9 Teknik Rahsia Mencuci Muka Dengan Betul Mampu Membaiki Kulit Muka Berjerawat Yang Berkawah

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Bagaimana anda boleh maksimakan penggunaan pencuci muka?

Hai Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi menjengah blog KL. KL nampak ada ramai orang baru kat sini. Selamat datang ke blog perkongsian ilmu fakta dan teknologi terkini di dalam dunia kosmetik. Terima kasih atas sokongan u all!

Harini KL nak kongsikan mengenai teknik rahsia mencuci wajah yang ramai tak tau. Mesti ada yang cuci muka acuh tak acuh je kan, asal cuci jeee. Boleh tak u all komen sikit macam mana cara u all cuci muka?

Adakah dengan hanya sekali mencuci, atau dua kali cuci, atau tiap kali amik wuduk u akan cuci guna cleanser? Macam mana tu? Kongsikan dengan KL di komen ya.

Kepentingan Membersihkan Wajah

Membersihkan wajah ni perkara paling basic sebenarnya dalam rutin skincare. Cleansing adalah merupakan langkah pertama dan paling penting dalam rutin. Salah pakai pencuci muka, akan efect produk seterusnya. Kalau cuci muka sambil lewa, tak betul-betul bersih…. Lama kelamaan u all akan rasa dan nampak kesan buruk pada kulit sedikit demi sedikit.

Akan timbulnya masalah kulit berminyak, tiny bumps, berjerawat, tidak berseri, sebab skin barrier dah lemah, lesu dan tak sihat! Faktor inilah yang menyebabkan produk skincare power macam mana pun akan jadi kurang efektif. Sebab u tak bersihkan muka betul-betul. Haa, KL nak marah ni.

Ramai yang ambil mudah pemilihan pencuci muka. Yelah sebab fikir pencuci muka ni cuma kena cuci kulit jelah kan? Nak senang dan cepat, dengan harga yang murah. Ramai pengguna yang tidak sedar kesan jangka masa panjang apabila menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai, terlalu mengeringkan dan kasar kepada kulit, atau tidak cukup efektif pun sebenarnya. Jangan terkejut  sangat dik, meh baca sini sampai habis yer!

Orang-orang ni akan lebih mengambil berat dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk produk treatment macam serum lah, elixir lah, ampoule lah, essence lah, or whatever we call it…. walhal semua benda tu takkan dapat diserap dengan baik dan semaksima mungkin jika sekiranya rutin membersihkan wajah tidak dijalankan dengan sempurna.

Syarat “WAJIB” Pembersih Muka

Produk pembersih mestilah berupaya untuk:

  1. Menanggalkan solekan termasuk bahan pelindung matahari (UV filter) dengan efektif
  2. Membersihkan semua habuk, debu, butiran pencemaran persekitaran dari kulit
  3. Membersihkan minyak berlebihan pada wajah
  4. Mencuci sehingga ke liang pori
  5. Melarutkan bintik hitam (blackheads) dan bintik minyak (whitehead)

Walaubagaimanapun, setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza sebab rambut sama hitam, hati lain-lain kan. So jenis kulit pun mestilah lain-lain dan unik. Sebab tu pentingnya kena pilih produk produk pencuci muka yang serasi dengan jenis kulit dan masalah kulit yang u all nak capai.

KL kongsikan antara tips memilih pencuci muka terbaik:

#1. Pencuci muka dengan nilai pH rendah, setara dengan pH kulit (pH 5.5 setara pH kulit)

#2. Kurang berbuih kerana sifat buih adalah sedikit mengeringkan

#3. Tidak menyebabkan kulit terasa terlalu bersih (squeaky clean) atau tegang

#4. Tidak menyebabkan rasa pedih atau iritasi

#5. Tidak menyebabkan kulit menjadi berminyak selepas 30 minit

#6. Pencuci yang menggunakan surfaktan lembut tanpa sulfate (gentle cleanser with mild surfactant)

#7. Menggunakan bahan-bahan aktif tambahan seperti Salicylic Acid yang boleh menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan liang pori, blackheads dan whiteheads

#8. Memberikan kesan kulit lembut, terhidrasi dan anjal selepas dibilas

#9. Multifungsi, bukan sekadar membersih tetapi juga membantu mengatasi masalah kulit seperti melembap, meredakan kulit sensitif, radang, kemerahan atau mencerahkan kulit.

KL tak sabar nak kongsikan teknik rahsia mencuci muka ni. Hehehhe. Amalan KL, alhamdulillah bila dah nampak kesan, orang pun dah aware dengan perubahan positif pada kulit KL, KL pun sedialah nak kongsi dengan u all. Ok, apa dia tu?

Hasil Menakjubkan Dengan Teknik “60 Seconds Cleansing Rule”

Selain pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit, ini yang ramai tak tahu. Haa, teknik cucian yang betul dik…. Ramai yang cuci muka express, tau nak cepat je.

Ini adalah beberapa perkara yang u all patut consider dalam mencuci muka:

  1. Pastikan solekan dibersihkan dengan sempurna dengan menggunakan makeup remover samada cleansing oil atau cleansing balm
  2. Rutin ‘double cleansing’ dengan menggunakan 2 jenis pencuci muka, agar semua kotoran bersifat larut minyak (waterproof) dapat dibersihkan dengan sempurna
  3. Serasikan pencuci muka dengan keperluan semasa, contohnya gunakan pencuci muka tanpa buih di waktu pagi yang tidak memerlukan cucian yang terlalu ‘harsh’
  4. GUNAKAN TEKNIK “60 SECONDS CLEANSING RULE”

60 Seconds Cleansing Rule atau Teknik Cucian 60 Saat dipopularkan oleh seorang Pakar Estetik, Nayamka Roberts-Smith yang menggalakkan pengikutnya di Twitter, supaya mencuci muka dengan teknik ini iaitu cuci muka selama 60 saat.

Menurutnya, inilah cara pakar estetik di medispa membersihkan wajah pelanggan, dan cara ini amat penting untuk memastikan rawatan kulit yang diberi seterusnya lebih efektif. (sumber)

Cara ini sebenarnya merupakan teknik cucian yang seringkali disyorkan oleh pakar dermatologi, iaitu mencuci muka dengan TELITI, LENGKAP dan MENYELURUH selama jumlah masa menyanyi lagu ‘ABC’. Iye, lagu budak-budak tu. Sama macam jangka masa yang KKM sarankan untuk mencuci tangan. Takdelah bosan basuh-basuh tu sambil humming sikit kan, hehe.

Apa yang berlaku sekarang, kebanyakan pengguna mencuci muka cuma 15 saat je, pulak tu dia gosok-gosok muka dengan pantas. Apa yang dikejarnya entah. Kalau u all cuba teknik 60 saat ni, u akan dapat rasa hasilnya pada kebersihan, tekstur dan kesihatan kulit yang jauh lebih baik.

Kesan Teknik Cucian 60 Saat

#1. Oleh Pakar Estetik Nayamka Robert Smith

Nayamka Roberts-Smith juga menyedari, dengan teknik ini produk yang disapu selepas itu dapat bertindak dengan lebih efektif, mudah diserap pada kulit dan memberi kesan lebih pantas. Dengan kata lain, ianya teknik mudah yang dapat meningkatkan keberkesanan keseluruhan rutin penjagaan wajah seseorang, tak payah guna cleansing device yang mahal sampai ratus-ratus, ribu-ribu tu dik….

Nayamka Roberts-Smith mendapati, dengan mencuci muka selama 60 saat berserta urutan, tekstur kulit lebih halus dapat dihasilkan, pencuci muka dapat meliputi keseluruhan wajah sehingga mencuci ke dalam liang pori dengan lebih berkesan, seterusnya memastikan kesemua kotoran, minyak, debu dan habuk pencemaran dapat dibersihkan dengan sempurna.

#2. Oleh Dermatologi Purvisha Patel

Menurut seorang Dermatologi, Purvisha Patel, teknik ini dapat diperhalusi lagi dengan memfokuskan 15 saat pada setiap pipi, dahi dan dagu, dengan menggunakan hujung jari secara lembut untuk menguraikan kotoran yang tersumbat di dalam pori. Teknik ini amat bermanfaat bagi individu dengan kulit berminyak dan berjerawat, bagi memastikan tiada liang pori yang tersumbat dengan kotoran.

#3. Oleh Pakar Dermatologi Ariel Ostad

Seorang lagi pakar kulit Dermatologi dari New York, Ariel Ostad turut menyatakan bahawa mencuci wajah dengan baik akan memastikan skin barrier kekal terpelihara, yang amat penting bagi memastikan kulit dapat bertahan dari jangkitan luaran seperti pencemaran dan jerawat. (sumber) Beliau bagaimanapun mengingatkan pengguna untuk sentiasa memerhatikan reaksi kulit, supaya tidak terlebih mencuci (over cleansing), terutama bagi individu dengan kulit sensitif atau kering.

Apa Kata Pengguna

Setelah teknik ini viral di media sosial pada tahun 2019, ramai individu telah mencuba teknik ini, dan kebanyakan mereka bersetuju ianya benar-benar merubah tekstur, kesihatan dan reaksi kulit mereka secara keseluruhan. Ada juga yang kata liang pori mereka kelihatan lebih halus dan mengecil.

Itu kata mereka. Dan ini adalah kata KL… Hehehe.

Sebelum KL buat keputusan untuk berkongsi sebarang maklumat atau fakta berkaitan kosmetik, pertama-tama sekali mestilah KL akan study terlebih dahulu. Tak cukup dengan study, KL sendiri akan jadi “tikus makmal” untuk pastikan keberhasilan sesuatu maklumat tersebut.

Contohnya, macam 60 Seconds Cleansing Rule ini, yessss KL dah cuba dan hasilnya alhamdulillah ianya terbukti berkesan untuk kulit KL walaupun KL berkulit sensitif tau! Sebab tu tak sabar nak share dengan u all kat luar sana dan nak ajak u all cuba teknik ni..

Untuk KL, KL ada 3 jenis pencuci muka. First, KL ada cleansing balm untuk bersihkan makeup, kemudian ada scrub cleanser sebagai physical exfoliator, dan yang terakhir adalah gentle cleanser sebagai pencuci muka harian yang lembut je pada kulit.

Hydra Glow Melt Away Balm
Blood Orange Brightening with Algae Scrub Cleanser
Super Intense Cream Cleanser

Apa yang KL buat adalah, cleansing balm dan gentle cleanser adalah wajib untuk rutin double cleansing. Scrub pula hanya 2 kali seminggu. Teknik cucian 60 saat KL gunakan untuk gentle cleanser which is Super Intense Cream Cleanser. Dengan tekstur gel-krim yang mewah dengan bahan aktif, lembut tanpa iritasi serta dengan bahan tambahan Salicylic Acid, Niacinamide, dan Brown Algae, barulah berbaloiiii setiap nilai wang yang u all laburkan untuk sesuatu produk kulit!

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, selain pemilihan produk pencuci muka, teknik mencuci wajah yang tepat juga boleh membantu menjadikan keseluruhan wajah bersih sempurna, mengelakkan pembentukan jerawat, blackheads, whiteheads, menghasilkan pori yang lebih halus, serta membantu penyerapan kesemua produk penjagaan wajah yang lain secara lebih efektif.

So, macam mana? Kalau u all dah try, jangan lupa komen tau! Sekian sahaja untuk kali ni, semoga bermanfaat. Assalamualaikum.

 

Rujukan:

  1. https://twitter.com/LaBeautyologist/status/1086485141847891968
  2. https://www.allure.com/story/60-second-rule-facial-cleansing-technique-viral
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article