Physical Sunscreen VS Chemical Sunscreen. Mana Satu Lebih Baik?

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum hai hai.. Teka KL kat mana? Harini KL saje jela keluar mencari ilham di suasana yang lain sikit. Haa barulah idea fresh keluar mencurah-curah. Boring juga duduk dalam office kan. So KL curi sikit masa untuk menulis blog KL ni untuk u all.

Sebenarnya KL dah ada draft beberapa artikel tapi tulah, kadang-kadang nak menghabiskan tulisan tu kena cari mood dulu. Hehehe. Siapa dah baca perkongsian KL mengenai macam mana u all boleh kekalkan hidrasi dan kelembapan kulit sehingga 72 jam, baca di sini yer.

Physical Sunscreen VS Chemical Sunscreen

Harini KL dapat ilham nak jelaskan mengenai jenis-jenis sunscreen yang mana KL nampak ramai yang masih keliru. Malah, ada yang salah guna dua-dua jenis ni suncreen ni. Physical sunscreen dan chemical suncreen ni jelas berbeza tau. Make sure kenal jenis kulit, dan check balik environment u all.

Pemilihan sunscreeen bukannya bergantung kepada nilai SPF semata-mata. Tapi, semak semula beberapa faktor seperti jenis kulit, persekitaran, dan aktiviti seharian u all. Berpeluh ke tidak.. Sekecil-kecil faktor pun kena ambil berat. Barulah berbaloi dan efektif pemakaian sunscreen u all tu.

Kesan Cahaya UV Kepada Kulit

Siapa je yang tak pernah kena sunburn? KL percaya ramai yang skip sunscreen so natijahnya kat sini, mesti ramai yang mengalami masalah kesan kulit terbakar betul tak? Boleh jadi, u all sendiri tak sedar yang sebenarnya kulit u all sedang menahan kesakitan…

Sunburn biasanya terjadi bila u all buat aktiviti luar seperti bercuti di kawasan pantai, pulau even bersukan ke.. Tempat-tempat yang terdedah terus kepada cahaya matahari. Bila u all duduk bawah matahari dalam jangka masa yang panjang dan lama, u all akan nampak kulit jadi merah dan bengkak.

Pada masa yang sama, u akan rasa gatal dan kulit jadi kering dan tegang. Beberapa hari kemudian, mulalah menggelupas dan pedih. Huhuhu masa tu menangis tak berlagu la dikk…. Paling seram, kulit u juga terdedah kepada risiko penuaan dan kanser kulit!

Perlindungan Terbaik Dari Cahaya Matahari

Tolonglah sayangi kulit u all sebaiknya. Kulit ni bukannya boleh ditukar ganti senang-senang je. Takde ‘spare part’ untuk kulit yer. Sediakan perlindungan terbaik untuk kulit u all.

Langkah mudah dan terbaik adalah dengan menggunakan produk sunscreen atau pelindung matahari. Apa itu produk sunscreen? Sejauh mana keberkesanan produk tersebut dalam melindungi kulit u all? Dan bagaimana penggunaannya boleh melindungi kulit daripada sinaran matahari?

KL tahu, banyak persoalan di minda u all yang masih belum jelas dengan kepentingan sunscreen. Sebab KL pun macam tu juga dulu, Hehehheh. Takpe, jangan risau. Tiada istilah terlambat dalam menjaga kulit. Follow KL rapat-rapat untuk tips kosmetik dan skincare yang betul.

Apa Itu Sunscreen?

chemical sunscreen physical sunscreen

Sunscreen adalah bahan yang boleh menyerap atau memantulkan sinar UV untuk melindungi kulit daripada kesan kerosakan disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB dari cahaya matahari.

Mengikut satu journal hasil kajian yang dikeluarkan oleh A.N Mwangi dan S.M Maru (2019), kajian klinikal yang berbeza telah menunjukkan bahawa penggunaan sunscreen atau pelindung matahari secara berkala dapat mendorong kepada pengurangan kanser kulit terutama ‘melanoma’ dan ‘squamous cell carcinoma’.

Produk sunscreen yang biasa kita jumpa dibuat dalam bentuk lotion, gel, stick dan spray. Penggunaan sunscreen yang konsisten dapat membantu dalam melambatkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, bintik-bintik hitam, jeragat atau masalah kulit kendur.

Physical Sunscreen VS Chemical Sunscreen

Penting untuk u all tahu bahawa sunscreen terbahagi kepada dua jenis iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen. Ada lagi satu jenis, hybrid iatu gabungan kedua-dua physical dan chemical sunscreen.

WHAATTT??? Ada beza ke sunscreen-sunscreen ni?? Hey, of course berbeza!!

Bahan berbeza, cara guna pun berbeza.. That’s why kadang-kadang kalau u rasa u dah pakai sunscreen dah elok dah ni cukup 2 jari tapi kenapa masih lagi sunburn??  Haa kalau u ada masalah macam ni, sila teruskan pembacaan ini sehingga habis ya!

#1. Chemical Sunscreen

Pertama, sunscreen jenis “chemical”. Chemical sunscreen bertindak dengan meresap ke dalam kulit, kemudian menyerap sinar UV, menukarkan sinar UV menjadi panas kemudian melepaskan ia daripada badan.

Antara bahan aktif yang biasa digunakan untuk chemical sunscreen adalah avobenzone, octinoxate and oxybenzone. KL suka dengan chemical sunscreen ini sebab antara kelebihannya, chemical sunscreen memberikan perlindungan yang sangat berkesan tanpa perlu berada dalam kepekatan yang tinggi.

Jadi, kita boleh formulasikan dia dengan tekstur yang ringan, tidak melekit dan mudah diratakan pada keseluruhan kulit. Disebabkan itu juga, ia sesuai untuk dipakai setiap hari.

Namun begitu, ada sesetengah chemical sunscreen yang boleh menyebabkan reaksi alergi dan irritation pada kulit sensitif terutama bagi mereka yang mempunyai kulit kering dengan skin barrier yang rosak.

KL faham, ini adalah antara masalah yang akan timbul bila gabungan banyak bahan untuk mencapai perlindungan UVA dan UVB dengan spectrum yang luas. Tambah lagi, semakin tinggi SPF untuk produk sunscreen, semakin tinggi risiko iritasi untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif.

Tapi bertenang, bertenang. Jangan risau. Dengan peredaran masa dan teknologi moden serba canggih zaman sekarang, kebanyakan formula sunscreen mengandungi antioksidan di mana ia boleh menjaga kulit dengan selamat.

Cara Guna Chemical Sunscreen

Tahukah anda?? Haaa.. Bagi chemical sunscreen,  sebenarnya ia memerlukan masa sekitar 20 hingga ke 30 minit untuk bertindak. Bagi masa untuk sunscreen tu meresap masuk ke dalam kulit dan bersiap sedia untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

Macam u all tengok askar beratur di medan perang. Macam tulah juga dengan chemical suncreen. Chemical sunscreen akan memberi kesan perlindungan yang cepat sekiranya terdedah kepada sinaran UV secara langsung. Oleh itu, penting diingatkan untuk menggunakan teknik ‘re-apply’ dengan lebih kerap.

#2. Physical Sunscreen

Beralih pula kepada “physical” sunscreen di mana mekanisma yang dibawa oleh sunscreen jenis physical ini totally different dengan chemical. Physical sunscreen tidak menyerap sinar UV seperti mana dilakukan oleh chemical sunscreen.

Cara physical sunscreen berfungsi adalah ia akan duduk diam je di atas kulit untuk menangkis atau memantulkan sinar UV yang merosakkan kulit. U all bayangkan physical ni macam pemain badminton yang tengah pegang raket ni, bila-bila je shuttle datang dia akan pukul balik. Lebih kurang macam tulah analogi bagaimana physical sunscreen menangkis sinaran UV. Hehehe.

Physical sunscreen juga sering disebut sebagai ‘physical blocker’. Antara bahan aktif yang biasa digunakan dalam physical sunscreen adalah bahan mineral aktif seperti titanium dioksida atau zink oksida. Sikit kelemahan physical suncreen adalah disebabkan zinc oxide dan titanium dioxide adalah serbuk berwarna putih, maka permukaan kulit akan menjadi sedikit putih selepas disapu.

Penampakan warna putih dipanggil sebagai “white cast”. White cast menjadikan beberapa formula tidak sesuai untuk kulit sederhana hingga gelap sebab akan nampak bercapuk lah secara mudahnya.

Tapi bawa bertenang, jangan risau juga ya. Sebab dengan berkembangnya teknologi terkini yang serba canggih, serbuk-serbuk titanium dioxide atau zinc oxide dapat dikecilkan setiap partikel zarah bahan tersebut menjadi sangat-sangat halus sehingga nanopartikel.

Semakin kecil saiz partikel physical sunscreen, semakin kurang masalah white cast dan semakin bagus perlindungan kepada sinaran UV sebab kedudukan sunscreen semakin selamat di permukaan kulit dan tak mudah tertanggal.

Kepelbagaian saiz physical sunscreen dapat diklasifikasikan sebagai bahan baru dengan potensi aplikasi dalam banyak bidang nanoteknologi. Dengan itu, hasil akhir tekstur sunscreen juga menjadi lebih ringan.

Antara kelebihan yang ada pada physical sunscreen ini adalah ia memberikan perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB dengan spektrum luas secara semula jadi.

Cara Guna Physical Sunscreen

Kalau chemical sunscreen hanya akan bertindak selepas 20-30 minit, physical sunscreen pula bila u apply je dia terus buat kerja. Haa gitu. Physical sunscreen terus bukak payung untuk melindungi kulit u all dari sinar UV.

Penggunaan physical sunscreen juga dapat mengurangkan risiko kegatalan kulit yang mana secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk dipakai bagi sesiapa yang mempunyai kulit jenis sensitif. Kalau kulit jenis berjerawat, selalu ada masalah susah nak jumpa produk yang sesuai kan.

Tahukah anda? Physical sunscreen juga dapat mengurangkan risiko kepada pori tersumbat. So memang KL sarankan physical sunscreen kepada sesiapa yang mempunyai masalah jerawat. Jangan lupa physical sunscreen juga perlu dipakai menggunakan teknik ‘re-apply’ketika berada di luar.

Jangan Skip Sunscreen!

skin microbiome haus cosmetics eiyma jalil

Sebenarnya ada lagi satu jenis sunscreen yang best iaitu hybrid sunscreen. Haaa, lagi hebat ni gabungan kedua-dua jenis sunscreen, double the protection! Tapi takpela KL simpan dulu benda best ni, nanti KL share dengan u all.

Yang penting, tak kisahlah u all guna sunscreen jenis apa sekalipun, penting untuk u all menggunakan penjagaan kulit dengan antioksidan terlebih dahulu bagi membantu mencegah tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan pada masa yang sama meningkatkan keberkesanan sunscreen dari gabungan Vitamin C dan E.

Tapi ingattt, walaupun dah guna sunscreen, jangan pulak pergi keluar rumah tayang muka dekat matahari tu pulak yer! Langkah pencegahan perlulah diambil serius bagi memastikan kulit dilindungi sebaiknya daripada sinar UV.

Antaranya adalah dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10 pagi hingga 4 petang kerana sinaran matahari pada waktu ini memang terik.

Walaupun dalam keadaan cuaca mendung, sinar UVA dan UVB masih dapat menembusi permukaan kulit. Oleh itu, jangan sesekali tinggalkan sunscreen. Penggunaan sunscreen bukan hanya apabila melakukan aktiviti luar, ia juga harus dipakai setiap hari meskipun ketika berada di dalam rumah atau pejabat.

Ini kerana sinar UV ini masih dapat melalui kaca, tingkap atau pintu. Terdapat dos yang disarankan untuk memakai sunscreen iaitu 2mg/ cm2 kulit. Untuk bahagian muka, lebih kurang 1/4 hingga 1/3 sudu teh diperlukan bagi seorang dewasa. Atau cara mudahnya kita nyatakan adalah sebanyak 2 jari.

Kesimpulan

Apa yang KL nak tekankan di sini adalah, penggunaan sunscreen sangat penting bagi mencegah kanser kulit dan memperlahankan proses penuaan kulit. Sunscreen yang digunakan haruslah mempunyai kedua-dua fungsi iaitu mencegah daripada sinar UVA dan UVB.

Selain daripada menggunakan sunscreen, pakailah pakaian yang sesuai juga bagi mengelakkan daripada terkena kesan UV secara terus. Contohnya pakai topi ke payung ke, yang boleh digunakan untuk mengelakkan dari terkena UV pada bahagian yang terdedah.

Kalau KL, sebab dah pakai tudung kan, so KL suka gunakan cermin mata atau sunglasses yang besar sikit untuk mengelakkan dari terkena kesan UV. U all pula macam mana? Boleh kongsikan di ruangan komen, nanti KL baca ya.

Love,

KL.

 

 

 

 

Rujukan

1.https://www.drdesjarlais.com/protecting-your-skin/chemical-vs-physical-mineral-sunscreens-pros-and-cons/

2.http://www.dermatology.org.my/pdf/Sunscrens%20Sang%20Suria,%20Sunscreen%20dan%20Kulit%20Anda%20Edit.pdf

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Sunscreen
  2. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1319016419301033
  3. http://www.myhealth.gov.my/awas-sinaran-matahari/
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article