Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran KL dan TA Serta Penghargaan Staff

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua! KL masih tak habis senyum lagi harini sejak semalam. Siapa tengok LIVE di Facebook dan Instagram HAUS Cosmetics semalam? Alhamdulillah semalam 5 Januari 2021 adalah hari ulang tahun KL yang ke-39. Tuan Azizi pula 1 Januari 2021, disebabkan sebelah menyebelah je jadi memang sambut bersama setiap tahun.

Specialnya tahun ni KL dapat sambut bersama staff-staff kilang GIM Cosmetic Industries dan HAUS Cosmetics. Salah satu azam KL pada hari lahir tahun ni adalah KL nak bagi hadiah pada staff. Semua staff KL bekerja keras setiap hari untuk syarikat. Ini adalah tanda penghargaan KL untuk diorang. Hari jadi kita, kita yang bagi hadiah kan, hehehe.

KL nak ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada staff yang merangkap event planner semalam kerana berjaya merealisasikan majlis dengan lancar. Terima kasih juga untuk semua hadiah, ucapan dan doa untuk KL dan TA.

KL rasa terharu dan tak sangka begitu ramai yang sayangkan KL. Terima kasih ya Allah atas kurniaan rezeki persekitaran yang positif, lingkungan yang penuh kasih sayang.. KL rasa bertuah sangat. Jadi KL nak simpan kat sini sedikit kenangan!

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article