Bagaimana Yang Dikatakan Foundation Tidak Menyumbat Liang Pori?

haus cosmetics melty glam aqua foundation tidak menyumbat pori
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Formulasi Waterbased – Silikon Waterbased

Kelebihan-kelebihan lain pada formulasi HAUS Cosmetics Melty Glam Aqua Foundation

Assalamualaikum apa khabar semua.. Maaf KL terlalu busy sejak kebelakangan ni, banyak projek untuk kilang kosmetik GIM Cosmetic dan projek untuk jenama HAUS jugak, ada macam-macam dalam kepala sekarang ni. Tinggal nak jalan je. Hehe.

KL selitkan sedikit masa untuk sharing this issue yang KL ada terima dari seorang founder yang datang ke kilang kosmetik KL haritu. Dia tak percaya ada foundation waterbased. KL punyalah menahan gelak time tu. Adoi dik, KL sendiri yang membancuh formula tu kat lab dik oii…. So harini meh baca KL nakk cerita pasal macam mana foundation waterbased tidak menyumbat liang pori ni..

Fungsi Foundation

Masalah kulit kusam, jeragat dan jerawat adalah masalah yang tak asing lagi untuk wanita sampai kadang-kadang menjadi tumpuan mata-mata yang memandang. Memiliki kulit wajah yang mulus, sekata dan berseri adalah idaman buat setiap wanita. Oleh itu, foundation membawa peranan penting untuk kecantikan para wanita dalam solekan.

Foundation juga berfungsi untuk menyamarkan pelbagai kekurangan yang dimiliki oleh wajah seperti kedutan, bekas jerawat, noda hitam, bekas luka, dan lainnya atau dalam kata mudah menutup segala cela yang ada pada muka.

Foundation sendiri ada macam-macam finishing tau. Antara contoh-contoh foundation yang ada dalam pasaran kita adalah matte foundation, oil-based foundation, two-way cake, cream foundation dan juga stick foundation. Tetapi, dalam banyak-banyak jenis foundation ni, ramai yang berhati-hati untuk memilih kerana takut akan menyumbat liang pori pada wajah.

Foundation Tidak Menyumbat Liang Pori

Oleh yang demikian, penting untuk memilih foundation yang sesuai dengan kulit sebelum membeli. Kebanyakan brand-brand foundation di pasaran telah mengklasifikasikan foundation mereka dalam kategori ‘comedogenic’ atau ‘non-comedogenic’. Ini bertujuan untuk memudahkan pembeli dalam memilih foundation yang bersesuaian dengan kulit muka mereka terutama bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat. Apa itu comedogenic dan apa itu non-comedogenic?

Penggunaan Istilah Non-Comedogenic

Dari segi perubatan, ‘comedo’ atau ‘comedone’ adalah bentuk jerawat yang paling awal, kata Shilpi Khetarpal, M.D., ahli dermatologi di Cleveland Clinic. Pada dasarnya ia adalah liang yang tersumbat. Oleh itu, jika bahan kosmetik atau bahan comedogenic, itu bermakna ia mempunyai kecenderungan untuk menyumbat liang dan berpotensi menyebabkan jerawat.

“Non-comedogenic” pula adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan produk yang tidak akan menyumbat liang dan menyebabkan jerawat, kata Joshua Zeichner, MD, pengarah penyelidikan kosmetik dan klinikal di Hospital Mount Sinai. Namun begitu , Dr. Zeichner  menjelaskan supaya tidak keliru dengan produk ‘oil-free’ kerana tidak semua produk ‘oil-free’ adalah non-comedogenic.

Non- comedogenic bermaksud bebas dari bahan penyumbat pori, sedangkan bebas minyak berlaku untuk produk yang tidak mengandungi petrolatum, tetapi masih boleh mengandungi minyak alternatif.  Terdapat banyak brand foundation ‘non-comedogenic’ yang berada di parasan. Antaranya adalah:

#1. Estée Lauder Double Wear Light Soft Matte Hydra Makeup SPF10

#2. Clinique Anti-Blemish Solutions Liquid Makeup

#3. Clarins BB Skin Detox Fluid SPF25

#4. HAUS Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation SPF50 PA++++

Formulasi Melty Glam Aqua Foundation

Seboclear MP

Selain menggunakan bahan-bahan non-comedogenic, HAUS Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation mempunyai banyak kelebihan lain. Ia mengandungi bahan aktif Seboclear MP yang dapat memberi macam-macam faedah pada kulit. Diekstrak daripada daun pokok dengan nama saintifiknya Maclura cochinchinensis, Seboclear MP sangat dikenali di Asia sebagai pokok ubatan dengan fungsi anti-mikrobial.

Seboclear MP memperoleh ‘Innovation Zone Best Ingredient Award 2018’, bahan ini digunakan di dalam formulasi HAUS Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation kerana ianya terbukti secara scientifiknya dapat menghentikan keradangan, mengatur microbiome pada kulit, mengawal mikrobiota kulit, mengurangkan tanda-tanda jerawat dan dapat sekatakan kulit dan awet muda.

Mengikut kajian, jerawat vulgaris mempengaruhi sekitar 80% remaja dan muda dewasa berumur 11 – 30 tahun. Jerawat berterusan di kalangan orang yang lebih tua juga biasa berlaku di dunia Barat. Menurut “Institut Dermal Antarabangsa”, 40-55% dari populasi dewasa antara 20 hingga 40 tahun mempunyai tanda-tanda jerawat dan kulit berminyak yang berterusan.

Ini adalah masalah utama yang membawa rasa tidak selesa, menurunkan keyakinan diri dan kecenderungan untuk hadkan kehidupan sosial seseorang. Oleh itu, dengan adanya bahan ini di dalam formulasi HAUS Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation, ia bukan sahaja dapat mencantikkan seseorang individu, malah secara tidak langsung dapat juga merawat kulit daripada jerawat.

Dragon’s Blood

Bahan istimewa lain yang terdapat di dalam HAUS Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation adalah Dragon’s Blood. Bahan ekstrak hidro-glikolik yang diperoleh daripada getah pokok Croton Lechleri mempunyai banyak khasiat bermanfaat untuk rawatan penjagaan kulit. Getah daripada pokok ini ​​telah digunakan selama berabad-abad untuk menyembuhkan luka (mempercepat tindakan cicatrizing semula jadi)

Disebabkan komponen utamanya adalah Proanthocyanidins, sejenis antioksidan yang kuat membuatkan bahan ini memudahkan lagi penyembuhan luka. Ujian in vitro yang dijalankan juga menunjukkan bahawa mereka lebih cekap daripada vitamin E, dan bahkan lebih berkesan daripada vitamin C. Selain aktiviti penyembuhan luka, Dragon’s Blood juga dapat menggalakkan pembentukan kolagen.

Dengan adanya kandungan taspine dan polifenol yang tinggi, ia merangsang pembentukan kuping yang meregenerasi kulit dengan lebih cepat, seterusnya merangsang penghasilan kolagen dan penghijrahan fibroblas.  kebaikan-kebaikan lainnya adalah memperbaiki irritasi pada kulit, anti-radang, rawatan anti radikal bebas dan juga anti pencemaran. Dengan adanya bahan aktif seperti ini, mereka yang mempunyai kulit sensitif juga dapat menggunakan foundation ini dengan selamat.

Polymethyl Methacrylate (Primer)

Untuk mendapatkan tekstur yang dapat menutup cela pada wajah, formulasi ini juga menggunakan polymethyl methacrylate. Partikel sfera yg bersaiz 20 μm dengan teknologi yang telah dipatenkan dapat memberi kesan ‘soft focus’ dan ‘instant 3D’. Cahaya disebarkan secara tidak langsung dapat meratakan warna kulit dan memberi kesan ‘luminous glow’ dari dalam.

Kedutan pada wajah juga dapat ditutup dalam jangka masa yang cepat kerana ia mempunyai fungsi ‘instant wrinkle reduction’. Ini kerana kedutan telah dipenuhi dengan monolayer manik. Retrodiffusion manik mencerahkan kedutan dari dalam untuk kulit yang lebih cerah dan halus. Untuk mengekalkan tekstur yang ringan, tidak ada pengumpulan serbuk terhasil pada kedutan.

Polymethyl methacrylate dianggap selamat, dan dinilai sebagai bahan yang mempunyai tahap bahaya yang rendah oleh Pangkalan Data Kosmetik. Ia boleh menjadi karsinogen, menyebabkan reaksi alergi, imunotoksisitas, dan keracunan sistem organ. Walau bagaimanapun, Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mengatakan bahawa ia tidak mungkin menjadi karsinogen kepada manusia. Ia berbeza dengan Methyl Methacrylate yang sedia maklum karsinogen.

Broad Spectrum Sunscreen

uv filter zinc oxide - eiyma jalil

Formulasi HAUS Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation juga dapat memberi perlindungan daripada UVA dan UVB. Bahan yang terdiri daripada 3 penapis UV organik yang diluluskan secara global, iaitu Ethylhexyl Methoxycinnamate (OMC), Octocrylene (OTC), dan Butyl Methoxydibenzoylmethane (AVOBENZONE) telah dihasilkan menggunakan teknik enwrapping untuk menstabilkan pelindung matahari kimia dan untuk memastikan prestasi tinggi dengan nilai SPF yang berpanjangan dan konsisten.

Ianya selamat digunakan di atas kulit, tidak merengsa dan tidak diserap ke dalam kulit, bahan ini memberikan masa tinggal permukaan kulit yang lebih lama serta nilai SPF yang dapat dihasilkan semula dengan spektrum luas perlindungan dalam kepekatan pelindung matahari yang minimum. Oleh itu, ia masih membolehkan kulit untuk bernafas.

Kesimpulan

Menghasilkan kesan semi-matte, tahan lama, tidak berminyak dan juga dapat memberikan coverage yang menyeluruh, foundation ini sesuai dengan semua jenis kulit terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Dengan adanya gabungan-gabungan bahan yang terbaik telah menghasilkan formulasi Haus Cosmetic Melty Glam Aqua Foundation yang diterima ramai. Yang penting, ianya TIDAK MENYUMBAT LIANG PORI!!

Ok itu sahaja yang sempat untuk harini, KL nak prepare untuk LIVE di Facebook pula, kemudian ada meeting back to back pulak. Jangan lupa follow KL di semua platform sosial media ada Facebook, Instagram, YouTube, TikTok haaa semua ada. Search je Eiyma Jalil nanti jumpalah tu.

U all boleh suggest nak KL tulis topik apa lepas ni kat bawah ok.. Nanti KL akan jawab apa sahaja persoalan u all berkaitan dunia kecantikan gituu. Sekian untuk harini, assalamualaikum w.b.t.

 

 

 

 

 

 

 

 

REFERENCE

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article