Kuasa Keyakinan Dalam Diri Yang Kita Tak Sedar

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua kesayangan KL. Terima kasih KL ucapkan sebab u all setia membaca entri blog KL ni. Hehe

Bersempena kehadiran Ramadan kali ini, KL rasa nak bercerita satu kisah yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Kisah mengenai Nabi Musa dan juga Nabi Ibrahim.

Nak tahu tak kenapa KL sangat terinspirasi membaca dua kisah mengenai para nabi ini? Tak lain tak bukan adalah mengenai satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia itu PERASAAN YAKIN. Tak lain tak bukan adalah keyakinan pada Allah Yang Maha Kuasa. Sebenarnya perasaan yakin ni ada kuasa magis yang kita semua tak sedar.

Inspirasi Kisah Nabi Musa A.S.

Kisah Nabi Musa ada diceritakan dalam Surah Taha ayat 77.

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِى فَٱضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًۭا فِى ٱلْبَحْرِ يَبَسًۭا لَّا تَخَـٰفُ دَرَكًۭا وَلَا تَخْشَىٰ

Kisah mukjizat Nabi Musa yang berjaya membelah laut dengan hanya memukul tongkatnya ke tanah. Ketika itu Nabi Musa dan pengikutnya dalam perjalanan menyelamatkan diri daripada pasukan Firaun. Namun mereka terperangkap dengan lautan iaitu Laut Merah. Di situlah turunnya wahyu kepada Nabi Musa.

KL sangat terinspirasi dengan kisah ni. Bagi KL, kalau rasa yakin Nabi Musa pada Allah SWT tak berada pada tahap tinggi, mesti Nabi Musa takkan buat apa yang Allah perintahkan. Siapa sangka dengan ketuk tongkat atas tanah, lautan akan terbelah dan Nabi Musa dengan pengikutnya boleh lepaskan diri daripada diburu oleh tentera Firaun? Betul tak?

Kita manusia biasa ni pun yakin dengan Allah tapi tahap keyakinan tu tak tinggi. Kita masih banyak rasa ragu-ragu.

Bagi KL, tahap keyakinan kita pada Allah ni sebenarnya boleh dorong hidup kita pada kejayaan. Soal keyakinan ni susah nak dijelaskan pada orang. Ramai sangat yang tak yakin pada diri sendiri dan tak letak keyakinan tu pada Allah.

Cabaran Dunia Pandemik

Contoh mudah KL nak bagitahu pada semua. Kita sekarang ni kan berada dalam fasa Pandemik Covid-19 kan? Ramai yang kata kita tak boleh buat sales sebab orang tak nak membeli kosmetik musim virus ni. Semua orang nak berjimat.

Tapi, bila KL buat kerja-kerja jualan, KL yakin KL boleh jual. KL jumpa founder produk kosmetik. KL present dan berjaya close job RM300K dalam masa 1 jam. Maknanya boleh je buat sales pada musim Covid ni.

KL yakin Allah akan permudahkan urusan kita. Nak buat apa-apa, keyakinan pada Allah kena diletakkan di depan. KL yakin sebab KL ada kilang yang bagus, ada formulasi produk yang bagus, takkanlah masih tak boleh jual. Sedangkan industri produk kosmetik yang ada merkuri tu pun boleh kaya-raya, takkanlah Allah tak nak bantu dengan bagi jalan pada kita yang buat produk bermanfaat untuk masyarakat.

Keyakinan Nabi Ibrahim A.S. yang Menyentuh Hati

Satu lagi kisah para nabi yang terkesan di hati KL adalah kisah Nabi Ibrahim. Bukan calang-calang level keyakinan Nabi Ibrahim pada Allah. KL tak dapat bayang kalau ujian macam ni diberi pada kita.

Tingginya tahap keyakinan Nabi Ibrahim pada Allah SWT tak tergambar dek akal fikiran. Sangat KL kagumi. Bayangkanlah Nabi Ibrahim dapat arahan daripada Allah supaya sembelih anaknya, Nabi Ismail. Padahal dalam ramai-ramai anak, Nabi Ibrahim ini ialah anak kesayangan. Kalau kita dapat arahan macam tu, agak-agak kita buat tak?

Keyakinan Nabi Ibrahim sangat tinggi. Berserah sepenuhnya pada Allah. Inilah maksud KL apabila dikaitkan pada bisnes. Sebenarnya sikap yakin ini sangat bagus. Apabila kita yakin pada satu benda yang kita rasa mustahil, kita secara tak langsung anda melonjak tindakan kita tanpa kita sedar. Bila kita yakin, Allah akan bantu kita. Ada sebab kenapa kita rasa nak buat apa yang kita buat pada hari ini.

Tiada Apa Yang Mustahil Jika Kita Yakin

Kisah mengenai nabi yang KL cerita kat atas tadi ada satu perkara yang sangat positif yang KL nak sampaikan. Perkara itu adalah dalam dunia ni, jika kita letak YAKIN pada tempat pertama, tak ada apa-apa yang mustahil kecuali kalau Allah kata ‘NO’.

Sebagai usahawan dan sebagai umat Islam, lagilah kita kena yakin dengan rezeki Allah. Hidup kita kena bagi kebaikan pada orang lain. KL yakin bahawa Allah takdirkan KL ada kilang kosmetik ni mesti ada sebab. Mesti sebab Allah mahu KL bagi kebaikan kepada seluruh manusia.

KL selalu positif, istiqamah dan yakin dengan apa-apa sahaja yang KL buat. Bagi KL, perasaan yakin itu satu perkara yang memang perlukan masa tapi kita kena tetapkan rasa itu dalam hati.

M-I-N-D-S-E-T ! !

Macam yang KL cerita tadi, bila orang sekeliling rasa buat bisnes dalam musim Covid ni susah, KL terapkan mindset dan keyakinan berbeza. KL sedaya upaya cuba yakin dan positif. Takkanlah semua orang tak nak masuk order. Mesti ada yang masih nak buat bisnes tapi kita je yang belum jumpa. Usaha kita apa? Kita kenalah cari orang itu. Usaha dan yakin.

Apabila kita nak buat sebarang kerja, yakin tu kena datang dulu. Jangan fikir tak boleh. Usaha dan boleh tak boleh tu, itu urusan Allah. KL usahakan KL kosmetik ni pun banyak dugaannya. Bukannya semua indah umpama syurga.

Tapi, KL tetap yakin dengan Allah. Tak ada yang mustahil di dunia ni. Kalau difikirkan logik, KL yang tak ada latar belakang sebagai pengilang dan juga R&D formulasi kosmetik tiba-tiba KL sekarang adalah pemilik kilang dan Ketua R&D kosmetik di KL sendiri. Allah takdirkan KL ada kilang sendiri.

Inilah kilang pertama KL yang mana didalamnya mempunyai makmal dan juga mendapat sijil GMP dari KKM dan sijil HALAL dari JAKIM

Ini semua sebab apa? Sebab YAKIN! Orang yang berlatarbelakangkan IT dan auditor sekarang pemilik kilang kosmetik berstatus GMP dan halal.

Soalan KL pada korang, korang yakin tak dengan apa yang Allah takdirkan pada korang sekarang?

Fikir-fikrkan dan selamat beramal….. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Sayang semua! Selamat berpuasa..

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article