Hanya 3 Langkah Mudah untuk Menjana Pendapatan Bersama HAUS Premium Partner (HPP)

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu. Sejak KL kongsikan mengenai penubuhan satu platform perniagaan bagi menjana pendapatan yang baharu iaitu HAUS Premium Partner (HPP), berdesup-desup zass zuss zass mesej masuk ke inbox KL. Ya Allah, sungguh KL tak sangka sambutan macam ni. KL terkejut sekejap.

Alhamdulillah, ramai yang menyambar peluang ini. Terima kasih KL ucapkan kerana sudi menyambut baik inisiatif KL dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19 ini. KL rasa terharu, teruja bercampur baur. KL tak sabar nak berkongsi rezeki bersama anda semua!

Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Bersama HPP?

KL nampak ramai yang berminat dengan HPP tambah-tambah lagi setelah melihat kisah kejayaan ahli HPP yang KL ada kongsikan di sini. Sebenarnya semua orang boleh berjaya seperti itu. KL hanya sediakan 3 langkah mudah sahaja.

Sehingga ke hari ini di dalam rekod KL, ramai sangat yang hanya mendaftar semata-mata. Sayaaaangnya lahai. Ibaratnya anda sudah pun masuk ke sebuah restoran dengan perut yang lapar tapi anda sendiri tak order makanan! Nampak tak? Tujuan KL tubuhkan platform HPP ini adalah untuk membantu ekonomi masyarakat yang terjejas.

Maksudnya, ini adalah platform untuk anda menjana semula pendapatan anda yang terjejas atau juga menambah pendapatan dengan cara berniaga melalui sistem affiliate HPP ini. Bukannya bila dah daftar, duduk diam tunggu je duit masuk. Kalau nak buat charity, KL tak buat kat sini dik. KL buat senyap-senyap je, tak perlu cerita kat orang. Hehehe.

#1. Daftar HPP di www.hauscosmetics.com.my

Langkah pertama anda mestilah perlu mendaftar terlebih dahulu ya, barulah KL dapat kenal pasti dan menyimpan rekod maklumat diri anda sebagai ahli HPP yang sah. Daftar di laman web rasmi HAUS Premium Partner (HPP) iaitu www.hauscosmetics.com.my. Ingat, tolong tolong tolong isikan maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat. Ini adalah bagi melancarkan urusan pembayaran gaji anda juga nanti di hujung bulan.

Ini adalah langkah-langkah WAJIB sebaik sahaja anda selesai mendaftar!

menjana pendapatan bersama hpp
  1. Jangan lupa download E-Book Menjana Pendapatan Lumayan Dari Rumah. Tips-tips yang dikongsikan ini, orang lain jual sampai boleh pergi haji tau. Tapi HAUS kongsikan secara PERCUMA sahaja kepada anda!
  2. Tonton video tutorial menggunakan sistem HPP Affiliate dan penerangan di YouTube HAUS Premium yang KL telah kongsikan di awal penulisan ini. Atau terus klik sini
  3. Sertai group Telegram rasmi untuk HPP Affiliate di sini. Inilah markas kita, tempat kita berkongsi ilmu, sesi soal jawab dan perbincangan dua hala, sesi motivasi, sesi brainstorming nak “berperang”, dan macam-macam lagi!
  4. Sertai group Facebook rasmi untuk HPP Affiliate di sini. Segala info terbaru, pengumuman penting, dan sesi perkongsian terus dari HQ akan diupdate di sini.

InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah dan lancar untuk anda sebab KL dah sediakan semuanya. Jom ke langkah seterusnya.

#2. Promosikan Kedai Online Anda 24/7

Setelah mendaftar, anda akan diberikan satu link affiliate HPP khas kepunyaan anda secara automatik. KL lebih suka menggelarkan link ini sebagai kedai online anda kerana apabila pelanggan membeli dengan menggunakan link tersebut anda akan mendapat komisyen sebanyak 20% bagi setiap produk yang terjual. Apa yang paling best adalah anda tak perlu buat apa-apa pun.

Pelanggan sendiri akan beli dan order terus ke HQ. Kemudian HQ pula akan menguruskan dari segi stok, pembungkusan, sehinggalah pengeposan terus ke depan pintu rumah pelanggan. Dengan syarat, pelanggan WAJIB lah membeli dari kedai online anda. Link khas HPP anda tu lah. Kadang-kadang, sampai tak sedar pun ada orang membeli, tiba-tiba je HQ bayar komisyen masuk akaun. Best kan!

Dalam HPP, semuanya beroperasi secara atas talian menggunakan sistem yang sangat mudah, lengkap dan selamat. Seperti yang KL jelaskan di penulisan sebelum ini (boleh baca di sini), HPP hanya bertugas untuk mempromosikan kedai online anda sahaja.

Nak promosikan di mana KL? Allahu, banyak cara boleh promosi dik. KL cedok sedikit dari Ebook Menjana Pendapatan Dari Rumah bersama HAUS. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila download dan khatamkan ya.

Media sosial adalah merupakan platform utama yang juga menyokong masyarakat menjana pendapatan dari rumah sejak sekian lama. Dimana anda boleh lihat contohnya di Facebook, ada berapa banyak group perniagaan yang memberikan post percuma sahaja kepada ahli-ahli group mereka. Takkan anda nak tengok post orang lain je? Wall anda sendiri pun anda boleh promosikan juga, termasuklah di Facebook story.

KL sarankan anda bawa pelanggan ke Whatsapp terlebih dahulu sebelum anda bagi merek link kedai online anda. Ini adalah bagi menjaga domain www.hauscosmetics.com.my dari dikelaskan sebagai spam lalu terus disekat oleh pihak Facebook. Selain itu, penting untuk anda menyimpan maklumat dan database pelanggan-pelanggan anda. Dengan menggunakan Whatsapp Business, segalanya menjadi mudah.

Sebenarnya ada terlalu banyak sangat lagi tips menjana pendapatan mudah bersama HAUS ni. Semuanya telah HAUS sediakan untuk anda termasuklah bahan-bahan marketing, maklumat produk, sesi perbincangan berkumpulan dan sebagainya. Hanya follow langkah yang KL kongsikan ini.

#3. Tebus Komisyen Bulanan Anda!!

menjana pendapatan bersama haus premium partner hpp

Sebenarnya, langkah yang ketiga ini dah bukan langkah dah! Sebab takda apa pun yang anda kena buat. Hanya duduk diam-diam dan tunggu HAUS bayar gaji anda pada penghujung setiap bulan. KL memang sengaja jadualkan seperti pembayaran gaji seperti biasa kerana niat KL pada awalnya memang untuk membantu masyarakat yang terutamanya telah kehilangan pekerjaan atau surirumah dan pelajar yang ingin bekerja sampingan.

Dengan pendapatan ini, insyaallah KL yakin dapat membantu anda dari pelbagai sudut. Sama ada menampung perbelanjaan keluarga, komitmen bulanan, sehinggalah ke simpanan.

Penutup

Haaa, macam mana? Jelas tak? Kalau masih tak jelas, boleh terus pm KL personal bila-bila masa sahaja. KL sentiasa ada untuk semua insyaAllah. Selagi ada kudrat, KL nak sangat bertemu dengan semua insan-insan hebat ini. KL akan bantu anda menjana pendapatan lumayan bersama HAUS. Mungkin satu hari nanti.

KL doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dalam usaha menjana pendapatan masing-masing demi meneruskan kelangsungan hidup yang kian mendesak. Doa KL sentiasa ada bersama semua.

Sekian sahaja dulu dari KL untuk kali ini.

Jom, sertai HAUS Premium Partner sekarang!

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article