8 Rahsia Strategi Perniagaan Jutawan di Zaman Nabi yang Ramai Tidak Tahu

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Assalamualaikum w.b.t. pembaca KL yang dikasihi. Suka tak baca headline KL? Di entri yang lepas KL telah kongsikan apakah peranan penting sebagai seorang muslim. Hari ini KL nak ajak semua masyarakat Malaysia bangun dan teruskan kehidupan anda. Dalam situasi sekarang, bukanlah masanya untuk kita terus terduduk dan mengenang nasib. Seharusnya kita fikirkan penyelesaian untuk membantu diri, keluarga dan masyarakat. Sebagai seorang peniaga kosmetik sejak dari hampir 10 tahun yang lalu, KL nak kongsikan mengenai strategi perniagaan yang berjaya sebagai motivasi kepada anda di luar sana dan juga KL sendiri.

Siapa Abdul Rahman bin Auf?

Siapa di sini yang pernah mendengar kisah sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Abdul Rahman bin Auf? Selain merupakan sahabat yang ke-8 memeluk agama Islam, beliau juga merupakan seorang usahawan yang paling berjaya pada zaman Rasulullah S.A.W. dengan strateginya yang tersendiri. Kekayaannya ketika itu dikatakan mampu membina sehingga 320 Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada hari ini! Masha Allah, terlalu jauh lagi perjalanan KL nak sampai ke situ.

Ilmu Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf

strategi-perniagaan-abdul-rahman-bin-auf-zaman-rasulullah

Sebenarnya ilmu mengenai strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf ini bukanlah rahsia lagi kerana ia telah pun dibukukan, dan menjadi perkongsian para penulis di seluruh dunia terutamanya dalam bidang perniagaan. Berikut KL kongsikan antara perkongsian mengenainya:

Sumber Rujukan Kisah Perniagaan Abdul Rahman bin Auf

Terdapat banyak lagi perkongsian mengenai strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf di carian ensiklopedia, buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal sejarah dan pelbagai lagi sumber yang lain. Tetapi hari ini KL berbesar hati ingin kongsikan kepada pembaca KL yang dikasihi mengenai kisah Abdul Rahman bin Auf dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

8 Strategi Perniagaan Jutawan Amalan Abdul Rahman bin Auf

#1. Mencari Ilmu dan Menimba Pengalaman

COVID-19-perniagaan-usahawan-muslim-peluang-strategi

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang usahawan yang berjaya dan walaupun beliau berjaya, beliau sentiasa belajar mencari ilmu perniagaan tanpa jemu dan selalu berkongsi ilmu perniagaan dengan followers beliau. Seperti KL sendiri, walaupun sudah hampir 10 tahun mengusahakan kilang kosmetik, KL masih lagi belajar dan belajar lagi dalam pelbagai aspek selok belok perniagaan dan formulasi kosmetik yang baik.

Walaupun KL telah memiliki sijil Master Degree di dalam bidang IT, namun apabila KL masuk ke dalam bidang perniagaan, KL tetap kembali menjadi seorang pelajar di dalam bidang Diploma Perniagaan dan Pemasaran kerana bagi KL ilmu itu luasnya seluas lautan yang tiada penghujung. Malah sehingga kini, KL seringkali mengadakan kelas latihan dan sesi perbincangan dua hala dengan memanggil para saintis dari Jepun, Italy, Korea dan Thailand untuk datang sendiri ke kilang untuk membantu memberikan tunjuk ajar kepada KL dan chemist-chemist KL bagi memastikan jaminan kualiti pembangunan dan kajian produk di GIM Cosmetic Industries.

#2. Bersikap Produktif dan Positif. Jangan Malas!

Ini adalah point kegemaran KL. Sifat “malas” ni memang sangat susah nak diubati. Ubatnya hanyalah JANGAN MALAS! Kisah Abdul Rahman bin Auf yang berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah benar-benar menjentik hati KL iaitu walaupun dalam kepenatan dari berpindah, beliau tetap produktif, positif dan bersemangat untuk memulakan perniagaannya di tempat yang baru pada keesokan harinya.

Bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada tanyalah diri.

KL sarankan jika pada waktu kita terasa kurang bersemangat atau malas, apa kata buka YouTube dan cari ceramah motivasi yang dapat menaikkan kembali semangat diri. Selain itu, boleh juga buka Spotify untuk mendengarkan “podcast” berkenaan motivasi contohnya seperti Ted Talk, Prof. Muhaya, atau penceramah lain yang diminati. Sambil-sambil itu, tuliskan di dalam buku nota planner mengenai objektif atau cita-cita yang masih belum tercapai.

Ini secara tidak langsung dapat membantu mengembalikan semangat yang hilang supaya anda terbangun dari lena dan terus mengejar impian. KL suka pepatah inggeris yang menyebut “Don’t dream your live. Live your dreams.” yang bermaksud janganlah kita asyik mengimpikan sesebuah kehidupan, tetapi hidupkanlah mimpi kita itu. Bagaimana caranya? Jadilah produktif, positif dan jangan malas!

#3. Pemikiran Jangka Masa Panjang dan Urusniaga Tunai

Kunci bagi perangcangan masa panjang adalah sabar. Abdul Rahman bin Auf tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit. Baginya, apa yang penting, keuntungan itu diberkati kerana beliau sangat menitik beratkan soal halal, haram dan unsur-unsur riba dalam perniagaan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan beliau licin dan bebas dari perkara-perkara yang haram dan syubhah. Selain daripada itu, semua urusniaga beliau adalah tunai bagi mengelakkan unsur riba. Pelanggannya yang membeli tidak dibenarkan berhutang, dan beliau sendiri tidak pernah berhutang ketika membeli barangan untuk menjual.

*Tips: Walaupun untung SEDIKIT, pastikan jumlah jualan BANYAK. Secara tidak langsung untung pun jadi BANYAK!

KL terjemahkan ke dalam istilah marketing hari ini di mana kita lebih senang menyebutnya sebagai “main volume”.

#4. Kepimpinan Melalui Motivasi dan Sifat Dermawan

Sebagai sahabat Rasulullah S.A.W., Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang ‘influencer’ yang memiliki ramai ‘followers’ kerana kehebatannya dalam berniaga. Beliau sering memberi teladan motivasi dalam berniaga antaranya adalah komunikasi dua hala antara penjual dan pembeli, penggunaan bahasa yang baik dan penyampaian yang mudah difahami, penggunaan ‘eye-contact’ dan ‘body language’ yang baik serta kebolehan dalam perundingan bagi mencapai situasi ‘win-win’ yang menguntungkan kedua-dua belah pihak bagi menjamin hubungan perniagaan untuk jangka masa yang panjang.

Walaupun bergelar jutawan dan memiliki harta yang banyak, Abdul Rahman bin Auf tidak pernah lupa untuk bersedekah. Malah hampir ¾ dari keseluruhan hartanya digunakan ke jalan agama. Baginya, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan mendapat balasan dari Allah S.W.T. tidak kiralah sama ada dari segi harta, mahupun rezeki-rezeki yang lain seperti kelapangan dada dan kesihatan tubuh badan.

Tetapi apa yang KL lihat hari ini, masih ramai antara kita yang takut untuk memberi. Bersedekahlah. Takkan habis pun harta kita dengan bersedekah. Dan bersedekah itu kenalah ikhlas ya. Tak perlu pun kita hebah-hebahkan, lebih baik lagi jika tangan kanan yang memberi, tangan kiri pun tak tahu.

#5. Menambah Sumber Mata Pencarian

Secara mudahnya, Abdul Rahman bin Auf bijak menggandakan pendapatannya dan tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Contohnya, beliau bermula hanya dengan menjual dadih sahaja di pasar. Dengan keuntungan itu, beliau mula menjual kurma, gandum, beras, dan pelbagai barangan keperluan yang menjadi permintaan pada ketika itu.

Haus Cosmetics telah mengeluarkan 3 kurma terbaik dunia dan anda bole mendapatkan kurma ini di www.hauscosmetics.com.my

Selain itu, KL amat sarankan kepada masyarakat di luar sana supaya sediakanlah payung sebelum hujan. Mungkin hari ini anda selesa dengan posisi dan pekerjaan anda sekarang. Namun, keadaan ekonomi kita semakin membimbangkan. Dalam pengamatan KL, negara kita bakal mengalami kemerosotan ekonomi yang agak teruk oleh kerana situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Penting untuk kita sebagai rakyat marhaen untuk mula menyediakan simpanan yang kukuh untuk masa hadapan. Carilah sumber pendapatan yang lebih. Jika anda sedang bekerja, carilah sumber pendapatan sampingan yang lain. Jika anda seorang surirumah, carilah sumber perniagaan tanpa modal bekerja dari rumah. Jika anda seorang pelajar, carilah sumber pendapatan secara separuh masa bagi menjamin simpanan masa hadapan anda.

#6. Melebarkan Sayap Sesuatu Bisnes

KL sebenarnya tak sangka yang rupanya apa yang KL buat hari ini adalah juga merupakan salah satu strategi perniagaan yang berjaya oleh Abdul Rahman bin Auf, jutawan perniagaan pada zaman Rasulullah S.A.W. Bukannya apa, kadangkala mungkin kita telah pun berada di landasan yang betul tetapi kita belum berjaya kerana kita sendiri tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata kita dengan sepenuhnya.

Melebarkan sayap di sini bermaksud mengembangkan bisnes kita yang sedia ada. KL beri contoh yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Beliau ingin menjalankan perniagaan menjual kurma. Pada awalnya, beliau memulakan perniagaan kurmanya dengan tanpa sebarang bantuan kewangan atau pinjaman. Beliau membeli kurma dari Madinah untuk dijual berbekalkan keyakinan pada kemampuan diri dalam berniaga.

Dengan hasil keuntungan dari itu, beliau mula mengusahakan sebuah ladang kurmanya sendiri. Dengan ini beliau bukan sahaja dapat menjual kurma dari ladangnya, malah beliau juga dapat membekalkan pula kurma kepada peniaga-peniaga yang lain. Secara tidak langsung, beliau dapat mengurangkan kos yang banyak dan meluaskan lagi margin keuntungannya.

Kisah ini saling tak tumpah seperti perjalanan kilang KL yang kami usahakan sejak hampir 10 tahun yang lalu iaitu GIM Cosmetic Industries. Sekarang kilang KL telah berjaya menaikkan jenama “in-house” kami sendiri iaitu HAUS COSMETICS.

KL melebarkan sayap HAUS dengan memfokuskan setiap pengeluaran produk mengikut kategori masing-masing seperti HAUS Cosmetics untuk make-up, HAUS Skin untuk produk penjagaan kulit, HAUS Premium untuk produk yang diformulasi menggunakan bahan-bahan berteknologi tinggi dan ‘high-end’ dengan kos yang agak tinggi sejajar dengan kebaikan-kebaikan di dalamnya. Selain itu, KL juga ada mengeluarkan HAUS Superfood untuk kategori makanan tambahan.

Insya Allah, KL akan kembangkan lagi nama HAUS dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Siapa yang tak nak tertinggal kapal kena join cepat-cepat. KL dah nak belayar jauh dah ni, hehe.

#7. Unik dan Inovatif

Uniknya strategi Abdul Rahman bin Auf dalam perniagaannya adalah beliau pernah menjual unta dengan hanya menggunakan harga kos! Sungguh tidak masuk akal. Namun begitu, dengan idea inovatifnya itu beliau telah berjaya menarik perhatian ramai pelanggan sekaligus menewaskan pesaing-pesaingnya yang memonopoli pasaran unta ketika itu.

Beliau mengambil keuntungan dari menjual keperluan unta yang lain seperti tali pengikat unta, pelana unta dan sebagainya. Sudah tentu pelanggan tidak perlu mencari di tempat lain kerana Abdul Rahman bin Auf telah menjadi ibarat 1 pusat henti untuk peniagaan unta. Walaupun untanya dijual dengan harga kos tanpa untung, namun dengan jumlah pembelian yang banyak, beliau berjaya menaikkan perniagaannya dengan keuntungan dari pelbagai barangan keperluan unta yang lain.

#8. Sifat Tawaduk – Rendah Hati

Abdul Rahman bin Auf dikenali sebagai “Saudagar Tuhan” beliau seorang yang bersifat kaya jiwa berbanding harta kerana sebahagian besar hartanya digunakan ke jalan kebaikan. Bagi beliau, hartanya tidak akan berkurangan dengan bersedekah dan berzakat. Beliau sentiasa merendah diri dan tidak pernah lupa untuk membantu merekda yang berada di dalam kesusahan.

Bagi KL, sifat tawaduk ini penting bagi setiap individu tidak kiralah samada anda seorang peniaga atau bukan. Ini kerana, dengan bertawaduk kepada Allah S.W.T. dapat menghindarkan diri kita dari perasaan sombong, hati kita akan berasa lapang, segala perjalanan urusan kita akan lancar dengan keredhaan dari-Nya, insya Allah…

Penutup

Baiklah sekian sahaja perkongsian KL untuk strategi perniagaan yang diamalkan oleh jutawan berjaya pada zaman Rasulullah S.A.W. iaitu sahabat Abdul Rahman bin Auf. Masih terlalu banyak benda yang KL perlu belajar dan belajar lagi.

Kepada masyarakat diluar sana, pembaca yang dikasihi, KL berharap anda dapat sesuatu dari penulisan KL hari ini. Bagi yang ingin berbual dengan KL dengan lebih dekat, boleh ikuti Facebook KL, Eiyma Jalil. Kerana KL akan selalu buat sesi perkongsian secara LIVE di sana.

Sekian, semoga bertemu di entri yang lain. Assalamualaikum.

Eiyma Jalil
Eiyma Jalil

CEO dan Director R&D di GIM Cosmetics Sdn Bhd. Obses untuk melihat wanita tampil cantik tanpa mengira warna kulit.

Comments

Article