RM3000 dalam Masa Sebulan! Kejayaan Seorang HAUS Premium Partner (HPP). Anda Bila Lagi?

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua. Ini adalah siri kedua penulisan KL mengenai HAUS Premium Partner (HPP) Affiliate Programme. Jika sebelum ini KL sudah jelaskan mengenai penubuhan platform HPP di sini, kali ini KL tak sabar nak berkongsi antara kisah kejayaan usahawan HPP Affiliate dalam masa yang singkat sahaja!

#StayatHome Bersama HPP

Jika anda melihat website rasmi HPP iaitu www.hauscosmetics.com.my, KL ada ceritakan secara peribadi tentang perasaan KL terhadap situasi masyarakat dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19. Sebagai peniaga, KL sendiri faham kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia apabila terpaksa duduk di rumah sehingga paling membimbangkan adalah ramai yang terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikat pun terpaksa gulung tikar.

Masak dengan asam garam berniaga, KL mengambil peluang di dalam kesulitan yang dihadapi. Inilah masanya untuk anda sambut peluang yang KL hulurkan ini untuk mengubah masa depan anda ke arah yang lebih baik. Walaupun masih baru dilancarkan, HPP telah membuahkan kejayaan kepada ramai ahli.

Tiada Kejayaan yang Mustahil

kisah kejayaan haus premium partner hpp menjana rm3000 dalam masa sebulan
Hannan Amira tidak menyangka dapat menjana pendapatan lumayan bersama HPP

Perkongsian KL hari ini bukanlah bersifat ‘bias’, berat sebelah, pilih bulu atau sebagainya ya… KL sayang setiap seorang ahli HPP sama banyak! Cuma untuk pendedahan ekslusif kali ini, KL pilih seorang sahaja dulu. Sebabnya, bukan selamat sangat nak buka-buka cerita macam ni pun, nanti ada pula yang mengambil kesempatan kan.

Sebenarnya, kejayaan yang dicapai oleh seorang ahli HPP ini adalah diluar jangkaan KL. Ini adalah kerana beliau hanya menggunakan HPP sebagai pendapatan sampingannya sahaja. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ejen HAUS Guardian KL. Beliau lebih memberi fokus kepada sistem ejen HAUS Guardian berbanding sistem affiliate HPP ini.

Jana RM3000 dalam Masa Sebulan

Siapa Hannan Amira?

“Platform ni sangat sesuai bagi yang beri alasan “Saya tak pandai nak berniaga” sedangkan awak tahu awak memerlukan pendapatan sampingan ini.”

Hannan Amira

Hannan Amira yang hanya berusia 28 tahun, berasal dari Terengganu juga berkhidmat dengan kerajaan dan menjadikan bisnes online sebagai pendapatan sampingan.

Beliau mula menceburi dunia perniagaan atas talian ini secara suka-suka pada awal tahun 2017. Sampai pada satu ketika di mana beliau mula rasa seronok untuk berbisnes online. Sejak itu beliau mula konsisten walaupun beliau telah mempunyai pekerjaan yang tetap sehinggalah sekarang.

Pendorong kuat

Bagi Hannan Amira, pendorong kuat beliau di dalam bisnes ini adalah keluarga dan dirinya sendiri. Menyedari tahap kesenangan diri dan keluarga, beliau mula menetapkan satu target yang WAJIB dicapai. Gadis muda ini berfikiran matang dengan berpegang teguh kepada rezeki yang dikurniakan adalah datangnya dari setiap titik peluh usaha dan kudrat diri sendiri.

Tiada strategi. Just do it.

Tidak pernah meletakkan sebarang strategi pada awal menceburi platform affiliate HAUS Premium Partner (HPP), Mira bijak mengambil peluang di dalam kekalutan dunia menghadapi wabak pandemik COVID-19. Produk pertama yang dijual adalah HAUSsanitizer yang menjadi permintaan dalam kalangan masyarakat.

Bermula dengan perkongsian kepada semua group kenalan dan keluarga di dalam contact list telefonnya, beliau tidak menyangka usaha sekecil itu telah membuka pintu rezeki yang lebih luas dalam perjalanan karier perniagaan atas taliannya. Kejayaan yang besar juga bermula dengan 1 langkah. Jika anda tiada idea strategi, tidak mengapa. Just do it. Proses pembelajaran akan datang di sepanjang perjalanan anda. Itu adalah lebih baik berbanding terus duduk diam tanpa sebarang langkah.

Jadual harian 2 dalam 1

Sebagai pekhidmat kerajaan yang tetap, Mira tidak lari dari komitmen wajib setiap hari. Bagaimanapun, beliau akan menyediakan satu jadual harian, mingguan dan bulanan untuk melihat dengan lebih jelas setiap target yang perlu dicapainya setiap hari. Tidak pernah bersungut dengan kepadatan jadual, beliau positif dan tegas dalam membahagikan masa antara kerja dan berniaga.

Waktu kerja hakiki, beliau akan fokus pada kerja hakiki. Waktu rehat, dan selepas tamat waktu kerja hakiki, itulah waktu untuk beliau fokus kepada bisnes onlinenya. Setiap hari, Mira akan pastikan apakah target yang perlu dicapai dan apakah yang perlu dilakukan untuk keesokan harinya. Jelas di sini bahawa Mira adalah seorang yang sangat kemas dan sistematik dalam merancang jadual hariannya.

Nasihat Mira kepada anda di luar sana

Bagi Mira, perniagaan atas talian seperti HAUS Premium Partner sebenarnya adalah satu platform yang paling mudah untuk menjana pendapatan sampingan di mana anda tidak perlu menguruskan sebarang stok dan tidak perlu keluar untuk pengeposan.

Dengan HPP, anda tidak perlu melalui proses untuk close sales dengan prospek kerana semua proses jual beli berlaku di dalam website HPP. Anda hanya akan terima komisyen bulanan sebagai gaji lumayan anda setiap bulan. Mira turut menekankan bahawa tiada lagi alasan tidak pandai berniaga sedangkan anda tahu dan sedar yang anda mat memerlukan pendapatan tambahan ini.

Tiada alasan

Di dalam HAUS Premium Partner (HPP), tiada siapa yang akan ketinggalan. Anda akan berada di dalam satu ‘circle’ positive yang penuh dengan ilmu bisnes, bahan marketing, sesi perbincangan, sesi perkongsian, soal jawab, tips bisnes, dan macam-macam lagi. Yang penting, segalanyanya adalah FREE. PERCUMA!!

Semuanya KL sediakan. Anda hanya perlu bekalkan semangat je untuk mulakan bisnes bersama HPP ini. Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli HPP, KL bertanggungjawab ke atas masa depan anda.

Ubah Alasan kepada “Big Why”

Hanya duduk di rumah, anda juga mampu menjana pendapatan yang lumayan bersama program affiliate HPP. Seperti yang KL kongsikan mengenai Hannan Amira. Beliau merupakan seorang petugas kerajaan yang mempunyai komitmen wajib terhadap tugasan hakiki setiap hari. Pada masa yang sama, Mira juga menjadi ejen HAUS Guardian dan yang terbaru adalah affiliate HPP.

Apa yang KL suka dan kagum dengan Mira adalah semangat beliau dalam mengejar kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan. KL nampak, Mira seorang yang rajin dan tidak sukakan alasan. Walaupun terikat dengan komitmen kerja hakiki, Mira tidak pernah bersungut, malah sering membantu lagi kawan-kawan HPP yang lain di dalam group. Sikap inilah yang kita perlukan dalam berniaga.

Bukan Mira sahaja, tetapi ramai lagi yang KL nampak di dalam group tidak pernah lokek dalam membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah, circle yang positive akan membawa kita lebih dekat dengan kejayaan. KL mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli HPP Affiliate yang sangat supportive!

Perluaskan Channel Marketing

Antara kisah di sebalik kejayaan Hannan Amira juga adalah… Oh, KL macam tengah kongsi rahsia pula kan. Teknik pemasaran yang diamalkan beliau ni, kalau buka kelas, dah boleh pergi haji tau! Tapi KL nak cerita FREE je kat sini. Hehehe. Nak berjaya lebih, kenalah usaha pun lebih. Mira ni dah macam sotong KL tengok.

Antara channel yang boleh digunakan untuk bisnes atas talian

Facebook, Instagram, Whatsapp, segala tempatlah dia jelajah. Setiap kali KL post apa-apa di Facebook KL, mesti Mira antara yang terawal tinggalkan jejak. Ini adalah salah satu teknik pemasaran yang terbukti berkesan dalam ‘memaku’ minda dan kesedaran prospek terhadap kita.

Anda Juga Boleh Berjaya!

Di dalam HAUS Premium Partner (HPP), tiada siapa yang akan ketinggalan. Anda akan berada di dalam satu ‘circle’ positive yang penuh dengan ilmu bisnes, bahan marketing, sesi perbincangan, sesi perkongsian, soal jawab, tips bisnes, dan macam-macam lagi. Yang penting, segalanyanya adalah FREE. PERCUMA!!

Semuanya KL sediakan. Anda hanya perlu bekalkan semangat je untuk mulakan bisnes bersama HPP ini. Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli HPP, KL bertanggungjawab ke atas masa depan anda.

TAHNIAH, kerana mulai saat ini anda telah pun selangkah hampir dengan kejayaan bersama HPP! Anda telah pun menemui jalan yang tepat untuk anda mula mengubah kehidupan masa hadapan anda ke arah yang lebih baik. KL dan seluruh pasukan HAUS Premium Partner sentiasa bersedia menghulurkan tangan.

Ada baaaanyak lagi ilmu perniagaan yang KL ingin kongsikan bersama anda. Tapi, KL hanya akan kongsikan jika anda betul-betul bersedialah. Sampai bila anda nak baca kisah kejayaan orang lain sahaja. Apa kata cipta kisah kejayaan anda sendiri pula? Tentu lebih menarik kan.

Penutup

KL sentiasa mendoakan semoga rakyat Malaysia yang terkesan dengan situasi getir ketika ini supaya terus kuat bertahan, semoga anda dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Ambillah segala peluang yang ada kerana sekarang bukanlah waktu untuk menanti bulan jatuh ke riba.

KL sentiasa ada di sini, bersedia untuk anda.

SELAMAT DATANG KE HAUS PREMIUM PARTNER (HPP) AFFILIATE PROGRAMME!!

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article