WOW, SIAPA SANGKA TEKNOLOGI SKIN MICROBIOME INI TERLALU BAGUS UNTUK KULIT WAJAH FLAWLESS!!

skin microbiome by eiyma jalil
Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

 

 

Assalamualaikum semua kesayangan KL… Ya Allah rindunya nak menulis untuk u all semua ni.. KL rasa macam seribu tahun lamanya! Maaf ya.. blog KL buat renovation sebelum ni. Semoga dengan artikel terbaru ni dapat mengubat sedikit rindu u all dengan penulisan KL. U all pernah dengar Skin Microbiome?

Tipu tak pernah kan. Teknologi ni KL dah kongsikan sejak tahun lepas lagi iaitu sejak April 2019. KL mula mengkaji teknologi Skin Microbiome sejak 2 tahun lepas. Tetapi, apabila jenama gergasi Lancome lancarkan je rangkaian skincare baru mereka, tambah pula dengan Neelofa sebagai duta.. Meletup-letup nama teknologi Skin Microbiome. So, u all tahu ke apa dia teknologi Skin Microbiome yang dicanang-canangkan ni? Jom KL terangkan!

Sebelum tu, bagi yang masih belum mengenali siapa KL, boleh baca di sini ya! Terima kasih sudi berkunjung ke blog KL 🙂

Apa Itu Teknologi Skin Microbiome?

Mula-mula sekali, u all kena faham apa dia Skin Microbiome itu sendiri sebelum kita masuk lebih mendalam seperti macam mana ia berfungsi dari segi teknikal mekanisma, dan apa hasilnya ke atas kulit kita.

MICROBIOME merupakan gabungan dua perkataan, iaitu ‘micro’ dari mikroorganisma, dan ‘biome’ yang bermaksud ekosistem atau kesaling-bergantungan hidupan. Hidupan mikroorganisma yang KL maksudkan di sini adalah di persekitaran kulit manusia ya.. Jangan tak tau kat muka kita ni memang tuhan dah ciptakan hidupan mikoorganisma semulajadi yang memberi manfaat kepada kita.

Microbiome secara amnya merujuk kepada kumpulan organisma bersaiz mikro, yang kecil sangat-sangat, terdiri daripada bakteria, fungus, virus dan lain-lain yang hidup di atas satu kawasan atau permukaan. Kepentingan mereka adalah memberi impak simbiosis atau saling bergantungan terhadap permukaan itu, seperti di saluran perncernaan dan juga pada kulit wajah dan anggota yang lain.

Microbiome Dalam Sistem Pencernaan

Kalau dalam bidang perubatan, kajian mengenai microbiome ini sangatlah penting terutamanya microbiome saluran pencernaan. Itulah yang keluar produk seperti Yakult, Calpis, Nutrigen, dan seumpamanya.

microbiome

Ini kerana microbiome pencernaan amat penting untuk memastikan kesihatan seseorang individu. Kenapa penting? Sebab… Jika berlaku ketidak-seimbangan microbiome pada saluran pencernaan, ia boleh menyebabkan penyakit kronik dan boleh mengakibatkan kematian tau!

Microbiome Dalam Sistem Perubatan

Microbiome kulit dalam perubatan juga telah banyak dikaji, tapi ia lebih kepada kaitannya dengan penyakit kulit seperti actopic dermatitis, rosacea, eczema dan jerawat (acne vulgaris). Rawatan yang diberi untuk penyakit kulit sebegini selalunya adalah ubat sapu atau ubat makan yang bersifat antibakteria, antibiotik atau racun terkawal (drugs).

Sejak kebelakangan ini, yela zaman semakin moden kan. Kajian mendapati microbiome kulit sebenarnya adalah jaaaauuuhhh lebih kompleks, dan kepentingannya bukan sahaja untuk mengelakkan penyakit kulit, malah mikroorganisma pada kulit ini juga bertanggungjawab dalam pertahanan imunisasi badan, penyembuhan luka dan jangkitan, pertahanan terhadap radiasi UV, pengeluaran hormon serta kawalan skin barrier kita.

Microbiome Dalam Sistem Anggota Tubuh Terbesar – Kulit

Ok, sekarang kita masuk ke segmen microbiome di bahagian kulit pula atau lebih mudah dikenali sebagai Skin Microbiome. U all kena tahu, kulit merupakan organ terbesar pada manusia, dan fungsi kulit adalah sebagai benteng pertahanan pertama terhadap kerosakan dari persekitaran luar.

teknologi skin microbiome

Antaranya termasuklah jangkitan mikroorganisma virulen, radiasi UV, toksin, habuk, debu, kotoran dan sebagainya. Selama ini, fungsi kulit sebagai pertahanan ini dikaitkan terus dengan struktur kulit yang mempunyai 3 lapisan, termasuk lapisan kulit mati stratum corneum yang menghalang semua kemasukan “bendasing” tersebut.

Tapi, kajian terkini menunjukkan bahawa selain struktur lapisan kulit, ekosistem microbiome kulit juga bertanggungjawab mempertahankan kulit dari kerosakan persekitaran, yang mana ketidak-seimbangan microbiome inilah yang menyebabkan imunisasi badan menjadi lemah, timbulnya penyakit kulit, serta kesukaran kulit menerima nutrient dan vitamin yang diperlukan! 

“Sia-sia je u pakai skincare 8-12 langkah rutin dik!”

Maksudnya apa? Kalau microbiome u all tak sihat, tak seimbang…. sia-sia je u pakai skincare 8-12 langkah rutin dik.. Beranganlah nak dapat glass skin… Ini fakta kasil kajian ya, bukan sembang hype marketing. Terimalah dengan hati terbuka dan sama-sama kita perbaiki rutin ok?

KL nak kata yang pentingnya keseimbangan mikroorganisma yang hidup pada kulit kita, dan penjagaan microbiome kulit ni sama penting dengan penjagaan kesihatan diri kita.

Teknologi Skin Microbiome Dalam Skincare dan Makeup

skin microbiome

Mikrobiome turut memberi impak kepada kesihatan kulit seseorang. Ia mempengaruhi kecenderungan kulit menjadi sensitif, mudah berjerawat, lambat sembuh dari luka dan parut, kulit kering dan mudah kehilangan kelembapan, termasuklah tanda-tanda penuaan. [sumber] Dari sinilah timbulnya idea teknologi Skin Microbiome untuk diadaptasi ke dalam produk kosmetik untuk menambahbaik kesempurnaan kulit.

U all kena faham bahawa terdapat berbillion mikroorganisma yang hidup di atas kulit kita di serata badan, dan jenis-jenis mikrob serta jumlahnya berbeza antara setiap individu. Bergantung juga lokasi seperti muka, tangan, kaki dan sebagainya.

teknologi skin microbiome-haus cosmetics

Ada mikrob yang memberi impak simbiosis yang baik terhadap kulit (bakteria baik) yang hidup dipermukaan kulit dan menghalang bakteria jahat seperti Propionibacterium acnes (bakteria penyebab jerawat) daripada membiak, seterusnya melindungi kulit dari masalah timbulnya jerawat. Bakteria baik yang tumbuh juga menghalang pathogen daripada melalui lapisan kulit, dengan meneutralkan toksin dan jangkitan yang dibawa agar tubuh kita tidak jangkiti penyakit.

“Oleh itu, KESEIMBANGAN MIKROBIOME adalah asas paling utama untuk kulit yang sihat, kekal remaja, ketahanan kuat dari kekeringan dan jangkitan, serta punca-punca masalah kulit yang lain.”

TEKNOLOGI MICROBIOME YANG DIBANGUNKAN OLEH LANCOME

Menyedari kepentingan mikrobiome dalam menghasilkan kulit sihat yang optimum serta bebas cela, jenama terkemuka Lancome telah menambah baik produk terlarisnya sejak 10 tahun dahulu – Advanced Genifique Youth Activating Serum dengan teknologi microbiome yang telah dipatenkan. Ia menggabungkan bahan prebiotik dan probiotik hasil kajian selama 14 tahun [sumber].  

skin microbiome technology

KL lihat formulasi Lancome ini menggabungkan pecahan kultur bakteria Bifida, Lactobacillus dan Ekstrak Yis (Saccharomyces cerevisiae) untuk menghasilkan kompleks probiotik – prebiotik untuk menggalakkan keseimbangan microbiome kulit. Apabila gabungan mikroorganisma ini digunakan ke atas kulit, ia membolehkan microbiome kulit tumbuh dengan subur dan optimum.

Hasilnya, persekitaran microbiome yang sihat dapat melawan pembiakan pathogen yang boleh menyebabkan skin barrier menjadi lemah, menyebabkan jerawat, menjadikan kulit mudah kering serta kesukaran kulit untuk menggunakan fatty acids utama, vitamin serta bahan-bahan penting yang lain untuk penghasilan kulit sihat.

Apabila kulit berada di dalam keadaan yang optimum, kulit menjadi kekal lembap, terlindung dari kesan radiasi UV, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan seterusnya menghasilkan kulit yang sihat berseri.

Menurut Lancome, Advanced Genifique Face Serum berupaya:

  • Meningkatkan seri wajah sehingga +52%
  • Mengurangkan kedutan sehingga -46%
  • Melembutkan kulit sehingga +43%
  • Menyekatakan kulit sehingga +42%
  • Menghilangkan garis halus sehingga -42%
  • Membaiki tekstur kulit sehingga +57%
  • Menguatkan ketahanan kulit sehingga +49%

***Berdasarkan kajian klinikal terhadap 34 wanita selepas 8 minggu penggunaan.

Advanced Genifique Face Serum menggunakan gabungan 2 jenis mikrob, iaitu Bifidobacterium longum dan Lactobacillus (sejenis bakteria asid laktik) yang telahpun banyak dikaji untuk kesan positif terhadap kesihatan saluran pencernaan manusia [sumber].

Bagi kegunaan di dalam serum ini, bakteria ini dipecahkan menjadi lysate yang tidak aktif membiak, namun keseluruhan isi kandungannya yang bermanfaat dikekalkan dengan jumlah yang konsisten. Inilah yang dikatakan sebagai probiotik, iaitu kultur bakteria yang bermanfaat digunakan sebagai bahan dalam produk.

skin microbiome

Advanced Genifique Face Serum juga mengandungi tambahan prebiotic daripada Ekstrak Yis Saccharomyces Cerevisiae, iaitu nutrient hasil daripada penapaian yis tersebut. Berbeza dengan probiotik, prebiotic ini tidak mengandungi kultur mikroorganisma tersebut, namun hanyalah ekstraknya sahaja. Prebiotik ini bertindak sebagai ‘makanan’ kepada keseluruhan mikrobiome kulit, membolehkan kesemua mikrobiome berkembang dengan baik dan optimum.

Kesimpulan

Apa yang KL dapat simpulkan bagi Teknologi Skin Microbiome adalah selain struktur kulit serta kandungan komposisi nutrient pada kulit dan mekanisma biologi kulit yang sentiasa berinteraksi dengan persekitaran, komposisi mikrobiome kulit juga sangat-sangat penting dan menjadi sistem pertahanan yang pertama melawan interaksi dari persekitaran luar.

Oleh itu, jika microbiome ini dalam keadaan tidak seimbang, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit, seterusnya menjadikan kulit lebih sensitif dan mudah rosak. Keseimbangan microbiome kulit merupakan asas penting untuk memberi kulit wajah yang sihat optimum. Penggunaannya di dalam produk kosmetik seperti skincare dan makeup amat membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit secara menyeluruh.

So jangan lepaskan peluang untuk u all cuba teknologi Skin Microbiome ini untuk kulit yang jauh lebih sihat, kulit kita ni mahal dik… Cari produk mengikut kemampuan poket u all, KL nasihat je. Kalau tak mampu beli Lancome, belilah produk hasil formulasi dari kilang kosmetik halal KL, GIM Cosmetics Industries yang dijamin menggunakan teknologi-teknologi terbaik di dalam dunia kosmetik.

Salah satunya jenama di bawah kilang kosmetik KL yang boleh dinyatakan adalah HAUS Cosmetics. Ha u all carilah sendiri, nanti kata KL menjual angkat bakul sendiri pulak! :-p 

Semoga bermanfaat untuk kali ini, insyaallah kita jumpa lagi di next entri. Ok assalamualaikum w.b.t…

Rujukan:

  1. The skin microbiome: impact of modern environments on skin ecology, barrier integrity, and systemic immune programming. https://waojournal.biomedcentral.com/articles/10.1186/s40413-017-0160-5
  2. https://www.lancome-usa.com/skin-care/collections/genifique/advanced-genifique-face-serum/1000302.html#start=1&cgid=L3_Axe_Skincare_Genifique
  3. Bifidobacterium longum lysate, a new ingredient for reactive skin https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1111/j.1600-0625.2009.00932.x 

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article