dan tidak mempunyai lapisan perlindungan oleh peluh dan minyak untuk memastikan kulit sentiasa licin, menghalang patogen dan mengawal panas.

#1. Kanser Kulit

Kepentingan pertama penggunaan produk bibir yang mengandungi bahan pelindung matahari dengan SPF adalah melindungi bibir dari kanser kulit. Pendedahan kepada radiasi UV yang terlampau banyak serta berterusan boleh menyebabkan kemusnahan kepada bahan genetik (DNA) dalam sel kulit. Sekiranya kerosakan DNA semakin bertambah dengan masa ia boleh menyebabkan sel-sel membiak luar dari kawalan yang boleh mencetus sel kanser.

#2. Tanda Penuaan

Kepentingan kedua adalah melindungi bibir dari tanda penuaan. Untuk pengetahuan, bibir merupakan salah satu kawasan yang pertama menunjukkan tanda-tanda penuaan terutamanya dalam kalangan wanita. Bahagian bibir yang nipis dan halus akan terkesan sekiranya terdedah kepada sinaran UV yang akan menghasilkan radikal bebas dalam kulit dan menyebabkan kegagalan kolagen, seterusnya boleh menyebabkan kehilangan keanjalan, pigmentasi, kedutan dan sebagainya.

#3. Bibir Gelap

Kepentingan ketiga penggunaan pelindung matahari dengan SPF adalah mengelakkan dan mengurangkan masalah bibir gelap dari terus berlaku apabila terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Salah satu punca kenapa bibir mudah menjadi gelap kerana ia tidak mempunyai melanin. Melanin merupakan pigment semulajadi yang dihasilkan apabila tindak balas terhadap kerosakan dalam usaha untuk mencegah dari berlaku dengan lebih banyak. Pendedahan kepada cahaya matahari akan menggalakkan penghasilan melanin yang menyebabkan bibir menjadi gelap.

#4. Sunburn

Kepentingan keempat, penggunaan pelindung matahari boleh mencegah dari berlaku sunburn pada permukaan bibir yang nipis. Antara simptom-simptom sunburn pada bibir adalah kemerahan yang luar dari kebiasaan, bengkak, melepuh dan pedih. Sekiranya penjagaan bibir tidak diambil berat, lama-kelamaan sunburn boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti bengkak yang teruk, ruam-ruam dan sebagainya.

Sunscreen Lipstick

KL nak kenalkan, formula lipstik dengan pelindung UV untuk pengguna yang sayangkan bibir masing-masing.

HAUS COSMETIC MATTE VELVET LIPSTICK DENGAN SPF 35/PA++++

HAUS Cosmetic Matte Velvet Lipstick SPF35/PA++++ merupakan salah satu produk yang memperkenalkan penggunaan broad spectrum UV filter (pelindung matahari secara menyeluruh) dalam formulasi. Kelebihan produk ini adalah mengandungi bahan pelindung matahari yang mampu menghalang dari dua radiasi yang bahaya iaitu UVA dan UVB.

Organic Sunscreen

Perlindungan yang diberikan membantu melindungi bibir dari kerosakan UV yang boleh menyebabkan kanser kulit, bibir kering, bibir gelap, sunburn dan sebagainya. Bahan pelindung matahari yang digunakan adalah Organic Suncreen yang berfungsi untuk menghalang penembusan UVA dan UVB secara terus ke dalam kulit.

Anti-Dry, Anti-Crack, Anti-Dull | Jojoba Oil | Vitamin E

Di samping penggunaan bahan pelindung matahari, lipstik ini  juga mengandungi bahan-bahan aktif seperti jojoba oil, jojoba ester, palmitoyl hexapeptide-12 dan vitamin E yang memberi kesan pelembapan, membaiki dan membaikpulih bibir kering serta merekah dan juga bahan yang boleh mengurangkan kedutan, menampakkan bibir lebih anjal dan mungil.

Nak tengok tak KL swatches warna-warna lipstik ni? Sumpah cantik wei….

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan produk bibir yang mengandungi SPF dan juga bahan pelindung matahari yang menyeluruh (broad spectrum) dari UVA & UVB adalah penting bagi memastikan perlindungan yang optimum bagi menghalang kerosakan yang lebih teruk kesan dari pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang.

Penggunaan pelindungan matahari boleh melambatkan process penuaan pada bibir, mengurangkan gelap pada bibir, mencegah dari kanser kulit serta membantu menghalang dari sunburn pada kulit bibir yang nipis dan sensitif.

KL akan tulis satu lagi artikel mengenai Organic Sunscreen dengan lebih terperinci. Apakah beza Organic Sunscreen dengan suncreen biasa di pasaran? Dan kenapa KL pilih untuk guna Organic Sunscreen dalam produk lipstik. KL akan terangkan dalam next artikel. So stay tune!

Sekian saja untuk kali ni, semoga bermanfaat untuk u all semua.

Terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

Love, KL.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3460660/

Comprehensive review of ultraviolet radiation and the current status on sunscreens.

  1. https://ms.approby.com/adakah-bibir-anda-perlu-pelindung-matahari/

Adakah bibir anda perlu pelindung matahari?

  1. https://thebrightside.supergoop.com/sunscreen-for-eyes-and-lips/#:~:text=Wearing%20SPF%20on%20your%20lips,cancer%20and%20signs%20of%20aging.\

Your Most Sun-Sensitive Spots

  1. https://suntribesunscreen.com/spfuvauvb/

SPF,UVA & UVB

  1. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/causes-of-cancer/sun-uv-and-cancer/how-does-the-sun-and-uv-cause-cancer

How does the sun and UV cause cancer

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article