Beza Karakter Founder Bagai Langit Dan Bumi, Inilah Kekuatan HAUS Cosmetics

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Orang kata, perbezaan antara pasangan suami isteri adalah perkara lumrah dalam rumahtangga. Sebab itulah suami isteri diberikan karakter tersendiri yang jadi pelengkap kepada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Indah betul ciptaan Tuhan, kan?

KL bercakap ikut pada pengalaman diri sendiri. Sebagai founder HAUS Cosmetics, KL dan suami iaitu Tuan Azizi (TA) memang sangat berbeza personaliti. Senang kata perbezaan tu memang macam langit dengan bumi. Termasuklah kepakaran kami berdua pun berbeza.

Staff di kilang dan pejabat memang tahu sangatlah macam mana berbezanya karakter antara KL dan TA. Tiap kali bermesyuarat, ada sahajalah benda yang menjadi konflik antara kami berdua sehingga memerlukan kami lebih kritis dalam membuat keputusan.

Mengimbau Kenangan

Antara situasi yang masih sangat jelas dalam ingatan KL berkenaan dengan perbezaan pendapat antara kami berdua ini adalah berkenaan salah satu produk HAUS iaitu Silky Intense Oil Serum Calendula.

KL dah habiskan banyak masa membuat penyelidikan dan pembangunan produk (R&D) terhadap produk Oil Serum Calendula ini. Hasil R&D memang sangat memberangsangkan dari segi kualiti serum ni. Bukan setakat masa, tapi KL turut peruntukkan wang dan tenaga untuk serum ni.

KL berhasrat nak jual formulasi serum yang best ni kepada mana-mana founder yang berminat. Tapi, hasrat KL tak tercapai. Ramai founder akui formulasi serum ini sangat bagus tapi harganya mahal sangat. Mereka tak yakin produk ini boleh jual di pasaran tempatan sebab faktor harga. Kalau boleh jual pun, untungnya kecil.

Akhirnya, KL tekad nak buat brand sendiri iaitu Haus Cosmetics sebab KL nak try jual sendiri serum ni. Oil Serum Calendula akan jadi produk pertama brand KL. Tapi KL banyak disoal oleh TA dengan soalan-soalan yang buat KL sakit kepala. Antara soalan TA masa tu…

“Sejauh mana awak yakin serum ni boleh jual? Awak dah kaji ke market oil serum kat Malaysia ni? Apa kekuatan serum ni untuk tawan hati pengguna? Macam mana awak tahu demand pelanggan sedangkan awak tak pernah lagi buat research pasal hal itu?”

Yalah, masa tu KL banyak handle bahagian kilang, duduk di makmal je. Soalan demi soalan yang TA tanya tu membuatkan KL rasa penat nak jawab semua soalan dia. Mana yang KL boleh jawab, KL jawablah. KL ingat lagi jawapan KL masa tu.

“Saya dah study serum ni. This is the best for Malaysian. Dekat oversea pun dah guna formula serum light weight macam ni. Sekarang inilah masa terbaik untuk saya educate rakyat Malaysia supaya jangan takut letak minyak dekat kulit muka sebab minyak yang saya buat ni berbeza.”

Akhirnya, selepas beberapa kali ‘bertekak’ tu, TA kata OK. Daripada sesi ‘bertekak’ inilah maka terhasillah Oil Serum Calendula sebagai produk pertama brand ini.

Perbezaan Karakter Langit dan Bumi

KL akui yang KL ni seorang yang cakap lepas atau out spoken. Kalau KL rasa benda itu tak betul, KL akan cakap. Tapi lepas KL cakap, akan habis kat situ je. KL tak berdendam dan tak ingat dah isu yang dicakapkan itu. Kiranya, isu tamat di situ.

Perangai KL pula, kalau dapat sesuatu info, KL akan terus buat. KL tak tunggu semuanya sempurna baru nak bertindak. Bagi KL, kalau nak tunggu semuanya sempurna baru nak bertindak, kita akan ketinggalan sebab satu benda tu memang takkan sempurna tanpa tindakan.

Pada mata KL, TA ni pula memang berbeza dengan KL. TA jenis yang mahu sesuatu tu nampak sempurna terlebih dahulu. Personaliti TA, dia lebih detail dan teliti. Orang macam TA ni, dia jenis ikut peraturan atau ikut step by step. Secara mudahnya, abjad kan ada susunan ABCD sampai Z. Kalau TA, nak buat apa-apa kena ikut step by step bermula dari A, B, C dan seterusnya.

KL pula, kalau kita boleh shortcut terus ke D, untuk apa kita ikut step by step tu?

 

Inilah yang berlaku masa awal-awal nak set up kilang. KL cuma perlu tahu berapa modal, perlukan chemist atau tak? KL cuma nak tahu benda-benda yang mustahak saja, lepas tu terus mulakan operasi.

 

TA pula lebih detail apa yang perlu disediakan, apa dokumentasi yang perlu ada. Ini semua berlangsung dari awal dahulu hinggalah HAUS Cosmetics yang telah berdiri pada hari ini.

Apa yang TA tekankan itu sebenarnya sangat penting. Maklumat yang detail itu semua memang sangat penting untuk memastikan syarikat dapat melalui proses yang lebih mudah.

Contohnya TA tekankan mengenai dokumentasi dan info yang lengkap mengenai produk. Bagi KL, jika ada soalan berbangkit daripada pelanggan, KL akan buat live di facebook untuk menerangkan segala soalan sebab semua info ada dalam kepala KL.

Tapi bagi TA, lebih baik jika segala info itu dikeluarkan terlebih dahulu dalam bentuk video atau bertulis. Itu lebih nampak profesional. Sejujurnya, KL bersetuju dengan TA dalam hal ini.

Kekuatan HAUS Cosmetics

Perbezaan kami berdua sebenarnya menjadi kekuatan pada jenama HAUS Cosmetics. Kami saling melengkapi. TA sangat bagus pada bidang kepakaran dia yang KL tak ada. Manakala KL pula bekerja dengan cara KL yang lebih pada kepakaran di bahagian kilang.

Perbezaan pendapat, idea yang berlainan dan juga kepakaran yang berbeza menjadikan kami saling memerlukan dan melengkapi sehingga memberikan result yang sangat hebat.

Maknanya kami saling bekerjasama dengan baik dibantu dengan tenaga kerja team yang sangat memberi sokongan dan pemangkin pada usaha kami untuk memartabatkan industri kosmetik halal di mata dunia.

Inilah cerita mengenai KL dan TA yang berbeza dan selalu tertekak bagai nak rak di bilik mesyuarat. Namun KL percaya perbezaan karakter dan pendapat ni semuanya demi manfaat syarikat dan jenama HAUS Cosmetics yang mana pada akhirnya, kami mahu hanya yang terbaik untuk jenama ini.

Sekian, jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Salam sayang, KL.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

KL banyak kongsikan tips bisnes di channel Telegram.

Klik je butang kat bawah yer!

Article