Atasi Masalah Bibir Kering, Hitam dan Kusam Hanya Semudah 123. Anda Tentu Tak Percaya!

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua, semoga berada dalam kesihatan yang sejahtera. Pertama sekali syukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat melangkah ke Ramadhan 1441 Hijrah. KL anggapkan Ramadhan tahun ini adalah yang paling istimewa kerana setelah sekian lama, KL dapat menyambut dan menjalani ibadah rukun Islam yang keempat ini bersama keluarga tercinta.

Okayy, so untuk artikel kali ini KL nak berehat sebentar dari kegusaran wabak yang sedang melanda kita ketika ini. KL memang tak boleh tinggal lama sikit dunia kosmetik ni, rindu. Harini KL nak kongsikan tips bibir sihat menawan ini sebab siapa je yang tak inginkan bibir yang sihat menawan? KL tergerak hati nak berkongsi mengenai rahsia tips bibir sihat ini kerana sejak kita memasuki bulan puasa, cuaca yang tidak menentu membuatkan bibir KL sendiri terasa lebih kering berbanding hari biasa.

Bibir Sihat yang Menjadi Idaman

KL pasti ramai di luar sana yang turut mengalami masalah yang sama seperti di atas bukan? Apa yang anda lakukan? Nak minum air tak boleh, puasa. Nak pakai lip scrub, emmmm tak tertahan nanti nak tonyoh gula kat bibir tu dengan perisa yang menggoda pula. Haish, puasa puasa… KL percaya ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah bibir kering, hitam dan kusam ini. Maka dengan itu, ramai jugalah yang menggigit jari sahaja melihat orang lain boleh pakai lipstik dan lip matte cantik-cantik.

tips bibir sihat menawan dengan palmitoyl hexapeptide-12
Bibir yang sihat menampilkan wajah menawan

Lama juga kan KL tak menulis di sini kerana sejak kebelakangan ini. KL agak sibuk dalam kempen kesedaran mengenai sanitizer dan disinfectant untuk penjagaan kebersihan dan hygiene yang betul dalam situasi ketika ini. Bagi yang terlepas, boleh baca di sini dan juga di sini. Ada dua artikel yang telah KL kongsikan yang bagi KL amat penting untuk masyarakat faham dan jelas mengenainya.

Punca Bibir Kering

bibir kering dan tidak sihat. baca tips bibir sihat di sini
Bibir kering menyebabkan luka dan pecah

Berbalik kepada topik kita. Seorang doktor di laman web doctoroncall.com.my telah berkongsi beberapa tips untuk bibir yang sihat dan mengatakan bahawa masalah bibir kering adalah normal yang dialami oleh kebanyakan kita. Penting bagi kita untuk menjaga kesihatan bibir kerana jika ia terlampau kering dan mengelupas, ia bukan sahaja akan menjejaskan penampilan keseluruhan wajah anda malah lebih membimbangkan, anda juga terdedah kepada risiko untuk mendapat infeksi sekiranya ia terlalu kering dan mengelupas. Antara punca bibir kering adalah:

#1. Sinaran UV dan Pencemaran dari Persekitaran

Pendedahan kepada matahari dan cuaca persekitaran merupakan antara penyebab bibir kering dan pecah. Sekiranya anda berada di dalam persekitaran udara kering seperti menggunakan penghawa dingin atau berada di dalam musim sejuk, pastikan anda menggunakan produk penjagaan bibir yang mengandungi bahan pelembap. Antara bahan wajib lain adalah pelindung sinaran UV iaitu SPF dan sunscreen. Sinaran UV yang merbahaya akan menyebabkan bibir kering, hitam dan kusam. Sediakan “payung” untuk bibir juga!

bibir juga terdedah kepada sinaran UV
Bibir juga terdedah kepada sinaran UV yang berbahaya

#2. Dehidrasi

Antara tanda-tanda dehidrasi adalah bibir, mulut dan mata yang kering. Oleh itu, pakar kesihatan amat mengesyorkan pengambilan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi. Jika anda seorang pesakit diabetes atau atlet, anda perlu mengambil lebih banyak air! Tubuh badan yang cukup terhidrat dapat memberi keseimbangan semula jadi kepada mineral di dalam tubuh kita, sekaligus menyihatkan kulit dan menghalang bibir kering dan pecah. Bibir anda akan menjadi lembap dan anjal secara semulajadi.

#3. Kekurangan Vitamin

Tubuh badan kita memerlukan Vitamin B2 atau riboflavin untuk membantu fungsi sel, metabolisme lemak, dan mengekalkan tahap normal ​​asid amino homocysteine di dalam darah. Jika bibir anda kering, pecah dan bengkak, ianya mungkin dari kekurangan riboflavin. Amalkan pemakanan dan diet yang kaya dengan vitamin B2 seperti telur dan daging tanpa lemak.

Langkah Mendapatkan Bibir Sihat Semulajadi

Bibir adalah anggota yang lebih sensitif berbanding kawasan yang lain. Bibir yang retak adalah normal, tetapi AWAS keretakan yang teruk dan keradangan boleh membawa kepada jangkitan, pembentukan kulat, dan luka yang menyakitkan. Takutnya.. Jadi lebih baik mencegah dari merawat! Berikut adalah 3 tips bibir sihat yang sangat-sangat mudah untuk diamalkan. Jangan terkejut ya.

#1. Minum Air yang Cukup

minum air untuk bibir sihat
Ambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari

Tips bibir sihat pertama:

Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk membekalkan kehidratan yang baik kepada tubuh. Hidrasi yang baik akan memberi kulit yang lebih sihat, cantik dan anjal secara semulajadi. Bibir adalah anggota yang paling terkesan dengan hidrasi. Kalau nak bibir dan kulit yang cantik, minumlah air. Bukan susah pun kan?

#2. Jangan Kupas Kulit Bibir!

Tips bibir sihat ini ramai yang buat.

Tolonglah ya, walaubagaimana sekalipun, tolong jangan kupas kulit kering di bibir anda kerana bibir kita ni adalah kawasan yang sensitif dan lebih nipis berbanding kawasan lain. Mengupas bibir anda hanya akan menyebabkan luka, pendarahan, dan bengkak. Lebih membahayakan adalah bibir akan kehilangan lapisan perlindungan luarannya dan mendedahkan bibir kepada jangkitan kuman dan bakteria.

#3. Gunakan pelembab bibir

tips merawat bibir sihat
Pemilihan produk bibir dengan formulasi dan bahan yang betul adalah sangat penting

Tips bibir sihat ketiga:

Hmmmm. Ada orang yang anti dengan lip balm kerana semakin digunakan, semakin bertambah kering pula bibir sampaikan fobia jadinya dengan lip balm. Betul tak? Nasihat KL, ambil tahu setiap bahan-bahan yang terkandung di dalam formulasi pelembap bibir yang digunakan. Gunakan lip balm tanpa sebarang pewangi kerana struktur kimia bahan pewangi adalah agak ‘kasar’ buat bibir. Selain itu, pastikan lip balm anda mengandungi perlindungan UV kerana bibir kita sebenarnya yang lebih terdedah kepada sinaran UV.

Kehebatan Bahan Palmitoyl Hexapeptide-12

Ok, apa dia benda alah yang KL duk sebut dari awal cerita ni tadi? Haa, kalau nak tahu inilah bahan berteknologi tinggi yang dihasilkan khas untuk mendapatkan bibir yang sihat menawan. Penggunaannya di dalam tips bibir sihat yang ketiga iaitu lip balm, lip matte atau lip cream dapat membantu anda merawat masalah bibir kering, kusam, dan hitam dengan berkesan.

Apakah Palmitoyl Hexapeptide-12

Secara ringkasnya, struktur Palmitoyl Hexapeptide-12 ini adalah rantaian amino acids yang menghasilkan kolagen semulajadi di dalam kulit. Penggunaan bahan hebat ini dapat membantu mengatasi masalah bibir anda dengan mudah.

atasi masalah bibir kering hitam kusam
Struktur kolagen adalah berasal dari rantain protein asid amino

Kebaikan Palmitoyl Hexapeptide-12

#1. Anti-Oksidan

Sebagai anti-oksidan, Palmitoyl Hexapeptide-12 berfungsi meneutralkan radikal bebas di dalam kulit, mencerahkan bibir yang gelap, lalu menghasilkan bibir yang lebih cerah dan sihat berseri.

#2. Melembapkan Bibir

Memulihkan bibir yang kering, merekah dan pecah dengan struktur rantaian protein semulajadinya. Ia bertindak meningkatkan hidrasi kulit bibir dan mengunci kelembapan bibir.

#3. Merangsang Penghasilan Kolagen

Struktur Palmitoyl Hexapeptide-12 ini sememangnya direka khusus bagi merangsang penghasilan kolagen semulajadi di dalam kulit. Dengan itu, ia sangat membantu membaiki tekstur bibir yang kering dan mengembalikan keanjalan bibir!

KL nak kongsikan satu rahsia la kat sini. Hehehe.

Majalah Remaja telah memilih satu jenama tempatan buatan Malaysia sebagai lip matte terbaik yang anda wajib cuba iaitu….

Matte Creamy Lips dari jenama tempatan HAUS Cosmetics

Matte Creamy Lips

tips bibir sihat gunakan lipmatte dengan bahan palmitoyl hexapeptide-12
Tips bibir sihat dengan menggunakan bahan yang diformulasi khas bagi merawat dan membaiki masalah bibir

Matte Creamy Lips dari rangkaian HAUS Cosmetics telah dipilih sebagai lipmatte jenama lokal yang terbaik dari segi formula dan teksturnya. Anda wajib cuba! Ianya diformulasi dengan kebaikan dari Palmitoyl Hexapeptide-12, ditambah pula dengan minyak Argan, vitamin C dan juga vitamin E.

Hasilnya, lipmatte terbaik ini bukan sahaja memiliki pigment warna yang cantik dan “transfer-proof”, tetapi ia adalah lip matte yang membekalkan kelembapan kepada bibir sambil merawat masalah bibir kering, hitam, dan kusam. Dengan Matte Creamy Lips, anda dapat tampil cantik tanpa kerisauan lagi.

KL juga telah menjalankan kajian ke atas lip matte di pasaran kosmetik ketika ini, KL cuba sendiri setiap tekstur dari jenama antarabangsa hingga ke lokal dan hasilnya… Dengan pengalaman selama 8 tahun di dalam pembuatan kosmetik, KL telah pilih 5 lip matte yang memang best lah tekstur dia! Kalau nak tahu lip matte apa, baca di sini.

Penutup

Sekian perkongsian KL berkenaan tips bibir sihat menawan.

Sebenarnya di dalam HAUS Cosmetics, KL telah lama pun menggunakan teknologi dari Palmitoyl Hexapeptide-12 ini kerana KL memang yakin dengan kemampuan bahan ini dalam membantu merawat masalah bibir dalam kalangan pengguna. Bukan sahaja Matte Creamy Lips, malah Luminous Lush Moist Lip Cream dan juga Crystal Shine Magic Lipstick turut diformulasi dengan menggunakan bahan hebat ini. Cuba dan rasai sendiri perbezaannya dengan lip matte, lip cream dan lip balm yang lain di pasaran.

KL harap dengan perkongsian tips bibir sihat kali ini dapat membantu anda untuk kembali yakin untuk menggunakan produk penjagaan dan kecantikan bibir kerana terdapat banyak pilihan produk untuk anda. Yang penting, ambil masa untuk baca dan kenali bahan-bahan yang digunakan supaya tak membazir wang anda!

Sebagai pemilik kilang pembuatan kosmetik HALAL di Malaysia, KL memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan keluaran produk yang selamat, bersih dan suci. Insyaallah, KL sedang cuba sedaya upaya ke arah membangunkan kosmetik halal di mata dunia. Sokonglah produk buatan muslim kerana kita juga setanding dengan antarabangsa malah lebih baik.

Bantu KL, bersama-samalah kita memertabatkan produk kosmetik halal dan berkualiti agar Malaysia dapat menjadi sumber rujukan kosmetik halal di seluruh dunia!

Ikuti KL di laman Facebook rasmi Eiyma Jalil dan YouTube rasmi Eiyma Jalil untuk mendapatkan update dan info terkini dalam dunia kosmetik dan kesihatan.

Semoga bermanfaat, Assalamualaikum w.b.t..

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article