Penggunaan Bahan Citrus Menyebabkan Kulit Lebih Sensitif Kepada Sinaran UV? Blood Orange Membuktikan Sebaliknya!

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai assalamualaikum semua. Maaflah KL agak sibuk kebelakangan ni dengan program LIVE setiap hari, dengan kerja di pejabat lagi, dengan jadual gym lagi, nak pergi shopping reward emas untuk agent-agent HAUS lagi.. Syukur alhamdulillah atas segala pengisian rezeki ini..

Penggunaan Bahan Citrus Blood Orange Menghakis Kulit?

Sebenarnya topik kali ni, ada sorang customer yang bertanya kepada KL. Katanya penggunaan bahan citrus macam Blood Orange ni bahaya untuk kulit sebab tajam menghakis. Haa? Seriouslah u all ni.. KL tak pernah dengar pula tapi rupanya lepas KL buat some research, memang ada orang yang bagi info macam ni.

So KL pun teruslah dapat idea nak “publish”kan penjelasan sebenar mengenai isu ini di blog KL supaya u all boleh dapat fakta dan ilmu baru dalam dunia kosmetik.

Sebelum tu, jangan lupa baca fakta mengenai teknologi Skin Microbiome di sini ya.

Keluarga Buah-Buahan Citrus

Tak kenal maka tak cinta. So jom berkenalan dengan “citrus family”! Keluarga buah-buahan citrus seperti oren, limau, lemon dan seumpamanya terkenal dengan rasanya yang masam dan baunya yang unik dan tersendiri. Dengan itu, penggunaanya sebagai perisa dalam makanan, bahan pewangi dan sebagainya sudah tidak asing lagi.

Dalam tak sedar, dengan rasanya yang berasid tu, ada 1001 khasiat dan baaaanyak nutrien penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Apabila bercakap mengenai khasiat buah-buahan ini, kandungan Vitamin C yang tinggi adalah perkara pertama yang akan terlintas dari kotak pemikiran u all betul?

Vitamin C

Kandungan Vitamin C yang terdapat di dalam buah-buahan citrus bertindak sebagai ejen antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Dengan itu, ia mampu menguatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko penyakit lain.

Selain daripada Vitamin C, buah-buahan citrus juga mengandungi banyak vitamin dan mineral termasuk potasium, folat, kalsium, magnesium, fosforus dan sebagainya. Elemen-elemen ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan serta kesejahteraan pemakanan secara keseluruhan. Kalau u all selesema, demam, atau rasa tak sihat, mesti u all cepat-cepat cari buah oren kan?

Blood Orange Dengan 25x Ganda Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air yang penting. Ia memainkan fungsi yang penting dalam pembentukan kolagen, iaitu komponen utama kepada  kebanyakan tisu penghubung (connective tissue) dalam tubuh badan. Sebab tulah pakar-pakar kecantikan selalu tekankan kepentingan kolagen untuk kulit yang sihat.

U all tahu tak, buah Blood Orange mengandungi 25x ganda lebih Vitamin C berbanding buah oren biasa tau. Dan… KL pilih Blood Orange ni dalam rangkaian produk penjagaan kulit HAUS Skin bukan saja-saja. Hehehheh mestilah KL dah study dulu kelebihan Blood Orange dan KL akan pilih buah yang lebih istimewa berbanding buah lain.

Fungsi Vitamin C di dalam Blood Orange

#1. Penyembuhan Luka dan Pembaikan Sel Tisu

Kolagen yang mencukupi sangat penting untuk memastikan ligamen, tendon, dentin, kulit, salur darah dan tulang menjadi kuat, serta membantu dalam penyembuhan luka dan pembaikan tisu. Tisu-tisu tubuh akan menjadi lemah jika terdapat kekurangan Vitamin C dalam tubuh badan.

#2. Anaemia dan Stress

Vitamin C juga dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih cepat. Manfaat ini penting untuk golongan vegetarian dan amat disarankan kepada individu yang sering mengalami masalah anemia dan stress. Lepas ni kalau stress, bukan cari coklat ya… Pergi cari buah oren, stress hilang, badan sihat, kulit pun cantik!

#3. Mengurangkan Selesema

Sebenarnya KL ada satu fakta yang mungkin mengejutkan sebahagian pembaca di sini. Dah ready?

“Vitamin C sahaja tak boleh sembuhkan selesema dik…”

Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian telah melaporkan keberkesanan Vitamin C dalam MENGELAKKAN simptom yang ada menjadi lebih teruk dan berpanjangan. Itu sahaja.. ia bukan ubat sayangku, kalau nak ubat sila ke klinik yer.

#4. Folik Asid

U all pregnant, mesti doktor pesan makan asid folik kan? Sekejap KL kenalkan dengan Folate, ia sama macam Vitamin C, merupakan vitamin larut air. Folate penting untuk penghasilan dan tumbesaran sel-sel baru. Ia membantu tubuh untuk menghasilkan DNA dan RNA, serta sel darah merah yang matang. Dengan itu, ia mampu menghalang masalah anemia daripada berlaku.

Pengambilan asid folik yang lebih tinggi iaitu 400 mcg telah terbukti dapat menghalang kecacatan tiub saraf dan kecacatan kelahiran yang teruk seperti yang dilaporkan oleh Centers for Disease Control and Prevention pada tahun 1992. Sejak itu, vitamin ini dijadikan sebagai makanan tambahan yang baik untuk wanita hamil.

Jadi, apa kaitan Vitamin C ni dengan asid folik pula KL ooiii…… Dengar ni dik, kajian mendapati segelas jus oren sebanyak 225ml dapat membekalkan 75 mcg asid folik.. Haa, kombo manfaat u all!

#5. Sistem Penghadaman

Tak ketinggalan.. Kebanyakan pakar pemakanan juga selalu menyarankan pengambilan buah-buahan citrus dalam bentuk segar supaya segala manfaat serat yang penting untuk sistem penghadaman dapat diserap dan melancarkan aliran keluar bahan buangan daripada badan.

#6. Rutin Penjagaan Kulit

Inilah kebaikan yang paling KL suka! Atas kecintaan KL dalam dunia kecantikan dan kosmetik, KL akan cerita lebih sikit ya. Hehheheh…

Selain daripada khasiat Vitamin C kepada sistem dalaman tubuh badan, buah-buahan citrus juga digunakan sebagai salah satu ramuan di dalam rutin penjagaan kulit sebagai pendekatan yang lebih semulajadi untuk merawat masalah kulit seperti bintik-bintik hitam dan jerawat.

Ya, hasilnya memang memberangsangkan. U all boleh nampak perbezaan yang agak ketara dalam beberapa tempoh. Tapi sebenarnya, penggunaan buah-buahan citrus ini SECARA TERUS (directly) ke permukaan wajah boleh membawa lebih banyak kerosakan pada kulit berbanding kebaikan. Maksudnya u ambik buah tu fresh-fresh tepek kat muka!

U all kena hati-hati.. KL faham, ada yang suka lebih jimat, ada yang suka lebih natural.. Tapi u kena tahu, kandungan asid dalam buah-buahan citrus boleh menyebabkan kesan rengsangan (irritation) kepada kulit. Kesian kulit u all.. Tambah lagi kalau kulit yang jenis sensitif dan sering terdedah kepada cahaya matahari dalam aktiviti seharian. Lama kelamaan, kulit u akan jadi sangat kering, kemerah-merahan dan mengelupas. Lebih teruk lagi kalau tahap kulit jadi melepuh dan u  akan rasa sakit sangat.

Kesan Phyto-Fotodermatitis

Kenapa boleh jadi macam tu? Ada beberapa kajian saintifik telah mengesahkan keadaan ini sebagai phyto-fotodermatitis. Phyto-fotodermatitis ini adalah keadaan dimana kulit mengalami keradangan yang serius disebabkan oleh reaksi kimia diantara bahan semulajadi dalam tumbuhan seperti furanocoumarins dan radiasi sinaran UVA (gelombang 320-380nm) daripada cahaya matahari. Reaksi fotokimia ini akan merosakkan lapisan kulit sehingga mengakibatkan kematian sel kulit, edema, melepuh dan kecederaan pada lapisan kulit paling luar.

Kesan fototoksik tersebut akan dapat dilihat kira-kira 24 jam selepas kulit terdedah kepada cahaya matahari. Ia boleh bertambah teruk apabila keadaan kulit menjadi basah, berpeluh, dan panas sehingga boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Walaupun penggunaan buah-buahan citrus sebagai alternatif semulajadi kepada penjagaan kulit kelihatan meyakinkan, namun ianya hanya selamat digunakan dalam jumlah yang kecil sahaja terutama bagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif.

Blood Orange Membuktikan Sebaliknya!

Tapi jangan risau ya tuan-tuan dan puan-puan.. Dengan pendekatan teknologi yang kian maju, masalah phyto-fotodermatitis ini dapat dikurangkan dengan penggunaan ekstrak tumbuhan semulajadi yang berunsurkan buah-buahan citrus. Ekstrak ini mampu bertindak sebagai ejen anti-pigmentasi, dan dalam masa yang sama mengatasi masalah kulit individu yang sensitif kepada buah-buahan citrus ini.

Sebatian Flavonoids

Ekstrak Blood Orange atau nama dalam ‘surat beranak’nya Citrus Sinensis (Orange) Fruit Extract mengandungi kandungan sebatian flavonoids.

“Flavonoids mempunyai struktur kimia yang menyamai struktur kimia hydroquinone.”

Hydroquinone adalah bahan pemutih sintetik yang berkesan menyelesaikan masalah pigmentasi pada kulit. Tentu sekali flavonoids merupakan alternatif semulajadi yang terbaik kepada hydroquinone.

Gabungan Blood Orange ini bersama beberapa ekstrak tumbuhan lain, dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan hiperpigmentasi (bintik-bintik hitam) atau jeragat dengan cara yang selamat. Kesan pengurangan penghasilan melanin oleh Blood Orange ini juga berkait rapat dengan aktiviti antioksida dari kandungan polifenoliknya, iaitu sebatian yang wujud dalam tumbuhan dengan manfaat antioksida yang excellent!

Gabungan Blood Orange, Olive Leaf, Black Venus Rice, dan Caper Fruit

Jom tengok KL membebel sikit mengenai teknologi Blood Orange ni:

Maafkan wajah bulatku yang dulu sebab malas exercise (sekarang dah rajin sikit) heheheh…

Ok, so gabungan Blood Orange dan tumbuhan mediterranean yang lain seperti ekstrak daun zaitun, ektrak beras pulut hitam, dan ekstrak buah caper telah pun dikaji terutamanya dalam aktiviti anti-melanogenik dan aktiviti antioksidan. Hah, anti-apa??

Anti-melanogenik tu ialah menghalang penghasilan melanin dari berlaku. Melanin yang menyebabkan penampakan kulit gelap, kusam, bintik hitam, dan jeragat. Kajian juga telah menunjukkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam Blood Orange berhubung kait dengan kesan photoprotective, iaitu kemampuan bahan tersebut untuk memberi perlindungan kulit daripada kerosakan UV.

Kehadiran komponen polifenol di dalam Blood Orange memberi kesan photoprotective dengan membantu merencatkan proses penghasilan melanin dan dalam masa yang sama meningkatkan ketahanan kulit daripada proses oksidasi.

Kajian In-Vitro dan In-Vivo

Kajian terhadap aktiviti anti-melanogenik setiap ekstrak dan gabungan mereka telah dinilai melalui model in-vitro manakala kesan pemutihan dan toleransi kulit (terhadap radiasi UVB) dinilai melalui eksperimen in vivo. Perbandingan dijalankan di antara bahan pemutih sintetik seperti hydroquinone dan asid kojik (kojic acid) bersama esktrak tumbuhan diatas.

 

Secara individu, setiap ekstrak menunjukkan aktiviti anti-melanogenik yang hampir sama apabila dibandingkan dengan hydroquinone dan asid kojik. Namun, hasil gabungan keempat-empat ekstrak tersebut telah menunjukkan aktiviti anti-melanogenik yang lebih tinggi.

Seperti yang kita tahu, salah satu keburukan utama bahan sintetik seperti hydroquinone dan asid kojik dalam penggunaan seharian adalah kulit menjadi sensitif terhadap cahaya matahari sehingga membawa kepada kesan yang lebih buruk seperti eritema, dermatitis, iritasi kulit dan lain-lain.

 

Hasil eksperimen in vivo menunjukkan walaupun mempunyai aktiviti anti-melanogenik yang lebih tinggi daripada kedua-dua hydroquinone dan asid kojik, gabungan ekstrak Blood Orange dan tiga lagi tumbuhan lain menunjukkan ketahanan kulit kepada cahaya matahari adalah lebih tinggi dan tiada kesan eritema serta iritasi kulit yang diperhatikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dengan penggunaan ekstrak Blood Orange, u all dapat menikmati segala manfaat yang terdapat dalam keluarga buah citrus, terutamanya individu jenis kulit sensitif tanpa perlu risaukan sebarang kesan sampingan. Kandungan bahan flavonoids dan polifenol di dalam Blood Orange ini dapat memberi kesan pencerahan yang jauh lebih selamat berbanding bahan sintetik terlarang.

So, takda alasan lagi untuk u takut nak cuba bahan citrus dalam skincare. Rugi lagi adalah, macam dalam Blood Orange ada 25x ganda kandungan Vitamin C berbanding buah oren biasa yang lain. Nak ke taknak weii….

KL harap dengan penjelasan ini dapatlah menepis sebahagian mitos kosmetik yang dah lama terpaku di fikiran sesetengah pengguna. Sayang kalau u all tak gunakan bahan semulajadi yang Allah dah ciptakan untuk kita dengan sebaik-sebaik manfaat.

Ok lah KL nak sambung study bahan lain pulak ni. Kalau u all ada sebarang pertanyaan boleh ajukan terus kepada KL tapi KL tak sempat baca semua komen, mesej, PM, DM semua tu, maaf ya KL selalu terlepas pandang. U all boleh terus join LIVE KL setiap malam jam 9.30pm di Facebook page: HAUS Cosmetics. Kita jumpa kat sana ya!

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article