Berniaga Semudah 123. Jom KL Kenalkan Bisnes HAUS Premium Partner (HPP).

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi. KL pasti, anda yang datang ke sini bukanlah calang-calang orangnya. Anda adalah seorang insan hebat yang tidak suka berada di dalam zon selesa. Anda sedar tak, itu adalah sifat orang yang berjaya tau.

Tanpa membuang masa, jom KL kenalkan anda dengan satu peluang perniagaan yang amat mudah iaitu HPP atau ada orang panggil dropship tanpa modal cumanya berbeza dari segi komisen sahaja! KL faham, situasi ketika ini memang sukar buat sesetengah masyarakat. Jadi, KL ilhamkan platform ini sebagai salah satu inisiatif KL dalam usaha membantu masyarakat yang terbelenggu dengan masalah kewangan dan ekonomi ketika ini.

Oh, sebelum itu bagi yang belum mengenali serba sedikit latar belakang KL boleh baca di sini ya. Manalah tahu tiba-tiba ada yang takut KL ni scammer pulak kan. KL pun takut juga! Hehehe.

Apakah itu HPP?

Boleh tonton video pengenalan HPP di sini.

Sebenarnya KL pernah bagi ‘hint’ mengenai platform baru ini di sini. KL sarankan anda untuk menjenguk sekejap penulisan KL di sana untuk mendapatkan tips rahsia kejayaan seorang sahabat Nabi yang amat wajar kita contohi.

Baiklah, HPP adalah satu platform perniagaan yang baru ditubuhkan menggunakan domain www.hauscosmetics.com.my. Ia beroperasi penuh secara sistem yang lengkap, mudah, dan selamat. Berkonsepkan seperti program Affiliate atau lebih kurang sama dengan konsep dropship tanpa modal namun HPP akan memfokuskan produk fizikal yang proses pembuatannya berdasarkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan kilang yang diiktiraf HALAL oleh JAKIM.

Bisnes HPP semudah 123
HPP semudah 123

HPP di dalam HAUS adalah merupakan ejen jualan atau AFFILIATE yang HANYA akan mempromosikan link anda yang tersendiri untuk mendapatkan jualan TANPA perlu berjumpa pelanggan. Ibaratnya anda akan diberikan sebuah kedai online anda sendiri yang beroperasi 24/7. Segalanya mengenai produk akan diuruskan oleh pihak HQ. HPP hanya bertugas di atas talian untuk mempromosikan produk dan terus mendapat komisyen hasil jualan sebanyak 20%. Komisen anda ini akan dibayar setiap akhir bulan.

Siapa yang Perlu Sertai HPP?

Adakah anda salah seorang dari mereka?

Ketika KL menghasilkan bisnes HPP ini, apa yang berada di dalam fikiran KL pada waktu itu adalah rakyat Malaysia. Seluruh dunia sedang digegarkan oleh wabak pandemik COVID-19. Perkara ini cukup memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan kita. Di mana, kita terpaksa hidup di dalamnya dengan norma yang baharu.

Sebagai pemilik kilang dan pengeluar barangan kosmetik, kesihatan dan keperluan sejak hampir 8 tahun, setiap hari KL memikirkan apakah sumbangan yang KL boleh bagi dengan segala apa yang KL ada sekarang. Dengan itu, tertubuhlah sebuah platform perniagaan yang menepati norma baharu masyarakat iaitu HAUS Premium Partner (HPP) Affiliate Programme.

KL mensasarkan golongan-golongan seperti di bawah:

  1. Rakyat yang hilang sumber pendapatan akibat syarikat gulung tikar atau mungkin faktor kesihatan anda sendiri.
  2. Rakyat yang terpaksa mencari pendapatan tambahan demi memenuhi komitmen wajib setiap bulan.
  3. Jurutera isi rumah (baca: surirumah sepenuh masa) yang ingin membantu suami bagi menampung pendapatan seisi rumah.
  4. Anak muda atau pelajar yang inginkan duit poket sendiri sebagai simpanan bagi masa hadapan.
  5. Peniaga yang masih struggle dengan bisnes dan tercari-cari peluang bisnes yang lumayan.
  6. “Penanam anggur” berjaya yang ingin bersara, hehehe.

Sebenarnya, tidak kiralah apa pun latar belakang dan apa jua alasan pendorong anda yang KL tidak sebutkan di atas, HPP ini khas untuk semua.

Kilang Penghasilan Produk Berstatus HALAL dan Berkelulusan GMP

HPP adalah satu platform perniagaan yang beroperasi secara SISTEM ATAS TALIAN yang lengkap, mudah, dan selamat.

HPP lebih memfokuskan kepada produk fizikal yang dihasilkan oleh kilang pembuatan milik HAUS sendiri iaitu GIM COSMETIC INDUSTRIES yang mana proses pembuatannya adalah berdasarkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang dikawal selia oleh KKM dan diiktiraf HALAL oleh JAKIM.

Pengilang produk HPP berstatus HALAL
Syukur alhamdulillah, kilang KL diperakui HALAL oleh JAKIM. This is my proud!
Sijil Perakuan GMP ke atas GIM Cosmetic Industries oleh KKM.
Syukur alhamdulillah, kilang KL juga diperakui GMP oleh KKM. This is my proud too!

GIM Cosmetic Industries merupakan “my first baby” dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah KL dimurahkan rezeki untuk memiliki sebuah kilang pembuatan sendiri. Yang mana, KL masih lagi berpegang teguh dengan pendirian untuk membangunkan pembuatan produk HALAL sebagai sumber rujukan di seluruh dunia. KL bersyukur kerana jenama HAUS yang KL bangunkan di bawah kilang KL sekarang berada di landasan yang betul, insyaAllah.

Dengan ini, KL tiada sebarang kebimbangan untuk berkongsi rezeki pula bersama masyarakat di luar sana dengan menggunakan platform perniagaan HPP yang KL tubuhkan menepati norma baharu ketika ini.

Keunikan HPP Berbanding Platform Lain

HAUS Premium Partner (HPP)

Nampak tak perbezaan HPP? KL fikirkan inilah cara perniagaan yang paling tepat untuk masyarakat ketika ini malah pada masa akan datang juga. Ianya selamat malah boleh dijadikan sebagai sampingan dan sepenuh masa. Segalanya diuruskan oleh HQ terus dari kilang. Anda hanya perlu order sahaja. Terlalu senang ni!

100% Sistem Atas Talian yang Lengkap dan Selamat

Bisnes hujung jari, gunakan komputer atau telefon pintar anda sahaja!

Ini adalah satu perkara yang paling KL nak tekankan di sini. Di samping menjaga penjarakan sosial dan duduk di rumah, anda masih boleh menjana pendapatan yang lumayan bersama HAUS! Bayangkan jika siang hari anda promosi/iklankan sesuatu produk, kemudian pada waktu malam ada pelanggan yang nampak posting anda lalu terus membeli. Kan seronok tu tengah tidur pun dapat duit! Hehehe.

Komisyen 20% untuk Setiap Produk

Komisyen lumayan untuk setiap produk

KL percaya walau macam mana sulit pun sesuatu keadaan itu, pasti akan ada jalan keluarnya. KL berbesar hati melancarkan platform HPP ini untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan insentif sebanyak 20% ke atas setiap produk yang terjual melalui link “kedai online” anda. Yang penting, HPP bukanlah perniagaan yang berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM), KL tetapkan semua ahli HPP yang berdaftar akan mendapat komisyen yang sama rata, tiada istilah siapa yang lebih tinggi rendah. Anda buat, anda dapat!

Pelbagai Produk Keperluan yang Menjadi Permintaan

Dalam platform HPP, KL tidak mengehadkan kepada beberapa bidang sahaja contohnya kosmetik, penjagaan diri, dan kesihatan sahaja. Malah, jauh lebih luas lagi. Antaranya KL juga membekalkan barangan keperluan lain yang menjadi permintaan seperti face mask, hand sanitizer, dan disinfectant spray. Sebenarnya, ada banyak lagi produk di dalam senarai KL ni, tapi…. satu-satulah ya sebab KL jenis tak suka buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. RND KL paling ‘beshe-beshe’ pun mesti sebulan jugak tau. Siapa kenal KL fahamlah perangai KL.

Penutup

KL berharap platform bisnes yang baru ini dapat membantu masyarakat yang terjejas terutamanya dari segi ekonomi. Hanya dengan 3 langkah mudah; daftar, promosi, dan claim komisyen anda!

Semoga HPP ini dapat memberi manfaat kepada semua. Tiada apa yang KL inginkan selain menyumbang dengan sedaya upaya KL dan bersama-sama dalam pembangunan ekonomi negara tercinta di samping membawa nama HAUS ke peringkat yang lebih tinggi, insyaAllah.

Sekian dari KL, Assalamualaikum.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article