Ramai yang Gerun dengan Zinc Oxide, Tetapi Ini adalah Fungsinya dalam Formulasi Kosmetik!

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai Assalamualaikum semua pembaca setia yang dikasihi.. Terima kasih sudi meluangkan masa menjengah blog KL yang tak seberapa ni.. KL ni bukanlah sesiapa, cuma seorang yang serius dan komited dalam berkongsi ilmu kosmetik kepada semua pengguna di luar sana.

KL suka menulis berkenaan teknologi terkini, formulasi kosmetik, dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan sesuatu produk kosmetik. Pengguna akan nampak produk tu dah cantik helok je… Tapi KL adalah orang disebalik tabir yang mengkaji dan membangunkan formulasi produk tersebut, zero to hero, sampailah jadi bestseller dan melekat dalam koleksi must-have u all!

So untuk harini, KL nak kongsikan mengenai satu bahan mentah yang biasa digunakan dalam formulasi kosmetik. Tetapi, jarang-jarang diketengahkan fungsinya. Macam ‘unsung hero’ la ni, hehe. Jemput teruskan bacaan u all untuk tahu lebih lanjut mengenai Zinc Oxide (ZnO) di dalam kosmetik.

Oh ya, baru-baru ni KL ada keluarkan penulisan mengenai perbezaan di antara hydration dan moisturization. Baca di sini. Jangan lupa ok? Biar tahu, jangan keliru!

Apa Itu Zinc Oxide (ZnO)?

U all tahu sunscreen kan? Tapi…. U all tahu tak apa dia bahan yang menjadikan produk tersebut mampu berfungsi sebagai sunscreen tu? Bahan ini dipanggil sebagai ‘UV filter’ kerana kemampuannya menapis sinaran UV yang menakutkan tu dari terus menyentuh dan memasuki kulit kita.. Hebat kan? UV filter ni ada banyak jenis. Salah satu bahannya adalah Zinc Oxide atau simbol kimianya (nama panggilan manja) ditulis sebagai ZnO.

Penghasilan Zinc Oxide

zinc oxide

Zinc adalah sumber mineral semulajadi yang boleh didapati dari kerak Bumi.  Tapi, Zinc Oxide tidak terhasil secara semulajadi. Kita kena proses dia dulu melalui proses pemanasan Zinc yang digabung dengan molekul Oksigen. Caranya adalah kedua-dua unsur ini akan diwapkan dan dikondensasi lalu dibentuk menjadi serbuk halus berwarna putih. Bukan senang tau nak dapatkan UV Filter ni.

Saintis mengkelaskan produk ini sebagai sebatian tidak organik. Dengan sifat fizikal dan ikatan kimianya yang unik seperti kestabilan yang tinggi, pekali gandingan elektrokimia yang tinggi, julat penyerapan radiasi dan kebolehstabilan yang tinggi apabila digandingkan dengan bahan lain, Zinc oxide adalah bahan pelbagai fungsi.

Kegunaan Zinc Oxide

Ok, selain digunakan di dalam produk kosmetik, ia juga sering digunakan di dalam pembuatan produk lain macam getah, plastik, seramik, kaca, simen, cat dan makanan tambahan.

Sinaran UVA-UVB

uv filter zinc oxide - eiyma jalil

KL tahu, ramai yang dah sedia maklum berkenaan penggunaan sunscreen betul tak? Semua tahu yang sunscreen ni penting digunakan untuk menghalang sinaran UV daripada teruuuuss terkena kepada lapisan kulit kita. Pendedahan kepada cahaya matahari dapat meningkatkan risiko kepada kanser kulit.

KL pernah tulis dengan sangat detail mengenai UV ni, u all boleh baca di sini. Jadi KL simpulkan sahaja, 2 jenis sinaran UV yang boleh sampai ke permukaan bumi ialah UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menembusi jauh ke dalam dermis iaitu lapisan kulit yang paling tebal. Kalau kita tak jaga, tak sedia apa-apa perlindungan untuk kulit, ia boleh menyebabkan penuaan, kedutan, bintik hitam dan jergat!

Sinaran UVB pula akan membakar lapisan paling luar kulit iaitu epidermis dan menyebabkan kesan ‘sunburn’, merah-merah, dan kusam. Sebab tu, penggunaan sunscreen amat-amat ditekankan kepada setiap individu. Zinc Oxide yang bertindak sebagai pelindung (UV Filter) kepada sinaran UV di dalam produk sunscreen, dapat membantu menghalang atau mengurangkan kesan kulit terbakar serta penuaan kulit.

Pelindung UV

Zinc Oxide adalah pemantul spektrum UVA dan UVB yang diluluskan oleh US Food & Drug Administration (FDA) untuk digunakan sebagai sunscreen. Penggunaannya dibenarkan sehingga ke kepekatan 25% dari keseluruhan formula. Apabila digunakan sebagai bahan di dalam produk sunscreen, Zinc Oxide mampu memantulkan kedua-dua UVA (320-400nm) and UVB (280-320nm).

KL suka merujuk kepada sebuah journal atau artikel yang dikeluarkan oleh seorang pengkaji bernama oleh Samantha L. Schneider (2018), beliau mendapati bahawa Zinc  Oxide memberi kesan yang tersangat rendah kepada manusia kerana kadar penyerapannya ke dalam kulit adalah sangat-sangat minimal. U all boleh baca lebih lanjut di sini.

Penting untuk u all tahu yang HANYA Zinc Oxide dan Titanium Dioxide yang diluluskan oleh US FDA boleh digunakan di dalam formulasi sebagai nanopartikel iaitu bersaiz kurang daripada 100 nanometer(nm).

Jenis-jenis Sunscreen

U all tahu tak, ada beberapa jenis suncreen di pasaran? Ke main pakai je? Yang mana paling murah, yang itu u all beli? Ada juga orang yang akan beli kalau produk tu mahal sebab kalau lagi mahal, lagi bagus sesuatu produk tu. Hehe, terpulang kepada u all. Cuma, KL nak pesan di sini yang harga tak menentukan kualiti produk dannnn u all kena kenal produk sebelum beli. Sekurang-kurangnya, baca ingredient supaya u all tahu apa yang u all tepek kat muka ok? Ok berbalik kepada jenis sunscreen. Sebenarnya formulasi sunscreen ada beberapa kategori iaitu physical sunscreen, chemical sunscreen, dan hybrid sunscreen.

chemical sunscreen physical sunscreen

Chemical Sunscreen

Pertama, KL kenalkan u all dengan chemical sunscreen. Chemical sunscreen bertindak dengan menyerap ke dalam kulit, kemudian ia menyerap sinar UV, menukarkan sinar menjadi panas dan melepaskan daripada badan. Antara bahan aktif untuk chemical sunscreen yang sering digunakan adalah avobenzone, octinoxate and oxybenzone. Bagi chemical sunscreen, ia memerlukan masa sekitar 20 hingga ke 30 minit untuk bertindak.

Physical Sunscreen

Manakala physical sunscreen pula terletak di atas kulit dan bertindak dengan memantulkan cahaya matahari. Zinc Oxide dan Titanium Dioxide termasuk di dalam kategori physical sunscreen. Physical sunscreen akan terus bertindak sebaik sahaja disapu pada permukaan kulit. Oleh sebab Zinc Oxide dan Titanium Dioxide adalah serbuk berwarna putih, pemakaiannya akan meninggalkan sedikit kesan putih (white cast).

‘White cast’ ini, ramai yang tak selesa sebab muka akan nampak sedikit bercapuk dan ia juga mengganggu warna asal kulit. Walaubagaimanapun, sekarang kan zaman IT zaman teknologi…. Hasil kajian para sainstis dari seluruh dunia dapat mengubah partikel bahan tersebut menjadi lebih kecil sehingga bersaiz nano dan secara tidak langsung dapat meminimalkan penampakan ‘white cast’ pada permukaan kulit.

Kepelbagaian struktur Zinc Oxide bermaksud bahawa Zinc Oxide diklasifikasikan di antara bahan baru yang berpotensi tinggi untuk pelbagai aplikasi dalam banyak bidang nanoteknologi. Dengan teknologi ini, hasil akhir untuk formulasi sunscreen juga menjadi lebih ringan. Penggunaan kedua-dua jenis sunscreen ini haruslah disapu rata pada seluruh permukaan kulit dengan mencukupi untuk mengelakkan daripada terkena sinaran UVA dan UVB.

Faktor Ukuran SPF

KL dah tulis detail mengenai sunscreen di sini. Tapi takpe, kita boleh ulangkaji sekali lagi supaya semua boleh faham dengan lebih jelas. FDA telah menyarankan pengguna untuk menggunakan sunscreen dengan faktor SPF 15 ke atas dan tidak melebihi SPF 50.

Apa Itu SPF?

Apa itu SPF? SPF adalah singkatan bagi Sun Protection Factor di mana ia adalah ukuran perlindungan dari jumlah pendedahan kepada UVB. Sebagai contoh, kulit anda biasanya akan terbakar setelah 10 minit dibawah sinaran cahaya matahari, penggunaan produk sunscreen dengan SPF 15 boleh membantu anda berada di bawah sinaran matahari tanpa terbakar selama 150 minit (faktor 15 kali lebih lama).

Ia adalah anggaran kasar dan bergantung pada jenis kulit, kekuatan cahaya matahari, jumlah pelindung matahari yang digunakan, dan juga aktiviti yang anda lakukan. Teknik ‘re-apply’ perlu digunakan oleh pengguna bagi mengelakkan berlakunya kesan kulit terbakar apabila terdedah kepada sinar matahari dalam jangka masa yang lama.

Semakin Tinggi SPF, Semakin Bagus?

KL tahu, ramai yang fikir macam ni. Betul ke? Adakah semakin tinggi nilai SPF, semakin bagus fungsinya dalam menghalang sinaran UV? Skala SPF adalah tidak linear.

Salah faham timbul bagi sesetengah individu bahawa dengan menggunakan SPF yang tinggi, produk sunscreen tidak perlu di ‘re-apply’ dan boleh terdedah dengan sinaran matahari dalam jangka masa yang lama. Ini adalah mitos!!! SPF hanya mengukur perlindungan daripada UVB. Produk dengan SPF hanya dapat melindungi kulit daripada terbakar, namun masih tidak melindungi daripada sinar UVA. Oleh itu, untuk memastikan kulit mendapat perlindungan yang sama dari kedua-dua jenis sinar UV, gabungan antara physical dan chemical sunscreen dalam sesuatu produk harus digunakan di dalam sesuatu formulasi.

Perlindungan Terbaik

Untuk perlindungan terbaik, pakar mengesyorkan penggunaan sunscreen menggunakan jumlah yang betul (2mg/cm2 kulit atau kira-kira satu ons untuk liputan seluruh badan). Para pengguna juga disyorkan untuk ‘re-apply’ semula setiap 2 ke 3 jam mengikut nilai SPf sesuatu formulasi. Kalau u all berpeluh, lagi cepatlah sunscreen tu hilang dari kulit. Sunscreen ni macam payung dalam hujan, kalau takda payung kan u all kena hujan habis basah kuyup… So kena pakai sunscreen dengan betul ok?

Zinc Oxide Dalam Sunscreen

Zinc oxide sesuai digunakan walaupun untuk kulit sensitive dan berjerawat. Tidak seperti chemical sunscreen yang boleh menyebabkan gangguan hormon.

Kenapa? Sebab Zinc adalah bahan mineral semulajadi yang tidak kasar kepada kulit manusia.

Produk yang menggunakan Zinc Oxide ini dapat mencegah penghasilan jerawat. Untuk rawatan jerawat, Zinc Oxide biasanya digabungkan dengan bahan-bahan anti-radang atau anti-bakteria lain termasuk antioxidant, Zinc Gluconate atau Zinc Sulphate. Unsur-unsur ini dapat menurunkan kemunculan jerawat dan mengurangkan kesakitan akibat jerawat.

Kebaikan Zinc Oxide

KL sertakan hasil kajian seorang saintis pada tahun 2014 yang dicetak di dalam Journal of Drugs in Dermatology bersama penyelidik yang lain, Zinc Oxide dapat membantu merawat dan mencegah jerawat dengan cara mengawal pengeluaran minyak atau sebum, menurunkan keradangan yang terhasil daripada tindak balas terhadap bakteria penyebab jerawat dan pori-pori yang tersumbat, bertindak sebagai astringen yang membantu mengeringkan lebihan minyak dan mengetatkan liang-liang pori yang besar. [sumber]

Zinc Oxide tidak hanya digunakan sebagai sunscreen tapi juga digunakan didalam penghasilan produk seperti krim yang digunakan untuk merawat ruam kesan daripada pemakaian lampin. Ia dapat mengurangkan keradangan, mengawal imuniti dan dapat merangsang pengeluaran sel baru. Ia juga dapat merawat kulit dengan cepat.

Kesimpulan

So apa yang boleh kita katakan mengenai Zinc Oxide? Ia tidak bahaya kepada kulit, malah digunakan sebagai sunscreen di dalam formulasi kosmetik. Ada banyak lagi kebaikannya. Dalam foundation HAUS Cosmetics, KL gunakan konsep hybrid sunscreen yang menggabungkan bahan chemical suncsreen dan physical sunscreen.

Untuk compact powder, KL gunakan Zinc Oxide untuk perlindungan UV secara fizikal. Lagipun, dia bukan halang UV je, tapi baaaanyak lagi kebaikan Zinc Oxide ni untuk kulit kita. Sebab tulah bila orang pakai foundation dan compact powder HAUS, mesti akan komen

Eh, hebatnya produk ni.. Saya pakai untuk cantik je, tapi dengan jerawat sekali boleh kecut bila guna!

Haaa, ni bukan KL yang cakap dik. Pengguna yang cakap. Kl sampaikan je. Tak percaya takpe, hehehheh..

Ok lah, sampai sini je untuk kali ni. Jangan lupa follow KL di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok “Eiyma Jalil” untuk latest update teknologi kosmetik terkini. Jumpa lagi di next entry!

 

 

REFERENCE

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Zinc_oxide
  2. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdfdirect/10.1111/phpp.12439
  3. https://www.alyaka.com/magazine/ultimate-guide-zinc-oxide/
  4. https://www.canyonranch.com/blog/beauty/the-skin-benefits-of-zinc/
  5. https://draxe.com/health/zinc-oxide-benefits/
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5453364/#:~:text=synthesis%2C%20modification%2C%20application-,1.,material%20%5B1%2C2%5D.
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article