Rasai Perbezaan Menakjubkan Dengan Menggunakan Teknologi Skin Microbiome

skin microbiome
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua! KL kembali lagi dengan topik Teknologi Skin Microbiome. Rindu tak? KL memang suka sangat dengan teknologi-teknologi terbaru dalam kosmetik. Dan, ini adalah salah satu darinya. U all semua kena cuba.. Kenapa KL katakan teknologi skin microbiome ni hebat sangat?

Dalam penulisan KL sebelum ini, KL dah jelaskan mengenai teknologi skin microbiome. Boleh baca di sini .

Teknologi Skin Microbiome

KL recap secara ringkas ya. Teknologi Skin Microbiome ni adalah teknologi yang terhasil dari kajian saintifik sejak sekian lama dulu. Kajian ini dijalankan secara meluas oleh para pengkaji dari seluruh dunia. Bermula dari microbiome dalam salur pencernaan sehinggalah kebelakangan ini penemuan mendapati bahawa pentingnya ia untuk kesihatan keseluruhan kulit.

U all mesti biasa bagi anak-anak minum Vitagen betul tak? Sebab pengambilan probiotik macam minuman kultur dan yogurt dah jadi kebiasaan harian kerana manfaatnya yang jelas kepada sistem pencernaan dan kesihatan diri, walaupun kita tidak nampak kebaikannya dengan mata kasar.

Penggunaan dalam Formulasi Kosmetik

skin microbiome haus cosmetics eiyma jalil

Manfaat yang sama juga dibawa oleh bahan microbiome yang diformulasi di dalam produk kosmetik. U all jangan salah faham, microbiome ni bukan satu bahan aktif yang memfokuskan kepada sesuatu objektif macam bahan pencerah kulit, tapi tanpa bahan microbiome ni menjamin kesihatan kulit u yang mana, bila kulit u sihat, barulah segala rutin yang u pakai akan nampak kesan.

Nanti ada la yang cakap, “Laaah.. tak boleh cerah pun pakai bahan ni, beli mahal-mahal takde kesan.” So, kalau tak nampak kesan langsung dari penggunaan bahan microbiome ini… Untuk apa pakai? KL jawab, u memang tak nampak kesan tapi u akan rasa perbezaan yang ketara. Mungkin u takkan perasan, jadi KL kongsikan siap-siap kat sini:

Hasil Menakjubkan Pada Kulit

#1. Pertumbuhan Jerawat Akan Berkurangan

Dari dulu, kita selalu kaitkan pertumbuhan jerawat dengan tumbesaran dan peningkatan usia. Usia remaja dan awal usia dewasa lebih mudah mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Ya, betul. Jerawat dipengaruhi oleh hormon semulajadi yang berubah mengikut kitaran tumbesaran individu.

Tapi sebenarnya u all tahu tak ada baaaaanyak lagi faktor luaran yang menyumbang kepada “cik wat” ni. Haa, taknak lah seru nama penuh dia, KL takut dik. Hehehheh. Antara faktor luaran yang KL maksudkan adalah pencemaran  dari persekitaran serta faktor dalaman seperti pemakanan dan stress. Orang berusia pun masih ramai yang mengalami masalah cik wat ni.

skin microbiome eiyma jalil

Pada individu yang mempunyai jenis kulit yang mudah naik jerawat (acne-prone skin), kajian mendapati sehingga 90% microbiome kulit mereka hanya terdiri daripada Propionibacterium Acnes(P.Acnes). Bakteria ini menggunakan asid lemak (fatty acids) atau lipid yang sepatutnya digunakan untuk penghasilan (skin barrier) sebagai makanannya. Ini menyebabkan pertahanan kulit menjadi lemah, dan mengakibatkan lebih banyak P. Acnes membiak.

Dengan teknnologi skin microbiome, keseimbangan microbiome kulit menjadi lebih terpelihara iaitu lebih banyak variasi microb semulajadi yang memberi pertahanan kulit, seterusnya dapat membunuh dan mengurangkan bakteria pathogenic seperti P. Acnes. Bila P.Acnes berkurang, cik wat pun segan nak datang.

Zaman sekarang, masih ramai individu berusia turut menghadapi masalah cik wat. Dengan skin microbiome ni, semua usia boleh dapat keseimbangan microbiome yang baik. Persekitaran kulit yang sihat bermaksud microflora kulit yang baik tidak memberi laluan kepada bakteria pathogenic seperti P. Acnes untuk bercambah. Secara ringkasnya, kulit kita jadi penghalang pembiakan cik wat!

#2. Pengurangan Parut Akibat Jerawat

eiyma jalil skin microbiome

Bagi yang tak tahu atau takde pengalaman jerawat. Anda bertuah dan bernasib baik. Sebab KL sendiri dan ramai lagi orang di luar sana yang mempunyai masalah jerawat. Jerawat yang jenis bernanah pulak tu. Bila jerawat bernanah ni, pada akhir kitarannya, nanah (pustule) tersebut akan pecah dan mengeluarkan isinya yang kita nampak putih-putih tu. Kan ramai suka picit betul tak? Hehehheh.

Pustule yang pecah tu akan menyebabkan lapisan epidermis kulit terkoyak dan menyebabkan parut. Parut ni memanglah mimpi ngeri semua wanita, terutama mereka yang mempunyai kulit yang lambat sembuh. Ada orang yang parut tu jadi warna gelap, yang amat susah untuk disekatakan semula.

Oleh sebab itu, penjagaan kulit dengan bahan microbiome merupakan solusi terbaik untuk mengelakkan jerawat bernanah, seterusnya mengelakkan kulit berparut yang memakan wang ribuan ringgit untuk sembuh semula. U all ingat rawatan laser tu murah dik oii…… Boleh pengsan nak membayarnya!

Selain dari membunuh bakteria pathogenic yang berada didalam pustules dan papules, microbiome yang baik juga akan mempercepatkan proses penyembuhan kulit akibat luka. Penyembuhan luka yang cepat itu juga akan menyebabkan kurang terjadinya parut akibat luka jerawat. So kulit u all akan kekal cantik gitu.

#3. Tiada Lagi Kulit Bermasalah!

Ini adalah good news untuk yang berkulit sensitif. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, kalau tersilap sikit je dalam pemilihan produk, kulit dia akan terus poooff!!! Meletus, meragam, breakout teruk. KL sendiri pun berkulit sensitif jadi KL faham.

Dengan keadaan dunia menghadapi wabak COVID-19 ketika ini, penggunaan face mask dalam tempoh masa yang lama menyebabkan geseran pada kulit, peluh terperap dalam face mask, kulit semakin berminyak, seterusnya meningkatkan lagi sensitiviti kulit. Kulit sensitif ni kulit manja tau, u all kena jaga dan belai dia elok-elok..

Kitaran yang berulang ini mengakibatkan jerawat tidak dapat pulih, kulit pun semakin lama semakin terjejas dan bertambah sensitif kerana sistem ketahanan semakin lemah. Tapi, kalau u all jaga kesihatan microbiome kulit, hasilnya skin barrier akan improve, kulit akan menjadi lebih tahan lasak, kurang berminyak dan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan sensitiviti kulit.

Bayangkan wajah u all tanpa merah-merah dan iritasi setiap kali selepas membersihkan solekan dengan tisu basah ataupun pencuci muka. Heaven kan.. So all tak perlu lagi dah menghadap kesengsaraan kulit sensitif. Yang penting, jaga skin microbiome semulajadi kulit dengan konsisten!

Kulit Lebih Sihat Berseri Dari Dalam

#ConfidenceisPerfection

Kulit yang cantik dan berseri secara semulajadi, adalah kulit yang asasnya sihat. Kulit yang terpelihara, dengan kelembapan yang optimum tanpa lebihan minyak, dengan pendinding kulit yang teguh, pori yang kelihatan halus, kulit tanpa bonjolan jerawat, dan sekata sempurna.

Tanpa semua masalah ni, kulit akan nampak lebih halus dan bersinar dari dalam. Oleh itu, kesihatan kulit adalah kunci kepada kulit yang sempurna. Semua ini dapat direalisasikan dengan penjagaan microbiome kulit yang seimbang.

You Are Born To Be PERFECT!

Secara semulajadinya, kita telah pun dilahirkan dengan sempurna. Tuhan menciptakan manusia dengan sempurna, dah manusia adalah sebaik-baik ciptaan-Nya. Sehingga disertakan bakteria serta microflora kulit yang membiak pada permukaan kulit kita bagi tujuan menjaga dan mengekalkan kan kulit yang sihat.

Kegilaan terhadap kulit flawless, kulit kaca lah (baca: glass skin), menyebabkan kita mudah terpengaruh dengan produk yang menjanjikan kesan pantas, terutamanya pencerahan kulit.

Dengan sekarang dalam zaman media sosial, keinginan untuk mendapat kulit halus bak telur dikupas tanpa sedikit cela menyebabkan ada yang sanggup menggunakan produk bersifat menghakis yang merbahaya, menyebabkan lapisan kulit terkupas serta hilang keseluruhan microflora yang baik ini.

Bahana Cantik Segera

Masing-masing nak jadi yang tercantik. Dengar sini Kak Long nak pesan, kesan kulit ‘flawless’ ini hanyalah sementara. Sekejap je dik.. Bila kulit u dah nipis, microbiome yang dah terjejas teruk akhirnya akan menyebabkan kulit menjadi terlalu sensitif, pedih, dan mudah bertindakbalas terhadap persekitaran lalu ‘menjemput’ bakteria pathogenic seperti P. Acnes membiak.

Mimpi ngeri bila u all stop pakai produk menghakis tersebut, kulit akan menjadi lebih teruk, kusam, berjeragat tebal, kehitaman, dan akan mengambil masa yang lama dengan kos ribuan ringgit untuk kembali kepada asal. Tapi KL faham, ada juga pengguna yang bukan sengaja nak menggunakan bahan-bahan merbahaya ini.

Kadang-kadang, produk yang diletakkan bahan beracun ini sendiri tak sedar kehadiran bahan merbahaya di dalam formulasinya. Pengilang adalah orang yang bertanggungjawab dalam penghasilan dan pengeluaran sesuatu produk. Jujur kilang, jujurlah founder produk. Jika sebaliknya, pengguna yang akan merana. Jika pengguna tidak mengetahuinya kandungan bahan, bagaimana pengguna nak selamatkan kulit mereka?

Kesimpulan

KL sedih dengan industri kosmetik di Malaysia ni sebenarnya. Sebab tu KL hasilkan HAUS Cosmetics dengan pelbagai teknologi kosmetik yang KL study sendiri bersama chemist-chemist dari luar negara seperti Taiwan, Koera, Japan, Hong Kong, dan merata lagilah KL menuntut ilmu.

Jadi KL nak pesan, gunakanlah produk dengan teknologi skin microbiome. Kulit u akan jadi sihat, microflora yang baik akan mengurangkan kulit sensitif, membantu merawat kerosakan akibat penggunaan produk merbahaya tersebut, serta memberi pertahanan kulit yang kuat agar tidak mengalami reaksi yang lebih teruk.

Begitu juga kepada mereka yang mengalami tindakbalas negatif apabila mencuba produk baru. U all boleh tambahkan produk dengan teknologi microbiome pada rutin penjagaan kulit dan makeup harian u all dan rasai perbezaan menakjubkannya sendiri!

Itu sahaja untuk kali ini untuk topik favourite KL. Heheheh. Jangan lupa, next KL rasa nak cakap tentang teknologi Blood Orange pulak lah. Kalau u all nak tahu apa beza Blood Orange dengan oren biasa, stay tuneee ok. Nanti KL update.

Jangan lupa follow KL di semua platform media sosial Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, TikTok: Eiyma Jalil (semua KL jelajah :p) untuk daily update ok.

Sekian, jumpa lagi, assalamualaikum w.b.t..

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article