Bisnes Tak Boleh Syok Sendiri Dik!

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum wbt semua, apa khabar? Semoga semua sihat walafiat selalu. Tolong jaga diri ya semua, KL takut tengok angka kes COVID-19 sekarang mencecah lebih 4000 kes sehari.. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya menjejaskan ramai usahawan. KL doakan yang terbaik untuk anda semua.

Platform Bisnes yang Serious

Sementara tu, mungkin u all boleh cuba bisnes tanpa modal bersama HAUS. Sebenarnya jenama HAUS ni terhasil bukan sahaja bertujuan membangunkan formulasi komsetik halal di mata dunia tetapi, HAUS juga adalah merupakan suatu platform di mana KL nak bantu ramai usahawan-usahawan yang nak berniaga tetapi tiada modal, tiada produk, tiada support.. semua tulah!

KL tubuhkan bisnes HAUS ni bukan main-main. Sekarang bukan masa untuk bisnes syok sendiri. Sebab KL menjemput 3 orang individu yang hebat ni untuk bersama HAUS. Jom KL kenalkan dengan u all!

#1. HAUS Sales Advisor

Puan Azlina – Kak Long Sales Master

KL lega sangat bila Kaklong SM sudi bersama KL untuk membantu nak brainwash mindset-mindset yang negatif dalam diri u all. Tahun ni KL nak jalan terus ke depan, siapa lambat hmmm. KL tak tinggal tapi KL tak tunggu. Ok? Lepas ni takda alasan lagi u tak boleh buat sales, tak boleh closing, macam-macam lagilah. Nanti Kaklong SM rotan!

#2. HAUS Legal Advisor

Tuan Akmal

Semakin besar sesuatu bisnes tu, semakin rumit pendekatan undang-undang yang diperlukan. Jadi, bagi menjaga nama baik jenama HAUS, KL pun perlukan banyak nasihat perundangan dari pihak yang pakar di dalam bidang tersebut. Maka, KL telah melantik Tuan Akmal untuk bersama HAUS sebagai penasihat undang-undang. Selamat datang Tuan Akmal!

#3. HAUS Account Advisor

Tuan Mustakim

Haaa, Tuan Mustakim ni adalah orang yang bertanggungjawab menjaga wallet KL. Dah bertahun-tahun Tuan Mustakim bekerjasama dengan KL untuk memastikan aliran kewangan kilang kosmetik KL, GIM Cosmetic Industries sentiasa berada di tahap selamat. Hehehe. Selamat ya. Dengan hasil kerja cemerlang Tuan Mustakim, KL dengan berbesar hati menjemput beliau untuk menjaga wallet HAUS pula.

InsyaaAllah… harapan KL, semoga dengan kehadiran insan-insan hebat ini, dapat memacu bisnes HAUS agar lebih maju. Tahun ni kita nak meroket. KL taknak bisnes syok sendiri. Sebab tu KL perlukan nasihat pakar. So kalau u all serious nak berbisnes, bukan income geli-geli ok. Serious bisnes sahaja. Contact je ejen HAUS Guardian KL di website www.hauscosmetics.com.my.

Salam sayang untuk semua!

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article