5 Fakta Bagaimana Teknologi Skin Mikrobiome Berfungsi Pada Wajah Anda

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai Assalamualaikum semua! Teka KL baru lepas buat apa? Hehehhe. KL baru lepas photoshoot dengan Brand Advocate HAUS Skin, Izreen Azminda yang cantik menawan! KL cemburu betul dengan kulit dia. InsyaAllah….. Satu hari nanti kulit KL pun boleh cantik macam tu. Sabar dan konsisten. Jangan paksa kulit untuk cantik. Biarkan proses cantik itu berjalan secara semulajadi.

Macam mana nak dapat kulit cantik macam Izreen? Mestilah dengan Teknologi Skin Microbiome. Jenama gergasi Lancome pun dah guna dalam produk mereka. KL pun dah study lama dah tentang teknologi ni. KL juga konsisten pakai dan insyaAllah tak lama je lagi kulit akan sihat semulajadi. #kosabajap dikkkk.

Baca posting KL yang lepas mengenai penggunaan bahan citrus di dalam kosmetik di sini ya.

Teknologi Skin Microbiome

Seperti yang KL jelaskan sebelum ni.. Skin Microbiome atau mikrobiome kulit kita didiami oleh berbillion jenis mikroorganisma yang saling bergantungan antara satu sama lain, untuk menghasilkan satu bentuk kehidupan harmoni yang berfungsi sebagai pertahanan kulit (skin barrier) yang kuat daripada jangkitan atau kerosakan dari persekitaran.

Skin barrier yang sihat dan kuat menjamin kulit yang cantik dan sihat. Bila kulit kuat, datanglah masalah apa pun, bakteria jerawat ke, bakteria gatal ke, insyaAllah kulit u boleh lawan semua tu untuk kekal sihat. Barulah maintain muda remaja gitu u all..

So harini, KL nak kongsikan sedikit fakta mengenai bagaimana Teknologi Skin Microbiome ni memberi kesan WOW kepada kulit u all. KL jamin, lepas baca penulisan KL ni sampai habis, u all akan rasa rugiii sangat sebab tak guna pakai teknologi hebat ni dalam rutin seharian u all.

5 Fakta Bagaimana Teknologi Skin Microbiome Mencantikkan Wajah U All:

#1. Keseimbangan Mikrobiome Kulit yang Optimum Menghalang Jerawat serta Membantu Merawat Jerawat

Siapa yang suka jerawat? KL dulu berkawan baik dengan Cik Wat ni tau.. Iye…. Dulu kulit KL memang teruk. Siapa yang kenal KL dari dulu je yang nampak betapa teruknya keadaan kulit KL sebelum ni. Mujurlah Encik Azizi sayang lagi (TT_TT) Terima kasih bang. Dengan harapan dia tak bacalah blog KL ni yer!

Jerawat ni sebenarnya keadaan di mana apabila kulit kita ni meradang. Macam kita mengamuklah, tak ke huru hara. Bila kulit meradang atau berlakunya inflamasi kulit, kita akan nampak timbulnya bonjolan dari permukaan kulit. Tak kiralah sama ada bonjolan tersebut mempunyai cecair di dalamnya, atau tidak. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada jerawat. Salah satunya adalah kehadiran sejenis bakteria dari species Propionibacterium Acnes (P. Acnes) yang menyebabkan jangkitan pada kulit.

Bakteria Jerawat P.acnes

P.Acnes merupakan antara bakteria yang hidup pada kulit manusia. Ia juga salah satu spesis hidupan mikrobiome kulit, cumanya…  Jumlah yang banyak akan mendatangkan masalah kulit seperti jerawat, keradangan dan kulit menjadi kemerahan. Haa itu tandanya kulit u all meradang la tu.

P. Acnes sebenarnya boleh dikawal. Ramai tak tau yang kita boleh kawal pembiakan bakteria di wajah kita. Macam mana? Senang jer! U all hanya perlukan keseimbangan mikrobiome yang baik. Mikrobiome yang seimbang pada kulit seseorang membolehkan bakteria pathogenik (yang menyebabkan penyakit) seperti P. Acnes terbantut pembiakannya, disebabkan persaingan sumber nutrient dengan bakteria baik yang lain.

Persekitaran Mikrobiome Kulit yang Seimbang Menjamin Kesihatan Kulit

Kehidupan Skin Microbiome yang seimbang dan harmoni telah terbukti dapat menyuburkan lagi kandungan bakteria baik disamping merencat percambahan enteropathogens dengan persaingan sumber nutrient, serangan tindak balas bakteria baik melawan bakteria pathogenic seperti P. Acnes, persaingan terhadap tapak ‘receptor’ pada kulit, serta penghasilan bahan metabolit sekunder yang bersifat anti-bakteria yang membunuh terus bakteria pathogenic tersebut.

Secara tidak langsung, kajian-kajian ini membuka mata dunia bahawa sebenarnya, kulit kita sendiri dapat melawan dan membunuh bakteria penyebab jerawat ini dengan hanya mikrobiome kulit yang optimum. Ianya adalah proses semulajadi dan selamat. Tak perlu suntik sana sini untuk kulit cantik ya. Disebabkan inilah, KL selalu tekankan Teknologi Skin Microbiome di dalam produk kosmetik mempunyai manfaat yang terbaik untuk kesihatan kulit u all!

#2. Mikrobiome Yang Seimbang Akan Memberikan Skin Barrier Yang Kukuh

Umum tahu kulit adalah organ yang terbesar dan terdiri daripada beberapa lapisan dan ada banyak jenis sel-sel yang kesemuanya mempunyai fungsi mereka yang tersendiri contohnya seperti corneocytes, melanocytes, sel Langerhans dan lain-lain. Di samping jenis-jenis sel, morphologi struktur rupa bentuk sel kulit epidermis kita sebenarnya menyerupai ‘brick and mortar’, iaitu struktur seumpama dinding batu bata yang dilekat dengan simen. Biasa tengok rumah yang tak siap lagi tu kan. Macam tu la lebih kurang.

Analoginya begini. Umpamakan ‘bata’ sebagai sel corneocyes, dan ‘simen’ adalah jaringan matriks intrasel (antara sel dalaman) yang terdiri dari lipid lemak. Corneocytes bertindak sebagai bata iaitu penghalang fizikal kemasukan molekul asing ke dalam kulit. Manakala matriks intrasel memastikan jaringan tersebut melekat dengan baik bagi membolehkan element seperti air, oksigen, serta nutrient lain diserap, sementara mengurangkan air disejat keluar dari dalam kulit.

Maaf ya, kompleks sikit kelas harini. Hehehheh. Harap u all fokus sebab KL pun kadang-kadang tak tercakap juga dalam live. Banyak sangat benda nak kena cakap. Haa itu yang keluar blog Eiyma Jalil ni. Khas untuk penulisan fakta-fakta kosmetik dari KL terus kepada u all. Senang nak refer kan. OK sambung.

Sistem Pertahanan Kulit (Skin Barrier)

U all biasa sebut skin barrier kan. Tapi u all faham ke apa dia skin barrier tu? Jangan pakai sebut je dikk, make sure u faham betul-betul ok. Kenapa KL terangkan pasal rupa bentuk kulit yang macam batu bata kat atas? Sebab.. Kesemua ini dinamakan sebagai fungsi pendiding (barrier function).

Fungsi pendinding ialah kebolehan struktur kulit menyerap bahan-bahan yang bermanfaat untuk kulit pada masa yang sama, ia juga menyekat kemasukan infeksi luaran, disamping menjadikan kulit sebagai pertahanan yang kuat dan optimum.

Fungsi pendiding yang optimum sangat-sangat penting untuk mengekalkan kulit lembap, mengurangkan masalah kulit kering dan dehidrasi, serta mengurangkan Trans-Epidermal Water Loss (TEWL) iaitu keupayaan kulit untuk membendung jumlah air yang mencukupi.

Kepentingan Skin Barrier

Jangan lupa ya, badan manusia terdiri dari sekurangnya 60% air. Ini membuktikan bahawa air amat penting untuk fungsi metabolisma tubuh. Kandungan air yang tidak mencukupi akan menyebabkan fungsi badan terjejas, seterusnya boleh menyakibatkan pelbagai penyakit.

Secara tak langsung, ia adalah tanggungjawab fungsi skin barrier. Bila fungsi skin barrier ini terjejas, kulit akan menjadi kering, timbullah masalah penuaan pra-matang, kulit berminyak dan berjerawat, kulit kusam dan sebagainya.

Kajian Mendapati Bahawa….

KL memang suka baca kajian. Ilmu perlu dicari, ilmu tak datang bergolek. Sebab tu KL ucapkan terima kasih dan tahniah kepada u all yang sudi mencari ilmu di blog KL ni.

So kita sambung… Kajian terkini mendapati mikrobiome yang hidup pada kulit memberi impak yang amat besar dalam memberikan keadaan struktur kulit yang optimum. KL kongsikan satu kajian terhadap struktur kulit yang rosak akibat luka. Keadaan itu menyebabkan skin barrier terjejas dan memerlukan keupayaan mikrobiome yang seimbang untuk ianya pulih [sumber].

Biasanya, kulit orang yang ada masalah kronik seperti diabetes atau biasa kita panggil kencing manis, selalunya mempunyai fungsi skin barrier yang terjejas. Yang mana ia seolah memberi laluan untuk bakteria pathogenic menjangkiti kulit, seterusnya menyukarkan lagi pemulihan luka tersebut.

Sebab tu kalau ada kencing manis, mesti dikaitkan dengan keadaan anggota tubuh yang perlu dipotong sebab sistem pertahanan kulit dah tak mampu nak melawan dan memperbaiki jangkitan yang berlaku. Namun, dengan adanya mikrobiome yang seimbang, insyaallah… Fungsi pertahanan kulit ini dapat dikawal.

Ada juga kajian yang lain telah mendapati bahawa pesakit yang mempunyai masalah kulit seperti Actopic Dermatitis di mana kulit menjadi sangat sangat kering, gatal dan kemerahan disebabkan fungsi skin barrier yang bermasalah, mempunyai tahap mikrobiome kulit yang tidak seimbang, dan jauh berbeza berbanding kulit yang sihat [sumber].

Kajian klinikal dari makmal L’oreal juga mendapati, pengguna krim yang mengandungi mikrobiome Bifidobacterium Longum mempunyai ‘skin barrier’ yang lebih kukuh, tahan lasak dan tebal. Ujikaji dijalankan dengan melekatkan pita pelekat pada kulit, kemudiannya mengupasnya dari kulit. Pengguna krim dengan probiotik memerlukan lebih banyak pelekat untuk memusnahkan ‘skin barrier’ mereka, berbanding mereka yang menggunakan kirim tanpa probiotik tersebut.

#3. Mengurangkan Tahap Reaktif Kulit

‘Kulit Reaktif’ ni sebenarnya macam kulit sensitiflah. KL nampak masalah kulit sensitif ni semakin banyak dialami oleh masyarakat zaman sekarang, di mana kulit amat mudah ber’reaksi’ dengan sebarang bahan lain secara langsung atau tidak langsung sama ada perubahan dari persekitaran.

Contoh perubahan dari persekitaran tu adalah pencahayaan yang lebih terik dari biasa, keadaan yang berdebu dan berhabuk, terdedah kepada asap dan pencemaran udara, tahap UV indeks yang lebih tinggi, suhu yang berubah, dan seumpamanya. Termasuk jugalah tindakbalas terus kepada kulit seperti penggunaan produk penjagaan kulit dan kosmetik.

Penggunaan Produk Kosmetik

Tidak dinafikan, penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai memang menambahkan lagi masalah kulit. Contohnya penggunaan skrub atau produk pengelupasan tanpa pemerhatian terhadap ketahanan kulit, boleh mengakibatkan kitaran kulit sensitif yang berulang-ulang. Ini yang KL katakan u tak bagi masa pada kulit u untuk terima sesuatu bahan yang baru.

Penting untuk KL ingatkan ya. Kalau u all pakai guna je produk pengelupasan (exfoliation) tanpa ikut rutin.. Tanpa kawalan.. Tak kiralah sama ada berbentuk fizikal seperti scrub, atau bahan kimia seperti Alpha Hydroxy Acid dan Beta Hydroxy Acid (AHA/BHA), ermmm selamatlah merosakkan keseimbangan skin microbiome semulajadi di kulit u all ya..

Kajian Ke Atas Tahap Reaktif Kulit

Kajian lagi ya, dengan KL maaflah sebab KL hanya akan bercakap mengikut fakta. Hasil kajian yang dijalankan oleh ibu pejabat L’oreal Research di Clichy Cedex, Perancis menyatakan bahawa, bakteria Bifidobacterium Longum, iaitu sejenis mikrob baik yang hidup secara semulajadi di saluran pencernaan manusia, berupaya mengurangkan tahap reaktif kulit melalui ujian klinikal yang dijalankan terhadap 66 wanita [sumber].

Hasil kajian mereka selama 2 bulan itu mendapati, penggunaan krim dengan kandungan probiotik Bifidobacterium secara berterusan berjaya mengurangkan tahap sensitiviti kulit secara berterusan dan berpanjangan. Wanita-wanita tersebut yang sebelum ini amat sensitif dengan bahan kosmetik seperti Lactic Acid, iaitu sejenis AHA, kemudiannya mempunyai ketahanan kulit yang lebih tinggi serta kurang merasai kesakitan dan pedih terhadap bahan AHA tersebut.

#4. Meningkatkan ‘Immuniti’ Kulit

Jangan ingat badan je ada sistem imun. Kulit kita pun anggota tubuh juga. Tambah lagi, kulit ni lah anggota tubuh yang paling besar. U all boleh bayang tak betapa pentingnya sistem pertahanan kulit yang baik dan cemerlang apabila kulit kita melitupi seluruh tubuh.

Sel Langerhans pada kulit berfungsi sebagai reseptor iaitu penerima yang akan trigger proses imunisasi badan jika ia mengesan kehadiran bendasing bersifat pathogenic. Apabila berlakunya jangkitan luaran, sel Langerhans akan melitupi pathogen tersebut dan memproses pathogen tersebut supaya boleh dineutralkan oleh antibodi badan.

Kehadiran hidupan mikrobiome yang harmoni juga adalah untuk ‘mendidik’ sel-sel imun kulit, iaitu T Cells untuk membezakan antara mikrob pathogenic dengan bakteria baik yang membantu keseimbangan kulit, agar reaksi imunisasi yang sepatutnya dapat dihasilkan.

Sistem Imun dan Penyakit Kulit

Sejenis bakteria yang hidup pada mikrobiome kulit, Staphylococcus Epidermis berinteraksi dengan sistem imuniti pada kulit untuk memperkuatkan lagi imuniti ketahanan kulit terhadap jangkitan pathogen.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang berkait dengan ketahanan imunisasi seperti Eczema, Psoriasis dan Actopic Dermatitis, sistem imunisasi yang terjejas boleh menyebabkan kulit mereka sentiasa akan mengalami masalah tersebut secara berterusan, dan kitaran ini akan sentiasa berulang.

Biasanya, pesakit eczema biasanya akan diberikan ubat seperti Steroid. Tapi sebeanrnya ia hanya akan membantu melegakan kesakitan dan kegatalan, bukannya menyembuhkan masalah ini, kerana ia berkait dengan imuniti badan. Pesakit Actopic Dermatitis (AD) juga didapati mempunyai mikrobiome kulit yang tidak seimbang, dengan tahap bakteria Staphylococcus Aureus (pathogenic) yang lebih tinggi, menyebabkan system imuniti tubuh juga terjejas.

Hasil Kajian Kulit Eczema dan Atopic Dermatitis

KL kongsikan lagi satu kajian yang dijalankan oleh Johnson & Johnson Consumer, Inc pada tahun 2017 mendapati, penggunaan krim AVEENO® Eczema Therapy Moisturizing Cream yang diformulasi khas untuk pesakit Eczema dan Actopic Dermatitis (AD), berupaya untuk[sumber]:

  1. Mengurangkan tahap (severity) AD sehingga 50% selepas hanya 7 hari penggunaan
  2. Mengurangkan tahap (severity) eczema sehingga 50% selepas 14 hari penggunaan
  3. Mengurangkan tahap kegatalan sehingga 60% selepas 14 hari penggunaan
  4. Meningkatkan kepelbagaian mikrobiome kulit berbanding losyen tanpa probiotik.

#5. Berupaya Mempertahankan Kulit Daripada Kerosakan UV

Haa, u all keluar rumah pakai sunscreen ke tidak ni? KL tau, masih ramai yang culas betul tak… U all tau tak sinaran UV boleh tembus lapisan kulit manusia dengan begitu mudah sekali. Pakejnya, dia bukan masuk saja-saje dikkk. UVA menyebabkan kerosakan DNA, kerosakkan terhadap sel kulit sihat, termasuklah potensi kanser kulit iaitu melanoma.

Disebabkan itu, World Health Organization (WHO) menyarankan semua individu menggunakan produk sunscreen untuk melindungi dari sinaran UV apabila terdedah pada matahari.

Memang kulit kita berupaya mempertahankan diri dari kerosakan UV dengan cara memperbaiki DNA dan komponen-komponen kulit lain yang rosak dengan segala nutrient yang ada pada badan. Masalahnya, bila kerosakan terlalu teruk, sel kulit akan dengan sendirinya melalui proses apoptosis, dimana ianya akan ‘membunuh diri’ agar sel-sel lain tidak terjejas.

Kajian Skin Microbiome Membantu Kesan UV

Membaiki Sel DNA Kulit

Kajian terkini mendapati bahawa kehidupan mikrobiome kulit juga berfungsi membantu merawat sel-sel kulit daripada rosak akibat UV, termasuklah membantu merawat DNA yang telah rosak.

Satu kajian daripada Chemisches Laboratorium Dr. Kurt Richter GmbH, di Berlin, Germany, mendapati terdapatnya pengurangan jumlah sel-sel yang melalui proses Apoptosis ini setelah diradiasi dengan UV apabila ditambahkan dengan probiotik Bifida Ferment Lysate. Kajian yang sama mendapati Bifida Ferment Lysate berupaya meningkatkan activiti baik pulih sel-sel DNA.

Merencatkan Pembiakan Sel Kanser

Paling menakjubkan, satu kajian dari Department of Dermatology, University of California, USA mendapati Stephylococcus Epidermis yang merupakan salah satu bakteria pada mikrobiome kulit yang sihat, menghasilkan molekul yang merencat enzim DNA Polymerase, iaitu satu enzim yang penting dalam pembiakan sel.

Apa yang menariknya, molekul 6-HAP ini hanya menyekat pembiakan sel tumor, iaitu sel yang telah rosak akibat UV. Ujian tersebut dijalankan ke atas sel B16F10 melanoma, iaitu sel kanser kulit. Saiz tumor yang besar berjaya dikecilkan adalah lebih 60% pada tikus makmal berbanding rujukan (tanpa 6_HAP).

Pada akhir kajian, penyelidik tersebut berpendapat mikrobiome kulit berpotensi untuk menyekat dan mengurangkan potensi kanser kulit dan berkemungkinan boleh digunakan sebagai rawatan pencegahan kanser [sumber].

Kesimpulan

Amacam, panjang sikit kelas harini. Apa yang boleh KL simpulkan di sini adalah, macam mana pun tahap kesihatan kulit u all semuanya akan berbalik kepada kesihatan skin microbiome setiap individu. Skin microbiome bukan sahaja untuk mengelakkan jangkitan, malah juga untuk kulit yang flawless, bebas jerawat, kulit yang lembap dan terhidrat, kuat dan tidak mudah sensitif, mempunyai ketahanan imuniti yang kuat serta pengurangan potensi kerosakan DNA akibat UV.

KL faham, memang mustahil untuk u all nak pastikan sama ada penggunaan sesuatu produk kosmetik yang u all guna tidak akan sesekali merosakkan keseimbangan skin microbiome semulajadi ini. Sebab itulah KL sarankan guna produk yang u all tahu apa bahan di dalamnya. Bukan terus beli dan pakai je. Bahaya tu diknon….

Kalau u all nak tau banyak lagi ilmu kosmetik yang berdasarkan fakta sahaja, maka jangan lupa follow KL di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, dan YouTube: Eiyma Jalil supaya tak terlepas update terkini dari KL ok?

Semoga bermanfaat untuk kali ini, sekian Assalamualaikum..

Love, KL.

Rujukan:

  1. Bifidobacterium longum lysate, a new ingredient for reactive skin https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1111/j.1600-0625.2009.00932.x
  2. Frank, D. N. et al. Microbial diversity in chronic open wounds. Wound Repair Regen. 17, 163–172 (2009).Skin Microbiome and its Role in Skin Barrier Dysfunction and Atopic Dermatitis https://www.researchreview.co.nz/getmedia/48d9fa34-9f9f-4502-b8dd-c4f7b44b5d3e/Educational-Series-Skin-Microbiome-and-its-role-in-Atopic-Dermatitis-Derm.pdf.aspx?ext=.pdf
  3. Effects of Topical Lotions on the Atopic Dermatitis Skin Microbiome and Associations with Itch and Skin Barrier Function https://www.aveenomd.com/sites/aveenomd_us/files/avn_et-mc-balm-microbiome_clinicalposter-final.pdf
  4. A commensal strain of Staphylococcus epidermidis protects against skin neoplasia https://advances.sciencemag.org/content/4/2/eaao4502 
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article