Benarkah Menthol Mengeringkan Kulit? Mengapa Ia Digunakan Dalam Formulasi Pelembap Bibir?

menthol eiyma jalil haus cosmetics
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai assalamualaikum..Semoga para pembaca yang dikasihi sihat walafiat.. Sebenarnya sejak kebelakangan ni KL agak down dengan beberapa isu yang berlaku di pejabat. Tapi takpe, KL percaya apa sahaja yang berlaku, ada hikmahnya Insya-Allah… Pengalaman itu yang mengajar dan mematangkan kita. Ujian tanda Allah sayang kan?

So jom kita pandang terus ke hadapan! Ada banyak benda lagi nak kena buat ni. Harini KL nak bawakan topik mengenai satu bahan yang sejuuuuk dingin di dalam kosmetik. Quite popular juga, penggunaannya telah pun meluas terutaman di dalam produk penjagaan diri, penjagaan kulit, malah juga dalam produk kosmetik.

menthol mengeringkan kulit

Ia adalah, Menthol.. Kalau u jenis yang teliti pilih produk, u baca ingredient list, mesti u akan selalu jumpa bahan ni betul? Ramai yang takut dengan bahan ni sebab katanya Menthol ni mengeringkan kulit. Are u sure? Sejauh mana kebenarannya tu? U all hati-hati tau, jangan terus amik dan percaya bulat-bulat dengan setiap kata-kata orang. Jom kita study sama-sama.

Sebelum tu, jangan lupa baca penulisan KL mengenai Teknologi Skin Microbiome di sini.

Apa Itu Menthol?

Menthol adalah sebatian organik yang dihasilkan secara sintetik atau diperoleh dari minyak pati Peppermint atau lain-lain minyak Mints. Mentha arvensis merupakan salah satu species utama yang digunakan untuk menghasilkan kristal menthol semulajadi dan juga flakes menthol semulajadi. Hasil pengekstrakan dari minyak pati Mint akan menghasilkan minyak yang akan membeku dengan cepat. Pembentukan kristal itulah dipanggil menthol.

Penggunaan Menthol di dalam Industri

Macam yang KL nyatakan sebelum ni, penggunaan Menthol dalam industri bukanlah sesuatu yang baru. Menthol digunakan secara meluas dalam kosmetik dan juga dalam produk penjagaan diri.

Antara tujuan penggunaan menthol adalah ia digunakan sebagai Flavoring Agent yang mana bahan ini akan menghasilkan perasa atau rasa kepada produk. Apa dia perasa dan rasa tu? Haaaa, yang u all rasa sejuuukkk dingin tu lah…

Ia juga digunakan sebagai bahan untuk bau-bauan di dalam produk. Menthol mempunyai rasa dan bau Peppermint kerana penghasilannya adalah dari ekstrak minyak Peppermint.

Keunikan Bahan Menthol

Macam mana Menthol boleh buat rasa sejuk di kulit? Hebatnya Menthol ni adalah ia berupaya merangsang penerima deria rasa sejuk (cold-sensitive receptor) di dalam kulit yang menghasilkan sensasi dingin apabila berlaku sentuhan pada kulit, disedut atau dimakan.

Menthol juga ada ciri-ciri anesthetic yang bertindak dalam melegakan sakit tekak dan iritasi yang ringan. Menthol juga digunakan secara meluas dalam bidang penjagaan pergigian sebagai ejen antibakteria topikal yang menentang beberapa bakteria seperti Streptococci dan Lactobacilli dengan berkesan.

Topical Analgesic

KL faham, ada yang tak jelas apa benda pulak topical analgesic ni kan. Takpe-takpe, jom kita study sama-sama ya. Untuk pengetahuan u all, Menthol juga digunakan sebagai Topical Analgesic di mana penggunaannya adalah untuk melegakan sakit yang ringan seperti cramp otot, seliuh, sakit kepala dan sebagainya.

Kebiasaannya untuk penggunaan tersebut, Menthol akan digunakan bersama bahan lain seperti Eucaplyptus Oil dan lain-lain. Menthol juga digunakan dalam produk seperti Inhaler atau cream bagi melegakan sinus. Menthol berkesan melegakan aliran udara dengan lebih baik dan lancar, pernafasan juga menjadi lebih baik.

Kesan Sampingan Penggunaan Menthol

Sebenarnya, tak kiralah bahan apa pun u all tetap kena berhati-hati dengan penggunaannya. Macam untuk Menthol, ia tidak akan menimbulkan iritasi atau mengeringkan kulit DENGAN PENGGUNAAN YANG BETUL dalam setiap produk. Kesan allergi mungkin akan terhasil untuk yang berkulit sensitif, walaubagaimanapun ia sangat-sangat jarang berlaku sebab penggunaan menthol dalam produk dikawal ketat.

Jadi, KL nasihatkan kalau berlaku iritasi selepas menggunakan sesuatu produk, teruslah berjumpa doktor yang bertauliah ya. Tolonglah jangan cuba diy sendiri apa-apa ubat dari rumah. Tapi, kebiasaannya u all tak perlu risau sebab penggunaan Menthol selalunya untuk menghasilkan rasa nyaman dan menyegarkan sahaja.

menthol keringkan kulit eiyma jalil haus cosmetics

Menthol Menyebabkan Iritasi Pada Kulit?

Ada orang yang sesetengah individu merasakan bahawa penggunaan produk penjagaan diri seperti pencuci muka atau pelembab bibir atau sebagainya yang mengandungi menthol boleh menyebabkan berlakunya irritasi pada kulit atau kulit menjadi sedikit kering kerana kesan sensasi dingin yang telah dihasilkan. Rasa sensasi dingin tersebut disebabkan oleh kesan menthol pada penghujung saraf (nerve ending) yang mana menghasilkan Tingling Sensation.  Perlu diingatkan juga bahawa penggunaan menthol adalah untuk luaran sahaja sekiranya ia adalah produk kegunaan untuk tujuan kosmetik yang tertentu.

Penggunaan Menthol di dalam Kosmetik

Sebagai seorang yang bertanggungjawab menghasilkan formulasi kosmetik, KL nampak penggunaan Menthol sudah tidak asing lagi. Ini adalah kerana Menthol memberi bau dan rasa yang menyamankan. KL pun suka produk yang ada Menthol, rasa sejuuuuukk dan lebih segar!

Selain kosmetik macam skincare, antara produk yang menggunakan Menthol adalah ubat gigi, penyegar mulut, shampoo, perapi rambut, krim pencukur, pelembab bibir dan banyak lagilah. Disebabkan kesan dingin Menthol ni, maka banyaklah produk macam krim dan losyen menggunakan Menthol dalam formulasi mereka.

Menthol membantu melegakan dan menenangkan kulit yang terbakar selepas terdedah kepada cahaya matahari. U all boleh rasa kan kalau lepas kena panas, mesti akan rasa kulit tegang, pedih. Lepastu mulalah merah merah macam udang kena bakar. Jadi, carilah krim atau losyen dengan Menthol untuk kesan lega dan dingin di kulit.

Kepentingan Melembabkan Bibir

Haaaa, KL tahu ada yang cakap Menthol mengeringkan bibir kan?  Sebab tu KL keluarkan penulisan ni. Jom kita go through sama-sama. Penggunaan lip balm atau pelembab bibir telah menjadi pilihan sejak sekian lama bagi membantu masalah bibir kering dan merekah. Dengan penggunaan pelembap bibir secara rutin, bibir akan menjadi lebih lembap, lembut dan juga membantu mengekalkan kemungilan bibir.

Sebenarnya, u all tahu tak penggunaan pelembap bibir pada waktu malam memberi kesan yang lebih optimum.

Bagi mengurangkan kehilangan kelembapan pada waktu tidur, kita digalakkan untuk menggunakan pelembap bibir sebelum tidur. Apabila u bangun tidur, bibir u akan rasa moist, anjal, dan sihat. Bibir yang sihat adalah dalam keadaan merah atau pink semulajadi. Bibir adalah kawasan yang sensitif dan perlukan penjagaan yang lebih manja gitu.

Ini kerana terdapat banyak saluran darah yang berada pada dasar bibir dan sentiasa memerlukan kelembapan bagi mengelakkan bibir menjadi kering dan merekah. Penggunaan pelembap bibir akan memastikan bibir sentiasa dalam keadaan terhidrat dan lebih cepat pulih dari keadaan merekah atau kering.

Menthol Sebagai Pelembap Bibir

Hati-hati dalam memilih pelembap bibir ya sebab penggunaan bahan yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah pada bibir u kerana kawasan bibir adalah paling sensitif. Satu tips dari KL, bagi mengelakkan bibir menjadi kering, pemilihan bau-bauan yang berlebihan perlu dielakkan. Antara bahan yang sering digunakan dalam pelembap bibir adalah Shea Butter.

#1.  Melancarkan pengaliran darah

Selain dari itu, Menthol juga adalah salah satu bahan yang boleh digunakan dalam produk ini. Tahukah anda bahawa Menthol juga  berkesan dalam memperbaiki pengaliran darah. Sebab tulah Menthol diperkenalkan ke dalam produk bibir seperti pelembab bibir. Tak pernah pakai Menthol di bibir sebab tak selesa? Cuba Crystal Shine Magic Lipstick dari HAUS Cosmetics.

#2. Kesan bibir mungil

Apabila pengaliran darah baik di sekitar kawasan bibir, u all akan nampak kesan bibir yang lebih mungil dalam jangka masa yang tertentu. Kalau u dah makan-makan semua, touch up la balik. Bahan Menthol menjadi pilihan dalam produk bibir bagi bertujuan untuk menghasilkan kesan bibir yang penuh tanpa melibatkan sebarang pembedahan.

#3. Mengurangkan iritasi, menenangkan bibir

Menthol membantu mengurangkan iritasi dan rekahan bibir yang mana ia membantu dalam melegakan dan meningkatkan kelembapan pada bibir. Hasilnya, bibir kembali anjal dan sihat berseri. Menthol dapat memberi rasa yang nyaman dan menyegarkan terutamanya pada kulit yang mengalami iritasi, pedih dan masalah lain yang mengganggu bibir. Aroma dari Menthol membantu terapi keadaan yang lebih menenangkan ditambah lagi dengan gabungan rasa sensasi dingin yang menyegarkan.

#4. Base/primer sebelum produk bibir

Pelembap bibir yang mengandungi Menthol boleh digunakan sebagai langkah persediaan untuk memastikan bibir sentiasa lembap dan bersedia sebelum diletakkan produk-produk lain seperti lipcream, lipmatte, lipstick, liptint atau whatever lip yang u pakailah. Pelembap bibir membantu mengurangkan tekstur kering dan mengurangkan garisan-garisan di bibir. Hasilnya, pemakaian lipstick akan menjadi lebih menarik dan kekal di bibir dalam tempoh yang lebih lama.

Kesimpulan

Jadi apa kesimpulan yang u all dapat dari topik kali ini? Hehehheh. Jelas kan bahawa penggunaan Menthol di dalam produk bibir adalah tidak mengeringkan pun, malah banyak lagi manfaat dan kebaikannya. Walau bagaimanapun, penerimaan atau reaksi setiap individu akan berbeza. Bagi masa untuk kulit u all terima sesuatu bahan tu.

Nak pilih produk untuk bibir ni kena lebih hati-hati tau. Bahan yang bagus akan memberi kesan yang baik dan mengurangkan masalah yang dihadapi, bukannya menambah lagi masalah bibir u. KL ada beberapa bahan yang lain contohnya Palmitoyl Hexapeptide-12, Fermented oil, dan adalah beberapa lagi yang memang terbukti bagus untuk bibir selain dari Menthol ni.

Kalau nak tau apa dia bahan yang KL sebutkan tu, jangan lupa follow KL di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube, dan Twitter: Eiyma Jalil. Hampir setiap hari KL memang suka berkongsi ilmu kosmetik dan teknologi-teknologi yang terbaru. Daaaan, ada juga tips berbisnes hehehe.

Cukuplah untuk kali ni dulu ya. Jumpa lagi di next entry! Assalamualaikum.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article