3 Formula Rahsia Disinfectant yang Terbukti Power Membunuh Kuman dan Virus Bersama Ujian Makmal! WAJIB Ada Dalam Setiap Rumah anda.

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum semua, maaf ya harini KL agak emo sedikit. Bukannya apa, KL agak kecewa dengan segelintir masyarakat yang masih memandang remeh dengan penjagaan kebersihan. Tak perlulah KL nak ulas lagi mengenai perbezaan dan kepentingan penggunaan disinfectant dalam kehidupan seharian sebab KL dah pun terangkan panjang lebar dengan details akan fakta-fakta dan kajian yang telah dijalankan mengenainya di artikel KL yang sebelum ini. Boleh baca di sini.

KL harap masyarakat dapat mematuhi arahan yang dikenakan oleh kerajaan dan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19 ini. Sebenarnya, antara langkah mudah yang paling utama yang dapat memberikan impak yang besar adalah hanya dengan menjaga kebersihan. Dengar macam mudah kan. Ya, memang mudah pun. Sekarang ni dah banyak produk yang berkualiti dan berkesan dalam membantu kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Kegusaran Terhadap COVID-19

disinfectant usage for covid-19 virus
Masyarakat perlu mengambil inisiatif dalam menangani wabak ini

Penularan wabak Covid-19 yang telah menjangkiti hampir seluruh dunia amat menggusarkan keseluruhan masyarakat, terutamanya disebabkan sehingga kini masih tiada ubat dan vaksin yang berupaya mencegah, mengawal dan merawat COVID-19.

Jangkitan ini lebih membahayakan kerana ketahanan virus tersebut yang mampu hidup di permukaan objek sehingga 36 jam [1], sangat mudah tersebar, serta pesakit yang sudah dijangkiti kadang kala langsung tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan (asymptomatic), menyebabkan mereka tanpa sedar bebas berinteraksi dengan orang lain seterusnya memanjangkan lagi rantaian jangkitan virus tersebut.

Penggunaan Disinfectant

Oleh yang demikian, Organisasi Kesihatan Dunia atau World Heath Organisation (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan atau Centers for Disease Control and Prevention (CDC) seringkali mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan kediaman, dengan cara sentiasa membasuh tangan serta menyahkuman setiap permukaan di dalam rumah.

Ya, KL memang akan sentiasa merujuk kepada organisasi yang sah dan bertauliah untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

KL kecewa dan sedih bila tengok di Facebook gelagat masyarakat yang pelbagai. Ada yang menjadikan hand saniter sebagai sumber api, ada yang melumurkan sanitizer ke seluruh permukaan parcel yang diterima dari kurier. ITU ADALAH SALAH dan bahaya dikkk.. Sebab tu lah KL selalu cakap, banyak kali KL ulang. Cari, gali, dan timbalah ilmu pengetahuan dan fakta. Banyakkan membaca.

Sebelum ni yelah, kekangan masa waktu bekerja dan sebagainya tetapi kini kita semua diperintahkan agar mengawal pergerakan masing-masing dan berada di rumah. Inilah masanya untuk kita sama-sama menambah dan saling berkongsi ilmu dan fakta untuk kebaikan semua. Membebel pulak KL, ok jom sambung!

Bahan aktif khas di dalam disinfectant

Untuk cucian dan disinfeksi peralatan dan kediaman, CDC telah mengeluarkan satu garis panduan pembersihan untuk mengawal dan membasmi virus Covid-19. [sumber] Dalam panduan ini, CDC turut menyenaraikan bahan-bahan aktif khas di dalam disinfectant yang berdaftar dengan United States Environmental Protection Agency (EPA) yang mengawal selia produk-produk dalam kategori racun perosak, termasuklah produk disinfeksi. [sumber]

Antara bahan aktif yang tersenarai tersebut termasuklah kumpulan alkohol seperti isopropyl alcohol, kumpulan peroxida seperti hydrogen peroxides, kumpulan quarternary ammonium seperti benzalkonium chloride, dan kompound phenolic seperti o-phenylphenol. Kesemua bahan-bahan aktif ini bertindak membasmi kuman serta virus dengan dos tertentu dalam jumlah masa yang ditetapkan. Dan bahan-bahan aktif terpilih ini diformulasikan ke dalam produk HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS).

HAUS VIR Disinfectant
HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) diformulasi menepati garis panduan serta piawaian yang ditetapkan dan mempunyai sijil makmal

Bagaimanakah HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) berfungsi?

OK ini juga secara tidak langsung adalah merupakan SEBAB anda WAJIB menyediakan sekurang-kurangnya satu botol disinfectant di rumah anda. Kita perlu ambil tahu supaya tidak tertipu dan menjadi pengguna yang bijak!

1. Benzalkonium Chloride (BKC)

Merupakan bahan aktif dari kumpulan Quartenary Ammonium Compounds (QAC) yang mengandungi molekul Nitrogen terpaut dengan 4 kumpulan alkyl.

bahan aktif dalam disninfectant
Struktur kimia kumpulan QAC

Ianya bersifat antiseptic, dan telah digunapakai oleh doktor bedah untuk sanitasi tangan sebelum pembedahan sejak tahun 1935 lagi [4]. Kesan anti-kuman Benzalkonium Chloride bertindak dengan penjerapan BKC kepada membrane sel, menyebabkan membrane tersebut menjadi koyak dan bocor seterusnya memecah keluar segala komponen di dalam sel kuman tersebut.

BKC bersifat bacteriostatic dan fungistatic, iaitu menyebabkan sesuatu bakteria dan kulat itu hilang keupayaan untuk membiak. Ia juga boleh membunuh bakteria dan kulat dengan sepenuhnya pada dos tertentu. BKC mempunyai keaktifan yang tinggi terhadap virus berselaput seperti Coronavirus.

how disinfectant works on the enveloped viruses
contoh struktur virus berselaput (enveloped virus)

Di dalam formulasi sabun pencuci, penggunaan BKC perlu diteliti kerana BKC tidak serasi jika digunakan dengan surfactant ber-ion negative (anionic surfactant) [5]. Penggunaan BKC juga akan menjadi kurang efektif jika dilarutkan dalam air yang tidak ditapis (hard water), atau pada permukaan kotor yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.

2. Didecyldimonium Chloride

Jenis QAC terkini seperti Didecyldimonium Chloride yang juga terdapat dalam HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) mempunyai kesan antibakteria yang lebih kuat and efektif pada air tidak bertapis dan permukaan yang kotor.

Permukaan kotor pada kotak

Pihak FDA juga menyatakan BKC tidak mempunyai data yang mencukupi untuk memastikan penggunaannya dalam dos yang tinggi adalah selamat di dalam formulasi pencuci tangan antibakteria. [6] Dalam kosmetik, BKC hanya boleh digunakan pada dos yang rendah, iaitu had maksima 0.1% sahaja.

Disebabkan oleh hal ini, HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) turut diformulasi dengan komponen bahan-bahan aktif lain bagi memastikan kesan antikuman yang efektif, selamat dan menyeluruh.

3. o-phenylphenol

Kumpulan phenolic seperti o-phenylphenol yang terkandung dalam HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) adalah sejenis compound organik yang mempunyai molekul karbon terikat pada dua lingkaran phenol. Ianya diklasifikasikan sebagai biocide, iaitu bahan yang boleh membunuh organisma biologi seperti bakteria, kulat dan virus kerana keupayaannya menyahaktifkan enzim-enzim yang penting untuk metabolisme kuman tersebut.

Struktur kimia kumpulan 0-phenylphenol

Kelebihan o-phenylphenol ini adalah ianya mempunyai kesan berpanjangan selama beberapa jam selepas ianya digunakan, dan dengan penggunaan yang kerap, pertumbuhan bakteria semakin kurang pada permukaan yang disapu [7]. Ianya juga boleh digunakan pada kulit di dalam produk kosmetik sebagai bahan pengawet namun dengan jumlah yang sedikit. Ini kerana kompoun ini boleh diserap sedikit oleh kulit, jadi penggunaannya di dalam produk kosmetik mempunyai had maksima 0.2% bagi mengelakkan kesan toksik pada kulit.

Ujian Makmal Terhadap Bahan Aktif HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS)

haus-vir-disinfectant-spray
HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) dilengkapi bahan aktif khas bagi bakteria, kulat dan virus.

Bahan-bahan yang digunakan dalam HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) telah diuji keberkesanannya dalam membasmi kuman melalui ujian makmal yang dijalankan di Malaysia dan juga United Kingdom. Dos bahan aktif yang digunakan di dalam kajian adalah sama seperti di dalam formulasi VDS untuk memastikan tahap efikasi yang menyeluruh. Ujian makmal yang dijalankan meliputi kesan pembasmian terhadap bakteria, kulat dan virus.

Ujian makmal di Malaysia untuk Haus Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) terbukti berjaya membasmi kuman sehingga 99.99%.

1. Kesan terhadap bakteria

Kesan bactericidal telah diuji dengan menggunakan standard Eropah EN1276:2009 yang menguji keberkesanan disinfectant jenis cecair untuk membunuh bakteria. Terdapat berjuta-juta jenis bakteria di persekitaran kita, jadi ujian yang dijalankan perlu mengambil kira kesemua kumpulan bakteria ini dengan fokus kepada bakteria yang menyebabkan jangkitan kepada manusia.

Bahan aktif di dalam VDS terbukti:

  1. Dapat membasmi sehingga 99.9999%  bakteria, termasuk bakteria gram positif dan gram negative seperti E. coli yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pencernaan serta Staphylococcus penyebab jangkitan pada kulit.
  2. Bahan aktif ini juga mempunyai kesan berpanjangan, ianya dapat mengekalkan keadaan bebas bakteria ini sehingga 4 jam.
  3. Ianya cuma memerlukan masa 5 minit untuk membunuh 99.999% bakteria.

2. Kesan terhadap kulat yis dan spora

Kebanyakan bahan disinfectant mempunyai kesukaran untuk mengatasi kulat berspora. Kulat jenis ini dipanggil ‘mould’ dan membiak dengan menghasilkan spora. Spora agak sukar dihilangkan dengan menggunakan hand sanitizer berasaskan alcohol.

Permukaan dinding yang dipenuhi kulat dan spora. Eeeeww!

Penambahan bahan aktif yang lebih berkesan seperti BKC diuji dapat:

  1. Memusnahkan 99.9999% kulat spora melalui ujian makmalmengikut standard EN 1650:1997.
  2. Bahan aktif di dalam formulasi VDS ini bertindak sebagai fungicidal, dan efektif terhadap kesemua jenis kulat yis dan kulat berspora termasuklah Candida Albicans yang menjangkiti kaki dan bahagian reproduktif wanita, serta Aspergillus yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.

3. Kesan terhadap virus

Ujian yang paling penting bagi pemilihan bahan aktif VDS adalah ujikaji keberkesanan terhadap virus. Kebanyakan produk sama ada untuk sanitasi tangan mahupun disinfeksi permukaan, tidak mempunyai data mengenai kesan terhadap virus.

Ini disebabkan oleh:

  • Proses ujikaji terhadap virus adalah rumit dan mengambil masa
  • Tidak semua makmal mempunyai kebenaran untuk menyimpan sample virus
  • Virus bersaiz nano yang sangat kecil, tidak dapat dilihat dengan mikroskop biasa
  • Virus baharu yang merbahaya, mudah bermutasi dan mudah menjangkiti manusia
  • Virus yang masih tidak mempunyai vaksin seperti SARS-CoV-2 perlu dikawalselia dengan ketat
Formulasi disinfectant yang tepat dapat membunuh virus

Disebabkan terdapat berbillion jenis virus, ujian makmal ke atas virus ini perlu mengambil kira kesemua kumpulan virus tersebut. Virus seperti Covid-19 merupakan virus berselaput, dengan unjuran protein pada permukaannya. Kumpulan virus ini menyerang saluran pernafasan manusia, sama seperti H1N1 iaitu virus yang menyebabkan influenza.

Bahan aktif di dalam VDS telah diuji berkesan membasmi virus dengan keberkesanan melebihi 99.99% efektif terhadap virus H1N1 serta Picomaviridae dari kumpulan Coxsackievirus yang menyebabkan jangkitan mulut, tangan dan kaki (Hand, Foot & Mouth Disease) kebiasaannya pada kanak-kanak.

Kelebihan Formulasi HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS)

VDS mempunyai kelebihan kerana ianya boleh digunakan untuk proses disinfeksi pada permukaan keras, dan juga boleh digunakan pada tekstil tidak berjahit (non-woven). Ianya juga bersifat larut air (water-based) dengan kandungan alkohol yang minima, jadi ianya lebih selamat dan tidak mudah terbakar.

Formulasi disinfectant ini berasaskan air dan tidak seperti formulasi hand sanitizer yang perlu lebih perhatian terhadap penggunaan berdekatan dengan sumber api. Ianya juga tidak akan menyebabkan kulit menjadi kering seperti penggunaan hand sanitizer yang berasaskan alkohol.

HAUS VIR Disinfectant
HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) telah diuji berkesan membunuh bakteria, kulat dan virus

Selain berkesan membasmi kuman, VDS juga diformulasi dengan pewangi segar eksklusif dari bunga English Freesia dan tahan lama yang memberi kesan haruman berpanjangan di keseluruhan rumah. Tanpa perlu dibilas, VDS sesuai digunakan setiap hari untuk mengelakkan persekitaran yang tercemar oleh virus COVID-19 serta jangkitan kuman dan bakteria yang lain.

Haruman bunga English Freesia yang sangat menenangkan seluruh rumah dan pejabat ini pasti ramai yang menyukai VIR Disinfectant Spray (VDS) ini

Cara penggunaan Haus Premium VIR Disinfectant Spray (VDS)

  1. Semburkan HVD pada permukaan yang dikehendaki sehingga cecair meliputi keseluruhan permukaan tersebut.
  2. Biarkan permukaan dibasahi VDS selama 5 minit untuk pengaktifan bahan disinfektan dan memastikan kuman dan virus mati.
  3. Selepas 5 minit lap permukaan dan biarkan kering tanpa perlu dibilas dengan air.
  4. Untuk membunuh bakteria, semburan VDS mampu bertahan selama 4 jam sebelum semburan berikutnya.

*Permukaan yang berminyak yang kritikal perlu dibersihkan dahulu sebelum menggunakan HVD.

Kesimpulan

KL sangat teruja dengan hasil kesemua ujian ini yang telah membuktikan bahan-bahan aktif di dalam formulasi HAUS Premium VIR Disinfectant Spray (VDS) dijamin mempunyai kesan pembasmian menyeluruh terhadap bakteria, kulat, spora serta virus yang efektif.

Ianya merupakan suatu perasaan yang sangat ‘overwhelming’ dan kepuasan apabila KL berjaya mencipta satu formula yang terbukti berkesan dan mampu memberi impak yang besar buat masyarakat. KL cuba sedaya upaya untuk menyumbang apa sahaja yang kemampuan dan bidang kepakaran KL dalam situasi getir yang kita sedang harungi ketika ini.

Terima kasih kepada anda yang setia menyokong KL dari awalnya. KL takkan duduk diam, I will continue to serve you better! Bukan untuk KL, tetapi untuk orang lain dan sama-samalah kita berkongsi manfaatnya.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga penulisan ini dapatlah memberi manfaat kepada anda semua.

Jumpa lagi, Assalamualaikum!

Rujukan:

  1. https://www.nih.gov/news-events/news-releases/new-coronavirus-stable-hours-surfaces
  2. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prevent-getting-sick/cleaning-disinfection.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2F2019-ncov%2Fprepare%2Fcleaning-disinfection.html
  3. https://www.epa.gov/pesticide-registration/list-n-disinfectants-use-against-sars-cov-2
  4. Merianos JJ. Quaternary ammonium antimicrobial compounds. In: Block SS, editor. Disinfection, sterilization, and preservation. 4th ed. Philadelphia, PA: Lea & Febiger; 1991. pp. 225–255
  5. Rotter M. Hand washing and hand disinfection. In: Mayhall CG, editor. Hospital epidemiology and infection control. 2nd ed. Philadelphia, PA: Lippincott Williams & Wilkins; 1999. pp. 1339–1355
  6. United States Food and Drug Administration. Tentative final monograph for healthcare antiseptic drug products; proposed rule. Federal Register. 1994:31441–31452.
  7. Rotter M. Hand washing and hand disinfection. In: Mayhall CG, editor. Hospital epidemiology and infection control. 2nd ed. Philadelphia, PA: Lippincott Williams & Wilkins; 1999. pp. 1339–1355. 
Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article