Fakta dan Konsep Sebenar Kelembapan dan Hidrasi. Bagaimana Hidrasi Mampu Bertahan Sehingga 72 Jam?

kelembapan dan hidrasi
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Hai Assalamualaikum semua, sihat tak u all? Sejak KL rajin ke gym, KL perasan badan semakin fit lah. Betul, takdelah lemau je…. U all kalau rasa penat sikit-sikit tu, bangun pergi exercise goyang-goyangkan badan semua, barulah segar! Minggu ni KL nak kongsikan mengenai fakta dan konsep sebenar kelembapan dan hidrasi yang mana Kl percaya dua terma ni sangat dekat dengan jiwa pencinta kosmetik betul? Moisture and hydrate. Moisturizer, hydration, etc. Tapi sebenarnya u all faham tak definisinya? Apakah persamaan dan perbezaan keduanya?

Sebelum tu, bagi yang terlepas update dari KL last week, KL ada kongsikan mengenai Teknologi Skin Microbiome yang kecoh-kecoh dilancarkan oleh Lancome tu, hehehe. Study di sini ya.

Komposisi Air dalam Anggota Tubuh Manusia

U all tau tak… Lebih separuh iaitu kira-kira 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Ini menjadikan keperluan elemen air ini sangat penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Penting juga untuk u all tahu yang kebanyakan proses biokimia dan sel-sel tubuh badan kita ni memerlukan air untuk berfungsi secara optimum, termasuk organ-organ penting. Menariknya, organ pada tubuh kita mengandungi komposisi air yang berbeza-beza.

Sebab tu lah KL selalu pesan, make sure u all minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2L-3L setiap hari. Kena konsisten tau! Kenapa KL tekankan perkara ni? Baca sampai habis fakta kelembapan dan hidrasi ni ok.

Peratusan Air Dalam Setiap Bahagian Tubuh

Menurut sumber, otak dan jantung manusia terdiri daripada 73% air, dan paru-paru sekitar 83%. Jangan terkejut kalau KL cakap tulang kita juga mengandungi 31% air tau! Sel-sel darah yang bertanggungjawab untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan, terdiri daripada 92% air, manakala buah pinggang pula mengandungi 79% air. Ini fakta ya, hasil kajian yang telah dijalankan oleh saintis luar negara sejak lama dulu lagi.

Air memainkan peranan yang berbeza mengikut fungsi organ tertentu dalam memastikan sistem dalam badan berfungsi dengan baik. Nutrien pula penting bagi kelangsungan hidup setiap sel. Ia juga mengawal suhu luar dan dalam badan melalui proses pernafasan dan berpeluh.

Selain itu, air turut membantu proses metabolisme karbohidrat dan protein dalam badan serta bertindak sebagai pengangkutan utama kedua-duanya dalam salur darah. Air juga merupakan medium utama dalam penyahtoksin sisa buangan melalui pembuangan urin.

Petikan Kata dari Pakar Neurosains dari Allegheny University

KL petik kata-kata dari Dr. Jeffrey Utz, pakar neurosains dan pediatrik dari Allegheny University. Beliau menyatakan setiap individu mempunyai peratusan dan komposisi air yang berbeza-beza. Ia dipengaruhi oleh faktor umur, jantina dan fisiologi badan individu.

Bayi mempunyai peratusan air yang paling tinggi iaitu 78%. Apabila usia mereka meningkat satu tahun, peratusan itu menurun kepada kira-kira 65%. Untuk lelaki dewasa pula, kira-kira 60% tubuh badan mereka terdiri daripada air. Manakala wanita dewasa mempunyai sekitar 55% kandungan air.

Kelembapan dan Hidrasi Kulit Manusia

U all tahu kan kulit adalah organ terbesar pada tubuh manusia? Kulit kita mengandungi kira-kira 64% air. Kulit bertindak sebagai penghadang utama tubuh dari toksin luar seperti patogen dan bahan kimia berbahaya.

Selain itu, kulit juga berfungsi untuk mengawal kandungan air dalam badan dengan menyelaras kehilangan air (kehilangan air dari dalam badan ke luar melalui lapisan kulit paling atas) dan juga menyekat penyerapan air dari luar. Sekiranya kulit tidak mendapat bekalan air yang mencukupi, ia akan menjadi kurang hidrasi lalu membuatkan kulit menjadi kering, tegang dan mengelupas. Kulit kering juga mempunyai daya tahan yang rendah dan lebih mudah berkedut.

Hidrasi vs Kelembapan

Hidrasi: Bekalan air di dalam sel tubuh. Memberi keanjalan pada kulit.

Kelembapan: Mengunci hidrasi di dalam kulit. Memastikan kulit kekal terhidrat dan lembap.

Kepentingan Hidrasi Kepada Kulit

Ada banyak cara sebenarnya untuk bekalkan kehidratan kepada kulit. Mula-mula u all kena tahu, lapisan kulit yang paling atas sekali, yang kita nampak dari mata kasar ni.. Nama dia “stratum korneum”. Ia adalah lapisan kulit yang berada di paling luar dan mempunyai struktur molekul lipid yang tersusun rapat, yang mampu menghalang kehilangan air.

kelembapan dan hidrasi

Ia juga mengandungi molekul hygroscopic (suka air) semula jadi, seperti NMF – Natural Moisturizing Factors yang berfungsi sebagai humektan yang sangat efektif dan berupaya menyerap air dari persekitaran lalu menariknya ke corneocytes. Walaubagaimanapun, disebabkan komposisi NMF yang terdiri daripada komponen larut air, rutin mencuci berulang kali dengan air atau sabun telah terbukti dapat menghilangkan NMF dari lapisan stratum korneum, lalu menjadikan kulit lebih kering.

Penampilan kulit yang kering atau pun licin dan lembut bergantung kepada keseimbangan air yang terdapat dalam stratum korneum itu sendiri, iaitu lapisan kulit paling atas. Apabila lapisan ini mempunyai fleksibiliti yang cukup, ia membolehkan pergerakan kulit yang bebas tanpa membuat kulit menjadi merekah dan pecah. Itu yang jadi berkedut dan kendur tu! Lapisan ini juga yang menentukan tahap keberkesanan barrier kulit.

Kebolehtelapan ini penting dalam memastikan kadar penghidratan kulit yang melalui berada pada tahap optimum. Kulit yang kering dan gatal adalah tanda-tanda bahawa pelindung kepada lapisan kulit tidak berfungsi dengan baik.

Penghidratan Sehingga 72 Jam

saccharide isomerate - kelembapan dan hidrasi

Saccharide Isomerate, bahan aktif yang digunakan dalam rangkaian penjagaan kulit dari HAUS Cosmetics, merupakan 100% bahan bioaktif semula jadi. Ia terdiri daripada kompleks karbohidrat yang menyerupai komponen kulit, dan secara uniknya terikat pada lapisan corneocytes yang terdapat pada stratum korneum.

Mekanisme pengikatan unik Saccharide Isomerate pada kulit memastikan bahawa bahan aktif ini tidak akan tertanggal dengan mudah tetapi terus memastikan penghidratan kulit yang berpanjangan sehinggalah berlakunya proses penanggalan kulit secara semula jadi mengikut kitaran normal kulit individu.

Oleh itu, Saccharide Isomerate dapat menyokong penghidratan dan mengekalkan air pada stratum korneum untuk jangka masa pendek, seterusnya memperbaiki ketahanan skin barrier untuk jangka masa panjang. Kesannya, kulit akan menjadi lebih selesa, lembut, halus, dan secara tidak langsung mampu meremajakan kembali penampilan kulit.

Di samping itu, kajian pada ekspresi gen (sel-sel tubuh) oleh sekumpulan saintis keatas bahan aktif ini telah membuktikan ianya mampu merangsang gen yang memainkan peranan penting dalam peningkatan skin barrier. Dengan itu, ia mampu menguatkan fungsi ketahanan kulit pada stratum korneum sebagai perlindungan tambahan terhadap tekanan dari persekitaran luar.

Dunia teknologi yang semakin maju, para pengkaji menggunakan bantuan teknologi perisian pemetaan wajah (Facial Colour Mapping Technology) yang mampu menghasilkan gambar digital beresolusi tinggi dalam warna untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan penghidratan bahan aktif ini pada kulit.

Facial Colour Mapping Technology

Dalam tempoh tiga jam selepas aplikasi kali pertama Saccharide Isomerate ini, kawasan kulit yang sangat kering telah menunjukkan perubahan yang lebih baik. Tambahan pula, hasil penggunaan sebanyak dua kali setiap hari dalam jangka waktu 28 hari telah menunjukkan kesan penghidratan yang menyeluruh di kawasan muka.

Ini membuktikan bahawa bahan ini mampu untuk merawat masalah kulit kering. Dalam masa yang sama, ia memberikan manfaat untuk jangka masa panjang. Tidak seperti bahan lain, Saccharide Isomerate mempunyai mekanisme pengikatan yang superb pada lapisan kulit seperti magnet, tidak mudah tertanggal apabila dicuci, mampu mengunci kelembapan pada kulit dan meningkatkan daya penghidratan kulit sendiri sehingga 72 jam.

Itu yang KL sanggup invest banyak untuk satu bahan mentah ni sahaja. Ini baru satu bahan tau. Dalam satu formula kosmetik, biasa u all nampak berapa bahan? Banyak kan…. Bayangkan berapa kos keseluruhan KL keluarkan untuk satu produk.. Huhuhu, bukan senang nak hasilkan produk yang bagus dan berkualiti dik…

Penghidratan yang berpanjangan sehingga 72 jam

Kebolehan Saccharide Isomerate dalam memastikan ia mampu kekal pada stratum korneum walaupun setelah dibasuh, telah dibuktikan dalam beberapa kajian in-vivo yang melibatkan formulasi rinse off seperti syampu dan gel mandian.

Penilaian telah diadakan keatas aspek TEWL (Transepidermal Water Loss) – kehilangan air dari lapisan kulit paling atas yang merupakan indikasi kepada pembaikan skin barrier, dan aspek radangan / rengsangan pada kulit. Hasil kajian mendapati kadar TEWL telah menurun, dimana selepas hanya 14 hari penggunaan Saccharide Isomerate pada kulit, kita dapat melihat kesan penghidratan yang ketara.

Kelembapan yang Berpanjangan

Hidrasi adalah kunci kepada kelembapan. Kulit perlu mendapat penghidratan yang mencukupi terlebih dahulu sebelum dikunci oleh kelembapan dari lapisan luar. Dalam masa yang sama, kesan rangsangan pada kulit juga dapat dikurangkan.

Seperti yang kita tahu, penggunaan sabun atau bahan cucian berasaskan surfaktan dalam rutin harian mampu membuatkan kulit menjadi kering berikutan sifat bahan-bahan tersebut yang mampu menanggalkan NMF – Natural Moisturizing Factor dari lapisan kulit dan merubah kemampuan Stratum Korneum dalam mengendalikan kandungan air kulit. Hasilnya, kulit akan menjadi kering dan bersisik.

Sebab itu KL hadirkan Saccharide Isomerate di dalam formulasi produk agar masalah tersebut dapat diatasi dengan memberi kesan penghidratan yang lebih hanya selepas sekali penggunaannya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, KL nak tekankan lagi sekali di sini bahawa kelembapan dan hidrasi adalah dua konsep yang berbeza. Bila bercakap tentang hidrasi, KL nak u all bayangkan air yang banyak macam lautan tu. Air adalah kunci kepada tubuh yang sihat dan kulit yang cantik. Manakala kelembapan pula berperanan mengunci hidrasi di dalam kulit tersebut. Sebab tu kalau kulit u all kering, u pakai moisturiser. Ok betul dah tu. Tapi u skip toner, skip serum, skip essence, skip rutin penjagaan kulit yang betul.

Kulit u akan lembap sekejap je. Bila u cuci muka, moisturiser tu dah kena bilas, dah hilang dari kulit.. Macam tulah juga kelembapan hilang dari kulit u. Itulah pentingnya u follow rutin yang betul dan….. konsisten!

KL dah lama hasilkan rangkaian produk yang lengkap mengikut rutin dari kilang kosmetik KL, GIM Cosmetic Industries. Kalau u all nak tahu produk apa tu, pergi ke laman web KKM, www.npra.gov.my dan taip je nama kilang kosmetik KL tu. Nanti akan keluarlah beratus senarai produk-produk kosmetik berkualiti yang telah KL hasilkan.

Senang je kan nak cari produk yang dijamin HALAL dan berkualiti. Oklah itu saja dari KL untuk kali ini. Terima kasih atas kesudian u all membaca penulisan KL yang tak seberapa ni. KL akan terus berkongsi ilmu dari masa ke semasa insyaallah walau sibuk macam mana pun.

Ok, jumpa lagi. Assalamualaikum!

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article