Kenapa Sleeping Mask Penting Dalam Rutin Skincare?

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Haii Assalamualaikum.. Terima kasih sudi singgah blog KL yang tak seberapa ni. Yela, kita ni bukan influencer. Hanya seorang pemilik kilang kosmetik yang suka bercakap perkara-perkara benar sahaja terutamanya fakta di dalam dunia kosmetik.. Ada ke yang suka follow KL? Komen sikit kat bawah ni KL nak berkenalanlah dengan u all. Mana tahu ada rezeki emm …….. Hehhehe.

So harini KL rasa nak tulis tentang kenapa wujudnya sleeping mask dan kenapa pentingnya pemakaian sleeping mask ni dalam rutin penjagaan kulit kita? Ada orang fikir nak buat apa sleeping mask? Membazir je. Nak tidur, tidur jelaa.. Betul jugak kan.. Cuba korang baca dulu artikel KL ni sampai habis. Mungkin ada yang check in Spehora kejap lagi. Hehe.

Rutin Sleeping Mask

Kalau u all perasan, macam mana sleeping mask boleh meletup-letup di Malaysia? Kalau u perasan la kan, hehe. Tak lain tak bukan tentulah dari drama-drama Korea…. Bijak kan diorang ni, bijak mengambil peluang di mana bila orang ramai tengah gilakan drama mereka, semua benda dia selitkan dalam drama tu.

Contoh jelas macam telefon jenama Samsung. Setiap kali keluar drama baru, mesti hero dan heroin akan pakai telefon model terbaru dari Samsung. Samalah juga dengan skincare. Dalam konteks ini, sleeping mask. Akan ada scene di mana heroin akan duduk depan cermin dah pakai rutin skincare termasuk sleeping mask sebelum masuk tidur.

Dari situlah melonjak naiknya trend sleeping mask dan kewujudan sleeping mask dalam dunia kosmetik kian mendapat sambutan yang amat memberangsangkankan. Kemudian, trend sleeping mask ni disambung pulak oleh kawasan negara barat. Itu yang keluar macam-macam lagi jenis sleeping mask dari pelbagai jenama, fungsi dan texture yang berbeza.

Sleeping mask yang ada di market sekarang bukan sahaja fokus untuk penjagaan kulit muka malah ia juga turut diperkenalkan untuk penjagaan bahagian mata, bibir dan sebagainya.

Antara contoh sleeping mask yang menjadi pilihan ramai adalah:

Watermelon Glow Sleeping Mask [Glow Recipe]

Ultra Facial Overnight Hydrating Masque [Kiehl’s Since 1851]

Intensive Overnight Hydrating Mask with Avocado & Swiss Glacier Water [ORIGIN Drink Up]

Water Sleeping Mask [Laneige]

Eye Dream Night Repair Mask [TALIKA]

Lip Sleeping Mask [Laneige]

Beauty Sleep in Sleeping Mask

Sleeping mask diperkenalkan bertujuan untuk membantu merawat kulit terutamanya pada waktu tidur. Waktu tidur pada waktu malam terutamanya memberi kesan kepada keadaan serta kualiti kulit.

Istilah “Beauty Sleep” mempunyai logik dari segi sains yang tersendiri. Iyelah, waktu tidur adalah waktu rehat bagi tubuh badan kita dan umpama waktu untuk kulit kembali mantul setelah penat seharian di luar kan, haa gitu..

Dengan kuantiti rehat yang cukup dan berkualiti, kesihatan kulit boleh diperbaiki sebagai salah satu dari cara yang semulajadi yang mana merupakan proses semulajadi oleh bahagian badan. Hubungan di antara tidur dengan kulit diperjelaskan bagaimana keadaan badan bekerja semasa tidur atau ketika badan dalam keadaan rehat.

Apa Berlaku Ketika Tidur

Semasa keadaan tidur, berlaku penghasilan body-repairing hormone pada bahagian otak seperti growth (pembesaran) hormone yang mana amat diperlukan untuk membaiki tisu-tisu dan juga penjanaan semua sel. Di samping itu, hormone stress yang dikenali sebagai Cartisol turut dikurangkan semasa tidur. Sebab tu ramai student yang stress je, pergi tidur. Sebab, bila dia bangun hormone stress tu dah berkurang!

Maka dengan itu, tidur yang tidak mencukupi memanglah terus menyumbang kepada lingkaran gelap pada bawah mata dan juga eye bags. Haa sebab kulit kita ni stress dik.. Sekiranya keadaan tidur yang tidak cukup diteruskan, ia boleh menyumbang kepada kulit breakout, kedutan-kedutan dan juga kulit kendur. Pendek kata, tanda-tanda penuaan kulit. U all tak takut ke?

“Beauty Sleep” berlaku semasa peringkat ketiga dan keempat dalam kitaran tidur ataupun fasa yang dikenali sebagai “deep sleep” yang mana tisu-tisu badan mula diperbaiki dan hidrasi badan diseimbangkan. Pembekalan darah kepada otot-otot dan tisu-tisu meningkat dan hormon-hormon yang penting dirembeskan.

Rutin Penjagaan Kulit di Waktu Malam

skin microbiome eiyma jalil

Rutin penjagaan kulit pada waktu malam bukan sahaja fokus kepada sleeping mask semata-mata. Dannn make sure sebelum u all pilih dan menggunakan sleeping mask yang betul, u all kenalah tahu dan kenal jenis kulit masing-masing terlebih dahulu sebab jenis kulit yang berbeza memerlukan rutin penjagaan kulit yang berbeza.

Jenis keadaan berbeza dengan faktor-faktor seperti usia jantina, keadaan persekitaran, masa tidur dan sebagainya. Kebanyakan pengguna tidak dapat mengenalpasti keadaan kulit sendiri yang seterusnya menyumbang kepada pemilihan produk yang tidak sesuai dan boleh menjadikan keadaan kulit yang lebih teruk. Lepastu u all salahkan produk tak bagus pulak. Adehh..

Jenis-Jenis Kulit

Jenis kulit boleh dikategorikan kepada empat keadaan iaitu:

  1. Kering = Kulit kering melibatkan kedaan kulit yang kasar, kekeringan seperti bersisik
  2. Berminyak = Keadaan kulit yang berkilat, melekit dan juga pori-pori besar
  3. Normal = Kulit yang normal adalah di antara keadaan kulit yang berminyak dan kering yang mana seimbang, jelas dan tidak sensitif
  4. Kombinasi = Kulit kombinasi adalah keadaan di mana hanya terdapat kedaan kulit yang kering atau berminyak pada sebahagian tempat sahaja pada kulit

Oleh yang sedemikian, sleeping mask yang diperkenalkan di pasaran direka mengikut keadaan dan jenis kulit yang tertentu seperti yang KL ceritakan di atas tadi.

Kepelbagaian Sleeping Mask

Sleeping mask bukan sahaja fokus kepada kulit muka, bibir juga memerlukan penjagaan yang rapi. Lip mask diperkenalkan kerana keadaan kulit bibir adalah berbeza dari kulit muka yang mana bahagian bibir dikenali sebagai bahagian yang sensitif.

Penggunaan produk bibir seperti lipstik, lipmatte dan lain-lain turut menyumbang kepada bibir kering dan menggelupas. Lapisan kulit pada bibir adalah nipis yang mana memberi visual bibir yang kemerahan disebabkan oleh saluran darah yang menebusi lapisan luar bibir. Lapisan epidermis bibir yang nipis menyebabkan penghasilan melanin berkurangan dan lebih terdedah kepada cahaya matahari seterusnya menyumbang kepada bibir gelap.

Lip mask dicipta untuk memberikan penghidratan pada bibir sama seperti sleeping mask berfungsi pada kulit muka. Lip mask diformulasikan untuk penggunaan sebelum waktu tidur supaya ia dapat bekerja dengan lebih maksimum dan bibir yang lebih lembut, mungil dan lembap dapat dirasai selepas bangun dari tidur.

Lip mask juga diperkenalkan dengan mengikut fungsi yang tersendiri seperti untuk menambahkan kelembapan bibir, menjadikan bibir lebih mungil, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada bibir dan sebagainya. Bahan-bahan yang berkualiti seperti shea butter, minyak yang natural dan sebagainya digunakan supaya kesan yang optimum dapat dirasai.

Sleeping Mask VS Night Cream

Sleeping mask adalah berbeza dari krim biasa seperti krim malam, serum dan sebagainya. Sleeping mask membantu memberi kesan yang lebih mendalam seperti memperbaiki kelembapan kulit dari dalam sewaktu masa tidur manakala krim malam dan sebagainya diformulasikan untuk memberi kelembapan yang lebih lama dalam rutin kulit harian.

Bahan-bahan dalam sleeping mask kebanyakkannya diformulasikan dan dihasilkan dengan bahan yang lebih specifik yang mana fokus untuk masalah kulit dan sebagainya. Rawatan yang lebih mendalam menjadi lebih berkesan terutamanya ketika kulit berada dalam keadaan yang optimum dengan masa rehat yang mencukupi untuk proses penyembuhan berlaku. Penggunaan sleeping mask perlu dijadikan rutin penjagaan kulit pada waktu malam untuk merangsang proses membaikpulih sel dan penjanaan semula sel secara semulajadi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, KL nak tekankan di sini bahawa penjagaan kulit muka, bibir dan lain-lain adalah sangat penting untuk dapatkan keadaan kulit yang sihat. Macam mana pun, all kena kenalpasti keadaan kulit masing-masing dulu supaya pemilihan produk yang sesuai digunakan.

Sleeping mask ni dia bukan sahaja membantu membaikpulih kulit dari dalam, malah memberi kesan yang nyaman untuk membantu memberi masa tidur yang lebih berkualiti. Sepanjang u sedap tidur, bahan-bahan berkhasiat di dalam sleeping mask akan menyerap ke dalam kulit dengan lebih mendalam terutamanya pada waktu yang dikenali sebagai “deep sleep”.

Sleeping mask dicipta untuk memberi kesan hidrasi, pencerahan dan menyamankan dengan lebih tinggi. Kajian menunjukkan badan yang berada dalam keadaan rehat dan tidur yang lebih mendalam membantu meningkatkan metabolisme badan serta meningkatkan perolehan sel dan pembaharuan sel.

Sleeping mask juga membantu mengunci kelembapan kulit berbeza berbanding menyerap kelembapan yang mana penghidratan badan diseimbangkan semasa tidur. Sekarang ni dah ada macam-macam pilihan variasi sleeping mask di pasaran dan memberi pilihan yang lebih luas kepada pengguna untuk memilih produk yang terbaik.

Penjagaan kulit tidak berlaku dalam masa yang singkat kerana ia perlu dilakukan secara konsisten untuk hasil yang lebih baik di samping mengekalkan keadaan kulit yang sihat. Kepelbagaian variasi sleeping mask seperti face mask, lip mask, eye mask mempunyai fungsi dan kebaikan yang tersendiri yang mana ia diformulasi untuk menyelesaikan masalah di bahagian yang tertentu.

Memanglah mula-mula nak istiqamah tu rasa berat je kan.. tapi percayalah cakap KL, u akan nampak hasilnya nanti. Bila u dah rasa kesannya, pooff lesap segala rasa leceh, penat menjaga kulit tadi. Ok?

Psst, sleeping mask favourite KL tentulah Hydra Boost Sleeping Beauty Mask dari rangkaian HAUS Premium.

Jomlah kita konsisten jaga kulit mengikut rutin dan dapatkan kulit yang cantik dan sihat bersama-sama! Semoga bermanfaat, sekian.

Assalamualaikum wbt..

Love,

KL

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article