Bagaimana Teknologi Epigenetik dalam Skincare Boleh Mempengaruhi Kecantikan Kulit Anak Kita Juga?

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Alhamdulillah, KL berjaya membawa satu lagi teknologi kosmetik yang sangat canggih ke dalam dunia skincare Malaysia. Korang pernah dengar ke Epigenetics Technology? Adakah anda semua tahu sudah banyak brand international di luar negara menggunakan Technology Epigenetik di dalam skincare regim mereka dan ianya sangat berkesan?

Antara brand yang menggunakan Technology Epigenetics ialah brand Augustinus Bader The Rich Cream dan juga brand skincare terkenal dunia iaitu IS Clinical’s yang dihasilkan oleh Dr. Charlene DeHaven M.D, FACEP 

Hebat bukan? Sekarang rakyat Malaysia sudah boleh menikmati teknologi yang canggih ini dalam skincare harian anda dengan harga yang sangat mampu milik. Lepas ni kulit akan jadi glowing macam model Korea dan tak payah pergi jumpa doktor aesthetics lagi lah nampaknya…hehehhehehe

Model Korea ini berumur 39 tahun akan tetapi masih kelihatan muda remaja. Jom HAUS Skin ajar cara dapatkan kulit begini.

KEPELBAGAIAN GENETIK

Setiap seorang manusia dan semua organisma bernyawa masing-masing membawa kod genetik di dalam setiap satu sel badan mereka. Kod genetik ini menghasikan kesemua komponen individu iaitu menghasilkan setiap sel, setiap organ dengan fungsi khusus, juga ia membawa variasi genetik yang memberi setiap individu rupa yang unik.

Variasi ini boleh berasal daripada perubahan di dalam kod genetik itu sendiri disebabkan oleh mutasi DNA, ataupun cara sesuatu kod itu diterjemahkan untuk menghasilkan komponen sel dengan jumlah berbeza (epigenetik).

Kod genetik (genes) berada di dalam setiap sel individu.

Komponen yang dihasilkan oleh badan adalah mengikut ‘resepi’ (kod genetik). Oleh sebab ianya mengikut resepi tersebut, setiap individu mempunyai anggota badan yang sama iaitu dua mata, telinga, tangan, kaki dan sebagainya. Namun, rupa luaran setiap individu amat berbeza, warga Eropah amat berbeza dengan warga Asia walaupun kod genetik kedua-dua warga ini adalah sama.

Sebagai analogi, perbezaan ini disebabkan komponen yang dihasilkan mengikut ‘resepi’ ini boleh menghasilkan ‘masakan’ yang sedikit berbeza. Perbezaan ‘masakan’ ini mungkin disebabkan oleh perbezaan kualiti bahan-bahan masakan tersebut.

Sebagai contoh, warna kulit setiap individu berbeza mengikut jumlah pigmen melanin yang dihasilkan oleh badan. Secara umumnya, kesemua manusia menghasilkan pigmen melanin. Kod genetik untuk penghasilan pigmen melanin ini ada pada setiap sel individu.

Warna kulit berbeza mengikut melanin yang dihasilkan bagi setiap individu.

Namun, berapa jumlah melanin yang terhasil ini dikawal oleh suis yang dikenali sebagai ‘Transcription Factor’. Suis inilah yang mengawal berapa banyak melanin yang dihasilkan oleh individu, seterusnya memberikan tona warna kulit yang berbeza.

Suis ini boleh berubah mengikut persekitaran individu. Contohnya, individu berkulit cerah boleh beransur-ansur menjadi gelap sekiranya persekitaran yang didiami individu tersebut mempunyai intensiti UV yang tinggi.

Dengan kata lain, suis kod genetik ini beradaptasi dengan perubahan persekitaran seseorang individu untuk menghasilkan rupa luaran yang berbeza, namun kod genetik di dalam DNA setiap sel tidak berubah.

Warna kulit berbeza mengikut lokasi persekitaran. Warna kulit individu lebih gelap jika populasi berada lebih dekat dengan garisan Equator, di mana intensiti UV adalah tinggi, walaupun kod genetik adalah sama untuk semua manusia.

APA ITU EPIGENETIK

Epigenetik adalah kajian terhadap perbezaan fizikal di antara individu yang disebabkan oleh faktor luaran seperti persekitaran, umur, gaya hidup, pemakanan, kesihatan dan sebagainya.

Perbezaan fizikal ini boleh diperturunkan kepada generasi anak-anak seterusnya, walaupun kod genetik tidak berubah. Sebagai contoh, individu berkulit cerah yang telah berpindah ke kawasan dengan intensiti UV tinggi, boleh menghasilkan anak-anak yang berkulit lebih gelap, akibat perubahan epigenetik yang diwarisi.

Sebagai contoh lain, pasangan kembar yang dilahirkan seiras yang telah berpisah dan menetap di dua kawasan berlainan persekitaran, juga boleh berubah secara fizikal disebabkan faktor luaran ini, seperti gambar di bawah. Perubahan fizikal ini boleh diwarisi oleh anak-anak mereka. Inilah yang dikatakan sebagai Epigenetik.

Kembar seiras tetapi setelah tinggal berasingan mereka sudah tidak sama lagi.

KESAN PERUBAHAN EPIGENETIK

Pada asasnya, perubahan epigenetik berlaku untuk membolehkan individu tersebut mampu hidup dan bertahan dengan lebih lama.

Contohnya, kulit gelap dengan kandungan melanin lebih banyak, mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap kerosakan UV matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Produk HAUS Skin Super Intense Acne Serum mempunyai Teknology Epigenetic

Namun, perubahan epigenetik yang berisiko dan membahayakan kesihatan juga boleh diwarisi seperti obesiti, sakit mental, imuniti rendah, diabetes dan penyakit jantung, seawal dari dalam kandungan ibu lagi.

Ini termasuk juga kulit yang sensitif, kusam, kurang penghasilan kolagen dan sebagainya.

Kulit yang tidak sihat ini boleh diwariskan kepada anak-anak dan generasi seterusnya.

PERBEZAAN ANTARA EPIGENETIK DAN MUTASI DNA

Mutasi DNA adalah perbezaan pada kod genetik individu yang menyebabkan perubahan kekal dan juga boleh diwarisi oleh anak-anak.

Contohnya mutasi DNA yang mengakibatkan penyakit darah Anemia, buta warna, Albino, Vitiligo dan Down Syndrome. Mutasi DNA akan menyebabkan keadaan tersebut kekal sepanjang hayat dan tidak boleh diubah atau disembuhkan.

Antara penyebab Vitiligo adalah mutasi DNA.

Berbeza dengan mutasi DNA, kesan epigenetik boleh diubah dan diperbaiki. Contohnya, perubahan epigenetik yang disebabkan oleh pencemaran udara akan meningkatkan risiko individu untuk mendapat penyakit saraf seperti Parkinson’s Disease.

Namun, kajian dari University of California (1) mendapati pengambilan Vitamin B boleh melindungi dari risiko penyakit saraf tersebut, serta kesan buruk pencemaran udara dalam badan individu tersebut juga dapat dirawat.

Dengan kata lain, pewarisan penyakit saraf ini dapat disembuhkan dan dipulihkan agar tidak diturunkan kepada generasi seterusnya.

KESAN EPIGENETIK TERHADAP KULIT

Kita seringkali melihat sesebuah keluarga yang mempunyai kulit yang cantik, dan terfikir mereka mempunyai genetik yang bagus.

Secara amnya, tiada kod genetik yang menghasilkan protein ‘kulit cantik dan halus’ atau tidak. Kod genetik akan menghasilkan protein kolagen dan elastin, yang memberi struktur kulit anjal, kuat bertahan dari infeksi jangkitan seperti jerawat serta tidak nipis dan melendut.

Wanita ini berjaya mendapat kulit yang cantik dengan Set #HausZeroJerawat yang menggunakan Teknologi Epigenetic

Namun apa yang kita fikirkan itu ada betulnya. Perubahan epigenetik daripada faktor luaran seperti memakai skincare yang mempunyai teknologi Epigenetic boleh menghasilkan kulit sihat, berseri, mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap bahan-bahan yang boleh menyebabkan allergi, tidak mudah sensitif terhadap perubahan persekitaran dan mudah melawan jangkitan bakteria penyebab jerawat.

Dan kesemua ini boleh diwariskan kepada anak-anak kita dan generasi-generasi berikutnya. Tidak kah anda mahukan produk yang boleh membantu anda mendapat kulit sihat dan halus, serta mewariskan epigenome yang terbaik ini kepada generasi kita?

Kulit saya dahulunya berminyak dan penuh jerawat. Saya tidak mahu anak saya mempunyai masalah yang sama, jadi saya berusaha memperbaiki kulit wajah saya sehingga pulih, supaya sekiranya saya mengandung kelak, anak saya akan mewarisi kulit yang cantik.

Inilah yang dikatakan produk kosmetik dengan Teknologi Epigenetik. Bukan sahaja ianya membantu memperbaiki kulit kita, namun dengan penggunaan berteruskan, kulit baharu yang terhasil ini boleh diperturunkan kepada anak-anak kita.

KESIMPULAN

Semua orang berhak untuk kelihatan cantik dengan menggunakan teknology Epigenetic dari HAUS Skin

Ok, setelah anda semua membaca penulisan KL ni, pasti anda akan mengubah pemikiran untuk menjaga kulit wajah anda sebaik mungkin sebab anda tidak mahu melihat anak-anak yang anda kandungkan itu mewarisi semua masalah kulit kita kelak.

Sudah pasti, kita mahukan anak-anak kita mempunyai kulit yang cantik bukan? Bagaimana pula untuk memastikan kulit kita cantik dan boleh di warisi kepada anak-anak kita? Mudah sahaja, carilah regime skincare yang mempunyai Teknology Epigenetic. Insyaallah, anda tidak perlu risau lagi.

Produk skincare HAUS Skin ini mempunyai Teknology Epigenetic yang sangat berkesan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

RUJUKAN:

  1. B vitamins attenuate the epigenetic effects of ambient fine particles in a pilot human intervention trial. https://www.pnas.org/content/114/13/3503.full
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article