Ini Sebab Mengapa Algae Lebih Hebat Dari Aloe Vera

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Alam ciptaan Tuhan ini sesungguhnya amat sempurna, dari sekecil makhluk bakteria microbiome yang duduk atas permukaan kulit manusia, sehinggalah sebesar dan sehangat bintang bernama matahari, kesemuanya mempunyai manfaat yang tak dapat ditukar ganti untuk semua hidupan di alam semesta.

Kita sedia maklum khasiat kepelbagaian tumbuhan semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan, tetapi…. Dunia di dasar laut juga sebenarnya dipenuhi dengan rahsia dan keajaiban yang menakjubkan, yang jarang diterokai.

So jom, harini KL nak bawa u all selami salah satu keajaiban bahan aktif di dalam formulasi skincare iaitu Alga (Algae).

Tumbuhan Algae

Algae merupakan hidupan lautan yang sangat unik, berkeupayaan untuk menghasilkan makanannya sendiri (autothrophic) walaupun dari sumber yang terhad, serta mampu hidup dalam air laut masin yang tinggi dengan kandungan garam.

Algae perlu hidup bertahan dalam persekitaran yang ekstrem, mendesak, agresif dan bersaing kuat dengan hidupan lain. Ini akhirnya menjadikan ia beradaptasi dengan amat efisyen terhadap sebarang perubahan persekitaran, mempertahankan dirinya dengan cara menghasilkan pelbagai bahan bioaktif terbaik untuk menyekat sebarang ancaman luaran.

Bahan bioaktif inilah yang dikaji dapat memberikan kesan kosmoseutikal apabila digunakan sebagai bahan bioaktif dalam kosmetik.

Antara Alga yang paling banyak dikaji adalah Laminaria Digitata, sejenis algae berwarna coklat yang hidup di lautan Atlantik, kini digunakan sebagai ikon bahan utama dalam formulasi produk HAUS Skin.

Latar belakang Algae Laminaria Digitata

Laminaria Digitata adalah rumpai laut yang mempunyai bentuk seperti tapak tangan manusia, dengan unjuran seperti jari-jemari. Ia mampu membesar sehingga 4 meter, dengan tumbesaran sebanyak 5.5% sehari berbanding jenis algae yang lain.

Algae Laminaria Digitata telah digunakan sejak dari abad ke-18 lagi, dan turut digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengawal masalah thyroid, serta membantu proses kelahiran bayi.

Keunikan ‘Brown Algae’ Laminaria Digitata memberikannya kebaikan maksima dalam industri farmaseutikal, nutriseutikal dan kosmoseutikal, terutama keupayaannya menghalang proses penuaan kulit.

Bahan Mentah Algae

Brown Algae yang digunakan di dalam HAUS Skin dipilih secara teliti dari persisiran lautan di Brittany, Perancis, dituai dengan menggunakan tangan tanpa sebarang alatan yang boleh mengganggu ekosistem asal Alga tersebut.

Seterusnya diproses secara kondensasi bagi menghasilkan pati alga berkonsentrasi tinggi tanpa dicairkan dengan sedikit air pun, dengan kandungan 99% sumber natural dan disahkan organik oleh Ecocert Greenlife menurut standard COSMOS.

Kawasan persisiran pantai di Brittany, Perancis merupakan lokasi di mana Brown Algae Laminaria Digitata dituai.

Khasiat Algae

Alga ini menghasilkan pelbagai nutrien penting seperti:

  • Iodine dan Bromide – antioksida hebat dan bahan antibakteria
  • Polisakarida – antioksida, anti-viral dan anti-penuaan
  • Keseluruhan Asid Amino Utama dan lengkap – asid amino yang tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh manusia, tetapi amat penting untuk pengaktifan dan metabolisma sel-sel kulit
  • Peptida – rangkaian asid amino yang boleh mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
  • Natural Moisturizing Factor – sekumpulan bahan utama yang membekalkan tahap kelembapan optimum kulit terutama pada lapisan Stratum Corneum, meningkatkan penghasilan kolagen kulit, penghalang semulajadi kerosakan kulit akibat radiasi UV
  • Asid Lemak Utama, Fosfolipid, Glikolipid dan Sterol – komponen utama ‘skin barrier’ kulit, memberikan kulit struktur yang padat, kuat dan tebal, serta memberi pertahan kuat bagi mengelakkan kehilangan kelembapan kulit (Trans-Epidermal Water Loss)
  • Pelbagai Vitamin – Vitamin E, B1, B2, B3, B5, B6, B12, B8, B9 dan Vitamin C
  • Mineral – Kalsium, Sodium, Potassium, Magnesium, Zat Besi, Copper, Iodin dan Zink

Pendek kata, Alga ini mampu menghasilkan kesemua komponen lengkap untuk kesihatan dan pertahanan semulajadinya, yang turut amat bermanfaat kepada kulit kita.

Dengan konsentrasi Ekstrak Brown Algae 99% yang diguna di dalam HAUS Skin, kesemuanya ini dapat diserap terus pada wajah, seterusnya menghasilkan kulit lembap, terhidrasi tinggi, serta kekal halus dan muda.

Ia bukan hanya sekadar melembapkan kulit wajah, malahan ekstrak Alga ini adalah bahan aktif yang mempunyai fungsi khusus anti-penuaan dan rawatan kulit bermasalah.

Aloe Vera – Bahan Semulajadi Penenang dan Pelembap Kulit

Tidak dinafikan, penggunaan Aloe Vera sebagai bahan pelembap dan bahan pengurangan kulit sensitif adalah amat popular di dalam industri penjagaan wajah. Seperti Algae, Aloe Vera juga hidup di kawasan ekstrem, kurang sumber air, dan dengan suhu kepanasan persekitaran yang tinggi.

Keadaan ini menyebabkan Aloe Vera perlu mempunyai kelangsungan hidup (survival) yang tinggi, dan perlu menjana keperluannya sendiri dengan sumber yang amat terhad.

Khasiat Aloe Vera

Seperti Algae, Aloe Vera turut mengandungi pelbagai komponen aktif yang amat bermanfaat terhadap kulit, seperti:

  1. Vitamins – Vitamin A, C, E, B12, B9 dan Vitamin B Choline
  2. Mineral – Calcium, Chromium, Copper, Selenium, Magnesium, Manganese, Potassium, Sodium dan Zinc
  3.  Monosakaridan dan Polisakarida
  4.  8 jenis Enzim yang membantu meredakan inflamasi kulit
  5. Kompaun Phenolic yang mempunyai kesan antibakteria dan antiviral
  6. Asid Lemak seperti Cholesterol dan Sisosterol yang membantu mengurangkan keradangan serta mempunyai kesan antiseptik.

Kesemua komponen ini membantu memperbaiki kulit yang rosak, penjanaan semula sel-sel kulit baharu dengan kandungan kolagen yang optimum, serta mengurangkan kesan parut pada kulit.

Ianya juga berupaya mengurangkan kesan buruk radiasi UV, melembapkan kulit serta mengurangkan kesan penuaan. Disebabkan pelbagai kelebihan inilah ianya sering digunakan dalam pelbagai produk kecantikan secara meluas.

Ekstrak Algae VS Aloe Vera

Secara keseluruhan, kedua-dua Ekstrak Algae dan Aloe Vera mempunyai banyak persamaan komponen yang dihasilkan. Aloe Vera mudah didapati dan ditanam, menyebabkan ianya menjadi satu bahan aktif yang kos efektif, sementara Brown Algae yang lebih dominan di Perairan Atlantik adalah lebih istimewa, dan lebih mahal.

Namun, penelitian terhadap proses mendapatkan bahan aktif dari kedua-dua sumber ini amat penting. Sebagai contoh, di antara gel aloe vera dan kulit daunnya terdapat lapisan getah ‘exudate’, yang walaupun mempunyai kebaikan pada kulit, ianya boleh menyebabkan iritasi, kegatalan dan kemerahan (erythema).

Jadi, Aloe Vera yang terlalu murah mungkin kurang ketulenan, boleh menyebabkan berlakunya kesan pedih dan gatal pada kulit.

#1. Formulasi

Dari segi formulasi pula, Aloe Vera mempunyai kandungan elektrolit yang tinggi iaitu ianya bersifat asid dan boleh menjadikan sesuatu formulasi produk tersebut tidak stabil, mudah rosak, mudah mencair dan sebagainya. Oleh itu, ia selalu digunakan dengan jumlah yang terhad di dalam formulasi produk bagi mengurangkan risiko tersebut.

Aloe Vera adalah tumbuhan yang mempunyai 99% kandungan air, dan hanya 1% komponen-komponen lain. Dengan kata lain, komponen-komponen tersebut walaupun mempunyai banyak kelebihan, namun konsentrasinya adalah rendah sahaja.

Berlainan dengan Ekstrak Alga, hampir keseluruhan 100% alga tersebut dapat digunakan terus sebagai bahan aktif. Sebagai perbandingan, jumlah karbohidrat termasuk protein di dalam Ekstrak Alga merangkumi 90% dari jumlah keseluruhan (bandingkan semula dengan hanya 1% komponen selain air di dalam Aloe Vera). Dengan konsentrasi yang tinggi ini, kesannya terhadap kulit juga menjadi lebih efektif.

#2. Kos

Antara kos yang menyebabkan sesuatu bahan itu menjadi mahal adalah kos pengangkutan, membawa bahan itu dari negara asalnya ke negara pengilang. Dengan 99% air dan hanya 1% bahan aktif, kini Aloe Vera diproses dengan cara bekuan kering atau freeze dry, di mana kesemua air tersebut dikeluarkan, dan baki komponen lain disejuk beku menjadi serbuk.

Kadang-kadang anda dapat lihat senarai bahan produk ‘Aloe Barbadensis Leaf Juice Powder’, ini lah produk yang menggunakan serbuk Aloe Vera dan bukannya dalam bentuk asal Aloe Vera Gel.

#3. Mudah Kontaminasi (Tercemar)

Di dalam bentuk serbuk ini, Aloe Vera dapat digunakan dengan konsentrasi yang lebih tinggi. Namun, serbuk ini amat mudah dikontaminasi dengan bakteria, jika tidak disimpan dengan baik.

Aloe Vera yang kaya dengan sumber gula menjadi tempat pembiakan mikroorganisma yang tidak dapat dilihat. Disebabkan itu juga seseorang pakar formulasi perlu berhati-hati menggunakan serbuk Aloe Vera, agar secara tidak sengaja meningkatkan potensi kontaminasi pada produk yang dihasikan.

Penggunaan Ekstrak Algae dan Aloe Vera di dalam HAUS Skin

Sebagai pakar formulasi, pelbagai perkara perlu diteliti dalam penghasilan sesuatu produk. Dalam formulasi HAUS, kedua-dua Ekstrak Algae dan Aloe Vera diguna pakai untuk menghasilkan produk dengan efikasi yang tinggi, disamping memberikan kualiti terbaik, manfaat terbaik, dengan nilai yang berbaloi untuk kesemua pengguna kesayangan kami.

Tidak dinafikan perbezaan kos bahan Ekstrak Algae amatlah jauh berbanding Aloe Vera, namun untuk kesan mewah yang KL janjikan, keseluruhan formulasi yang terhasil sentiasa berfokus kepada kejelitaan wajah anda selamanya.

Kesimpulan

Siapa yang dah rasa air tangan KL, mesti akan mula curang. Kl taknak sebutlah curang kepada siapa, u all yang pakai kan. Apa pun, KL janji akan sentiasa keep on improving our current formulation supaya sentiasa menjadi yang terbaik untuk para pengguna.

Macam mana KL tak suka pakai produk yang tak berkualiti, macam tu lah juga KL akan “jaga” kulit u all dengan formulasi produk-produk HAUS. Sebab KULIT KITA MAHAL DIK!

Love, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article